Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, November 03, 2009

Misteri penahanan Dr. Asri semakin terbongkar...

Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dua hari yang lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor telah menarik minat saya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang menjadi dalang disebalik penahanan Dr. Asri itu.

Walaupun jika dikira dari segi kewajarannya adalah tidak layak untuk saya menulis mengenai perkara ini kerana isu ini melibatkan kepentingan agama Islam yang hanya boleh diulas oleh orang Islam saja namun sebagai rakyat Malaysia saya rasa mungkin tidak menjadi satu kesalahan bagi diri saya hanya untuk ingin mengetahui kenapa perkara seperti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi ke atas Dr. Asri yang sememangnya dikenali hampir keseluruhan rakyat Malaysia diatas sikap beliau yang berani menyuarakan sesuatu perkara yang benar.

Jawapan yang pasti mengenai perkara itu mula mengisi ruangan dalam kotak soalan saya setelah membaca artikel terbaru pada laman blog Pisau di http://www.pisau.net dengan tajuk "Isu Penangkapan Dr. Asri, ! 1Malaysia ditipu."

Telahan serta andaian saya berkenaan dengan persoalan besar siapa yang menjadi dalang disebalik semua peristiwa itu adalah sama dengan apa yang telah ditulis oleh saudara Pisau. Kita bukan untuk menuduh sesiapa tetapi adalah bukan menjadi suatu kesalahan untuk kita mensyaki orang yang tertentu berkemungkinan turut terlibat didalam hal penahanan Dr. Asri itu.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, sejak dari awal lagi kawan sudah syak, mesti ada sesuatu agenda dari tangan-tangan ghaib yang merencanakannya.......

hilbert berkata...

salam kembali Yanggambi,

Iya lah, jika kita sering melihat gaya ceramah Dr. Asri ini, kita boleh melihat atau menilai sendiri perjuangan beliau. Beliau ikhlas dalam kata-kata yang disampaikan.

Dr. Asri sering memperkatakan apa yang sebenarnya dan bukan seperti puak-puak Pakatan Haram yang sering mengada-ngadakan cerita...

Apai Ngelai berkata...

Salam Hilbert,

Hairan juga ceramah perlu Tauliah daripada JAIS.. Apa jenis tauliah diperlukan oleh seorang bekas mufti untuk membuat ceramah agama di negara kita ini? Tauliah politik ke? Itulah sekarang apabila politik diutamakan, maka agama dieksploitasikan oleh sebilangan manusia yang mempunyai kepentingan dan agenda mereka sendiri.

Arkib Blog