Saya sebenarnya masih tertanya-tanya kalaulah benar DAP yang punya angkara timbulnya isu "agama rasmi persekutuan" sehingga ianya menjadi satu isu yang begitu panas di negara ini, apakah tujuan sebenar mereka, apakah motif DAP disebalik semua itu dan kalau benar tentulah memang ada muslihat yang tersembunyi dan kenapa harus DAP memperalatkan agama Kristian untuk dijadikan sebagai senjata politik mereka demi untuk terus mendapatkan kuasa dan sokongan daripada rakyat khususnya yang bukan beragama Islam?
Tetapi ada satu lagi persoalan besar yang masih lagi terbuku didalam benak fikiran saya ialah tentang fahaman ataupun pegangan agama sebenar yang dianuti oleh kebanyakkan pemimpin atasan DAP seperti Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh, Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng kecuali Naib Pengerusi DAP Pusat Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang beragama Islam, Gobind Singh Deo, Tang Seng Giaw, Nga Kor Ming, Ngeh Ko Ham dan lain-lain lagi.
Kita tidak tahu ajaran agama yang mana satu telah menjadi amalan dalam hidup oleh para pemimpin tertinggi DAP selama ini kerana kalau pada hari Ahad atau hujung minggu pernahkah mereka mengunjungi mana-mana gereja untuk bersembahyang? Pernahkah mereka bersama umat Kristian lainnya menyambut perayaan Paska/Esther? Pernahkah mereka menyambut dan merayakan dirumah Hari Krismas 25 Disember setiap tahun? Pernahkah mereka meluang masa untuk hari Jumaat Agung/Good Friday? Adakah pernah mereka turut bersama masyarakat Kristian disekitar membersihkankan kubur pada perhimpunan All Saints Day 1 November setiap tahun? Pernahkah mereka mengerjakan sembahyang Rosary setiap malam Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad?
Saya sekadar bertanya sebab apa yang saya tahu ialah di Malaysia ini belum ada satupun parti politik baik mereka yang dari pihak kerajaan mahupun pembangkang perjuangan mereka berteraskan kepada agama Kristian seperti UMNO yang berlandas kepada Islam dan begitu juga dengan parti PAS dimana kesemua pemimpin mereka adalah Islam. Tetapi berlainan dengan parti MCA, MIC, DAP, PBB, PBS dan banyak lagi yang nyata asas perjuangan mereka bukanlah mengenai agama tetapi lebih kepada masyarakat yang tertentu serta juga bergantung kepada masyarakat yang ada didalam kawasan yang diwakili parti masing-masing.
Jadi itulah sebab mengapa saya rasa agak hairan kenapa parti DAP boleh tiba-tiba berubah dasarnya yang dulu dengan konsep 'Malaysian Malaysia" mahu pula kepada pembentukkan sebuah Negara Kristian sedangkan mereka tahu bahawa ini akan mendapat tentangan bukan saja daripada UMNO malah akan ditentang hebat oleh PAS rakan baik DAP sendiri. PAS pasti akan menentang usaha DAP ini sekiranya benar DAP berhasrat ke arah itu dan sudah tentulah Nik Aziz Nik Mat atau Haji Abdul Hadi Awang akan berkata "langkah mayat PAS dulu kalau DAP mahu jadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia" ini sebagai tindakbalas PAS terhadap cabaran Karpal Singh yang menentang usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia jika PAS berjaya menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Mei 09, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan