Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 15, 2009

Jika benar tidak bersalah, kenapa tawar RM5j untuk tutup kes ?

Sekiranya benar Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Penasihat EkonomiRM1 Negeri Selangor, Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengarahkan Datuk Soh Chee Wen untuk menawarkan kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan wang berjumlah RM5 juta agar menarik balik dakwaan liwat yang telah dibuat oleh Saiful terhadap bekas majikannya itu.

Apakah yang akan kita semua dapat jangka daripada perkara seperti ini ? Sudah tentu banyak persoalan yang berlegar didalam pikiran kita apabila timbul dakwaan seumpama itu. Kita pasti akan tertanya-tanya, "seandainya Anwar memang tidak bersalah dan telah menjadi mangsa konspirasi oleh pihak-pihak yang tertentu sebagaimana yang beliau sendiri sering katakan, jadi kenapa perlu untuk beliau membazirkan wang yang sebegitu besar jumlahnya hanya untuk menutup kes itu daripada dibicarakan ?

Tetapi apabila wujudnya keadaan tawar-menawar supaya pihak yang menuduh menarik balik laporan yang telah dibuat berkaitan dengan kes liwat itu dengan habuan wang berjumlah RM5 juta akan diberikan jika bersetuju berbuat demikian, maka semakin nampak jelaslah bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena pada Anwar dan dalam ertikata lainnya bahawa tindakan beliau itu seolah-olah menggambarkan yang dia memang melakukan perbuatan itu. Jika tidak masakan sanggup menawarkan wang sebanyak itu semata-mata mahu kes itu digugurkan. Kenapa tidak teruskan slogan "Lawan Tetap Lawan" ?...

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah yang dikatakan sesumpah yang pandai mengubah rupa...... berlagak warak... yang peliknya mengapa ramai sangat orang tertipu dengan lagak muka bodohnya.....

ANNA berkata...

Siapa soh chee wan ni?Bukan ke dia ni talibarut MCA?? Yg jadi talibarut Ling Liong Sik??, Liong Sik yg jadi salah satu penyebab KORUPSI masalah Port Klang,kebas duit RAKYAT 20,000 Juta Ringgit!!!
APA semua ni??? Fakta awak ni betul ke???atau sengaja diada2kan
FITNAH..???Jika FITNAH,maka awak akan disumbat kedalam neraka dengan memakan daging,Soh Chee Wan
yg BUSUK....!!!!Tanya ustaz UMNO atau PR,kalau aqidah awak tersesat!

hilbert berkata...

itulah Yanggambi,
jika masih ada juga rakyat yang tidak mahu membuka mata untuk melihat perkara seperti itu, maka selama itulah rakyat akan terus tertipu dan ditipu...

ANNA, salam...
siapa Datuk Soh Chee Wen sila baca di http://www.anwaraidc.com/2009/11/anwar-upah-soh-chee-wen-tawar-saiful-rm5-juta-html

Arkib Blog