Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 07, 2011

Tembak menembak terus berlaku dalam Kabinet Bayangan Sarawak

Rasa tidak puas hati sesama mereka dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak nampaknya tidak pernah redan malah semakin tegang pulak sama tegangnya dengan tali jam Omega yang hilang.

Bakal Ketua Menteri yang diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang dalam DAP, PKR dan PAS sebelum pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 lalu iaitu YB Baruk Bian sejak pengumuman Kabinet Bayangan mereka sudah beberapa kali melepaskan tembakan mengguna peluru getah ke kepala bakal Ketua Menteri Sarawak idaman DAP iaitu YB2X Ho Ho Leng.

Namun telah dibalas oleh YB2X Ho Ho Leng dengan tembakan menggunakan peluru hidup walaupun YB Baruk Bian cuba berselindung disebalik perisai "utap" buatan Orang Ulu namun peluru dapat juga menembusi dan terkena atas dahi bulat YB Baruk Bian.

Dari belakang perisai "utap" YB Baruk Bian menggelar YB2X Ho Ho Leng sama macam ketam batu dan dari depan perisai "utap" yang sama YB2X Ho Ho Leng pula kata YB Baruk Bian lagi teruk sama seperti ketam nipah.

YB2X Ho Ho Leng mempertikaikan kemampuan YB Baruk Bian untuk menjadi seorang Ketua Menteri, cepat lupa..belum lagi jadi Ketua Menteri Sarawak sudah cepat hilang ingatan. Pasal mesyuarat boleh lupa???

YB Baruk Bian tidak senang bila dikatakan cepat lupa walaupun memang dia adalah kacang yang lupakan kulit lalu YB Baruk Bian kata Kabinet Bayangan yang diilhamkan Pengerusi DAP Sarawak YB Wong Ho Leng atau lebih suka dipanggil YB2X Ho Ho Leng tidak mencerminkan kepelbagaian kaum dan tidak mencontohi kabinet BN Sarawak yang dianggotai oleh pemimpin dari semua kaum yang ada dalam negeri Sarawak.

Kesimpulannya YB Baruk Bian bermaksud yang Kabinet Bayangan Pakatan Sarawak sangat teruk jika dibandingkan dengan Kabinet Realiti BN Sarawak yang ternyata sangat bagus, lemak berkrim disukai ramai.

 Ini satu lagi Jeneral keluar dari pertapaan. "Pedih amai begulai enggau sida Pakatan Pembangkang tu" katanya...."maneh meh kita pancut aja ari PR nadai meh reti, nadai meri untung nama-nama ngagai SNAP" tambahnya lagi. Baru sedar yang SNAP dah awal-awal memang dah kena tipu oleh DAP dan PKR, lagi juga mahu makan sepinggan dan berkongsi minum dengan gelas yang sama.

Kalau rakyat Singapura sudah kata "Tak Tahan Lagi" dengan PAP bapa kepada DAP, apakah SNAP "Masih Tahan Lagi" dengan DAP?

5 ulasan:

mohamed berkata...

Sdr Hilbert,

Aku memang bangga dengan engkau, seorang nationalist negri Serawak. Semoga Serawak di jaga baik oleh kaum2 bumi putra disana.

Jangan biarkan pendatang dari semenajung mebuat kacau dan huru hara di Negri Serawak.

Baru Bian akan hanya dijadikan "puppet" kerana ia seorang Bumiputra. Serupa dengan apa yang terjadi pada nizar di Perak dulu. Ingat 999 tahun!!!!

Ali Abdullah berkata...

Bro Hilbert,

Baru bian memang adalah seorang boneka yang tidak berkuasa apa2 tanpa restu DAP. Mujur PRN Sarawak, negeri ini tak jatuh ke tangan mereka. Daripada kabinet bayangan lagi DAP sudah menunjukkan warna kulit mereka yang sebenar... siapa sebenarnya yang berkuasa jika pentadbiran Sarawak diambil alih oleh PR? Jawabnya tentulah DAP. Jadi di mana letaknya kuasa majoriti (Dayak) dalam PKR? Dalam manifesto parti bernama DAP ini tidak pernah menyebut kepentingan bumiputra diutamakan.. yang ada hanyalah hak samarata semua kaum. Jadi di mana logiknya pakatan rakyat memeprjuangkan hak NCR seperti yang diperjuangkan (kononnya) Baru Bian? Semua ini hanyalah sandiwara politik, kita patut sedar bahawa tanpa BN, rakyat Sarawak sudah lama melarat di negeri sendiri tanpa tanah dan harta pusaka sebab didesak DAP untuk mendapatkan geran tanah. Dulu saya pernah dengar beberapa kes orang kampung sanggup menukar 3 ekar tanah (kwsan pedalaman) dengan satu enjin sangkut motorbot daripada orang luar...

hilbert berkata...

Mohamed, t/kasih
sedikit rasa tanggungjawab tu bro..kita sering utamakan keharmonian dalam negara dan mahu ianya kekal.

Bro Apai,
haraplah dgn apa yg berlaku antara DAP dan PKR Sarawak mampu mengubah pandangan Baruk Bian berkenaan perjuangan beliau yg suka menentang usaha BN untuk membela rakyat.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..BAGUS GAK DIORANG TEMBAK SESAME SENDIRI BROO. TU LA AKIBATNYE KAT ORG YG GILER KUASE KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Slm bro Jeff,

awal2 dah tak ada persefahaman antara mereka...sampai saat akhir juga..dan kini SNAP sudah cabut keluar dah..memang terbayang-bayangpun mereka gila bayang hehe

Arkib Blog