Sebagai seorang penulis blog beragama Kristian, inilah makanya saya juga sedar yang saya tentu sekali mempunyai sedikit rasa tanggungjawab seperti orang Kristian yang lain juga terhadap agama ini dan mempunyai hak yang sama untuk menegur sekiranya ada tindakan-tindakan yang nampaknya kurang tepat diambil oleh segelintir pemimpin-pemimpin gereja di negara ini dan misalnya seperti dalam isu yang terbaru mengenai isu "agama rasmi Malaysia" apabila mereka ini seolah-olah begitu mudah untuk diperalatkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mempunyai agenda politik sempit dan merbahaya sehingga sanggup pula kelihatanya diperkudakan oleh golongan berkepentingan ini tanpa menghirau perasaan orang Kristian yang lain di negara ini apabila agama Kristian saban hari diperdebat secara terbuka oleh pihak lain kadangkala sangat menyakitkan hati apabila ada pihak yang sudah terguris perasaan mereka gara-gara isu ini terpaksa menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya.
Kepada semua pemimpin-pemimpin gereja atau paderi seluruh Malaysia yang didakwa telah terlibat didalam kumpulan 35 orang berhimpun bersama dengan sebilangan besar wakil-wakil rakyat serta pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan Mei baru lalu, jika benar perjumpaan yang dianjurkan oleh DAP bersama dengan pertubuhan Kristian tertentu di Pulau Pinang itu bertujuan untuk membincang hal berkenaan mahu menukar status agama rasmi di Malaysia daripada Islam kepada Kristian maka secara peribadi saya berharap supaya puak-puak Paderi ini berhenti setakat hari itu saja dengan niat mereka itu dan balik ke gereja masing-masing, buka Bible..baca sampai habis dan fahami apa yang diseru oleh Jesus Kristus kepada semua orang Kristian termasuklah paderi-paderi ini.
Sedarilah bahawa ajaran Kristian, sama juga seperti ajaran agama lain yang menyeru kepada semua pengikutnya agar mengutamakan perpaduan sesama manusia, keamanan serta keselamatan negara dimana mereka tinggal, keharmonian dalam masyarakat, kesejahteraan dan sebagainya walaupun dari segi kepercayaan terhadap Tuhan yang di sembah nampak memang banyak berbeza serta perbezaan juga sangat ketara sewaktu melakukan ibadat namun dalam soal seperti yang telah saya sebut sebelumnya bahawa semua agama itu mempunyai nada yang hampir sama iaitu berseru kepada semua bentuk kebaikkan serta menentang segala jenis kejahatan.
Tetapi inilah masalahnya apabila sudah terdapat individu-individu yang menyamar jadi paderi, masuk gereja berlakon jadi ahli gereja dan terlibat pula dalam kegiatan politik serta membawa agenda halus tetapi apakah pihak gereja tidak mampu untuk mengesan kewujudan kumpulan seperti ini didalam komuniti mereka atau individu itu memang bijak mengelirukan pihak gereja? Saya tidak bermaksud untuk mengemukakan soalan umum tetapi berharap ada yang berfikir berkenaan dengan perkara itu sebab setiap kejadian itu memang ada punca atau penyebabnya maka carilah puncanya. Saya juga tidak menyalahkan pihak Islam dalam isu terbaru ini sebab sewajarnya mereka bangkit mempertahankan apa yang telah menjadi hak mereka. Mereka berhak.
Dalam masyarakat yang majmuk atau yang berbilang kaum seperti di Malaysia dengan kaum Melayu sebagai satu masyarakat yang terbesar yang sudah tentulah agama Islam juga yang lebih ramai daripada kaum Melayu itu sendiri sebab agama Islam juga dianuti oleh sebilangan orang dari setiap satu kaum yang ada di negara ini seperti kaum Cina ada yang Islam, kaum India, kaum Orang Asli, kaum Bidayuh, kaum Kadazan, kaum Melanau, kaum Iban, kaum Bajau, kaum Murut, kaum Kayan, kaum Kenyah, kaum Kelabit, kaum Rungus, kaum Kedayan dan sebagainya lagi semua dari setiap kalangan mereka ada yang sudah lama beragama Islam maka inilah bukti bahawa jumlah orang yang beragama Islam di Malaysia sebenarnya melebihi bilangan kaum Melayu itu sendiri dan jika benar adanya usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini adalah satu usaha yang tidak akan kemana pun dan hanyalah usaha yang nyata sia-sia dan pasti tidak akan berhasil.
Kepada "kumpulan 35 Paderi" ini kita berharap jika benar apa yang didakwa ke atas anda semua itu benar adalah perlu sangat untuk kalian menjelaskannya kepada seluruh rakyat Malaysia apa sebenarnya yang telah berlaku, jelaskan kepada seuluruh rakyat Malaysia apa yang dibincangkan pada pertemuan anda semua bersama dengan DAP di Pulau Pinang baru-baru ini. Ingatlah, jangan biarkan perkara ini terus mewarnai hubungan antara kaum dan agama di negara ini yang akhirnya hanya merugikan kita semua. Ingatlah bahawa orang-orang Kristian di Malaysia tidak akan dapat hidup bersendirian tanpa persefahaman yang baik dan kerjasama yang berterusan daripada kaum dan agama lain di negara ini.
Ingatlah juga bahawa tanggungjawab utama kita sebagai rakyat Malaysia yang datang dari latar belakang kaum dan agama berbeza adalah untuk mengekalkan suasana aman serta makmur yang sudah lama kita nikmati dan kecapi selama ini dalam Malaysia dan sebagai generasi penyambung kepada generasi yang terdahulu kita juga seharusnya sedar bahawa bukan mudah sebenarnya para pejuang kemerdekaan dulu untuk mendapatkan asas tempat kita semua berpijak hari ini jika tanpa jalinan kerjasama yang utuh dan jitu daripada mereka yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya tetapi demi untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu dengan perpaduan rakyatnya maka inilah hasilnya hari ini sebuah negara Malaysia yang sudah dikenali di seluruh ceruk dunia sebagai sebuah negara membangun yang paling terkehadapan sekali dalam semua bidang dan semakin hampir pasti akan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
Ada satu perkara lagi yang saya nampak sangat perlu untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri iaitu untuk membenteras atau membendung kegiatan pihak pelampau yang nampaknya semakin melampau sehingga sanggup pula untuk menimbulkan isu-isu yang sensitif dalam negara seperti isu "agama rasmi" ini ianya tidak akan berjaya dihalang atau dipatahkan sekiranya hanya dengan memberi amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan yang tegas dan berani diambil jika setiap kali timbulnya isu-isu seperti itu.
Oleh itu KDN atau menteri yang bertanggungjawab terahadap isu keselamatan ini iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak patut lagi untuk menghias tindakan kata-kata yang sudah bosan hendak didengar seperti "akan diberi amaran keras", "amaran tegas", "tidak akan teragak-agak" dan bermacam-macam lagi kata suam kuku sekadar untuk menyedapkan hati rakyat namun apa yang kita lihat hari ini, bukannya puak-puak pelampau itu mahu berhenti dari menimbulkan berbagai-bagai suasana menakutkan di negara ini malah mereka semakin berani dan biadap tanpa memperdulikan undang-undang negara serta soal-soal keselamatan negara.
Akhir sekali, kepada "kumpulan 35 Paderi" itu...berfikirlah secara bijak sebagai rakyat Malaysia itupun sekiranya anda semua adalah warganegara Malaysia. Fikirkanlah tentang masa depan negara ini yang rakyatnya terdiri daripada berbagai kaum. Kita dalam Malaysia sebenarnya saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Kita punya tanggungjawab yang sama untuk mencipta kejayaan yang gemilang untuk Malaysia dan bukannya untuk menghancurkannya. Ingatlah, bersatu kita akan menjadi teguh...berpecah belah kita semua akan hancur dan musnah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Mei 08, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
SLM 1MESIA BRO..STUJU DGN ULASAN BRO. NAK JADI PENGANUT YANG BAIK HARUS BERPANDUKAN KEPADA KITAB DAN BUKAN NAFSU AHLI POLITIK JUMUD.
SAMA SEPERTI APA YG PASRAEL LAKUKAN. CUMA MEREKA BERPANDUKAN ANUWAR DAN KITAB HANYALAH BUKU MAINAN POLITIK JEK..ADOIYAIII
Ye tepat bro,
kalu benar dalam DAP tu ramai yang Kristian maka hendaklah mereka balik kepada ajaran Kristian dulu tetapi kalu ada yg cuma nak memperalatkan Kristian untuk memenuhi agenda parti maka jauhilah agama Kristian.
DAP tak boleh menjadikan Kristian sebagai alat atau perkakas untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan cara yang salah.
Catat Ulasan