Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 12, 2011

Drama 'Sabotaj' arahan Anwar kena brek - Dr Novandri dah temui 'pin bolt'nya.

 Skrip untuk drama terbaru arahan Anwar Ibrahim yang berjudul "Sabotaj" terpaksa dihentikan seketika walaupun sebelumnya krew drama berkenaan sudahpun membuat beberapa siri penggambaran dilokasi-lokasi yang terpilih.
Langkah itu terpaksa diambil oleh penerbit kerana menyedari terdapat begitu banyak dialog-dialog untuk drama tersebut didapati tidak akan membantu menjadikan ianya sebuah drama yang akan diminati ramai sekira ia dipertontonkan kepada umum kelak.
Tiga imej yang dipaparkan diatas adalah gambaran bahagian brek pada kereta dimana tempat letaknya benda yang dipanggil sebagai "pin bolt" yang mengikat "brake caliper', nampaknya memang sangat sukar dan sulit sekali untuk melakukan kerja khianat seperti didakwa oleh pemandu peribadi Anwar Ibrahim dengan melihat ruang yang begitu rumit dan sempit adalah mustahil untuk seseorang itu dapat melakukannya dalam masa yang singkat tanpa peralatan yang khusus.
Atas kereta Mercedes Benz milik Anwar Ibrahim manakala di bawah semua orang pasti tahu siapa pemiliknya kalau bukan MP Batu Tian Chua. Kereta Mercedes Benz milik Tian Chua dulu dah pernah mengorban satu nyawa, seorang askar Melayu di Johor awal tahun lepas. Tapi tak juga cakap siapa yang sabotaj "pin bolt" kereta mewah dia tu.
Menurut pakar lagi sebagaimana yang diterangkan dalam blog M.I.M atau Dr Novandri, kereta mewah dan mahal seperti Mercedes Benz memiliki sistem keselamatan yang begitu tinggi dan ianya tidak sama dengan yang terdapat pada mana-mana kenderaan murah biasa ataupun kereta nasional oleh itu menurut pakar lagi adalah sangat mustahil untuk seseorang itu boleh melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap kereta seperti Mercedes Benz dengan begitu mudah dan senang.
...ni apahal pulak...dulu kena sabotaj juga ke? Siapa punya kerja? Ini kereta mahal juga, tayar punyalah besar...Toyota Camry kepunyaan bekas MB Perak 11 Bulan Nizar Jamaluddin. Kemalangan berlaku kebetulan dihadapan Bangunan  UMNO Kuala Kangsar Perak. Bawa kereta terlalu laju, Nizar seram tengok bendera UMNO tu lah dia tekan minyak kereta kuat-kuat supaya laju dan tak tengok lambang UMNO lagi.

Tapi nasib Nizar bagus, umur dia panjang dan dia masih lagi dapat untuk melihat bendera UMNO tanpa perlu rasa takut dan gerun lagi.

Tiada ulasan:

Arkib Blog