Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 09, 2011

Tendang saja Parti Gerakan keluar daripada Barisan Nasional !

Jika anda terbaca disini maka anda akan tahu bagaimana Presiden Parti Gerakan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu agar polis segera bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia serta para blogger yang telah membangkit isu "agama rasmi" dan dengan tegasnya Tsu Koon juga mahu agar polis segera menyiasat semua laporan yang didakwa beliau sebagai kerja Utusan Malaysia dan penulis blog.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Ahli Berhormat yang dilantik ini untuk menjaga K-P-I orang lain ini kerana sekali lagi telah berkokok sama seperti bunyi ayam dalam DAP. Dalam banyak hal yang memerlukan semua komponen parti dalam Barisan Nasional selalu diseru supaya sentiasa memahami masalah yang melanda rakan sesama komponen dan perlu mendiamkan diri jika sedar ianya sangat sensitif tetapi lain pulak dengan sikap pemimpin Gerakan ini bila dia lebih suka menangguk di air yang keruh.

Tidak banyak yang parti Gerakan khususnya Tsu Koon mampu buat untuk membaiki keadaan yang memerlukannya untuk berbuat demikian namun sebaliknyanya Gerakan lebih banyak memberi kerosakkan daripada memberi kebaikan kepada Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya, tidak ada gunanya lagi untuk parti Gerakan terus berada didalam gabungan Barisan Nasional sekiranya sifat rasisnya masih sama tebal dengan sikap perkauman yang tertanam sekian lama didalam kepimpinan DAP.

Apakah 'agama rasmi' pemimpin tertinggi dalam DAP ?

 Saya sebenarnya masih tertanya-tanya kalaulah benar DAP yang punya angkara timbulnya isu "agama rasmi persekutuan" sehingga ianya menjadi satu isu yang begitu panas di negara ini, apakah tujuan sebenar mereka, apakah motif DAP disebalik semua itu dan kalau benar tentulah memang ada muslihat yang tersembunyi dan kenapa harus DAP memperalatkan agama Kristian untuk dijadikan sebagai senjata politik mereka demi untuk terus mendapatkan kuasa dan sokongan daripada rakyat khususnya yang bukan beragama Islam?

Tetapi ada satu lagi persoalan besar yang masih lagi terbuku didalam benak fikiran saya ialah tentang fahaman ataupun pegangan agama sebenar yang dianuti oleh kebanyakkan pemimpin atasan DAP seperti Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh, Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng kecuali Naib Pengerusi DAP Pusat Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang beragama Islam, Gobind Singh Deo, Tang Seng Giaw, Nga Kor Ming, Ngeh Ko Ham dan lain-lain lagi.

Kita tidak tahu ajaran agama yang mana satu telah menjadi amalan dalam hidup oleh para pemimpin tertinggi DAP selama ini kerana kalau pada hari Ahad atau hujung minggu pernahkah mereka mengunjungi mana-mana gereja untuk bersembahyang? Pernahkah mereka bersama umat Kristian lainnya menyambut perayaan Paska/Esther? Pernahkah mereka menyambut dan merayakan dirumah Hari Krismas 25 Disember setiap tahun? Pernahkah mereka meluang masa untuk hari Jumaat Agung/Good Friday? Adakah pernah mereka turut bersama masyarakat Kristian disekitar membersihkankan kubur pada perhimpunan All Saints Day 1 November setiap tahun? Pernahkah mereka mengerjakan sembahyang Rosary setiap malam Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Saya sekadar bertanya sebab apa yang saya tahu ialah di Malaysia ini belum ada satupun parti politik baik mereka yang dari pihak kerajaan mahupun pembangkang perjuangan mereka berteraskan kepada agama Kristian seperti UMNO yang berlandas kepada Islam dan begitu juga dengan parti PAS dimana kesemua pemimpin mereka adalah Islam. Tetapi berlainan dengan parti MCA, MIC, DAP, PBB, PBS dan banyak lagi yang nyata asas perjuangan mereka bukanlah mengenai agama tetapi lebih kepada masyarakat yang tertentu serta juga bergantung kepada masyarakat yang ada didalam kawasan yang diwakili parti masing-masing.

Jadi itulah sebab mengapa saya rasa agak hairan kenapa parti DAP boleh tiba-tiba berubah dasarnya yang dulu dengan konsep 'Malaysian Malaysia" mahu pula kepada pembentukkan sebuah Negara Kristian sedangkan mereka tahu bahawa ini akan mendapat tentangan bukan saja daripada UMNO malah akan ditentang hebat oleh PAS rakan baik DAP sendiri. PAS pasti akan menentang usaha DAP ini sekiranya benar DAP berhasrat ke arah itu dan sudah tentulah Nik Aziz Nik Mat atau Haji Abdul Hadi Awang akan berkata "langkah mayat PAS dulu kalau DAP mahu jadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia" ini sebagai tindakbalas PAS terhadap cabaran Karpal Singh yang menentang usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia jika PAS berjaya menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Baru semalam kahwin, hari ini bercerai...'jaik mimpi !'

Harapan dan impian DAP untuk menerokai undi dalam kawasan DUN Bumiputera di Sarawak nampaknya tidak kesampaian apabila perkahwinan yang baru dibina dengan isteri ketiganya iaitu Siti SNAP tidak bertahan lama cuma satu bulan lebih saja. Mungkin SNAP ketika tidur ada mengalami mimpi jahat atau dalam bahasa Iban 'mimpi jaik.'

Kepercayaan orang Iban dahulukala, sebelah malam selesai saja majlis perkahwinan sekiranya seorang diantara kedua pengantin ada mengalami mimpi buruk sewaktu tidur malam maka keesokkan paginya maka yang bermimpi itu wajib meminta "cerai kilat" atau serta merta dari pasangannya dan amalan ini dahulunya menjadi perkara biasa dalam adat tradisi masyarakat Iban di Sarawak.

Walaupun perkahwinan DAP dengan PKR dan PAS kelihatan masih utuh diluar bergoyang didalam namun dalam misi DAP untuk menawan Sarawak pada pilihanraya negeri yang ke-11 tahun 2016 kelak perkahwinan dengan kedua-duanya tidak memberi sebarang makna tanpa DAP memiliki seorang lagi isteri untuk dimadukan dengan PKR dan PAS di wilayah Pulau Borneo.

SNAP yang hanya sempat bermadu selama lebih sebulan dengan PKR dan PAS bertindak melarikan diri keluar dari rumah Pakatan Pembangkang hujung minggu lalu kerana sudah "tak tahan lagi" melayan nafsu buas DAP yang semakin hari semakin tak terkawal,..mahunya pagi dituruti, mahu tengah hari diturutkan jua, lagi petang mahu lagi dipenuhi SNAP juga...malam apa lagi kata SNAP, belakang SNAP pun DAP bantai...belum kering minta lagi...mana tahan...!!!

Ahad, Mei 08, 2011

Selamat Hari Ibu



Ada kisah seorang ibu yang mampu membesarkan 7 orang anak-anaknya sehingga menjadi seorang yang dewasa tetapi sebaliknya kenapa 7 orang anak-anaknya yang sudah dewasa tidak mampu untuk menjaga hanya seorang ibu mereka yang sudah tua ?

Ada kisah dimana ada seorang anak lelaki yang sanggup mengusir ibunya dari rumah kepunyaan ibunya sendiri semata-mata kerana anak lekaki kepada ibu tua ini tidak mahu kehilangan isteri mudanya yang berasal dari negara asing. Kenapa dia begitu tergamak menukar ibu kandungnya dengan perempuan asing itu?

Lagi teruk, ada kisah apabila berlaku pergaduhan kecil diantara ibu kandungnya dengan bini mudanya warga asing, dia telah berpihak kepada bini mudanya sehingga sanggup melepaskan tangan hinggap ke tubuh lemah ibunya yang telah melalui banyak penderitaan ketika mengandung dia selama 9 bulan.

Kisah sayu, kini ibu kandungnya yang malang telah terbiar menghabiskan masa-masa tuanya seorang diri, dikurung dalam sebuah pondok kecil berukuran 10 kaki X 8 kaki persegi dibina khas atas tanah diluar rumah anaknya yang bongsu.

Kemana hilangnya nilai-nilai kemanusian sebagai seorang anak dalam diri mereka yang sanggup untuk menderhakai ibu kandung mereka sendiri? Sanggup menyisih dan mengusir ibu kandung yang telah bersusah payah melahir, membesar dan memberi didikan sehingga mereka dewasa menjadi orang yang kenal dengan dunia sekeliling.

Semoga ibu ini akan sembuh dari penyakit yang dihidapi dan kembali sihat seperti sedaiakala walaupun kini dirinya dari hari ke sehari terus dimamah usia tua.

"Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar Ibu" jasa dan pengorbanan ibu takkan terpadam dari ingatan seorang anak yang amat memahami segala jerih payah ibunya dalam membesarkan mereka...

Isu "agama rasmi": jangan biarkan lilin membakar diri...

Sebagai seorang penulis blog beragama Kristian, inilah makanya saya juga sedar yang saya tentu sekali mempunyai sedikit rasa tanggungjawab seperti orang Kristian yang lain juga terhadap agama ini dan mempunyai hak yang sama untuk menegur sekiranya ada tindakan-tindakan yang nampaknya kurang tepat diambil oleh segelintir pemimpin-pemimpin gereja di negara ini dan misalnya seperti dalam isu yang terbaru mengenai isu "agama rasmi Malaysia" apabila mereka ini seolah-olah begitu mudah untuk diperalatkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mempunyai agenda politik sempit dan merbahaya sehingga sanggup pula kelihatanya diperkudakan oleh golongan berkepentingan ini tanpa menghirau perasaan orang Kristian yang lain di negara ini apabila agama Kristian saban hari diperdebat secara terbuka oleh pihak lain kadangkala sangat menyakitkan hati apabila ada pihak yang sudah terguris perasaan mereka gara-gara isu ini terpaksa menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya.

Kepada semua pemimpin-pemimpin gereja atau paderi seluruh Malaysia yang didakwa telah terlibat didalam kumpulan 35 orang berhimpun bersama dengan sebilangan besar wakil-wakil rakyat serta pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan Mei baru lalu, jika benar perjumpaan yang dianjurkan oleh DAP bersama dengan pertubuhan Kristian tertentu di Pulau Pinang itu bertujuan untuk membincang hal berkenaan mahu menukar status agama rasmi di Malaysia daripada Islam kepada Kristian maka secara peribadi saya berharap supaya puak-puak Paderi ini berhenti setakat hari itu saja dengan niat mereka itu dan balik ke gereja masing-masing, buka Bible..baca sampai habis dan fahami apa yang diseru oleh Jesus Kristus kepada semua orang Kristian termasuklah paderi-paderi ini.

Sedarilah bahawa ajaran Kristian, sama juga seperti ajaran agama lain yang menyeru kepada semua pengikutnya agar mengutamakan perpaduan sesama manusia, keamanan serta keselamatan negara dimana mereka tinggal, keharmonian dalam masyarakat, kesejahteraan dan sebagainya walaupun dari segi kepercayaan terhadap Tuhan yang di sembah nampak memang banyak berbeza serta perbezaan juga sangat ketara sewaktu melakukan ibadat namun dalam soal seperti yang telah saya sebut sebelumnya bahawa semua agama itu mempunyai nada yang hampir sama iaitu berseru kepada semua bentuk kebaikkan serta menentang segala jenis kejahatan.

Tetapi inilah masalahnya apabila sudah terdapat individu-individu yang menyamar jadi paderi, masuk gereja berlakon jadi ahli gereja dan terlibat pula dalam kegiatan politik serta membawa agenda halus tetapi apakah pihak gereja tidak mampu untuk mengesan kewujudan kumpulan seperti ini didalam komuniti mereka atau individu itu memang bijak mengelirukan pihak gereja? Saya tidak bermaksud untuk mengemukakan soalan umum tetapi berharap ada yang berfikir berkenaan dengan perkara itu sebab setiap kejadian itu memang ada punca atau penyebabnya maka carilah puncanya. Saya juga tidak menyalahkan pihak Islam dalam isu terbaru ini sebab sewajarnya mereka bangkit mempertahankan apa yang telah menjadi hak mereka. Mereka berhak.

Dalam masyarakat yang majmuk atau yang berbilang kaum seperti di Malaysia dengan kaum Melayu sebagai satu masyarakat yang terbesar yang sudah tentulah agama Islam juga yang lebih ramai daripada kaum Melayu itu sendiri sebab agama Islam juga dianuti oleh sebilangan orang dari setiap satu kaum yang ada di negara ini seperti kaum Cina ada yang Islam, kaum India, kaum Orang Asli, kaum Bidayuh, kaum Kadazan, kaum Melanau, kaum Iban, kaum Bajau, kaum Murut, kaum Kayan, kaum Kenyah, kaum Kelabit, kaum Rungus, kaum Kedayan dan sebagainya lagi semua dari setiap kalangan mereka ada yang sudah lama beragama Islam maka inilah bukti bahawa jumlah orang yang beragama Islam di Malaysia sebenarnya melebihi bilangan kaum Melayu itu sendiri dan jika benar adanya usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini adalah satu usaha yang tidak akan kemana pun dan hanyalah usaha yang nyata sia-sia dan pasti tidak akan berhasil.

Kepada "kumpulan 35 Paderi" ini kita berharap jika benar apa yang didakwa ke atas anda semua itu benar adalah perlu sangat untuk kalian menjelaskannya kepada seluruh rakyat Malaysia apa sebenarnya yang telah berlaku, jelaskan kepada seuluruh rakyat Malaysia apa yang dibincangkan pada pertemuan anda semua bersama dengan DAP di Pulau Pinang baru-baru ini. Ingatlah, jangan biarkan perkara ini terus mewarnai hubungan antara kaum dan agama di negara ini yang akhirnya hanya merugikan kita semua. Ingatlah bahawa orang-orang Kristian di Malaysia tidak akan dapat hidup bersendirian tanpa persefahaman yang baik dan kerjasama yang berterusan daripada kaum dan agama lain di negara ini.

Ingatlah juga bahawa tanggungjawab utama kita sebagai rakyat Malaysia yang datang dari latar belakang kaum dan agama berbeza adalah untuk mengekalkan suasana aman serta makmur yang sudah lama kita nikmati dan kecapi selama ini dalam Malaysia dan sebagai generasi penyambung kepada generasi yang terdahulu kita juga seharusnya sedar bahawa bukan mudah sebenarnya para pejuang kemerdekaan dulu untuk mendapatkan asas tempat kita semua berpijak hari ini jika tanpa jalinan kerjasama yang utuh dan jitu daripada mereka yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya tetapi demi untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu dengan perpaduan rakyatnya maka inilah hasilnya hari ini sebuah negara Malaysia yang sudah dikenali di seluruh ceruk dunia sebagai sebuah negara membangun yang paling terkehadapan sekali dalam semua bidang dan semakin hampir pasti akan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Ada satu perkara lagi yang saya nampak sangat perlu untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri iaitu untuk membenteras atau membendung kegiatan pihak pelampau yang nampaknya semakin melampau sehingga sanggup pula untuk menimbulkan isu-isu yang sensitif dalam negara seperti isu "agama rasmi" ini ianya tidak akan berjaya dihalang atau dipatahkan sekiranya hanya dengan memberi amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan yang tegas dan berani diambil jika setiap kali timbulnya isu-isu seperti itu.

Oleh itu KDN atau menteri yang bertanggungjawab terahadap isu keselamatan ini iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak patut lagi untuk menghias tindakan kata-kata yang sudah bosan hendak didengar seperti "akan diberi amaran keras", "amaran tegas", "tidak akan teragak-agak" dan bermacam-macam lagi kata suam kuku sekadar untuk menyedapkan hati rakyat namun apa yang kita lihat hari ini, bukannya puak-puak pelampau itu mahu berhenti dari menimbulkan berbagai-bagai suasana menakutkan di negara ini malah mereka semakin berani dan biadap tanpa memperdulikan undang-undang negara serta soal-soal keselamatan negara.

Akhir sekali, kepada "kumpulan 35 Paderi" itu...berfikirlah secara bijak sebagai rakyat Malaysia itupun sekiranya anda semua adalah warganegara Malaysia. Fikirkanlah tentang masa depan negara ini yang rakyatnya terdiri daripada berbagai kaum. Kita dalam Malaysia sebenarnya saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Kita punya tanggungjawab yang sama untuk mencipta kejayaan yang gemilang untuk Malaysia dan bukannya untuk menghancurkannya. Ingatlah, bersatu kita akan menjadi teguh...berpecah belah kita semua akan hancur dan musnah.

Sabtu, Mei 07, 2011

Tembak menembak terus berlaku dalam Kabinet Bayangan Sarawak

Rasa tidak puas hati sesama mereka dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak nampaknya tidak pernah redan malah semakin tegang pulak sama tegangnya dengan tali jam Omega yang hilang.

Bakal Ketua Menteri yang diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang dalam DAP, PKR dan PAS sebelum pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 lalu iaitu YB Baruk Bian sejak pengumuman Kabinet Bayangan mereka sudah beberapa kali melepaskan tembakan mengguna peluru getah ke kepala bakal Ketua Menteri Sarawak idaman DAP iaitu YB2X Ho Ho Leng.

Namun telah dibalas oleh YB2X Ho Ho Leng dengan tembakan menggunakan peluru hidup walaupun YB Baruk Bian cuba berselindung disebalik perisai "utap" buatan Orang Ulu namun peluru dapat juga menembusi dan terkena atas dahi bulat YB Baruk Bian.

Dari belakang perisai "utap" YB Baruk Bian menggelar YB2X Ho Ho Leng sama macam ketam batu dan dari depan perisai "utap" yang sama YB2X Ho Ho Leng pula kata YB Baruk Bian lagi teruk sama seperti ketam nipah.

YB2X Ho Ho Leng mempertikaikan kemampuan YB Baruk Bian untuk menjadi seorang Ketua Menteri, cepat lupa..belum lagi jadi Ketua Menteri Sarawak sudah cepat hilang ingatan. Pasal mesyuarat boleh lupa???

YB Baruk Bian tidak senang bila dikatakan cepat lupa walaupun memang dia adalah kacang yang lupakan kulit lalu YB Baruk Bian kata Kabinet Bayangan yang diilhamkan Pengerusi DAP Sarawak YB Wong Ho Leng atau lebih suka dipanggil YB2X Ho Ho Leng tidak mencerminkan kepelbagaian kaum dan tidak mencontohi kabinet BN Sarawak yang dianggotai oleh pemimpin dari semua kaum yang ada dalam negeri Sarawak.

Kesimpulannya YB Baruk Bian bermaksud yang Kabinet Bayangan Pakatan Sarawak sangat teruk jika dibandingkan dengan Kabinet Realiti BN Sarawak yang ternyata sangat bagus, lemak berkrim disukai ramai.

 Ini satu lagi Jeneral keluar dari pertapaan. "Pedih amai begulai enggau sida Pakatan Pembangkang tu" katanya...."maneh meh kita pancut aja ari PR nadai meh reti, nadai meri untung nama-nama ngagai SNAP" tambahnya lagi. Baru sedar yang SNAP dah awal-awal memang dah kena tipu oleh DAP dan PKR, lagi juga mahu makan sepinggan dan berkongsi minum dengan gelas yang sama.

Kalau rakyat Singapura sudah kata "Tak Tahan Lagi" dengan PAP bapa kepada DAP, apakah SNAP "Masih Tahan Lagi" dengan DAP?

Isu "Kristian agama rasmi Malaysia" mungkin ada salah faham...

Saya tidak melihat isu ini iaitu dakwaan kononnya DAP mahu menjadikan agama Kristian sebagai "agama rasmi Persekutuan" merupakan satu usaha baru sengaja dilakukan oleh DAP hanya kerana berlakunya perjumpaan antara Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dengan sebilangan Paderi Roman Katholik baru-baru ini.

Kerana kadangkala pertemuan atau perjumpaan diadakan untuk tujuan yang ada kaitan dengan hal ehwal agama dan adalah sangat mustahil perjumpaan seperti itu terus didakwa bertujuan untuk membincangkan soal menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Tidak mungkin sebab kaum majoriti di negara ini adalah kaum Melayu dan agama Islam adalah yang terbesar, jadi bila timbul dakwaan sedemikian maka bagi saya ianya cumalah satu khabar angin semata dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum serta kesejahteraan negara tak payahlah terperangkap didalam isu-isu yang langsung tidak membantu menjadikan Malaysia kekal dalam keadaan yang aman dan selamat.

Yakinlah bahawa semua agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lainnya sudah lama sedar dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Malaysia walaupun masih terdapat segelintir pemimpin parti politik tertentu yang masih terus mempertikaikannya namun sebenarnya itu bukanlah pendirian daripada pemimpin-pemimpin agama sendiri melainkan hanyalah suara orang-orang politik yang memang punya banyak kepentingan yang kita rakyat juga kurang pasti.

Jumaat, Mei 06, 2011

Kabinet Bayangan Sarawak terus dibayangi 'drama gila kuasa' !

Bukan saja hanya berlaku didalam Pakatan Pembangkang di Sarawak malah penyakit gila kuasa juga turut mulai berjangkit didalam Barisan Nasional Sarawak.

Kalau sebelum ini isu membabitkan Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang yang mula heboh selepas berakhirnya pilihanraya Sarawak ke-10 lalu mengambil tempat, kini ianya bertambah meriah lagi setelah perkara yang hampir sama turut menular dan berlaku di dalam pimpinan parti Barisan Nasional.

ADUN N70 Ba'Kelalan Baruk Bian sudah berkerat rotan berpatah arang tidak mahu menerima kabinet Kabinet Bayangan yang diilhamkan oleh DAP apabila tidak menyenaraikan nama beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak namun sebaliknya beliau tanpa dihubungi tau-tau sudah dilantik menjadi Menteri Tanah Sarawak.

Presiden PRS dari Barisan Nasional pula terus mendesak BN Sarawak dan BN Pusat agar partinya PRS diberi penghargaan yang besar sesuai dengan kemenangan besarlah konon 8 kerusi DUN dalam pilihanraya Sarawak 16 April lepas.

Wong Ho Leng mahu dirinya diterima menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru. Baruk Bian juga mahu beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak manakala Datuk Sri Dr James Jemut Masing juga mahu beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Lebih 60% wilayah di Sarawak telahpun dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang

60 peratus adalah anggaran saya, mungkin lebih lagi dari itu memang iya namun jika dikatakan peratusannya kurang dari itu belum tentu iya. Telah dikuasai maksud saya bukanlah bermakna tanah itu telah dimiliki oleh kaum Lim Kit Siang kerana ianya tetap akan masih menjadi milik kerajaan negeri Sarawak cuma mereka hanya diberi kuasa ke atas tanah itu.

Sebahagian besar tanah di Bumi Kenyalang ini telahpun diberi hak oleh kerajaan BN Sarawak kepada begitu banyak syarikat-syarikat untuk diusahakan bagi tujuan yang pelbagai seperti untuk kawasan pembalakan, perladangan, perkapalan, perkilangan, perindustrian, perumahan dan sebagainya.

Selain daripada kawasan di bandar yang hampir 100 peratus memang dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang ini, kawasan hutan atau pendalaman seperti bekas kawasan pembalakan terus menerus dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang ini dengan keizinan kerajaan negeri untuk dimajukan sebagai kawasan penanaman kelapa sawit ini memang jelas mana-mana kawasan di Sarawak tanpa mengira ianya dibandar maupun di luar bandar akan terus dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang dan kaum Bumiputera hanya mampu menelan air liur sehingga ke akhir hayat mereka.

Keadaan seperti ini sebenarnya telah menyebabkan banyak penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tanah yang diterokai oleh syarikat-syarikat yang mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri langkah atau laluan mereka menjadi terbatas kerana ada kawasan-kawasan yang sebelum ini yang biasa dilalui oleh penduduk-penduduk berkenaan sudah disekat dan jika terdapat mana-mana penduduk yang masih melalui jalan dalam kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan larangan maka penduduk itu pula akan dianggap sebagai penceroboh walhal mereka adalah penduduk asal dikawasan berkenaan.

Itulah yang saya sebut sebagai kuasa telah diberi kepada kaum Lim Kit Siang oleh kerajaan Sarawak. Mereka diberi kuasa untuk melarang atau menghalang mana-mana penduduk berhampiran masuk ke dalam kawasan tersebut. Inilah yang juga saya sudah nampak, belum lagi mendapat kuasa mutlak untuk memerintah Sarawak, kaum Lim Kit Siang ini sebenarnya sudahpun menguasai lebih separuh daripada wilyalah-wilayah di Sarawak berbanding dengan kaum Bumiputera.

Belum lagi menjadi sebuah kerajaan untuk memerintah negeri Sarawak namun dari segi penguasaan ekonomi dan penguasaan wilayah di Sarawak kaum Lim Kit Siang lah yang lebih jauh ke depan berbanding dengan kaum Bumiputera dan oleh kerana kelebihan yang ada pada kaum Lim Kit Siang inilah yang telah menjadi asas persetujuan kerajaan negeri dalam menyerahkan kawasan-kawasan tertentu dalam Sarawak untuk dibangunkan serta dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang.

Saya cuma hendak membayangkan nasib rakyat daripada kaum Bumiputera di Sarawak ini dikemudian hari sekiranya DAP dan PKR menjadi sebuah kerajaan, apakah perkara yang telah berlaku terhadap rakyat kaum Bumiputera di Pulau Pinang dan Selangor akan berlaku pula di Negeri Sarawak? Kaum Bumiputera akan disisih, dibeza dan diketepikan dalam semua hal...

PRS patutnya menunai janji dan bukannya menuntut penghargaan dari BN!

Pelik sungguh dengan kemahuan Presiden PRS YB Datuk Sri Dr James Masing ini, sepatutnya terlebih dulu beliaulah yang mengetuai pemimpin-pemimpin dari parti PRS untuk mula melaksanakan segala janji-janji parti beliau kepada rakyat dikawasan yang diwakili sewaktu pilihanraya Sarawak ke-10 lalu dan bukannya disaat parti kompanen BN Sarawak lain sedang sibuk mengatur langkah untuk kembali berkhidmat kepada rakyat. beliau pula asyik sibuk dengan agenda politiknya yang tak sudah-sudah itu.

Kalau hendak dikatakan selama ini BN Sarawak atau BN Pusat tidak pernah menghargai sokongan kaum Dayak terhadap kerajaan atau Barisan Nasional adalah sangat mustahil juga untuk diterima kerana apa yang jelas kita nampak hari ini dalam setiap kompanen parti Barisan Nasional Sarawak seperti PBB, SUPP, SPDP, PRS malah dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR, SNAP dan PCM boleh dikatakan tidak ada mana satu partipun yang tiada kaum Dayak didalamnya, semua ada.

Dan dalam BN Sarawak yang ada 4 parti didalam semuanya ada kaum Dayak seperti dalam SUPP, bukankah 4 orang daripada 6 yang menang dalam PRN Sarawak yang baru lepas adalah terdiri dari kaum Dayak dan ada diantara mereka ini telahpun dilantik menjadi menteri dalam kabinet Sarawak. Begitu juga dalam PBB sendiri seperti Tan Sri Alfred Jabu, Datuk Seri Douglas Unggah dan lain-lainnya bukankah mereka juga dari kaum Dayak dan dalam SPDP seperti Presidennya Datuk Sri William Mawan semuanya Dayak dan saya fikir kalau mengambil kira sokongan itu semua kaum Bumiputera lainnya juga turut memberi sokongan yang kuat kepada Barisan Nasional tetapi kalau semua mahu menuntut penghargaan bila dah menang, maka apakah kerajaan Sarawak ini boleh buat kepada rakyat yang memilih mereka andaikata setiap kemahuan pemimpin parti-parti dalam kompanen tidak mampu untuk dipenuhi oleh pucuk pimpinan BN?

Sudah-sudahlah tu Datuk Sri James, apa yang penting khidmat kepada rakyat harus diutamakan...ingat pesan PM kita...1Malaysia, Rakyat Didahulukan....( janganlah kepentingan politik diri sendiri pula yang diUtamakan)...

Khamis, Mei 05, 2011

Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berbakti untuk rakyat Sarawak

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dalam membantu mereka-mereka yang terperangkap dalam masalah yang sangat sukar tidak hanya terhad kepada kaum Melayu di Semenanjung Malaysia saja malah dalam beberapa kes serupa yang berlaku seperti anak gadis dilarikan atau ada ahli dari sebuah keluarga misalnya yang ditipu oleh ejen pencari kerja dan tersadai di negara lain yang tentunya dari kaum yang berlainan dan tidak semestinya mereka terdiri dari kaum Melayu sahaja namun BAKP UMNO tetap membantu dan menjadikannya sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang perlu dipikul.

Begitu juga dengan satu kejadian yang menimpa 3 ahli keluarga dari kaum Iban Sarawak yang telah menjadi mangsa penipuan satu sindiket pencari tenaga kerja yang membawa mereka hingga ke Papua New Guinea kini peranan utama untuk membawa ketiga-tiga mereka ini balik semula ke Bumi Kenyalang sudahpun disandarkan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dan menurut Pengerusinya Datuk Muhd Khairun Aseh segala urusan untuk tujuan itu telahpun digerakkan.

Inilah kelebihan UMNO, mereka tidak pernah membezakan mana-mana yang mahu dibantu dan tidak berdasarkan kepada kaum, kepercayaan atau mungkin fahaman politik tetapi yang penting ialah semuanya adalah rakyat Malasyia, jadi kepada rakyat-rakyat Sarawak yang banyak bertugas di negara separa Negro itu iaitu Papua New Guinea yang sekarang ramai juga bekerja di Port Moresby dan ada dua tiga orang yang selalu menghentam UMNO dari Papua New Guinea, jadi saya inginlah nak bertanya...dimana anda semua dalam isu ini...malulah sedikit sebab yang akan dibantu oleh Biro Aduan UMNO adalah rakyat Sarawak yang sepatutnya anda sebagai rakyat sesama negeri yang dulunya menghulurkan tangan membantu dan bukannya menyerahkan kepada pihak yang selalu dikatakan sebagai zalim dan sebagainya.

Terima Kasih kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO!
...juga kepada Pengerusi Datuk Muhd Kharun Aseh, T/kasih!

Video Lucah: Hj Hadi anggap Anwar bersalah kerana tidak ada 4 saksi ketika melanggan wanita China

Menurut Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, beliau tetap menganggap perbuatan Penasihat PKR Anwar Ibrahim sebagai salah disisi Islam dan tidak betul kerana ketika beliau melanggan perempuan China sepertimana yang dipaparkan dalam video seks membabitkan Anwar, beliau ternyata gagal menyediakan 4 orang saksi sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam sebelum beliau melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

Mengikut Hj Abdul Hadi lagi, 4 orang saksi itu amat penting dan sangat diperlukan bagi kedua belah pihak iaitu untuk mereka yang melakukan zina dan juga untuk pihak pendakwa. Penting bagi yang melakukan perzinaan ialah bagi mempertahankan beliau dari tuduhan zina manakala penting juga bagi pihak pendakwa sebagai saksi mereka untuk mendakwa penzina di mahkamah.

Tanpa adanya 4 orang saksi itu kalau menurut Hj Hadi lagi adalah amat sukar bagi Anwar Ibrahim untuk melepaskan dirinya dari tuduhan zina berkenaan. Anwar Ibrahim menurut Hj Hadi lagi sepatutnya bersedia lebih awal dengan mendapatkan 4 khidmat saksi bagi menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana cara-cara Anwar Ibrahim ketika diatas ranjang bersama dengan perempuan China itu dan apa yang penting kata Hj Hadi lagi ialah keempat-empat orang saksi itu perlu merakam dengan camera video yang tidak rosak serta tampilkan semua nama mereka yang terlibat dalam penggambaran itu seperti jurugambar, pengarah dan pelakonnya sekali.

Dan kata Hj Hadi lagi, kalaulah itu semua dapat dilakukan lebih awal maka isu video seks itu tidak akan berpanjangan sepertimana sekarang.

Manakala Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula semasa sidang media berkenaan turut mengingatkan semua pemimpin Pakatan Pembangkang agar menjaga hubungan baik dengan semua wartawan yang bertugas "jangan herdik mereka, jangan marah kepada wartawan...biarkan mereka dengan tugas mereka, mereka bertanya maka kita kena menjawab dengan sejujur-jujurnya" kata Lim Kit Siang.

"Populariti kita banyak bergantung kepada tanggungjawab para wartawan seluruhnya, mereka musuh kita dan mereka jugalah sahabat kita dan kalau kita rasa kita tak perlu menjawab apa yang wartwan tanya maka gunakanlah budi bahasa yang baik dan apa yang penting jangan sesekali gunakan perkataan kesat seperti yang disebut oleh Mahfuz Omar dalam twitter beliau" tambah Lim Kit Siang yang seakan-akan merujuk kepada tindakan Anwar Ibrahim yang melenting saat ditanya wartawan tentang jam omega dan sumpah laknat serta bahasa kesat yang digunakan oleh Mahfuz Omar dalam twitternya.

Rabu, Mei 04, 2011

BN Sarawak perlu ada Pembangkang Bayangan menggantikan DAP dan PKR

Saya melihat tindakan terdesak yang dibuat oleh DAP dan PKR yang seakan-akan belum lagi mampu untuk menerima akan kekalahan mereka dalam pilihanraya umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh Barisan Nasional dan keputusan DAP dan PKR yang tanpa segan silu sanggup untuk menubuhkan Kerajaan Bayangan di Sarawak juga seolah-olah cuba mempermainkan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat Bumi Kenyalang dalam pilihanraya berkenaan.

Seperti langsung tidak menghormati amalan demokrasi di negara ini dan juga boleh disifatkan sebagai satu usaha untuk menafikan keputusan yang telah dibuat oleh sebilangan besar rakyat Sarawak yang masih setia dengan Barisan Nasional, tindakan yang mirip kebudak-budakan oleh DAP dan PKR saya juga melihat ianya tidak lebih seperti hanya untuk menunjukkan kepada kita semua betapa mereka masih tidak berpuashati dengan kegagalan Pakatan Pembangkang yang turut disertai PAS, SNAP, PCM dan Bebas untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.

DAP seperti tidak pernah bersyukur dengan kemenangannya di 12 kerusi DUN Sarawak daripada 15 calon yang diturunkan seterusnya bersama PKR yang hanya menang 3 kerusi DUN lalu keduanya sekali lagi nekad menubuhkan kerajaan olok-olok di Sarwak kononnya bagi memantau setiap prestasi kerja semua menteri serta menteri muda Barisan Nasional. Ini betul-betul kerja gila. Kalau dah kalah mengaku sajalah, yang mahu buat kerja memantau menteri dari kerajaan yang sah di Sarawak apakah keduanya tidak sedar yang kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor penuh dengan masalah kelemahan, penipuan dan pembohongan.

Bagi kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang sah pula, apakah kerajaan ini nanti dapat memberi khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Sarawak apabila sudah tiada lagi pihak Pembangkang yang peranannya adalah untuk menegur sebarang kekurangan atau kesilapan yang dilakukan kerana sentiasa dibayangi oleh satu lagi kerajaan yang haram iaitu Kabinet Bayangan DAP dan PKR.

Saya tidak nampak yang DAP dan PKR akan mampu berperanan sebagai sebuah parti Pembangkang yang berkesan di Sarawak kerana dalam masa yang sama juga mereka turut membayangkan yang keduanya adalah sebuah kerajaan selain daripada kerajaan Barisan Nasional. Jadi siapa lagi yang patut dilihat sebagai pembangkang di dalam DUN Sarawak ini kalau dah DAP dan PKR juga mahu berlagak seperti dua parti yang turut berada didalam kerajaan bersama dengan Barisan Nasional?

Hanya satu saja yang saya rasa BN boleh lakukan setakat ini iaitu perlu membentuk satu "pasukan pembangkang olok-olok" didalam DUN Sarawak bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh DAP dan PKR. Pilih mereka dari wakil-wakil rakyat BN sendiri yang tidak tersenarai dalam kabinet sah Barisan Nasional untuk menjalankan peranan pembangkang.

Walaupun tindakan ini jelas bertentangan dengan etika parti namun saya pikir untuk memastikan yang BN sentiasa berpegang kepada apa yang disebut sebagai 'mendahului rakyat' dalam banyak perkara adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk BN berbuat demikian bergantung kepada keadaan iaitu jika perlu dibuat maka harus dibuat.

Peranan "Pasukan Pembangkang Bayangan" DUN Sarawak nanti tidak hanya menjadi kepada pembangkang kepada kerajaan BN yang sah malah akan menjadi pembangkang kepada 'kerajaan DAP dan PKR yang tidak sah' juga dan maknanya rakyat Sarawak ada pilihan iaitu tidak hanya melihat kepada sebelah pihak saja tetapi akan dapat melihat kelebihan dan kekurangan yang ada pada kedua-dua belah pihak.

Jam Omega sudah ditemui? ..sidang Omegadia jam 2 petang ini !

Apakah ianya berkaitan dengan penemuan jam Omega ,poligraf, DNA, botol mineral, tuala good morning, berus gigi, karipap, kata laluan mokhtar dan lain-lainnya...?

Selasa, Mei 03, 2011

Poligraf: "kami nak perintah Malaysia, kami tak kisah siapa Anwar" - Hadi

"Kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu..." ! atau maksud yang lebih tepat lagi "kami mahu memerintah Malaysia dan kami tidak kisah siapa Anwar Ibrahim..." ! itulah antara lain jawapan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang Cawat setelah soalan dari wartawan yang sepatutnya dijawab oleh Anwar sendiri tetapi secara tiba-tiba telah dipassing kepada Hj Abdul Hadi oleh Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi semasa dalam sidang media bersama Anwar, Azmin, Mustafa Ali dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain yang sebelumnya kelihatan masih memegang telefon bimbit sambil berbalas-balas mesej dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat jelas terperanjat setelah menyedari yang Anwar Ibrahim meminta beliau menjawab soalan yang diajukan oleh para wartawan berhubung dengan cadangan Datuk Husam Musa berkenaan dengan ujian poligraf kepada Datuk Shazril Eskay Abdullah serta juga ajakan Datuk Eskay agar Anwar Ibrahim juga turut sama menjalani ujian poligraf.

Abdul Hadi yang tidak jelas dengan soalan yang ditanya oleh wartawan dan dalam keadaan yang masih terpinga-pinga terpaksa juga menjawab perkara yang bukan dimaksudkan oleh wartawan "kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu(kami tak kisah Anwar tu macam mana orangnya), lantaklah dia nak bervideo seks sampai ke pagi ke...janji kami dapat perintah Malaysia."

Dulu bukan main puak-puak Pakatan Pembangkang ini, mahu pemimpin yang putih bersih suci murni dari segala skandal sampai sanggup lagi puak mereka membuat gambar "superimpose" bertujuan untuk memburuk-burukkan imej YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan harapan agar beliau tidak diangkat naik menjadi seorang Perdana Menteri di Malaysia.

Dan apabila terpaksa menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun mereka sedar siapa Anwar yang sebenarnya, telah dengan jelas menunjukkan kepada kita semua bagaimana terdesaknya Pakatan Pembangkang dalam mengejar kuasa untuk memerintah negara Malaysia. Mereka sudah tidak kisah lagi siapa Anwar Ibrahim asalkan impian bersama untuk ke Putrajaya menjadi kenyataan.

Azmin Ali bertegas tak mahu Anwar dipoligraf !

Macam mana agaknya senikata lagu "Suci Dalam Debu" nyanyian Saleem Iklim ? Lagu "Suci Dalam Debu" amat sesuai dimainkan ketika proses "ujian poligraf" dilakukan. Lebih kurang macam nilah agaknya senikata lagu tersebut;

"Engkau bagai air yang jernih...
Didalam bekas yang berdebu...
Zahirnya kotoran itu...terlihat,
...kesucian terlindung jua...
Cinta bukan hanya dimata...
Cinta hadir didalam jiwa...
Biarlah salah dimata...mereka,
...biar perbezaan terlihat antara kita...
Ku harapkan kau...kan terima,
...walau dipandang hina...
Namun hakikat cinta kita...kita yang rasa...
Suatu hari nanti...pastikan bercahaya...
..pintu akan terbuka...hina jadi mulia...
Bukan khayalan...yang aku berikan,
...tapi keyakinan yang nyata...
Kerana cinta...lautan berapi...
...pasti akanku renang jua..."

Tapi sayangnya Azmin Ali tak kasi Anwar lakukan ujian poligraph mungkin agaknya risau tulang belakang Anwar kembali sakit...

Krisis di Libya: sampai bila pemimpin negara2 Islam sanggup membisu ?




Atas nama perjuangan membenteras keganasan, negara-negara kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan Israel telah menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk menghancurkan mana-mana negara Islam yang mereka rasa mampu menggugat kedudukan ekonomi negara mereka.

Saddam Hussein, bekas Presiden Iraq telah ditangkap oleh unit tentera Amerika Syarikat disebuah kawasan terpencil selatan Tikrit pada waktu subuh 14 Disember 2003 dan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 30 Disember 2006 atas dakwaan menyebabkan kematian 181 rakyat Iraq keturunan Kurdish di utara negara berkenaan dan juga atas alasan memiliki senjata pemusnah besar-besaran yang kononnya telah disembunyikan oleh Saddam Hussein disatu tempat yang tidak diketahui. Namun semua dakwaan itu sehingga sekarang masih tidak dapat dibuktikan oleh Amerika Syarikat walaupun selepas 5 tahun kematian Saddam Hussein.



 Gambar disebelah, kereta yang digunakan oleh seorang Ahli Parlimen Malaysia dari PKR juga sekutu kuat Israel iaitu Tian Chua Bo Liau. Kereta mewah milik Tian Chua wakil rakyat kawasan Parlimen Batu pernah digunakan untuk melanggar seorang anggota Askar Melayu Di Raja Malaysia pada 13 Mac 2010 jam lebih kurang pukul 9:30 malam di KM 49 Jalan Johor Bahru - Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi negeri Johor.

Tiada sebarang desakkan dibuat oleh mana-mana ahli-ahli politik daripada Pakatan Pembangkang menggesa kerajaan Barisan Nasional untuk menubuhkan satu Tribunal Bebas atau satu Suruhanjaya DiRaja  untuk menyiasat kes tersebut sebagaimana yang sering mereka buat sebelumnya misal dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.
Saif Al-Arab Muammar Gadhafi 29, anak lelaki bongsu Pemimpin Libya telah terkorban akibat serangan pengganas NATO di Tripoli. Saif Al-Arab yang masih menuntut di Jerman bersama-sama 3 anak saudaranya juga cucu kepada Muammar Gadhafi maut setelah rumah kediamannya dibedil bertubi-tubi oleh tentera pengganas NATO.

Tiada sebarang kecaman dibuat oleh mana-mana pemimpin dari negara Islam termasuklah Malaysia berhubung dengan serangan kejam tentera pengganas NATO yang mengakibatkan nyawa kanak-kanak turut menjadi korban. Hanya dua pemimpin dari negara bukan Islam yang mengecam keras kezaliman tentera NATO ke atas Libya yang diketuai oleh Perancis itu Vladimir Putin Perdana Russia dan Presiden Venezuela Hugo Cavez. Peminpin dari negara-negara lain nampaknya sangat takut kepada Amerika Syarikat, mungkin kerana mahu terus dipuji Amerika Syarikat maka terpaksalah mengunci mulut rapat-rapat supaya jangan terkeluar sebarang komen yang akan menyinggung pihak Amerika Syarikat.
Gambar sebelah kanan menunjuk seorang remaja, seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd Bakri Mohd Bazdli telah koma untuk beberapa minggu didalam sebuah wad Hospital di Selangor setelah dilanggar oleh ADUN Sekichan YB Ng Swee Lim pada 8 February 2010 jam 12:30 pagi di kawasan lampu isyarat Unisel Seksyen 7 Shah Alam.

Ng Swee Lim sekutu Israel itu dikatakan memandu kereta ketika dibawah pengaruh alkohol manakala Mohd Bakri yang menunggang motosikal sedang berhenti sementara sedang menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau sebelum meneruskan perjalanan balik ke kediamannya.

Kejadian malang melibatkan Mohd Bakri dengan ADUN Sekinchan ini juga langsung tidak mendapat sebarang perhatian dari mana-mana ahli politik baik dari Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Pembangkang sendiri. Tiada sebarang tuntutan dibuat untuk memberikan keadilan kepada mangsa jauh sekali memberi tekanan kepada pihak kerajaan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes tersebut.
 Ini lagi satu, semua pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia percaya dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat. Kalau Amerika Syarikat kata dulu ada satu individu bernama Osama Bin Laden ketua rangkaian Al Qaeda adalah pengganas yang bertanggungjawab terhadap serangan bom yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTO) di Amerika Syarikat pada 11 September maka kesemuanya akan angguk kepala tanda setuju.

Kini setelah lama diburu akhirnya Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Osama bin Laden sudah mati dalam satu operasi yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat apabila terkena tembakan tepat di kepala beliau dan mayat Osama didakwa telah dibuang kedalam laut utara Mesir. Semua pemimpin negara-negara Islam dan bukan Islam seluruh dunia bersorak girang meraikan berita berkenaan kecuali Venezuela dan Russia yang tidak suka dengan cara Amerika Syarikat itu.

Dengan tamatnya penipuan Amerika Syarikat tentang kisah Osama bin Laden yang dicipta khas sebagai lesen untuk membolehkan tentera negara pengganas itu terus berkubu di tengah negara Afghanistan, kini sasaran Amerika Syarikat seterusnya Lybia atau Muammar Gadhafi sendiri. Dalam isu ini nampak sangat negara-negara Islam lain lebih berpihak kepada Amerika Syarikat mungkin bimbang kepentingan dengan negara tersebut menjadi terjejas atau takut hilang pujian daripada Presiden Barrack Obama yang memang suka mengampu.

Keganasan tidak akan lenyap selagi puncanya tidak dihapuskan !

Filem "Osama Bin Laden" sebuah filem berat Barat yang diilhamkan oleh negara pengganas utama iaitu Amerika Syarikat telah berakhir semalam dengan episod terakhirnya dipaparkan kepada masyarakat seluruh dunia mengisahkan seorang yang kononnya pelampau Islam bernama Osama bin Laden sudah terkorban didalam serangan sengit tentera elit Amerika Syarikat di Islamabad Pakistan.

Biasanya kalau bab hero-hero sesebuah filem Amerika Syarikat tidak pernah kita lihat yang watak utama dalam sesebuah filem itu mati contoh seperti dalam filem Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Buck Rogers, Rick The Greatest American Hero dan lain-lain lagi memang watak akan terus hidup walaupun jelas kelihatan hero mereka bertempur menghadapi musuh yang jauh lebih ramai.

Tetapi untuk kali ini nampak sangat berbeza dari segi jalan cerita dimana seorang hero yang diburu sekian lama dan tidak hero yang memburu seperti kebiasaannya dalam mana-mana filem digambarkan sebagai telah mati dan sebabnya ialah watak Osama bin Laden adalah tentang seorang pejuang Islam dan diakhir kisah heronya dikehendaki kecundang serta tewas ditangan pihak lawan dan nampaknya banyak orang Islam sendiri di seluruh dunia yang bersetuju dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat.

Pengumuman Presiden Barrack Obama mengenai kematian Osama bin Laden yang "tidak pernah wujud" adalah semata-mata untuk menutup penipuan yang telah dicipta oleh bekas presiden Amerika Syarikat yang terdahulu George W. Bush yang semakin lama menyebabkan kemampuan tentera Amerika Syarikat mulai diragui dalam mengesan lokasi-lokasi atau kedudukan suspek sekiranya memang benar Osama bin Laden itu wujud. Maka demi untuk menyelamatkan maruah negara Amerika Syarikat, mahu tidak mahu Obama terpaksa menamatkan jalan cerita dalam filem berkenaan juga dengan cara berbohong dan menipu masyarakat dunia keseluruhannya.

Dari segi "DNA" yang kononnya sepadan dengan DNA milik Osama bin Laden oleh pakar forensik Amerika Syarikat juga dakwaan pihak Amerika Syarikat sendiri bahawa jenazah Osama yang dikatakan telah dikubur dengan cara dibuang ke dalam laut di utara Mesir sehingga mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Islam di Mesir adalah satu lagi bentuk pembohongan oleh negara pengganas itu yang masyarakat dunia tidak perlu lagi untuk mempercayainya.

Dengan menamatkan sandiwara filem "Osama bin Laden" oleh Amerika Syarikat maka ramai pemimpin dunia yang percaya yang keganasan akan dapat dihapuskan tetapi mereka sudah lupa yang dulu bahawa YAB Tun Dr Mahathir Mohathir pernah mengingatkan selagi punca keganasan sebenar tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh maka selagi itulah usaha untuk melihat keamanan menyeluruh di muka bumi ini tidak akan tercapai.

Tun Dr Mahathir sering merujuk kepada Rejim Israel iaitu sekutu Amerika Syarikat sebagai negara pengganas sebenar yang patut dihapuskan terlebih dahulu sekiranya mahu keganasan dunia ditamatkan.

Isnin, Mei 02, 2011

Husam Musa telah mengkafirkan diri beliau sendiri !


Kalau bagi orang yang bukan beragama Islam untuk tidak percaya kepada setiap ajaran yang terkandung didalam Kitab Suci Al Quran adalah sesuatu yang biasa dan boleh diterima oleh akal tetapi kalau orang Islam sendiri yang memang sejak lahirnya adalah Islam dan dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah meningkat ke alam remaja dan seterusnya menjadi seorang yang dewasa atau dalam ertikata lainnya sudah berfikiran matang namun tidak mahu mempercayai walaupun salah satu amalan yang ada didalam Al Quran jika ianya dilakukan oleh pihak yang seagama namun berbeza hanya disebabkan ideologi politik yang tidak sama.

Inilah yang saya lihat apa yang sedang dilalui oleh Datuk Husam Musa berhubung dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Shazril Eskay Abdullah mengenai video seks melibatkan Anwar Ibrahim. Datuk Husam seorang yang beragama Islam dan sepatutnya dia tidak menolak atau menafikan hak orang-orang Islam yang lain dengan mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh mereka(Datuk Eskay) dalam usahanya untuk meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan beliau tentang siapa pelaku didalam klip video itu adalah memang benar dan bukannya fitnah.

Saya sebagai seorang yang bukan beragama Islam boleh percaya dengan sumpah laknat yang dibuat oleh Datuk Eskay kenapa tidak Datuk Husam??? ...apa perlu lagi untuk Datuk Husam mencari kaedah lain bagi membuktikan yang Datuk Eskay tidak berbohong??? ..bukankah sumpah laknat adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main dan perkara itu memang ada disebut dalam Al Quran sendiri tetapi kenapa pula Datuk Husam Musa masih boleh berasa was-was terhadap ajaran agama yang beliau anuti???

Kabinet bayangan DAP di Sarawak - Baruk Bian jadi jembalang tanah !

Pakatan Pembangkang di Sarawak hujung minggu yang baru lalu telahpun mewujudkan satu bentuk "kabinet bayangan" kononnya bertujuan untuk memantau segala pergerakkan tugas setiap menteri serta menteri muda kerajaan BN negeri yang dilantik dalam barisan kabinet baru negeri Sarawak.

Berita mengenainya juga boleh didapati melalui Bernama Online disitu. Kata dulu memang bukan bayangan sebab Pakatan Pembangkang sudah terlalu yakin yang mereka akan berdiri sebagai sebuah kerajaan menggantikan tempat BN namun setelah kalah teruk di Sarawak pada 16 April lepas mereka terpaksa pula duduk berangan mahu jadi pemerintah di Bumi Kenyalang ini.

Senarai penuh sudah ditentukan seperti dibawah oleh DAP hehehe...manalah kau punya kerusi wahai Baruk Bian? Lim Kit Siang suruh kau jaga tanah saja?...bijak betul Lim Kit Siang, dia tahu Baruk Bian memang minat sangat main tanah,jadi disuruh dia Baruk Bian main atas tanah kat luar rumah...tak usah menyibuk dalam rumah kat atas he he he..

Ketua Menteri Sarawak : YB Wong Ho Leng - DAP

Menteri Sumber Asli : YB Wong Ho Leng - DAP

Menteri Hal Ehwal Tanah NCR : YB Baruk Bian - PKR, eh? Ketua Menteri kan he he he

Menteri Kewangan : YB Chong Chieng Jen - DAP

Menteri Kerajaan Tempatan : YB Ling Sie Kiong - DAP

Menteri Pelancongan : YB See Wee How - PKR

Menteri Pembangunan Luar Bandar : YB Chew Chiu Sing - DAP

Menteri Perindustrian : YB Yap Hoi Liong - DAP

Menteri Kesihatan : YB Dr Wong Hua Seh - DAP

Menteri Pembangunan Sosial : YB Violet Yong - DAP

Menteri Kemudahan Awam : YB Wong King Wei - DAP

Menteri Pembangunan Infrastruktur : YB Chew Wang Ser - DAP

Menteri Pertanian : YB Ting Tze Fui - DAP

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar : YB Fong Pau Teck - DAP

Menteri Hal Ehwal Pengguna : YB David Wong Kee Won - DAP

Menteri Hal Ehwal Islam : YB Ali Biju - PKR dan Encik Adam Ahid - PAS.

Memang sudah terbayangkan, walaupun mungkin benar Baruk Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekirannya Pakatan DAP/PKR/PAS berjaya menumbangkan BN di negeri Sarawak dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan di Bumi Kenyalang, maka begitulah gambaran sebenar dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kesungguhan DAP untuk menawan negeri Sarawak daripada Barisan Nasional.

Lama sudah DAP mengisytiharkan Baruk Bian sebagai "The Making of Sarawak Chief Minister" iaitu bertahun-tahun sebelum pilihanraya umum Sarawak ke-10 diadakan dan Baruk Bian yang sudah terpukau dengan semua itu sanggup pula berhempas pulas memerah kudrat bagi meyakinkan seluruh rakyat Bumi Kenyalang bahawa Pakatan Pembangkang Sarawak yang dipimpin oleh beliau adalah yang terbaik dan mahu rakyat memilih mereka.

Tetapi sayangnya kini angin sudah berubah arah pula, kalau dulu cakap Baruk Bian akan jadi Ketua Menteri tapi akhirnya kenapa pula Wong Ho Leng dipilih? Oh ya,! Baru Bian diletak dalam kementerian tanah supaya apabila mana-mana pemimpin DAP mahukan tanah, maka sorong saja kertas depan Baruk Bian minta dia tandatangani surat permohonan tanah maka pasti akan dapat sebab semua keputusan sudah diatur oleh DAP cuma tinggal Baruk Bian untuk menurunkan tandatangan beliau.

Satu kali turun tandatangan untuk satu surat tanah sudah berapa juta yang dapat, contohnya kalau 1 hektar berapa lot yang didapati dalamnya...mana tak kaya, bagi-bagi dua pun masih boleh kekal hingga ke tujuh keturunan sempat lagi mengecapi kemewahan hasil dari jual beli tanah di negeri Sarawak ini. Maka semakin sempitlah hak Bumiputera dan semakin luaslah pula hak kaum kerabat DAP di atas Bumi Kenyalang ini kelak.

Arkib Blog