Isu paderi pondan yang bernama Benjamin Stephen bukanlah satu isu baru, sudah lama dah dan hampir setahun pernah dihebohkan oleh para blogger termasuklah saya sendiri dalam blog masing-masing pada hujung bulan September 2010 dengan satu harapan agar isu tersebut akan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri khususnya DS Hishamuddin, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali atau wakil-wakil PERKASA peringkat negeri-negeri tetapi respon nampaknya dingin.
Tindakan apapun tiada di ambil. Cakap apapun tidak ada guna. Habuk pun tarak... mustahil sekarang baru tersedar pasal paderi murtad tu. Usahlah menambahkan lagi kecelaruan. Selesaikan dulu perkara-perkara yang sedang berbangkit kini. Macamana negara mau aman kalau semua rakyat mahu bangun dengan sentimen masing-masing???
16 Mei lalu di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anggota Parlimen Ampang YB(Yang Bodoh) Zuraidah Kamaruddin telah menelanjang sebegitu rupa sistem kehakiman negara di Malaysia. Dengan penuh emosi beliau mengetuai sebilangan penyokong PKR dan Anwar Ibrahim melaung dan menjerit perkataan "mahkamah pandikutty" dihadapan orang ramai.
Tindakan serta sikap yang sangat bertentangan sama sekali dengan status dirinya sebagai seorang perempuan bertudung dan juga berlawanan dengan etika seseorang yang terlibat secara langsung didalam penggubalan undang negara tetapi itulah yang telah dilakukan oleh Zuraidah yang tidak layak lagi untuk digelar sebagai seorang Yang Berhormat !
Tidak menghormati undang-undang negara, tidak menghiraukan perasaan orang lain yang turut berada dikawasan kompleks mahkamah ketika itu, Zuraidah Kamaruddin sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada pihak mahkamah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang perempuan bertudung litup seperti dia.
Harap sangatlah Kementerian Dalam Negeri khususnya YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein membuat tindakan susulan terhadap perempuan bertudung seekor ini agar kelakuan yang tidak sopan dan tidak ada tatasusila seperti yang dipamerkan oleh Zuraidah Kamaruddin tidak menular kepada wanita lain pula selepas ini.
KDN dan DS Hisham jangan terlalu banyak simpan "amaran" kalau mahu melihat negara kita kekal aman dan damai ! Cegah perasit-perasit negara seperti mereka ini dengan kadar segera yang sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana kepentingan politik murah seperti yang dilakukan oleh Zuraidah itu.
Cuba lihat dalam gambar di atas selain daripada Perdana Menteri DS Mohd Najib dan DS Idris Jala iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, mereka yang lain adalah pemimpin-pemimpin tertinggi bagi agama Kristian di Malaysia.
Lihat wajah pemimpin Kristian tu, lihat siapa mereka dengan teliti dan pastikan mana seorang daripada pemimpin-pemimpin Kristian itu yang mewakili kaum Bumiputera Kristian atau berketurunan Bumiputera? Tidak ada kan... Mengapa?
Bumiputera Kristian khususnya di Sarawak mahupun di Sabah memang patut mempunyai perasaan yang kecewa terhadap apa yang sering berlaku kepada mereka sejak kebelakangan ini. Orang lain yang makan nangka orang lain pula yang kena getah. Memang tak adil. Itu bola yang dilontar DAP dan disambut pula oleh PERKASA.
Hari Sabtu dan tentunya pagi hari Ahad suasana biasa dibandar-bandar utama dalam negeri Sarawak iaitu hari dimana untuk semua orang Kristian mengerjakan sembahyang di gereja ada beberapa perkara tanpa disedari tidak menepati konsep penyatuan itu sendiri seperti yang dianjurkan dalam semangat Kristus.
Misalnya hari Ahad sembahyang yang bermula jam 7 pagi kalau bukan orang Cina Kristian maka orang Bumiputera Kristian akan mengambil tempat untuk bersembahyang dan setelah selesai giliran kaum Cina dan begitulah sebaliknya. Itu bukan amalan yang dituntut dalam Kristian tetapi kenapa boleh berlaku sedemikian dalam ibadat orang Kristian?
Jawapannya lebih kurang seperti...minyak dengan air mana mungkin boleh bercampur. Mustahil. Mereka selamanya tidak mungkin akan mampu untuk menerima kehadiran kaum Bumiputera dalam kelompok mereka dan yang jelas mereka memang tidak selesa berada dibawah penguasaan kaum Bumiputera.
Itulah lebih kurangnya apa yang cuba diperjelaskan melalui gambar yang dipaparkan di atas. Di Sarawak dan juga Sabah, sebenarnya kaum Bumiputera yang beragama Kristian adalah lebih ramai jumlahnya dari kaum Cina tetapi dimanakah kedudukan mereka dalam pertubuhan Kristian?
Kaum Cina ada dua pilihan agama iaitu kalau bukan Kristian mereka pasti beragama Buddha sedangkan Bumiputera bukan Islam hanya ada satu agama iaitu Kristian selain 'paganisme dan itulah antara fakta mengapa saya katakan yang Bumiputera khususnya di Sarawak atau Sabah lebih ramai dari Cina yang beragama Kristian.
Bumiputera Kristian baik di Sarawak mahupun di Sabah, mereka harus berani melihat akan hal mengapa masih ada beberapa perkara itu adakalanya seolah-olah tidak menyebelahi kita walaupun sumbangan dari kita sentiasa ditagih dan diterima tetapi dimanakah letaknya semua sumbangan itu?
Reaksi terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali. Beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan disegani ramai tidak patut menari mengikut rentak DAP yang jelas bersifat perkauman.
Kami faham apa masalah yang sedang melanda umat Islam lain di negara angkara perbuatan sekumpulan pemimpin dalam DAP yang sengaja memperalatkan agama Kristian sebagai perisai politik mereka tetapi adakah sesuatu yang wajar untuk Datuk Ibrahim Ali menghukum seluruh orang Kristian di Malaysia ini dengan menyeru supaya kami diserang ala 'perang salib'?
Itu sangat tidak adil bagi kami sebab kami sebagaimana rakyat yang beragama lain seperti Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lainnya juga punya hak ke atas wilayah kami sendiri.
Harap dalam isu yang bersangkutan bagi mengekang pihak-pihak yang tidak peduli tentang keamanan negara, keharmonian kaum adalah kita mahu agar Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil berat isu-isu seperti ini. Beri perhatian kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali, pantau juga apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin DAP yang sentiasa bermain dengan api sentimen kaum dan tolehlah apa yang sedang dilakukan oleh puak dalam Mocs di Sarawak dan kalau perlu tahan mereka dibawah Akta ISA!!!
Tidak semua orang Kristian yang memberi keizinan kepada DAP untuk memperalatkan agama Kristian demi kepentingan politik mereka sama juga seperti orang Islam tidak semuanya yang suka apabila PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi menjayakan agenda politik kotor mereka.
Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali sudah membangkit soal "perang salib" bagi menangani isu agama di negara ini maka terasa sangatlah seolah-olah semua orang Kristian di Malaysia ini termasuk mereka dari kalangan kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah seperti telah menjadi satu masyarakat yang membebankan.
"Maafkan kami sekira disatu sudut ada luka yang terhiris akibat sebahagian dari kami...walau tak nampak berdarah namun amat memeritkan... kami juga turut bersimpati kerana itu bukan yang kami mahu... kami juga sama seperti anda... bangga dengan kepelbagaian... bersyukur dengan keamanan... dahaga dengan keharmonian, kesejahteraan dan sentiasa rindu akan perpaduan... seperti anda dalam kami juga ada perbezaan... dan pasti kami dan kita semua takkan mampu untuk menolak perbezaan itu..."
16 September 2008 ke Putra Jaya. 16 April 2011 piliharaya Sarawak. 16 Mei 2011 ~~~Selamat Hari Guru 2011~~~"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"~~~""""selamat hari guru, Cikgu!""""
Saya sebenarnya amat kagum dengan kegigihan YB Datuk Ibrahim Ali didalam memperjuang serta mempertahankan hak kaum Melayu di negara ini selain maruah agama Islam tetapi hari ini saya pikiran saya terkandas mengenainya apabila terbaca tulisan dalam blog Berani Membuat Pilihan tentang kesediaan Datuk Ibrahim Ali untuk bertarung dalam "Perang Salib" bagi menentang orang-orang Kristian di negara ini.
Sampai begitu sekali ke pandangan Datuk Ibrahim Ali terhadap orang-orang Kristian lain di dalam negara ini yang tidak semuanya bersetuju dengan tindakan bertentangan dengan semangat 1Malaysia oleh sebilangan kecil pemimpin Kristian yang bersekongkol dengan pemimpin pakatan pembangkang untuk menggugat ketenteraman kaum di negara ini.
Nasihat daripada saya selaku rakyat yang kerdil dari segala segi ini kepada YB Datuk Ibrahim Ali, kalau boleh buatlah sesuatu tindakan itu dengan cermat dan teliti, jangan terlalu ikut emosi. Negara kita ada undang-undang dan jangan hanya kerana marahkan seekor dua nyamuk atau pijat habis satu bilik mahu dibakar sama. Kita tidak mahu hal seperti ini akan berlaku dalam negara kita.
Berpuluh-puluh tahun keamanan dan keharmonian negara ini diperjuangkan dengan segala kudrat yang ada pada semua pihak maka tentulah kita semua tidak rela untuk melihat ianya nanti akan lenyap dan hancur musnah dalam sekelip disebabkan hanya oleh satu kesilapan dalam bertindak.
Tidak salah untuk Datuk Ibrahim Ali memerangi mana-mana anasir yang cuba untuk menggugat hak kaum serta agamanya sebab sikap itu adalah harus ada pada setiap orang tetapi dalam pada itu beliau juga sepatutnya melihat dan memikirkan kesannya terhadap keamanan negara serta perpaduan kaum di negara ini jika semua tindakan yang dibuat semuanya ditentukan oleh emosi yang meluap tanpa dikawal oleh pikiran yang waras.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa tidak semua orang Kristian di negara ini terutamanya orang Kristian di Sarawak dan Sabah khususnya kaum Bumiputera yang suka dengan agenda dibawa oleh pemimpin-pemimpin gereja yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan juga ada yang berasal dari luar negara. Kebanyakkan mereka ini(pemimpin gereja bukan anak Sarawak/Sabah) lebih suka untuk melaga-lagakan penganut Kristian dengan kerajaan sedia ada(BN) sedangkan itu kami tidak suka.
Harap tolong jangan turut melibatkan penganut Kristian Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang dan janganlah hanya kerana isu itu maka keseluruhan orang Kristian di Malaysia ini dianggap sebagai musuh dan mahu diperangi. Bertindak tak salah untuk bertindak tetapi janganlah keterlaluan. Percayalah tidak semua orang Kristian di negara ini yang menyimpan niat sama seperti yang cuba digambarkan oleh "Kristian celup" dalam DAP.
(konsert anjuran PKR 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan) ...kecoh dan huru hara gara-gara vokalis Carburetor Dung tunjukkan punggungnya kepada ahli PKR...
Ketua Eksekutif Dana Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Khan ditangkap setelah berjaya ditahan ketika berada didalam sebuah pesawat oleh sepasukan polis New York kerana terlibat dalam satu kes cuba merogol seorang pekerja hotel tempat beliau menginap - Utusan Malaysia
Kalau tak silap Dominique Strauss-Khan juga adalah merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga kini sedang berdepan dengan isu moral yang sangat rendah dan sungguh memalukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Tentu nanti puak-puak dalam PR(Penipu Rakyat) akan kata itu semua kerja jahat BN, konspirasi terancang UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional untuk menjatuhkan boss IMF itu...
Petanda-petanda akhir zaman. Manusia yang dah sedar akan kekhilafan dan kesilapan dengan apa yang pernah dilakukan, insaf dan bertaubatlah..Tuhan Maha Pengampun
Amerika Syarikat memang kejam, memang zalim. Walaupun itu saya yakin itu bukanlah jenazah milik Osama bin Laden seperti yang didakwa tetapi perbuatan menghumban dan membuang mayat manusia kedalam laut adalah satu perbuatan oleh satu bangsa yang paling tidak bertamadun sama sekali di dunia ini.
100% bukan Osama walaupun saya tidak percaya dengan kewujudan manusia bernama Osama sebab biasanya kalau kulit orang Asia Tengah ia tidaklah putih melepak seperti kulit mayat didalam pesawat tersebut yang mukanya ditutup cuma menampakkan bahagian tangan diikat dengan tali dan kaki yang jelas berwarna putih cerah seperti kulit orang Barat.
Nampaknya sekarang ini semua orang tak kira apa juga agama mereka sudah boleh masuk syurga dengan cara yang begitu mudah dan senang sekali. Cari saja dimana Anwar Ibrahim, bila jumpa saja terus jilat kakinya sampai licin...tapi janganlah pula jilat Omega Pandikuttynya ;-)) kaki dia saja.
MB Kelantan Datuk Nik Aziz sudah ada keluar fatwa baru. Jilat kaki Anwar Ibrahim bermakna syurga sudah ada terbentang di depan mata. Berdosa besar kalau sentuh benda yang ada sangkut paut dengan Anwar Ibrahim menurut Datuk Nik Aziz.
Tak payah mengerjakan sembahyang...tak perlu guna password 'mokhtar', jilat saja kaki Anwar Ibrahim maka syurga sedia menanti. Tu kalau kita rasa ada bersalah kerana menyiar atau menayangkan video seks melibatkan satu individu yang wajahnya mirip dengan wajah Anwar Ibrahim.
Kata Datuk Nik Aziz lagi untuk meyakinkan orang ramai...perbuatan mendedah atau menyebar video seks adalah lebih besar kesalahannya daripada perbuatan berlakon didalam video seks itu. Tu tak berdosa maksud Datuk Nik Aziz. Halal?
Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengajak semua mereka yang ada terlibat didalam penyebaran, penyiaran atau penayangan video lucah pandikutty Anwar Ibrahim agar segera bertaubat dan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dengan hanya menjilat kaki Anwar dan kalau tidak maka mereka-mereka itu tidak akan mampu masuk ke dalam syurga.
Saranan dan ajakkan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz itu adalah merujuk kepada "solat hajat" memohon Tuhan menunjukkan kebenaran terhadap isu video seks membabitkan Anwar yang pernah dilakukan oleh sebilangan besar penyokong PAS termasuklah Datuk Nik Aziz sendiri, Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang serta Anwar Ibrahim yang kini sudah dimakbul oleh Yang Maha Kuasa dan sudah diperlihatkan sedikit demi sedikit kepada rakyat Malaysia.
Seakan-akan sangat menyesal dengan solat hajat itu yang telah dimabulkan Tuhan itu, tanpa Datuk Nik Aziz duga sama sekali bahawa ianya semakin lama semakin jelas membuka aib serta rahsia Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim serta ahli keluarga beliau telah membuat Datuk Nik Aziz kini seperti seseorang yang sedang duduk diatas timbunan bara api yang sedang hangat membara.
Mendesak mereka yang terlibat dengan isu video seks Anwar Ibrahim supaya menjilat kaki peliwat itu sekira bila mati nanti mahu masuk ke syurga adalah satu arahan dari seorang guru agama yang sudah sesat terlalu jauh dari agama yang dianutinya. Jadi kalau begitu mana-mana mereka yang bukan saja pernah menjilat kaki Anwar Ibrahim sepertimana yang dimaksudkan oleh Datuk Nik Aziz kira sudah senang-senanglah masuk ke syurga misalnya wanita China dalam video seks tersebut yang kelihatan sedang mengulum pandikontol Anwar Ibrahim tentulah mudah saja untuk masuk ke dalam syurga bila dah mati nanti.
Tak kuasa nak cerita banyak... tu dia suasana sewaktu krew PKR buat promosi filem terbaru keluarannya "Anak Generasi Y" kisah tentang anak-anak kecil yang bijak2 main SMS juga...adegan ugutan bunuh lagi tu, bahaya...fuhhh...semudah tu ker nak bunuh?...macam bunuh anak nyamuk baru menetas dari telur he he
Ni pulak tentang drama "Sabotaj kereta" kononnya cerita pemandunya dah 28 tahun jadi driver, 10 jadi mekanik, kira berpengalaman luaslah maksudnya dalam hal berkaitan kereta manakala waktu jadi mekanik tu dia akui dalam 10 tahun sebagai mekanik, 7 tahun dikhususkan ke bahagian kereta mewah iaitu Mercedes Benz...eh macam tau saja majikkan dia yang Abdullah Sani akan jadi driver Anwar Ibrahim he he he...tapi malangnya kereta buat hal die tak perasan jugak.
Ni pulak drama "Tulang belakangku sakit lagi" tapi secepat kilat chow ke Bahrain he he he
Ni drama yang buat banyak orang jadi suspen, panik "2 malam di Pejabat Turki" adegan ugutan bunuh...sape nak bunuh?
Ni pulak drama "Belakang sakit leher eh?."
Ni drama berkaitan jugak tentang "Racun arsenik, Azmin lagi sayang"
Skrip untuk drama terbaru arahan Anwar Ibrahim yang berjudul "Sabotaj" terpaksa dihentikan seketika walaupun sebelumnya krew drama berkenaan sudahpun membuat beberapa siri penggambaran dilokasi-lokasi yang terpilih.
Langkah itu terpaksa diambil oleh penerbit kerana menyedari terdapat begitu banyak dialog-dialog untuk drama tersebut didapati tidak akan membantu menjadikan ianya sebuah drama yang akan diminati ramai sekira ia dipertontonkan kepada umum kelak.
Tiga imej yang dipaparkan diatas adalah gambaran bahagian brek pada kereta dimana tempat letaknya benda yang dipanggil sebagai "pin bolt" yang mengikat "brake caliper', nampaknya memang sangat sukar dan sulit sekali untuk melakukan kerja khianat seperti didakwa oleh pemandu peribadi Anwar Ibrahim dengan melihat ruang yang begitu rumit dan sempit adalah mustahil untuk seseorang itu dapat melakukannya dalam masa yang singkat tanpa peralatan yang khusus.
Atas kereta Mercedes Benz milik Anwar Ibrahim manakala di bawah semua orang pasti tahu siapa pemiliknya kalau bukan MP Batu Tian Chua. Kereta Mercedes Benz milik Tian Chua dulu dah pernah mengorban satu nyawa, seorang askar Melayu di Johor awal tahun lepas. Tapi tak juga cakap siapa yang sabotaj "pin bolt" kereta mewah dia tu.
Menurut pakar lagi sebagaimana yang diterangkan dalam blog M.I.M atau Dr Novandri, kereta mewah dan mahal seperti Mercedes Benz memiliki sistem keselamatan yang begitu tinggi dan ianya tidak sama dengan yang terdapat pada mana-mana kenderaan murah biasa ataupun kereta nasional oleh itu menurut pakar lagi adalah sangat mustahil untuk seseorang itu boleh melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap kereta seperti Mercedes Benz dengan begitu mudah dan senang.
...ni apahal pulak...dulu kena sabotaj juga ke? Siapa punya kerja? Ini kereta mahal juga, tayar punyalah besar...Toyota Camry kepunyaan bekas MB Perak 11 Bulan Nizar Jamaluddin. Kemalangan berlaku kebetulan dihadapan Bangunan UMNO Kuala Kangsar Perak. Bawa kereta terlalu laju, Nizar seram tengok bendera UMNO tu lah dia tekan minyak kereta kuat-kuat supaya laju dan tak tengok lambang UMNO lagi.
Tapi nasib Nizar bagus, umur dia panjang dan dia masih lagi dapat untuk melihat bendera UMNO tanpa perlu rasa takut dan gerun lagi.
Bekas sahabat serta rakan tenis Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan mendakwa bahawa perkataan "pandi kutty" yang digunaan oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pada perjumpaannya dengan beberapa penyokong kumpulan Hindraf baru-baru ini sebenar ditujukan kepada bapa kepada PM YAB Datuk Seri Mohd Najib iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein.
Saya masih lagi ingin untuk membicara tentang laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu saudara Abdullah Sani bin Hj Said berkenaan dengan kereta Mercedes Benz milik Anwar yang beliau percaya telah disabotaj oleh pihak tertentu bertujuan untuk membunuh ketua pembangkang itu.
Berdasarkan kepada pemeriksaan yang dibuat oleh mekanik Azman Hassan yang bertanggungjawab mengenalpasti punca masalah dikatakan telah berjaya mengesan ianya berpunca daripada kerosakkan yang sangat teruk dibahagian sistem brek tayar belakang sebelah kanan.
Tambah Abdullah Sani lagi yang mengaku beliau berpengalaman selama 28 tahun sebagai pemandu kepada keluarga Anwar dan sebelum bekerja dengan Anwar sudah 10 tahun bekerja sebagai seorang mekanik kereta dan selama 7 tahun dalam masa tersebut telah diberi tugas khusus sebagai mekanik untuk kereta mewah seperti Mercedes Benz dan lain-lain lagi telah mendapati "pin bolt" yang mengikat "brake caliper" sudah tiada atau tertanggal apabila beliau sendiri membuat pemeriksaan susulan terhadap kereta tersebut. Fungsi "pin bolt" menurut Abdullah Sani adalah untuk mengikat "brake caliper" pada tempatnya.
Maka itulah lebih kurang ceritanya berkaitan dengan tuduhan sabotaj yang dilemparkan oleh Abdullah Sani kepada "pihak tertentu?" apabila kereta berkenaan telah mengalami masalah yang kononnya hampir mendatangkan kecelakaan jalanraya sewaktu kereta yang dipandunya membawa Presiden PKR Wan Azizah menuju ke Chemor di Perak.
Dan seraya itu beliau turut mendakwa perbuatan khianat adalah punca "pin bolt" itu tertanggal atau tercabut dari tempatnya kerana beliau berkata adalah sesuatu yang "sangat mustahil" untuk benda tersebut boleh tercabut dengan sendirinya atau maksud yang dikatakan oleh Abdullah Sani ialah bahawa 'pin bolt' itu sengaja dicabut oleh pihak yang tertentu dengan harapan akan berlaku kemalangan ke atas Anwar Ibrahim sekiranya pemimpin pembangkang itu menaiki kereta berkenaan.
Namun bagi saya apa yang "sangat mustahil" sebenarnya ialah tentang bagaimana kemampuan serta kecekapan seseorang itu boleh mencabut "pin bolt" yang biasanya terletak di bahagian ruang dalam rim tayar kereta dengan begitu mudah tanpa perlu terlebih dulu menggunakan peralatan lain untuk membuka nat rim serta menanggalkan tayar dan adalah sesuatu yang sangat mustahil juga sekiranya kerja-kerja mencabut "pin bolt" dari tempatnya boleh dilakukan hanya dalam masa beberapa minit saja dan ditempat yang terbuka pula.
Pada saya juga adalah sesuatu yang sangat mustahil sekiranya tanpa kerjasama daripada orang kepercayaan Anwar Ibrahim sendiri seseorang itu boleh dengan mudah menjalankan kerja khianatnya terhadap sesebuah kenderaan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka yang merancang.
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan dulu makan buah petai jenis "pandi kutti" sebab takut nanti akan sama dengan yang dalam video. Itu betul-betul 'pandi kutti" - AIDC
Boleh tu memang bolehlah makan buah petai tapi pastikan ia bukan dari jenis pandi kutti sebab petai dari jenis tu biasanya panjang berjuntai, jadi pantanglah agak-agaknya takut jadi panjang tangan, panjang kaki, panjang rambut dan sebagainya lagi satu tak kuasalah hahaha...
Untuk rujukkan pada gambar: sudut atas adalah gambar bunga petai yang baru keluar berputik, rupa bentuknya agak pelik, manakala sudut bawah pula ialah gambar buah petai yang sudah matang, petai hutan banyak biji dan sudah sedia untuk dikait, bijinya bulat tak bujur melintang macam biji petai bali.
Dengan hanya tinggal berbaki lima hari lagi untuk sampai ke tarikh 16 Mei 2011 iaitu hari penentuan oleh Mahkamah Tinggi yang akan memutuskan samada Penasihat PKR Anwar Ibrahim perlu membela diri ataupun dilepaskan dari dakwaan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini sejak 28 June 2008, satu lagi sandiwara terpaksa dilakukan oleh PKR bertujuan untuk mengalih tumpuan umum agar tidak tertumpu kepada kes liwat Anwar dan berharap akan beralih kepada perkara yang lain.
Dalam gambar di atas menunjukkan pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu saudara Abdullah Sani bin Hj Said ketika membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Jln Tropicana jam 4:00 petang tadi berhubung dengan dakwaannya bahawa ada usaha mensabotaj kereta milik Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu bertujuan untuk membunuh Anwar Ibrahim berikutan kejadian pada 19 April 2011 lalu di Chenor Perak yang dakwanya hampir mengakibatkan kemalangan apabila kereta dipandunya yang membawa Presiden PKR Wan Azizah tiba-tiba gagal untuk dikawal dan diberhentikan.
Abdullah Sani yang mendakwa beliau sudah 28 tahun bekerja sebagai pemandu kepada keluarga Anwar Ibrahim dan selain itu beliau juga mengaku yang dia turut mempunyai pengalaman selama 7 tahun bekerja sebagai seorang mekanik kereta mewah sama seperti kereta mewah milik Anwar Ibrahim yang dipandunya itu iaitu Mercedes Benz S350 dan berkata mula mengesan masalah pada bahagian brek kereta tersebut sebagai punca setelah diberitahu oleh mekanik dibengkel tempat kereta terbabit dihantar untuk membuat pemeriksaan.
Inilah agaknya gambar brek kereta Mercedes Benz milik Anwar Ibrahim yang dipandu oleh Abdullah Sani. Mekanik yang membuat service kereta berkenaan memberitahu Abdullah Sani bahawa 'pin bolt' yang berfungsi sebagai pengikat kepada 'brake cliper' telah tercabut dan hilang dan bagi Abdullah Sani ini satu kejadian yang "sangat mustahil"...sangat-sangat mustahil kata Abdullah Sani.
Terus saja timbul perasaan buruk sangka dalam pikiran Abdullah Sani dan sudah tentu dia akan berkali-kali berkata "mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil...pasti ini kes sabotaj!!!...tetapi Abdullah Sani terlupa bahawa zaman ini tidak ada satupun perkara yang boleh dikatakan sebagai mustahil lagi. Semuanya boleh berlaku tanpa diduga apatah lagi kenderaan-kenderaan yang sememangnya memerlukan pemeriksaan berkala.
Sebagai seorang pemandu lama dan sangat berpengalaman ditambah lagi dengan pengalamannya yang pernah 7 tahun bekerja sebagai seorang mekanik adalah sesuatu yang sangat mustahil bagaimana Abdullah Sani boleh tidak menyedari tentang adanya kelainan dari biasa pada kereta yang dipandunya itu sedangkan sebelum bergerak atau hendak melakukan sebarang perjalanan tak kiralah jauh ataupun dekat, perkara pertama yang harus dibuat ialah periksa keadaan kereta terlebih dulu, periksa keadaan tayar, skrew tayar, angin tayar, air batery, keadaan brek, lampu brek, lampu signal kiri kanan, lampu depan belakang, lampu tinggi dan jika pasti kereta berada dalam keadaan yang baik maka boleh jalan dan jika tidak bawa ke bengkel terlebih dulu utnuk service.
Ini gambar bonus. Gambar kereta mewah milik Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Mercedes Benz. Kereta ini pernah terbabit dalam satu kemalangan di KM 49 Jalan Johor Bahru - Mersing dekat dengan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi negeri Johor Darul Takzim pada 13 Mac2010 jam lebih kurang 9:30 malam.
Kemalangan itu telah menyebabkan kematian seorang askar Melayu DiRaja iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan apabila motosikal yang ditungganginya telah bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh Tian Chua yang dipercayai tiba-tiba memasuki lorong sebelah kanan tanpa menyedari kehadiran motosikal yang ditunggang Mohd Salleh dari arah hadapan.
Berkaitan dengan kes kemalangan tersebut, rakyat Malaysia sehingga kini belum lagi mengetahui perkembangan lanjut tentang siasatan polis mengenainya samada kes sudah ditutup atau masih dibuka tambahan lagi tiada sebarang desakkan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap kerajaan untuk membuat siasatan telus kepada kes ini sama seperti yang dilakukan terhadap kes Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminul Rasyid. Rakyat juga mahu tahu samada berlaku sabotaj terhadap kereta Mercedes Benz kepunyaan Tian Chua sebelum berlakunya kemalangan itu.
Kenapa semua ini timbul setelah berlakunya kekecohan mengenai dakwaan kononnya ada kalangan pemimpin dari parti DAP bersama mereka dari kalangan Paderi-paderi Kristian sedang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini berikutan dengan perjumpaan antara paderi-paderi dengan para pemimpin DAP yang dikatakan telah diadakan di Pulau Pinang minggu lepas.
Majlis Peguam Malaysia melalui Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam iaitu Syahredzan Johan yang turut memberi komen tentang laporan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai isu 'agama rasmi' berkata "tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahawa," yang boleh membawa negara ini kearah rusuhan agama dan sosial.
"Dari segi perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi."Perlembagaan sangat jelas dalamhali ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
Benarkah apa telah dijelaskan oleh Syaredzan itu mengenai perlembagaan Malaysia ini? Dan kita haraplah agar isu ini tidak akan berpanjangan dan harap pihak kerajaan dapat menjelaskan perkara berhubung dengan isu ini supaya ianya tidak terus mengelirukan rakyat.