
Majlis Peguam Malaysia melalui Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam iaitu Syahredzan Johan yang turut memberi komen tentang laporan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai isu 'agama rasmi' berkata "tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahawa," yang boleh membawa negara ini kearah rusuhan agama dan sosial.
"Dari segi perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi."Perlembagaan sangat jelas dalamhali ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
Benarkah apa telah dijelaskan oleh Syaredzan itu mengenai perlembagaan Malaysia ini? Dan kita haraplah agar isu ini tidak akan berpanjangan dan harap pihak kerajaan dapat menjelaskan perkara berhubung dengan isu ini supaya ianya tidak terus mengelirukan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan