Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 03, 2011

Poligraf: "kami nak perintah Malaysia, kami tak kisah siapa Anwar" - Hadi

"Kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu..." ! atau maksud yang lebih tepat lagi "kami mahu memerintah Malaysia dan kami tidak kisah siapa Anwar Ibrahim..." ! itulah antara lain jawapan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang Cawat setelah soalan dari wartawan yang sepatutnya dijawab oleh Anwar sendiri tetapi secara tiba-tiba telah dipassing kepada Hj Abdul Hadi oleh Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi semasa dalam sidang media bersama Anwar, Azmin, Mustafa Ali dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain yang sebelumnya kelihatan masih memegang telefon bimbit sambil berbalas-balas mesej dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat jelas terperanjat setelah menyedari yang Anwar Ibrahim meminta beliau menjawab soalan yang diajukan oleh para wartawan berhubung dengan cadangan Datuk Husam Musa berkenaan dengan ujian poligraf kepada Datuk Shazril Eskay Abdullah serta juga ajakan Datuk Eskay agar Anwar Ibrahim juga turut sama menjalani ujian poligraf.

Abdul Hadi yang tidak jelas dengan soalan yang ditanya oleh wartawan dan dalam keadaan yang masih terpinga-pinga terpaksa juga menjawab perkara yang bukan dimaksudkan oleh wartawan "kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu(kami tak kisah Anwar tu macam mana orangnya), lantaklah dia nak bervideo seks sampai ke pagi ke...janji kami dapat perintah Malaysia."

Dulu bukan main puak-puak Pakatan Pembangkang ini, mahu pemimpin yang putih bersih suci murni dari segala skandal sampai sanggup lagi puak mereka membuat gambar "superimpose" bertujuan untuk memburuk-burukkan imej YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan harapan agar beliau tidak diangkat naik menjadi seorang Perdana Menteri di Malaysia.

Dan apabila terpaksa menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun mereka sedar siapa Anwar yang sebenarnya, telah dengan jelas menunjukkan kepada kita semua bagaimana terdesaknya Pakatan Pembangkang dalam mengejar kuasa untuk memerintah negara Malaysia. Mereka sudah tidak kisah lagi siapa Anwar Ibrahim asalkan impian bersama untuk ke Putrajaya menjadi kenyataan.

5 ulasan:

Spin1881 berkata...

wow... betoi ke nih? PAS tak kisahkan pemimpin yang tak bermoral asalkan dapat pergi ke putrajaya? Anwar dah spin PAS tunggang terbalik dah... rakyat boleh terima ke PM yang tak beretika? habis jahanam lar undang2 dia spin nanti... jahanam Malaysia kalu begini rupa... mcm maner nak beritau anak cucu bahawa meliwat dan berzina tu haram; anak cucu kata PM pun buat jugak... jahanam.. jahanam... kerana nak berkuasa, diaorang nih menggadaikan semua prinsip halal haram...

tamingsari berkata...

Maruah tidak penting lagi buat Pas. Ada mata tidak dapat memandang ada otak tidak dapat berfikir. Pas sudah hilang punca akibat dari bertahun2 memutar belit kalam Allah. Sah, ulamak jahat memang wujud dinegara ini.

usin berkata...

pak aji dh mula gali lubang kubor la woi! siannya, terpinga-pinga terlepas cakap. ikut ko la pak aji. mulut ko. yg jahanam sok parti ko jugakkan! hehehe...

hilbert berkata...

Spin1881,
ye lah bro..kerna dah kering idea nak jawab apa benda macam tersasul pulak tak tau nak kata apa Hj Hadi tu

Tamingsari,
betul bro, agaknya kini mereka memang tak ambil kisah sangat pasal semua tu dan apa yg penting ialah..kibijaksanaan memutarkan cerita baru boleh jadi PM

Usin,
hehe..ada prinsip mereka disitu bro "alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"..tu dia

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Akhirnya Presiden PAS mengaku juga yang si Anwar tu kaki maksiat...hehehee.. orang tengah terlena dikejut suruh jawab soalan ...nak kau kena kat batang hidung sendiri... macam tu mereka menyokong DAP abis-abisan, agaknya kalau disuruh makan babi halal tu...

Arkib Blog