Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 15, 2009

Jika benar tidak bersalah, kenapa tawar RM5j untuk tutup kes ?

Sekiranya benar Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Penasihat EkonomiRM1 Negeri Selangor, Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengarahkan Datuk Soh Chee Wen untuk menawarkan kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan wang berjumlah RM5 juta agar menarik balik dakwaan liwat yang telah dibuat oleh Saiful terhadap bekas majikannya itu.

Apakah yang akan kita semua dapat jangka daripada perkara seperti ini ? Sudah tentu banyak persoalan yang berlegar didalam pikiran kita apabila timbul dakwaan seumpama itu. Kita pasti akan tertanya-tanya, "seandainya Anwar memang tidak bersalah dan telah menjadi mangsa konspirasi oleh pihak-pihak yang tertentu sebagaimana yang beliau sendiri sering katakan, jadi kenapa perlu untuk beliau membazirkan wang yang sebegitu besar jumlahnya hanya untuk menutup kes itu daripada dibicarakan ?

Tetapi apabila wujudnya keadaan tawar-menawar supaya pihak yang menuduh menarik balik laporan yang telah dibuat berkaitan dengan kes liwat itu dengan habuan wang berjumlah RM5 juta akan diberikan jika bersetuju berbuat demikian, maka semakin nampak jelaslah bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena pada Anwar dan dalam ertikata lainnya bahawa tindakan beliau itu seolah-olah menggambarkan yang dia memang melakukan perbuatan itu. Jika tidak masakan sanggup menawarkan wang sebanyak itu semata-mata mahu kes itu digugurkan. Kenapa tidak teruskan slogan "Lawan Tetap Lawan" ?...

Anwar tawar RM5j kepada Saiful ???

Saya baru terbaca satu berita yang mengejutkan dari artikel dalam blog di http://www.anwaraidc.com yang telah menonjolkan cerita mengenai Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Soh Chee Wen untuk memujuk mangsa Lee Watch iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan agar menerima wang tawaran sebanyak RM5 juta bagi menarik balik laporan serta tuduhan liwat yang telah dibuat oleh Mohd. Saiful ke atas Anwar kepada polis dan juga di Mahkamah.

Jika benarlah semuanya itu akan ataupun mungkin akan berlaku, adalah sangat diharapkan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) segera membuat pemantauan terutamanya terhadap pihak yang menawar, pantau gerak-geri mereka dari masa ke semasa. Sama juga seperti kes Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah diberi pakej sebanyak RM65,000.00 untuk menunaikan fardu haji ke Mekkah semuanya harus disiasat lebih-lebih lagi apabila individu yang melakukannya adalah mereka yang terdiri daripada para pemimpin rakyat.

Sabtu, November 14, 2009

Saham RM8juta: Sandiwara terbaru PKR


...nak tambah lagi, jangan risau...banyak Azwan masak tadi ! ...makan, makan...jangan malu-malu...buatlah macam biasa hehehe... tak payahlah nak tunggu orang nak suapkan hehehe...
Gambar menceritakan bagaimana YB Azmin Ali telah sudi bertandang ke rumah Azwan Ali setelah lebih kurang 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga beliau sejak ber"reformasi" pada tahun 1998 dulu. Bersama dengan YB Azmin dan Azwan disitu adalah isteri Azmin Ali puan Shamsidar.
Kelihatan Azwan sedang menambah nasi kedalam pinggan didepan YB Azmin Ali. Tak tau lah pulak nasi apa yang disajikan oleh Chef Azwan kepada abang serta kakak ipar beliau itu, nampak seperti nasi goreng adabi saja. Apa-apapun yang penting asalkan sumber itu datangnya dari sumber yang halal dan sah.
Apa kata kita tinggalkan bab-bab YB Azmin yang sedang menjamu selera dengan ahli keluarga yang telah lama beliau tidak kunjungi dan kita buka satu cerita yang tidak harus dipercayai. Ya, betul tidak harus dipercayai... YB Azmin sendiri juga kata bahawa berita itu memang tidak berasas. Azmin bersama dengan isteri beliau Shamsidar serta seorang lagi ipar dia telah didakwa memiliki sejumlah saham yang bernilai lebih kurang RM8juta.
Jadi apabila Azmin kata benda itu iaitu tuduhan yang mengatakan beliau memiliki saham sebanyak RM8juta adalah tidak berasas sama sekali dan seterusnya beliau menyifatkan perkara itu adalah satu usaha "pihak tertentu" untuk menjatuhkannya atau untuk menjahanamkan karier politik beliau sebagai seorang Anggota Parlimen Gombak, Selangor dan juga sebagai seorang Naib Presiden PKR.
"Pihak tertentu" yang dimaksudkan oleh Azmin itu besar kemungkinannya orang UMNO dan Barisan Nasional lah, tak lain dan tak bukan lah tu. Mana mungkin Azmin akan tuduh orang-orang PAS atau orang-orang DAP yang buat semua angkara itu. Lagi pula sasaran Pakatan Pembangkang sekarang adalah Barisan Nasional serta juga serangan secara peribadi ke atas PM Datuk Seri Najib sebagai matlamat akhir sebelum mereka memasang angan-angan yang tak sudah untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru di negara ini bagi menggantikan BN.
Maka, itulah yang cuba untuk kita rungkaikan apabila perkara ini timbul serentak dengan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi bagi kerajaan Negeri Selangor dengan kadar gaji serendah RM1 untuk sebulan. Macam tiru strategi syarikat penerbangan Air Asia saja yang telah memperkenalkan tambang murah serendah-rendahnya kepada para penumpang ke destinasi-destinasi yang telah ditentukan.
Sudah lama berlalu drama-drama yang terdahulu dan drama yang terbaru telah ditayangkan kepada umum dua tiga hari yang lepas di mana drama berat ringan lakonan Zul Kifli (bukan Zul Yahya) serta R. Sivarasa telah berjaya melakonkan watak yang telah diberikan kepada mereka berdua sehingga banyak orang hampir berjaya ditipu apabila melihat gaya lakonan kedua-duanya seperti perkara yang benar-benar terjadi.
Dan begitu juga dengan perkembangan terbaru dalam PKR yang melibatkan YB Azmin Ali, Shamsidar serta abang ke adik ipar Azmin. Saya rasa apa yang telah didedahkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S. A. Vickneswaran seolah-olah satu perancangan yang telah disusun rapi bagi mengalihkan tumpuan rakyat dan orang ramai daripada isu-isu besar yang masih membelenggu Penasihat Umum PKR serta juga masalah dalaman parti yang sedang dihadapi oleh parti PKR sendiri sejak beberapa hari yang lalu.

Jumaat, November 13, 2009

Nik Aziz sepatutnya ikut jejak Mat Taib bekas MB Selangor

Apabila telah mengaku ada menerima pakej untuk mengerjakan haji ke Mekkah yang bernilai RM65,000.00 daripada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Billboard Technology Sdn Bhd dimana boleh menjuruskan kepada kegiatan yang berunsurkan rasuah serta penyalahangunakuasa maka adalah lebih elok atau "molek" bagi Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar dan serahkan jawatan itu kepada orang lain yang mungkin lebih bersih sedikit dari sebarang isu.

Jika dulu bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sanggup untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan termasuk sebagai Menteri Besar Selangor setelah isu beliau ditahan oleh pihak berkuasa Australia kerana didapati telah membawa berbagai bentuk matawang dalam jumlah yang melebihi jumlah yang dibenarkan oleh pihak Imigresan Australia, jadi tidak ada sebab untuk Nik Aziz terus duduk sebagai Menteri Besar Kelantan apabila beliau telah turut mengalami perkara yang hampir sama dengan apa yang pernah dilalui oleh Tan Sri Muhammad.

Dalam kes Tan Sri Muhammad itu dulu, kita dapat lihat betapa beliau telah bertanggungjawab penuh dengan mengambil keputusan tepat apabila telah berundur dari kerusi Menteri Besar demi untuk meletakkan kepentingan parti didepan berbanding dengan kepentingan peribadi. Oleh itu, jika Tan Sri Muhammad sanggup berbuat demikian demi maruah parti UMNO, BN serta Kerajaan Negeri Selangor mengapa pula demi maruah serta imej PAS Nik Aziz enggan mengambil keputusan yang sama sebagaimana yang telah Tan Sri Muhammad buat ?

Khamis, November 12, 2009

''1 lawan 1" filem pendek terbitan PKR film Production

Setelah agak lama tidak menghasilkan sebarang drama dan juga filem, maka PKR film Production telah muncul semula dengan menghasilkan sebuah filem "pendek" iaitu sebuah filem yang hanya memerlukan hanya masa yang agak singkat untuk dipertontonkan kepada umum. Filem pendek itu diberi judul "1 lawan 1" dan pelakon utamanya ialah seorang aktor yang sangat berbakat iaitu N. Zulkifli dan dibantu oleh R. Sivarahsia Biarlah Rasa.

Sebagaimana filem "pendek" yang lainnya seperti filem pendek yang pernah dihasilkan oleh syarikat perfileman tempatan yang lain, filem "comolot" juga hanya menggunakan waktu yang agak singkat untuk waktu tayangan penuhnya iaitu hanya memakan masa 7 minit lebih dan dan begitu juga dengan filem pendek yang lain-lain lagi, maka filem pendek "1 lawan 1" ini juga hanya ditayangkan dalam masa yang lebih singkat iaitu hanya 2 minit 4 saat saja.

Kisah yang cuba untuk diketengahkan dalam filem "1 lawan 1" ialah untuk memaparkan tentang kisah yang telah dan sedang berlaku didalam kehidupan seseorang yang bergelumang didalam bidang politik di negara ini. Hanya dua pelakon yang terlibat didalam pembikinan filem pendek itu dimana aktor Zul Kifli telah diberi watak untuk melakonkan tentang kisah perjalanan hidup sebagai seorang wakil rakyat ataupun sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Kulim New Town manakala aktor R. Sivarahsia Biarlah Rasa pula memegang watak sebagai Ahli Parlimen Subang Tembaga.

Setelah ditayangkan untuk beberapa ketika filem "1 lawan 1" ini ternyata dan jelas ia telah berjaya menarik minat penonton untuk berkunjung ke pawagam walaupun tahu bahawa filem itu hanyalah sebuah filem pendek dan tidak memerlukan penonton untuk membawa keropok ataupun kuaci kedalam pawagam.

Apa yang lebih membanggakan ialah apabila filem itu ternyata berjaya mempengaruhi minda penonton dengan segala penipuan yang terancang pada jalan ceritanya. Aksi cabar mencabar dalam filem itu antara Zul Kifli dan R. Sivarahsia benar-benar telah membuat penonton menjangkakan bahawa perkara itu sememangnya betul sedang berlaku namun belumpun sempat kerusi dipawagam panas akibat haba punggung penonton, semua yang ada dalam pawagam menjadi panik secara tiba-tiba apabila melihat babak Zul Kifli berlaga pipi dengan R. Sivarahsia sebagai tanda berdamai telah mengakhiri jalan cerita untuk filem pendek itu.

Dan yang nyata dan jelasnya ialah, sekali lagi rakyat yang bertindak sebagai penonton telah ditipu hidup-hidup oleh sandiwara yang telah di arahkan oleh pengarah filem yang paling kreatif ialah tak lain dan tak bukan iaitu And No War yang juga pemilik syarikat Lee Watch Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Turk Ambassador dengan nombor pendaftaran - Tivoli 98/08.

RM65,000.00 tajaan nak ke Mekkah ???

Perasaan terkejut ada dan rasa hairan pun ada apa apabila terbaca di blog rakan-rakan yang menyatakan bahawa MB Kelantan Darul Naim YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ada mengakui bahawa pemergian beliau untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekkah kebiasaannya ditanggung atau dalam ertikata lainnya "ditaja." Wah ! wah ! wah ! ...macam permainan bolasepak pulak dah, siap dengan penajanya sekali.

Lagi satu perkara yang sangat melucukan apabila Nik Aziz turut mengakui bahawa selipar "jepun" yang beliau pakai pernah kena curi orang tapi menurut Nik Aziz lagi si pencuri tu datanglah pulak menemui beliau lalu berkata yang dia ambil selipar Nik Aziz supaya mendapat "berkat." !!!isshhh...betul-betul sesat dah manusia zaman sekarang nih, ataupun ini semua sudah menandakan bahawa "dunia hampir nak kiamat" sampaikan manusia sesama manusia kekadang sering bertelagah dan lepas tu pulak ada lagi yang menganggap manusia lain tu seperti malaikat yang boleh memberkat manusia yang lain lagi...

Dalam pengakuan pertama tentang tajaan untuk pergi mengerjakan Fardu Haji tu oleh Mursyidul Am PAS tu tak tergerak ke hati Mr. SPRM nak buat siasatan atau kaji selidik. Ya lah, kalau tak mahu buat siatan kerna takut tak masuk ke Syurga maka buatlah kaji selidik agar formula seperti taja-menaja hendak buat Umrah ke Tanah Suci itu juga turut diberikan kepada umat Islam yang kurang berkemampuan maka saya fikir itu akan lebih mulia daripada menaja seseorang Menteri Besar yang gaji mereka melebihi belasan ribu setiap bulan belum lagi elaun mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ada yang tak kena dengan pengakuan terbuka Nik Aziz tu. Wajarkah seorang yang sedang menjawat jawatan atau lebih tepat lagi sebagai seorang anggota pentadbiran untuk sesebuah kerajaan negeri itu di pelihara oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu juga ? Jika kita fikir betul-betul, daripada wang itu digunakan untuk mengerjakan haji untuk kali yang keberapa sudah, adalah lebih baik jika wang itu digunakan untuk membantu rakyat yang benar-benar sangat memerlukan bantuan, tentu sekali jika amalan seperti itu terus diamalkan pasti hidup akan sentiasa di berkati dan berkat tidak akan diperolehi jika hanya dengan "mencuri" selipar Nik Aziz.

Rabu, November 11, 2009

WWF of Royal Rumble dalam MCA

Aa... Aaa... ...hati-hati Ong ! ...hati-hati juga Chua !.., jangan laga kuat sangat cawan tu... nanti pecah pulak cawan tu, hangat lagi air dalam tu... kalau jatuh tertumpah air panas tu kat atas lantai tak apalah juga, nanti ada orang yang akan lap kan..., tapi kalau tumpah atas peha, atas lutut...basah pula seluar tu lalu melecur lagi anggota badan yang lain tu nanti...

Kemelut berpanjangan yang sedang melanda dalam parti MCA terutamanya pada peringkat atasan parti itu tak ubah seperti apa yang biasanya berlaku didalam dunia sukan gusti. Apabila kita meminati sukan gusti terutama sekali bilamana perlawanan itu melibatkan jaguh-jaguh gusti yang memang kita minati sudah pasti kita masih ingat nama-nama yang besar dalam sukan gusti seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Undertaker, Rich Flair, Andre The Giant, Marty Jenarty, Jake 'the snake' Roberts, Rick Rude, Kerry Von Erich, Bret 'hitman' Smith dan banyak lagi.

Dahulu misalnya Hulk Hogan pernah memusuhi Ultimate Warrior tetapi selepas itu mereka berbaik semula lalu bergabung tenaga untuk berdepan dengan musuh masing-masing. Begitu juga dengan penggusti-pengusti yang lainnya, mereka sering memperlihat sikap bongkak masing-masing apabila sedang berada di mercu kejayaan namun tetiba saja sikap itu berpusing sehingga ke 360 darjah terus daripada dulunya bermusuh kepada menjadi sebagai rakan karib, semuanya berlaku dalam keadaan sekelip mata saja.

Lebih kurang begitu juga dengan apa yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli bawahan atau ahli-ahli biasa MCA apabila pemimpin atasan mereka asyik bersengketa sesama sendiri sepanjang masa.
Lihat saja apabila kini Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai pula telah menjadi sasaran terbaru oleh kedua-dua iaitu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Sebelum Dr. Chua mencabar Dr. Liow agar menyatakan kononnya apa perkara yang dimahukan oleh Dr. Liow samada jawatan Presiden atau juga Timbalan Presiden MCA maka sebelumnya Presiden MCA sendiri iaitu Datuk Seri Ong turut mengungkit perkara yang sama juga terhadap Dr. Liow.

Dalam perkembangan terbaru ini, jelas sangatlah kita nampak yang Datuk Seri Ong dan juga Datuk Seri Dr. Chua seolah-olah semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Yang peliknya ialah apabila Datuk Seri Dr. Chua menyatakan bahawa beliau rela menyerahkan jawatan Tim. Presiden MCA kepada Dr. Liow sekiranya itu yang Menteri Kesihatan itu mahukan tetapi kenapa setelah beliau "terpecat" dari jawatan itu baru-baru ini Dr. Chua bermati-matian pula untuk mendapatkan semula jawatan nombor dua dalam MCA itu. Jika Dr. Chua ikhlas dengan kata-kata beliau itu, alangkah elok jika sebelum itu beliau serahkan saja jawatan Timbalan Presiden MCA bulat-bulat kepada Dr. Liow, selesai satu perkara !!!

Selasa, November 10, 2009

Rahsia disebalik nama bunga "Rafflesia"



Foto di sebelah pasti ramai rakyat Malaysia yang kenal siapa dia, terutamanya pakar-pakar sejarah di negara ini.

Paling tidakpun bekas-bekas penuntut disekolah rendah serta juga menengah dalam negara ini yang meminati tentang perkembangan sesuatu sejarah tentu tahu mengenai individu yang bernama Sir Stamford Raffles ini.


Manakala gambar yang satu lagi disebelah ini adalah gambar bunga Rafflesia. Jadi, apakah kaitannya bunga Rafflesia dengan kisah sejarah Sir Stamford Raffles.


Sebenarnya hari ini saya baru mendapat jawapan tentang soalan dalam diri iaitu darimana asal-usul nama bunga itu diperolehi sehingga dikenali sebagai "bunga Rafflesia."

Maklumat mengenai perkara ini saya dapat setelah membelek halaman mukasurat dalam akhbar harian Utusan Borneo keluaran Selasa 10 November 2009(A14-Horizon Dunia) yang ada menyiarkan tentang seorang pemandu pelancong di negeri Perak Darul Ridzuan ketika sedang memerhatikan sekuntum bunga Rafflesia yang terdapat di dalam hutan Ulu Geroh dalam negeri Perak.

Juga dikatakan bahawa nama Rafflesia itu digunakan keatas bunga tersebut bersempena dengan nama Sir Stamford Raffles yang dikatakan sebagai orang yang mula-mula menemuinya ketika mengembara ke Pulau Borneo sekitar tahun 1818. Ini adalah fakta sejarah yang harus dipelihara.

Berdasarkan kepada dua perkara tersebut diatas inilah, maka kita sangat mengharapkan agar suatu hari nanti sekiranya ada lagi perbalahan yang sengaja untuk ditimbulkan oleh sesetengah rakyat negara jiran Malaysia maka kita sudah ada bahan sebagai bukti untuk mematahkan hujah-hujah yang berupa fitnah oleh pihak tertentu di negara seberang itu sebagai tidak betul.

Sebenarnya bunga "Rafflesia" baru-baru ini juga hampir menjadi satu isu besar sepertimana dengan "tarian pendet" apabila sudah dapat dikesan ada pihak-pihak tertentu di Indonesia telah menuduh Malaysia sebagai mencuri bunga Rafflesia yang mereka dakwa kononnya hanya tumbuh atau hanya terdapat di Bengkulu, Indonesia. Inilah juga bukti bahawa sesetengah daripada rakyat Indonesia tidak tahu bahawa bunga Rafflesia juga banyak tumbuh secara semulajadi di dalam hutal tebal di negeri Sarawak, Sabah, Perak dan juga di Pahang.

Mungkin oleh kerana sejak dari awal lagi kita dapat memintas tuduhan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggung mengenai finah yang telah dilemparkan itu, maka isu itu telah mula sejuk dan terus membeku. Sekali lagi kita harus memberitahu kepada masyarakat Indonesia yang ada sesetengah daripada mereka yang kurang jelas mengenai sesuatu isu itu, jadi apa salahnya jika mereka selidiki terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum mereka membuat tuduhan yang melulu atau buat tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Isnin, November 09, 2009

Persendakan Agama : Cegah sebelum jadi barah. KDN?

Jika di Tebing Barat ada berlaku tentera Israel atau Yahudi yang menceroboh masuk kedalam rumah ibadat orang Islam Palestine ataupun dalam masjid termasuklah Masjid Al Aqsa, maka sudah tentu semua rakyat negara Islam di seluruh dunia akan bangkit menentang serta membantah tindakan yang telah dilakukan oleh tentera-tentera rejim Yahudi itu.

Tetapi berbeza pula dengan reaksi sesetengah rakyat terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila berlaku perkara seperti apa yang pernah disiarkan didalam beberapa blog kumpulan (BPN) serta AIDC serta blog-blog yang pro-kerajaan. Blog-blog tersebut sejak beberapa hari yang lalu telah menyiarkan kejadian dimana pihak Masjid tertentu di dalam negeri Selangor telah membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Sri Andalas iaitu YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memasuki kawasan dalam masjid serta pihak pengurusan masjid juga turut memberikan keizinan kepada YB Xavier untuk memberi ceramah beliau dihadapan semua jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat.

Dalam hal ini kita hendaklah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn apakah tindakan yang beliau akan ambil terhadap mereka yang telah didapati bertanggungjawab apabila menyebabkan perkara itu seperti itu daripada berlaku?
Apakah KDN khususnya YB Datuk Seri Hisham akan membiarkan saja perkara seperti itu akan terus berlaku tanpa sebarang tindakan yang akan diambil ? Adakah KDN hanya membiarkan maruah agama rasmi negara ini untuk terus ditelanjangi oleh pihak-pihak yang sentiasa mencari peluang serta kesempatan dari kelalaian pihak-pihak yang bertanggungjawab ?
Apakah Kementerian Dalam Negeri telah berbuat sesuatu terhadap pelajar-pelajar di SM St. Augustine, Bentong Pahang apabila didapati mereka telah merakam aksi-aksi kurang ajar iaitu kita boleh melihat bagaimana gelagat mereka sedang meniru cara-cara ibadat orang Islam ?

Ahad, November 08, 2009

PAS harus keluar daripada Pakatan Pembangkang !

Baguslah jika Tuan Guru, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mula sedar dan turut mengakui yang parti PAS sekarang sudah mengalami kemerosotan sokongan daripada golongan muda. Tok Guru Nik Aziz ketika ditemui oleh wartawan dirumah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan juga telah menyatakan bahawa mesej yang hendak disampaikan oleh beliau tidak sampai kepada seluruh ahli-ahli PAS.

Mesej yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu ialah mengenai cadangan beliau untuk PAS mengadakan EGM bagi membersihkan "beberapa kerat" pemimpin atasan dalam PAS yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai bermasalah dan akan tetap membawa masalah kepada PAS secara langsung. Maka bertitik tolak dari situlah harapan Tok Guru Nik Aziz mahu melihat PAS kembali mendapat tempat dihati masyarakat Melayu muda terutamanya dan orang-orang Islam amnya.

Jadi, oleh kerana Tok Guru Nik Aziz telah sedar akan perkara itu adalah lebih baik sekiranya Tok Guru Nik Aziz mengemukakan satu lagi usul yang boleh menggemparkan dunia politik tanah air dengan mencadangkan supaya Parti Islam SeMalaysia(PAS) keluar dari Pakatan Pembangkang dan kembali berjuang secara sendirian tanpa perlu mengikat kontrak lagi dengan DAP dan PKR.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan juga PKR setelah menubuhkan satu pakatan yang tidak sah dari segi undang-undang dan juga perlembagaan kerana tidak pernah berdaftar dengan ROS sebagai satu pertubuhan sebagaimana Barisan Nasional, kita telah melihat bagaimana PAS sanggup mengubah segala dasar yang telah dijadikan sebagai landasan perjuangan mereka sejak PAS ditubuhkan dulu tetapi perkara seperti itu tidak juga berlaku pada DAP dan juga PKR.

PAS seperti tidak kisah walaupun parti itu setelah bersatu dalam Pakatan Haram turut melupakan matlamat asal parti itu yang perjuangannya bertunjangkan agama Islam apabila terpaksa mengalah kepada tekanan yang dibuat oleh DAP agar menggugurkan slogan "membangun bersama Islam" bag menubuhkan sebuah Negara Islam yang akan menggunapakai segala undang-undang Hudud dalam pemerintahannya.

Jika PAS telah mengubahsuai dasar perjuangan mereka demi menjalinkan kerjasama dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram itu, tetapi tidak pulak kita nampak yang DAP dan juga PKR turut berbuat demikian. DAP kita lihat masih kekal dengan slogan parti itu iaitu " Malaysia Malaysian" yang mahu memperjuangkan hak kesamarataan dikalangan rakyat seluruh Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta turut berusaha untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru(DEB), iaitu dasar yang telah banyak membantu kaum Melayu dan bumiputera lainnya untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini.

Manakala PKR pula terus saja dengan dasar parti itu yang perjuangannya jelas berdasarkan kepada sentimen kebencian atau yang bersifat balas dendam serta turut berjuang untuk menegakkan "KeADILan" hanya untuk Anwar Ibrahim. PKR sama juga sebagaimana DAP yang tidak mengorbankan apa-apa juga dasarnya demi kerjasama dengan PAS.

Yang jelas dan terang sekali ialah apabila PAS sanggup menggadai dasar-dasar parti yang mereka perjuang selama ini demi untuk mengambil hati pihak DAP terutamanya dan juga PKR. PAS juga rela ajaran agama Islam seperti ayat-ayat suci dalam Al Quran untuk dinodai oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Haram apabila telah terbukti membiarkan Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan serta Lim Guan Eng untuk menyalahgunakan ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran sebagai bahan untuk mereka mencerca serta menghina pemimpin UMNO khas Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib.

Tragedi yang terbaru apabila PAS telah merelakan ADUN Sri Andalas, Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar untuk berceramah didalam masjid iaitu satu tempat yang sebenarnya tidak boleh dimasuki oleh orang yang bukan beragama Islam. Sebagai seorang yang mungkin beragama Kristian, YB Dr. Xavier tentu faham akan kedudukan beliau kini dalam agama Kristian. Sebagai seseorang yang berpendidikan tinggi lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Yang Berhormat Dr. Xavier lebih peka dengan dua keadaan yang ternyata berbeza seperti itu.

Dan terutama sekali bagi PAS iaitu setelah parti itu jelas dilihat sanggup untuk menggadaikan semua perkara yang sepatutnya mereka pertahankan selaku orang Melayu dan Islam demi untuk mencapaikan hasrat mereka hendak menjatuhkan serta menghancurkan UMNO yang juga merupakan nadi utama kaum Melayu dan Islam di negara ini, adakah PAS tidak terfikir untuk mengubah semula hala tuju perjuangan mereka dengan mengambil langkah drastik iaitu tinggalkan Pakatan Haram dan kembalilah keperjuangan asal.

PAS harus mencontohi UMNO dalam menegakkan ajaran Islam di negara ini. UMNO tidak pernah untuk membenarkan mana-mana pihak walaupun dari kalangan rakan didalam Barisan Nasional seperti MCA dan MIC untuk mengambil mana-mana satu ayat dari dalam Al Quran sebagai keperluan yang bertujuan digunakan untuk meraih sokongan serta simpati daripada rakyat. Dan oleh itu, jika PAS merasakan langkah yang mereka buat selama ini adalah satu kesilapan maka perlulah untuk PAS kembali dan mulakan langkah baru jika mahu kepercayaan rakyat tidak terus pudar terhadap PAS.

KDN - Jangan biarkan perkara luarbiasa menjadi biasa

Ini adalah klip video yang saya muat-turun dari blog PAPAGOMO yang merakamkan bagaimana aksi atau kelakuan kurang ajar sesetengah penuntut di Sekolah Menengah St. Augustine, Bentong Pahang mempersendakan ibadat solat umat Islam. "klik" saja untuk melihat, bagaimana hasilnya apabila anak-anak tidak dididik sedari awal agar menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Adalah sangat diharapkan supaya Kementerian Dalam Negeri(KDN) supaya dapat bertindak dengan kadar segera berhubung dengan kes seperti yang terdapat didalam video atas. KDN harus tegas dan berani didalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Jangan gentar apabila berdepan dengan berbagai dugaan ketika menjalankan tugas apa yang penting dan harus diingat ialah agar keselamatan negara serta keharmonian kaum akan dapat terus dipelihara.

Kita tidak mahu mendengar perkataan yang sering diucap oleh Menteri berkenaan apabila diminta mengulas berkenaan dengan beberapa isu yang sememangnya memerlukan peranan mereka untuk menanganinya. Perkataan yang selalu kita dengar seperti "Saya takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan" memang ada apabila timbul sesuatu masalah yang mampu menggugat ketenteraman awam

Apabila saya melihat video seperti ini, pertanyaan akan segera datang dalam fikiran saya bagaimana pihak gereja dengan mudah untuk membenarkan tempat didalam gereja sebagai tempat untuk penganutnya merakamkan video bertujuan untuk menghina agama Islam. Kita semua tentu tidak menduga sama sekali anak-anak yang sedang menuntut ilmu ditempat yang menitik beratkan soal disiplin dikalangan penuntutnya boleh tiba-tiba menjadi seperti orang yang tidak siuman.

PAS ada sebarang komen ke tidak berhubung dengan perkara ini ? Saya fikir PAS akan berdiam diri tentang perkara ini kerana takut berhadapan dengan ugutan oleh DAP dan juga PKR. PAS juga yang telah merestui DAP/PKR menerusi Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan untuk berceramah sambil membaca ayat-ayat suci walaupun tanpa tauliah.

Sabtu, November 07, 2009

Juara Piala Malaysia: Syabas dan Tahniah!!! Negeri Sembilan

Negeri Sembilan telah muncul sebagai Juara Piala Malaysia 2009. Tahniah !!! ...walaupun tidak dijanjikan dengan berbagai habuan seandainya memenangi perlawanan Piala Malaysia pada malam ini namun pasukan bolasepak Negeri Sembilan tetap mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Berbeza dengan pasukan bolasepak negeri Kelantan yang telah dijanjikan dengan berbagai-bagai janji oleh Kerajaan Negeri Kelantan PAS seperti "cuti peristiwa" dan lain-lain lagi namun segalanya telah menyebabkan semua pemain negeri Kelantan berada didalam keadaan yang tertekan kerana menyedari terlalu banyak harapan telah disandarkan terhadap mereka.

Negeri Sembilan menang 3 kalahkan Kelantan yang hanya pada saat-saat akhir cuma mampu mengutip 1 gol saja. Itupun hanya "gol ehsan" yang diberi oleh pasukan Negeri Sembilan. Esok tak jadilah "cuti peristiwa" kan begitu Tok Guru ? Kena masuk IJN lagi lah kalau macam nih...

Bonus 2 bulan gaji - Omar Osman putar belit kenyataan PM.

Mungkin kerana merasa terpukul dengan reaksi serta jawapan balas daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib pada hari Rabu 04 November lalu mengenai tuntutan berterusan yang dibuat oleh CUEPACS(Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) berkenaan dengan bonus dua bulan gaji kepada semua ahli-ahlinya, maka Saudara Omar Osman selaku Presiden pertubuhan itu tanpa berlengah telah mengadakan perjumpaan khas dengan semua wakil kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Perdana Menteri yang telah disalah anggap oleh Saudara Omar.

Pada sessi perjumpaan itu saudara Omar Osman telah berjanji kepada kesemua wakil kesatuan itu bahawa beliau akan menemui Perdana Menteri dengan kadar sebeberapa segera untuk menuntut penjelasan terpeinci daripada Datuk Seri Najib sendiri apabila Omar tersalah tafsir dengan apa yang telah disebut oleh Datuk Seri Najib berkaitan dengan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh CUEPACS itu. Menurut Omar Osman, Perdana Menteri telah melabelkan CUEPACS sebagai tidak bermoral. Tetapi yang sebenarnya ialah Perdana Menteri hanya menyebut "Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih," maka itulah yang pernah disebut oleh PM bukannya beliau menyatakan CUEPACS tidak bermoral dan jelas sekali disitulah kesilapan Omar Osman.

Berita penuh mengenai perkara itu adalah seperti berikut;

Salah dari segi moral minta bonus: PM
----------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu CUEPACS(Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus(setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular dikalangan ahli anda," katanya.

CUEPACS, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan gaji bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku didalam perkhidmatan kerajaan. "Bagaimanapun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran, tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan."

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka. "Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi kedua terbaik, tingkaykan prestasi mereka."

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa " ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain. Ia juga sama dengan Bumiputera; dari semasa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing."

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkan perlahan-lahan. Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di Forum Majlis Makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club. - Bernama

Hasilkan minyak urut cap "Royalty" khas untuk TG Nik Aziz


Mendapat khabar berita yang Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke dalam wad di IJN mungkin ada yang sudah menduga dan ada juga yang mungkin ada yang baru tahu dan yang agak pasti tentu ada yang sedih.
Walau apapun juga saya ada satu cadangan istimewa iaitu agar ada pihak yang sekiranya tidak keberatan untuk menghasilkan satu produk baru yang berkaitan dengan aspek kesihatan. Produk baru yang dimaksudkan itu adalah khas untuk digunakan oleh TG Nik Aziz Nik Mat serta mereka-mereka yang sama degil dengannya.
Biarlah saya cadangkan produk ubatan itu nanti jika ada yang bersetuju hendaklah dikenali dengan nama "royalty" dan dalam menghasilkan gambar pada kotaknya kita pasti sahabat blogger iaitu Jeffery Damien dari Dimensi yang kreatif itu tentu tiada masalah untuk melakarkan gambar yang sesuai untuk diletakkan pada kotak ubat itu nanti.
Cadangan awal kita mengenai bagaimana cara menggunakan ubat itu nanti adalah seperti berikut, mula-mula buka kotaknya dan keluar botol dari dalamnya dan selepas itu pulas tudung botol ke arah melawan jarum jam untuk membuka dan setelah botol dibuka maka ambil kandungan minyak dengan menggunakan hujung jari hantu lalu sapu sedikit ditepi bibir, hujung lidah, bawah cuping telinga, dalam lubang telinga, hujung lidah serta sapu juga sedikit diatas kelopak mata.
Perkara yang dilarang sepanjang tempoh waktu menggunakan produk atau ubat itu adalah sangat mudah untuk diikuti iaitu tidak boleh meminum air perahan dari batang tebu serta juga dilarang daripada suka menanam tebu di merata-rata tempat ini bagi mengelak ular-ular yang besar akan bersarang disitu.
Dan akhir sekali semua orang mengharapkan agar TG Nik Aziz segera sembuh serta cepat-cepat sedar diri dan juga agar lekas-lekas bertaubat dan setelah itu bolehlah memohon tauliah untuk menyampai sebarang ceramah dan bolehlah bagi juga surat taulih itu kepada Nga Kor Ming, N. Gobalakrishnan, Dr, Xavier Jayakumar, Lim Guan Eng serta mereka yang sama gila dengan mereka.

Jumaat, November 06, 2009

Anwar gagal peroleh kesemua dokumen...

PUTRAJAYA 6 Nov 2009 - Datuk Seri Anwar Ibrahim terlepas peluang mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dalam kes liwatnya termasuk contoh spesimen Mohd. Saiful Bukhari Azlan setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya dan menolak rayuan balasnya(Anwar) - Utusan Malaysia.

Ulasan sepintas lalu : Keputusan yang telah dibuat oleh Mahakamah Rayuan itu adalah merupakan sesuatu yang boleh kita sifatkan sebagai sebahagian daripada kesan-kesan yang telah, sedang dan akan dilalui oleh Anwar akibat daripada "sumpah laknat" yang telah dilafazkan oleh Mohd. Saiful lebih kurang setahun yang lepas.

Apa saja perkara yang ada melibatkan Anwar Ibrahim akan tetap dan pasti menerima malapetaka yang tidak diduga contohnya seperti apa yang sedang berlaku didalam PKR, apa yang sedang dihadapi oleh Pakatan Pembangkang sejak kebelakangan ini, berapa ramai sudah orang-orang PKR yang keluar meninggalkan Anwar dan banyak lagi perkara-perkara yang berlaku dapat kita lihat selain itu.

Apa yang dapat kita katakan dari apa yang telah Mahkamah Rayuan putuskan mengenai kes liwat itu hari ini tadi ialah kita semua sangat mengharapkan supaya keadilan yang hendak ditegakkan serta digapai oleh Mohd. Saiful akan segera menghampiri beliau. Diharap juga beliau akan sentiasa tabah dan terus cekal untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Khamis, November 05, 2009

Apa tujuan undang-undang digubal, dipinda ?

Melihat kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) serta juga Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali ditangguhkan disebabkan permohonan diatas permohonan oleh Anwar iaitu sudah semacam lapisan pelangi seakan-akan turut membawa kita untuk mencari satu persoalan yang mungkin boleh dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab didalam menggubal undang-undang yang sedang digunapakai oleh pihak mahkamah ketika ini.

Pada mulanya apabila sesuatu akta-akta serta undang-undang dan juga disamping peruntukan undang-undang khas hendak dilluluskan oleh semua Anggota Dewan Rakyat, ianya seperti biasa pasti akan melalui berbagai-bagai proses sebelum sesuatu undang-undang yang seumpamanya akan disahkan boleh diterima pakai untuk digunakan oleh mahkamah bagi urusan seperti menjatuhkan hukum, mengenakan denda, mendengar hujah-hujah, menerima rayuan, menolak rayuan, menangguh prossiding dan bermacam-macam lagi. Segalanya akan dibahas didalam Dewan Rakyat setelah sesuatu usul mengenai perkara itu berjaya dibentangkan bagi mendapatkan pandangan samada bantahan ataupun sokongan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Diantara peruntukkan undang-undang khas yang sudah dilluluskan oleh Dewan Rakyat ialah seperti apa yang telah kita lihat dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dimana peruntukkan undang-undang khas itulah yang sebenarnya telah menjadi barah dalam undang-undang dalam negara kita. Anwar Ibrahim telah menggunakan seboleh mungkin undang-undang yang telah memperuntukkan seseorang yang telah didakwa dalam kes yang tertentu sebagai harus dituruti segala kemahuan beliau memohon penangguhan demi penangguhan tanpa memikirkan akan akibat serta nasib pihak yang satu lagi.

Mahkamah serta para Hakim sebenarnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi apabila peruntukkan undang-undang seumpama itu iaitu yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya sebagaimana yang telah Anwar Ibrahim lakukan demi untuk mengelak beliau daripada dibicarakan berhubung dengan kes liwat itu dimana beliau didakwa dengan tuduhan telah meliwat bekas pembantu peribadi beliau iaitu Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan. Anwar dalam perkara ini sudah tentu sekali akan berikhtiar sedaya upaya beliau agar kes liwat ini akan terus ditangguh sampai bila-bila selagi masih ada undang-undang yang membenarkan beliau untuk berbuat sedemikian.

Apabila keadaan seperti ini seolah-olah terus berlarutan sehingga kita semuapun tidak tahu sampai bilakah kes liwat ini akan mula dibicarakan, jadi apakah tiada jalan atau cara lain ataupun undang-undang lain lagi selain daripada yang digunakan sekarang ini untuk digunakan bagi menyelesaikan kekalutan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pihak dalam kes ini yang jelas kelihatan semakin hari semakin berserabut malah semakin sukar untuk dirungkaikan.

Sepatutnya apabila sesuatu undang-undang itu digubal serta diwujudkan, tujuannya ialah untuk memudahkan segala proses yang melibatkan soal yang berkaitan dengan urusan dimahkamah dan bukannya untuk menyulitkan mana-mana pihak. Tetapi didalam kes liwat ini, kita boleh nampak dengan jelas dan nyata hanya pihak yang berkepentingan sahaja yang mendapat keuntungan dengan adanya peruntukkan undang-undang tertentu itu sepertimana yang telah kita ketahui selama ini namun tidak bagi rakyat biasa ataupun bagi kalangan orang kebanyakkan.

Oleh itu, adakah dari kalangan profesional yang pakar dalam soal undang-undang sedar bahawa harus dilakukan sesuatu walaupun dengan apa cara sekalipun agar dikaji semula mana satu undang-undang yang menyusahkan satu pihak tetapi dalam waktu yang sama menguntungkan satu pihak yang lain. Dan jika didapati ianya perlu untuk dihapuskan, maka eloklah ianya dihapus atau dimansuhkan ataupun sekurang-kurangnya harus dipinda semula demi keadilan yang sama rata sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Akan wujud "team A dan team B" dalam MCA

Krisis dalaman parti yang pernah melanda parti MCA suatu ketika dahulu pasti sekali lagi akan berlaku didalam parti itu sekiranya perkembangan semasa parti itu kini turut diambil sebagai renungan. Semua ini tentu sekali tidak mustahil akan terjadi sekiranya perkara yang sedang berlaku itu dibiarkan terus menjadi satu masalah bukan saja setakat hanya kepada MCA semata-mata malah pasti akan membebankan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Pada satu ketika dimana MCA pernah berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan yang dikenali sebagai "team A" yang diketuai oleh Datuk Seri(Tun) Dr. Ling Liong Sik, Presiden MCA waktu itu manakala satu lagi "team B" bagi pihak Tan Sri Lim Ah Lek. Namun kemelut parti itu berjaya diselesaikan dengan baik hasil campur tangan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional ketika itu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kita boleh lihat seandainya perkara itu akan berulang semula ke dalam parti MCA, kumpulan atau "team A" sudah pasti akan mewakili Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan beliau iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek dan sementara itu "team B" pula akan akan menyaksikan gandingan Naib Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan Ketua Pergerakan Pemuda MCA YB Datuk Wee Ka Siong.

Apabila sudah wujud puak-puak atau team didalam MCA kelak maka kita juga boleh menilai dari segi kemampuan, kejujuran, ketelusan, keikhlasan serta moral seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada rekod serta pencapaian yang lalu dan disamping itu juga kita sendiri sememangnya suka meramalkan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Dan apabila kita telah meramalkan siapa yang layak untuk memimpin sesebuah parti itu maka bermakna kita juga turut menyokong cara kepimpinan beliau itu.

Setelah kita lihat walaupun tidak secara mendalam berkenaan dengan latar belakang kedua-dua tokoh yang berada didalam "team A" iaitu YB Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga Datuk Seri Chua Soi Lek, secara ringkasnya kita tahu bahawa kedua-dua mereka ini mempunyai masalah peribadi yang tersendiri dan bagi Datuk Seri Chua sebagaimana umum sudah sedia maklum bahawa beliau telah nyata berdepan dengan masalah moral yang sepatutnya tidak harus dilakukan oleh seseorang yang sedang berdiri sebagai seorang pemimpin.

Sementara itu, "team B" yang mungkin menggabungkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Datuk Wee Ka Siong akan menyaksikan gabungan generasi muda yang mantap dan apa yang sangat penting adalah kedua-dua mereka ini belum lagi tercalar imej sebagai seorang seorang pemimpin. Jika MCA pada akhirnya akan menentukan bahawa kedua-dua pemimpin muda ini sebagai layak untuk mengemudikan parti dengan memandu MCA ke arah laluan yang betul untuk membawa kesemua ahli-ahlinya bagi menuju ke destinasi yang sepatutnya, maka sudah pasti MCA akan kembali selamat dari perpecahan.

Rabu, November 04, 2009

Ahli Parlimen BN sokong SPRM ke atau sokong rasuah ?

Apabila SPRM telah menjalankan kewajipan mereka selaku sebuah badan bebas iaitu sebagai Suruhanjaya untuk menghapuskan rasuah, namun disebalik itu kelihatan juga pihak-pihak yang cuba untuk menunjukkan sikap seolah-olah tidak menyokong usaha membenteras gejala rasuah ini daripada diambil tindakan.

Contohnya dalam kes yang membabitkan Anggota Parlimen Sabak Bernam YB Abdul Rahman Bakri yang turut ditahan oleh anggota SPRM kerana didapati terlibat dengan rasuah, sepatutnya Ahli Yang Berhormat dari kalangan Barisan Nasional yang lainnya tidak kira dari parti mana sekalipun haruslah memberi sokongan kepada SPRM dan bukannya memberikan sokongan kepada mereka yang telah disyaki terlibat dengan amalan rasuah walaupun belum lagi dibicarakan.

Semasa YB Abdul Rahman Bakri dibawa oleh SPRM ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi lapan pertuduhan rasuah terhadap beliau, kelihatan bersama ketika itu Ahli Parlimen Tenggara YB Datuk Halimah Sadique, Ahli Parlimen Parit Sulong YB Datuk Noraini Ahmad dan beberapa orang lagi wakil rakyat hadir untuk memberi "sokongan moral" kepada YB Abdul Rahman Bakri.

Walaupun mungkin bagi wakil-wakil rakyat terutamanya daripada BN ini kehadiran mereka adalah bersifat sebagai rakan seperjuangan serta mahu memberi galakan "moral" kepada rakan mereka yang sedang berdepan dengan kepastian akan didakwa di mahkamah kerana aktiviti rasuah, tetapi bagaimana pula untuk mereka menjelaskan kepada rakyat atau orang awam apabila timbulnya nanti persoalan umum setelah rakyat melihat sesetengah Ahli Parlimen sendiri cuba menyebelahi orang telah didapati terlibat dengan rasuah, jadi sudah tentu timbul pertanyaan dari kalangan rakyat "adakah Anggota Parlimen BN menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia(SPRM) untuk menghapuskan kegiatan rasuah ini tanpa mengira pangkat, kedudukan, parti dan sesiapa saja.

Perkara memberi sokongan kepada mereka-mereka yang telah disiasat serta telah didapati memang terlibat secara langsung dengan amalan rasuah seharusnya tidak berlaku dalam Barisan Nasional kerana jika perkara seperti ini terus berlaku maka ianya tidak ada bezanya dengan pendekatan yang sering diambil oleh pihak-pihak dari Pakatan Pembangkang yang sentiasa menidak perkara walaupun ianya jelas terbukti dengan dakwaan yang mereka hadapi.

Jadi kepada seluruh wakil-wakil rakyat BN tanpa mengira mereka datang daripada parti mana dalam gabungan Barisan Nasional, tidak usahlah anda terikut-ikut dengan rentak tari wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang yang sampai bila-bilapun tidak akan bersedia untuk menerima kenyataan yang mereka juga pasti dan sudah pasti akan terdedah kepada sebarang kesalahan serta kesilapan.

Dan, berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada SPRM bagi menghapuskan kegiatan rasuah ini biar dalam bentuk apapun yang jika tidak YB-YB ini terlebih dulu memberikan sokongan padu kepada usaha murni itu adalah sangat membimbangkan bahawa penyakit ini pasti kemudian hari nanti terus menular dan merebak dan sememangnya mampu memusnahkan segala harapan masa depan bangsa dan juga negara.

Selasa, November 03, 2009

Misteri penahanan Dr. Asri semakin terbongkar...

Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dua hari yang lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor telah menarik minat saya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang menjadi dalang disebalik penahanan Dr. Asri itu.

Walaupun jika dikira dari segi kewajarannya adalah tidak layak untuk saya menulis mengenai perkara ini kerana isu ini melibatkan kepentingan agama Islam yang hanya boleh diulas oleh orang Islam saja namun sebagai rakyat Malaysia saya rasa mungkin tidak menjadi satu kesalahan bagi diri saya hanya untuk ingin mengetahui kenapa perkara seperti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi ke atas Dr. Asri yang sememangnya dikenali hampir keseluruhan rakyat Malaysia diatas sikap beliau yang berani menyuarakan sesuatu perkara yang benar.

Jawapan yang pasti mengenai perkara itu mula mengisi ruangan dalam kotak soalan saya setelah membaca artikel terbaru pada laman blog Pisau di http://www.pisau.net dengan tajuk "Isu Penangkapan Dr. Asri, ! 1Malaysia ditipu."

Telahan serta andaian saya berkenaan dengan persoalan besar siapa yang menjadi dalang disebalik semua peristiwa itu adalah sama dengan apa yang telah ditulis oleh saudara Pisau. Kita bukan untuk menuduh sesiapa tetapi adalah bukan menjadi suatu kesalahan untuk kita mensyaki orang yang tertentu berkemungkinan turut terlibat didalam hal penahanan Dr. Asri itu.

Jerung tersangkut dalam pukat SPRM

Ini bukan gambar untuk iklan tv imbasan mulut seperti mana yang biasa syarikat colgate buat bagi mengesan saki baki bakteria yang masih terdapat didalam mulut tetapi atas ini semua orang pasti tahu apa bendanya itu terutamanya nelayan laut dalam.

Ada orang sebut mamalia itu sebagai jerung dan ada juga sesetengah orang lebih suka menyebut dengan nama hidupan laut dalam ini sebagai paus, dan orang Barat lebih suka ikan jenis mamalia ini dikenali sebagai jaws. Biar apapun nama yang dibagikan kepada mamalia ini, apabila ianya telah menjadi pemangsa maka untuk selamanya juga ianya tetap akan menjadi ancaman kepada manusia terutamnya nelayan, ikan-ikan kecil dan sebagai yang menghuni kawasan laut dalam.

Diatas darat juga ada terdapat spesis yang menyerupai ikan jerung ini, namun ianya tidak tahan untuk berada terlalu lama didalam air berbanding dengan jerung sebenar. Kenapa pula boleh jadi begitu ? Jawapannya mudah, jerung diatas darat ini sentiasa berdepan dengan masalah pukat yang sentiasa bergerak mengikut kemana saja pergerakan jerung-jerung itu berbeza dengan pukat yang dipasang dibawah permukaan air, dimana jerung original sentiasa boleh mengelak jika terserempak dengan pukat yang telah siap dipasang.

Dengar khabar SPRM telah berjaya menangkap beberapa ekor jerung-jerung yang bersaiz besar, kecil dan sederhana dikawasan laut dalam negeri Selangor. Tahniah kepada SPRM ! kerana telah membuktikan bahawa Suruhanjaya itu tidak sepertimana yang sering Pakatan Pembangkang tuduh selama ini... Teruskan usaha untuk membasmi rasuah tanpa rasa risau.

Arkib Blog