Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 05, 2011

Video Lucah: Hj Hadi anggap Anwar bersalah kerana tidak ada 4 saksi ketika melanggan wanita China

Menurut Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, beliau tetap menganggap perbuatan Penasihat PKR Anwar Ibrahim sebagai salah disisi Islam dan tidak betul kerana ketika beliau melanggan perempuan China sepertimana yang dipaparkan dalam video seks membabitkan Anwar, beliau ternyata gagal menyediakan 4 orang saksi sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam sebelum beliau melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

Mengikut Hj Abdul Hadi lagi, 4 orang saksi itu amat penting dan sangat diperlukan bagi kedua belah pihak iaitu untuk mereka yang melakukan zina dan juga untuk pihak pendakwa. Penting bagi yang melakukan perzinaan ialah bagi mempertahankan beliau dari tuduhan zina manakala penting juga bagi pihak pendakwa sebagai saksi mereka untuk mendakwa penzina di mahkamah.

Tanpa adanya 4 orang saksi itu kalau menurut Hj Hadi lagi adalah amat sukar bagi Anwar Ibrahim untuk melepaskan dirinya dari tuduhan zina berkenaan. Anwar Ibrahim menurut Hj Hadi lagi sepatutnya bersedia lebih awal dengan mendapatkan 4 khidmat saksi bagi menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana cara-cara Anwar Ibrahim ketika diatas ranjang bersama dengan perempuan China itu dan apa yang penting kata Hj Hadi lagi ialah keempat-empat orang saksi itu perlu merakam dengan camera video yang tidak rosak serta tampilkan semua nama mereka yang terlibat dalam penggambaran itu seperti jurugambar, pengarah dan pelakonnya sekali.

Dan kata Hj Hadi lagi, kalaulah itu semua dapat dilakukan lebih awal maka isu video seks itu tidak akan berpanjangan sepertimana sekarang.

Manakala Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula semasa sidang media berkenaan turut mengingatkan semua pemimpin Pakatan Pembangkang agar menjaga hubungan baik dengan semua wartawan yang bertugas "jangan herdik mereka, jangan marah kepada wartawan...biarkan mereka dengan tugas mereka, mereka bertanya maka kita kena menjawab dengan sejujur-jujurnya" kata Lim Kit Siang.

"Populariti kita banyak bergantung kepada tanggungjawab para wartawan seluruhnya, mereka musuh kita dan mereka jugalah sahabat kita dan kalau kita rasa kita tak perlu menjawab apa yang wartwan tanya maka gunakanlah budi bahasa yang baik dan apa yang penting jangan sesekali gunakan perkataan kesat seperti yang disebut oleh Mahfuz Omar dalam twitter beliau" tambah Lim Kit Siang yang seakan-akan merujuk kepada tindakan Anwar Ibrahim yang melenting saat ditanya wartawan tentang jam omega dan sumpah laknat serta bahasa kesat yang digunakan oleh Mahfuz Omar dalam twitternya.

3 ulasan:

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS berkata...

Hadi wang itu spy camera atau hidden camera mana ada pengarah, kamera tu dia duk tempat sembunyi sapa masuk kawasan dia maka kamera tu akan rakam lah, contohnya seperti cctv, mudah je tuan aji ooi. kalu tuan aji ada dalam bilik itu pun muka tuan aji akan nampak la, kalu saya ada dalam bilik tu, muka saya pun nampak la, buat2 tak faham pula bang aji ni

Abd Razak berkata...

aikkkk!! haji hadi kata perlu 4 saksi yang bawa kamera pulak?...dalam alquran mana ada sebut kamera pun..kalau dah boleh kamera baik guna kamera yang merakam perbuatan anwar tu..lagi canggih dari empat sudut..ishishish
hudud pas guna juga teknologi moden..
sebenarnya teknologi modern boleh diguna sesuai dengan peredaran masa sebab kita diberi akal.sebab tu al quran sepanjang hayat dan terakhir untuk umat islam

hilbert berkata...

Ye lah...pelik kan Hj Hadi tu kan..sudah terang lagi bersuluh pulak..

Arkib Blog