Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI Dimansuhkan : Langkah Mundur ke Belakang.

Terkejut dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat hari ini untuk menentukan samada Pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan ataupun ditamatkan.

Keputusan untuk memansuhkan PPSMI itu sama juga seperti membawa generasi yang akan datang untuk kembali melangkah cepat ke belakang semula. Keputusan itu juga pasti tidak akan membantu kerajaan dalam usahanya untuk melahirkan ramai pakar-pakar perubatan serta pakar-pakar ekonomi tempatan pada masa depan.

Disamping negara-negara lain giat untuk terlibat secara langsung didalam usaha penyelidikan dan kajian-kajian tentang penemuan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan, Malaysia dilihat telah membuat keputusan yang boleh dikira seolah-olah untuk menyisihkan diri daripada negara lain tentang perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku didalam bidang perubatan.

Tiada ulasan khusus untuk perkembangan mengenai PPSMI ini, cuma ingin memberikan reaksi awal saja. Tapi saya rasa banyak pihak yang akan melahirkan perasaan kecewa dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu.

Namun dalam pada waktu yang sama juga, tentu ada juga pihak yang bersorak dan gembira dengan keputusan Kabinet hari ini terutamanya golongan "Pendesak" yang mewah, yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara, menuntut dan membuat pengajian didalam Bahasa Inggeris.

Golongan "pendesak" agar PPSMI dimansuhkan dulu itu lah yang akan bertanggungjawab memusnahkan harapan negara pada masa hadapan. Mereka harus dipertanggungjawabkan kelak, apabila negara ini akan ketandusan ramai pengamal-pengamal perubatan dan juga ahli-ahli ekonomi yang berpengetahuan tinggi.

Pada masa itu lah nanti, kita akan dapat menyaksikan negara kita terpaksa mengambil pendekatan yang tidak sepatutnya berlaku lagi pada waktu itu dengan meminjam pakar perubatan dari negara luar untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan didalam negara. Kita dapat kira, berapa sudah pembaziran telah dilakukan berhubung masalah itu.

Selasa, Julai 07, 2009

Stadium Di Malaysia : Kenapa Selalu Sepi ?

Jika kita selalu mengikuti perkembangan sukan tanah air terutamanya sukan bolasepak di negara kita, yang akan menjadi perhatian awal daripada kita adalah bilangan penonton yang hadir masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang bakal diadakan.

Yang selalu kita lihat pada setiap kali jika ada perlawanan bolasepak diadakan ialah, stadium kosong. Peminat hanya beberapa kerat saja yang masuk untuk menonton. Tetapi sekiranya diadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan kebangsaan dengan pasukan pelawat, hanya tika itu sajalah kita dapat melihat stadium hampir penuh dengan kedatangan para peminat.

Tetapi apabila sesuatu perlawanan yang melibatkan kelab-kelab bolasepak yang terdapat didalam negara ini sendiri ataupun yang melibatkan hanya antara pasukan negeri-negeri yang mengadakan persembahan maka kita akan dapati keadaannya akan kembali suram. Suasana didalam stadium akan menjadi lesu sepi dengan hanya kedengaran suara pemain itu sendiri yang menjerit-jerit minta bola disepak, ditendang ataupun dihantar kepadanya.

Keadaan seperti itu tidak ubah seperti perlawanan bolasepak antara sekolah-sekolah rendah saja. Kita juga boleh perhatikan, ada juga diantara orang ramai yang memasuki stadium ketika perlawanan tidak semestinya mereka itu berminat untuk menonton permainan tetapi sekadar untuk menghilangkan tekanan mental saja akibat bebanan tugas ditempat kerja.

Jadi, untuk mengatasi masalah seperti itu agar tidak berterusan, bagaimanakah cara kita boleh untuk menyusunkan semula langkah sedari awal bagi mengambalikan semula semangat kesukanan yang telah lama hilang dari jiwa masyarakat Malaysia.

Selepas persaraan YABhg. Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, boleh juga dikatakan jiwa sukan dikalangan rakyat Malaysia pun turut sama bersara. Tidak lagi kita pernah mendengar slogan "Malaysia Boleh!" dilaung-laungkan baik dimana-mana jua ketika acara sukan diadakan.

Apakah ada usaha daripada Kementerian Belia dan Sukan ke arah untuk menyedarkan semula orang ramai supaya kembali memberi sokongan terhadap pembangunan sukan di negara ini tidak kira jenis sukan dengan datang beramai-ramai ke stadium sekiranya ada perlawanan yang dianjurkan.

Atau apakah kita sanggup untuk melihat stadium di negara kita sentiasa lengang dan sepi pada setiap kali perlawanan diadakan tanpa kehadiran peminat walaupun kadang-kala kemasukan adalah percuma.

Isnin, Julai 06, 2009

Apa Kata ; Serahkan semula Pulau Pinang kepada Barisan Nasional tanpa perlu Bubarkan DUN...


Krisis yang melanda kerajaan di Pulau Pinang sekarang yang di perintah oleh Pakatan Pembangkang(DAP, PKR dan PAS) sebenarnya adalah perbalahan diantara mereka dengan para penyokong sendiri yang telah memberi undi kepada mereka sehingga berjaya menumbangkan BN di negeri itu.



Setelah diberikan kuasa dan telahpun mendapat kuasa untuk memerintah kerajaan negeri di Pulau Pinang misalnya, jelas kelihatan Pakatan Pembangkang telah gagal untuk berdiri sebagai sebuah kerajaan bagi membela nasib rakyat sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka kepada rakyat didalam manifesto Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 yang lalu.



Ternyata Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR serta PAS hanya pandai bermain dengan kata-kata. Hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya. Itu lah kalau suka menanam tebu di tepi bibir.., tebu airnya memang manis, tetapi apabila sudah diperah manisnya akan hilang juga akhirnya. Mereka telah gagal untuk mengotakan apa yang pernah mereka katakan dan janjikan kepada pengundi mereka.



Pada pandangan saya, untuk Pakatan Pembangkang ini menyelesaikan masalah yang sedang membebani pentadbiran mereka di negeri Pulau Pinang ketika ini, mereka hanya mempunyai beberapa pilihan untuk diambil demi untuk menjaminkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat tidak tergugat agar ianya dapat terus dilindungi.



Pilihan pertama : Pakatan Pembangkang sekiranya sudah merasakan mereka tidak berkemampuan lagi untuk mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, maka sebaik-baiknya serahkan kembali kuasa untuk memerintah negeri itu kepada Barisan Nasional...tanpa perlu membubarkan DUN Pulau Pinang.



Jumlah wakil rakyat antara BN dengan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang hendaklah tidak menjadi sebagai satu ukuran bagi melayakkan BN untuk mendirikan sebuah kerajaan di Pulau Pinang. Biarkan minoriti menjadi kerajaan kepada majoriti supaya demokrasi betul-betul dapat dilaksanakan sebagaimana yang Pakatan Pembangkang sendiri laung-laungkan sebelum ini.



Pilihan kedua : YAB Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, apabila beliau sendiri sudah mendapati bahawa dia tidak lagi berdaya untuk terus duduk di kerusi itu hendaklah dia berundur secara terhormat, berilah duduk tempat "istimewa" itu kepada orang lain dan kepada mereka yang lebih layak lagi.



Pilihan ketiga : Setelah kerajaan Negeri gagal melaksanakan segala janji-janjinya kepada rakyat ketika PRU ke-12 yang lalu khususnya di Pulau Pinang, maka kembalikan semula kuasa itu kepada rakyat, biar rakyat sendiri yang menentukan kerajaan yang macam mana yang mereka mahu dan oleh itu harus dibubarkan DUN Pulau Pinang.



Pilihan keempat : Jika YAB Lim Guan Eng tidak juga mahu menuruti langkah-langkah seperti mana yang telah disarankan diatas...dia juga boleh memilih jalan lain, misalnya serahkan jawatan Ketua Menteri itu kepada bapa beliau sendiri iaitu YB Lim Kit Siang. Biar kita semua lihat apakah pepatah Melayu lama dapat kita terbalikkan ataupun tidak. "Bapa borek anak rintik"...menjadi "Anak rintik bapa borek".



Tentang permintaan Lim Guan Eng itu yang hendak meminta bantuan kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar sama sekali. Tidak masuk akal sama sekali, apabila beliau terpaksa menjilat ludah sendiri ketika berada dalam kebuntuan untuk menangani masalah rakyat serta penduduk di Kampung Buah Pala dengan terpaksa merayu-rayu pula kepada BN.



Memang tidak sepatutnya beliau hanya menyerahkan masalah di Kampung Buah Pala saja kepada Kerajaan Barisan Nasional, apa kata kalau serahkan sekali negeri Pulau Pinang itu balik kepada BN tanpa perlu untuk Pakatan Pembangakang membubarkan DUN ? Biar mereka sendiri tengok bagaimana BN memerintah tanpa banyak masalah dan karenah.

Ahad, Julai 05, 2009

Bagaimana Dengan Bolasepak Di Malaysia ?

Dengan memetik sedikit daripada berita yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari, saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dengan anda semua tentang berita Tan Sri T. Ananda Krishnan, individu kedua terkaya di negara ini dan juga jutawan ketiga terkaya di Asia Tenggara yang dikatakan sebagai prospek utama penyelamat kepada kelab bolasepak England iaitu New Castle.

Maka perkembangan terbaru itu akan memungkinkan beliau sanggup untuk membeli kelab New Castle itu pada harga asal iaitu 40 juta pound (RM230.3juta) lebih rendah dari harga yang ditawarkan iaitu sebanyak 95 juta pound atau RM547 juta.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu sekali saya juga harus merasa bangga diatas kemajuan itu, dimana seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya didalam kehidupan telah melangkah setapak lagi apabila telah disenaraikan sebagai salah seorang penyelamat kepada sebuah kelab bolasepak yang terhebat di dunia itu.

Sementara perasaan sedang diulit kegembiraan dan rasa bangga dengan berita itu, tidak terlepas juga tandatanya terus datang menyapa di benak fikiran.., ...apakah yang mendorong seseorang itu untuk melangkah sejauh itu jika hanya bertujuan bagi menyelamatkan sebuah kelab yang mungkin bermasalah seperti itu ?Apakah langkah yang akan diambil itu akan memberikan pulangan yang lebih berlipat kali ganda lagi ?

Jika dilihat dari sudut "kecintaan" kepada bangsa dan negara, apakah bertepatan tindakan yang mendahulukan pihak luar sebelum kepentingan negara kita sendiri ? Sebagai rakyat Malaysia, apabila kita telah semakin berjaya didalam berbagai bidang yang telah kita ceburi, itu bermakna kita juga semakin berhutang kepada negara. Bukan hutang dalam bentuk duit ataupun wang, tetapi "terhutang budi". Hutang budi juga patut dibayar sementara masih hidup. Tidak betul juga jika dipikirkan kata ini "hutang budi dibawa ke mati".

Dalam negara kita sendiripun juga banyak kelab-kelab bolasepak yang wujud. Ada pasukan bolasepak negeri-negeri serta sudah pasti ada pasukan bolasepak kebangsaan yang akan mewakili negara ke perlawanan pada peringkat antarabangsa seperti untuk piala Asia, juga untuk ke pusinagan kelayakan piala Dunia dan sebagainya.

Berkenaan dengan mutu permainan pasukan bolsepak negara kita serta tahap prestasi para pemainnya juga memang sudah diketahui umum sebagai amat mengecewakan. Persoalan misteri yang selalu berlegar difikiran peminat-peminat bolasepak di Malaysia ini ialah, apakah punca sebenarnya yang menyebabkan mutu persembahan pasukan bolasepak kita begitu teruk sekali apabila sering mengalami kekalahan kepada pasukan lawan pada setiap kali perlawanan yang diadakan yang melibatkan pasukan dari negara lain.

Jadi kepada hartawan atau jutawan-jutawan Malaysia yang ada menyimpan hasrat untuk melibatkan diri didalam aktiviti serta pembangunan sukan bolasepak di negara lain, terlebih dahulu eloklah renungkan dalam negara dan sumbangkan sedikit sokongan walaupun didalam bentuk apa jua kepada pasukan bolasepak kebangsaan kita. Hanya dengan cara itu saja maka sekurang-kurangnya hartawan dan juga jutawan-jutawan di negara ini dapat membalas budi kepada Malaysia diatas kemewahan hidup mereka.
Posted by Picasa

Sabtu, Julai 04, 2009

Minyak Buah Pala Untuk DAP, PKR dan PAS.

Beginilah rupa bentuk buah pala serta biji-biji yang terdapat didalamnya, daun serta rantingnya sekali. Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia mungkin keseluruhan daripada mereka memang arif tentang buah ini serta tahu akan apa kegunaannya.

Namun bagi kebanyakan masyarakat di kepulauan Borneo terutamanya penduduk di dua wilayah Malaysia iaitu Sarawak dan Sabah mungkin ada yang belum pernah melihat bagaimana rupa buah pala ini. Walaupun sekiranya ada terdapat tumbuh liar di dua buah negeri tersebut, mungkin jumlahnya tidaklah sebanyak mana.

Di Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Pulau Pinang, buah pala ini memang mudah untuk diperolehi dengan jumlah yang besar. Saya menjangkakan bahawa ada satu kampung yang telah dinamakan bersempena dengan nama buah tersebut iaitu Kampung Buah Pala, kerana mungkin disitulah buah pala yang paling banyak terdapat tumbuh subur ataupun memang ditanam secara besar-besaran untuk tujuan komersil.


Sebenarnya keistimewaan buah pala ini memang telah diketahui oleh banyak pihak, ianya mempunyai nilai-nilai penting khususnya yang berkaitan dengan bidang perubatan. Ini boleh kita lihat apabila kita biasa berkunjung ke setiap farmasi-farmasi tertentu pasti kita akan dapati bahawa banyak minyak yang berasaskan buah pala ini ada dijual.

Minyak hasil dari buah pala ini yang telah telah diproses melalui kaedah khas boleh diperolehi dalam berbagai pakej serta harga mengikut saiz serta berat isi kandungannya. Salah sebuah syarikat pengeluar yang ada membekalkan produk buah pala ini untuk pelanggannya di negeri Sarawak ialah WINWA MEDICAL SDN. BHD. yang berpangkalan di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Minyak buah pala ini disyorkan baik digunakan untuk mereka-mereka yang sering diserang sakit kepala ataupun pening-pening, hidung tersumbat, gigitan serangga, selsema (tak termasuk H1N1) selsema biasa lah, sakit perut, sakit tulang belakang, sakit-sakit otot dan kembung perut.

Cara-cara menggunakannya mudah saja, sapukan minyak buah pala ke atas bahagian badan yang terlibat dengan lemah-lembut (bayangkan bagai berada dipusat SPA) he he... Elakkan cara mengurut dengan cara yang kasar (nanti Anwar marah maaa) he he...

Kepada mereka-mereka yang sering mengalami masalah pening-pening kepala akibat tekanan perasaan ataupun tekanan dari tempat kerja eloklah mengambil sebotol minyak buah pala ini bagi meredakan tekanan seumpama itu. Saya syorkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng supaya membeli satu botol minyak buah pala ini untuk melegakan kepala dia yang semakin pening-pening lalat.

Kepada mereka yang selalu menghidapi selsema atau sering mengalami hidung tersumbat, maka pilihan terbaik untuk golongan itu juga adalah minyak buah pala. Pasti mujarab punya. Saya cadangkan agar ADUN PAS yang seorang(kalau tak silap sayalah) di Pulau Pinang juga mengambil satu botol minyak buah pala itu, baik untuk hidung yang semakin tersumbat.

Begitu jugalah kepada mereka-mereka yang selalu mengadu sakit tulang belakang, jadi tiada lain minyak yang terbaik melainkan minyak buah pala...maka dapat satu botol untuk persediaan anda jika masalah yang sama sering mengganggu rutin harian anda.

Jadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya juga syorkan kepada dia untuk menempah terus minyak buah pala ini dari kilang-kilangnya yang terdapat di Kampung Buah Pala, disamping Anwar dapat membantu mengembangkan perniagaan orang disana dia sendiri juga tentu akan dapat manfaat sekiranya sering menggunakan minyak buah pala itu untuk tujuan urutan. Tak lah nanti selalu saja nak berkunjung ke SPA, buang duit saja. Pahala tiada tapi dosa pula yang dapat...

Kepada pengusaha-pengusaha produk minyak buah pala ini khususnya di Kampung Buah Pala, selepas ini anda akan dapat menarik nafas lega, ini kerana banyak ahli-ahli politik yang bermasalah seperti ahli politik dari PKR, DAP dan PAS akan mula mencari minyak buah pala untuk memperbetulkan urat-saraf mereka yang semakin hari semakin tegang.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 03, 2009

Antara Gobalakrishnan dan Anwar, siapakah yang lebih berani ?

Meminjam berita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh pada Khamis, 02 Julai 2009 dengan tajuk "Hishammuddin jamin keselamatan Gobalakrishnan".

KUALA LUMPUR 1 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, keselamatan Anggota Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat(PKR), N. Gobalakrishnan adalah terjamin berikutan dakwaan bahawa beliau menerima ancaman bunuh awal hari ini. "Saya beri jaminan akan lihat dan akan ambil tindakan bahawa keselamatan beliau terjamin. Kita punyai kepakaran," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu, Gobalakrishnan membuat laporan polis kepada pegawai polis dari Balai Polis Sentul di Parlimen kira-kira 11.55 pagi, dengan mendakwa beliau menerima dua ancaman bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, beliau tidak pasti mengenai motif ancaman itu tetapi daripada SMS yang diterimanya, mereka mengenali kenderaan yang digunakannya.

Menurut Gobalakrishnan, ancaman pertama diterima awal pagi pada 12.47 pagi ketika sedang tidur di Kulim diikuti SMS kedua pada 6.48 pagi.

"Saya harap insiden ini tidak bertambah buruk sehingga memaksa satu lagi pilihanraya kecil di Padang Serai," katanya sambil bergurau dengan pemberita sambil menambah kata: "Jika Menteri Dalam Negeri tidak mahu satu lagi pilihanraya kecil di Padang Serai, lebih baik beliau menjaga saya." Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt. Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

"Ya, kami ada menerima laporan polis yang dibuatnya... butiran laporan tidak boleh didedahkan kerana boleh mengganggu siasatan. Kami akan siasat kes ini untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA


...Pendapat saya;
*********************
Jika berpandukan kepada berita yang telah dilaporkan didalam Utusan Malaysia itu, disini mungkin kita dapat membuat sedikit perbandingan berkenaan dengan tindakan yang betul yaini bertindak menggunakan saluran yang telah disediakan untuk mendapatkan perlindungan jika mendapati diri sedang dalam keadaan bahaya misalnya diugut, diancam dan sebagainya.

Manakala tindakan yang boleh dianggap sebagai salah dan tidak betul ialah, apabila perasaan bersalah menguasai diri lantaran perbuatan menyalahi tabiee yang dilakukan telah diketahui oleh masyarakat umum, lantas atau secara "spontan" meletakkan diri sendiri berada didalam keadaan yang tidak selamat, maka tindakan yang diambil adalah melarikan diri ke tempat yang tidak sepatutnya serta bersembunyi disitu untuk tempoh yang agak lama.

Yang jelasnya ialah, walaupun telah menerima ugutan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawanya sendiri tetapi N. Gobalakrishnan masih berjaya duduk tenang serta telah mengambil langkah serta tindakan yang sewajar dengan membuat laporan kepada pihak polis. Beliau tetap menaruh kepercayaan kepada pihak polis untuk memberi perlidungan kepada beliau. N. Gobalakrishnan tidak terkial-kial mencari tempat lain untuk berlindung dan bersembunyi.

Apabila kita teringat semula kepada peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah melarikan diri ke Pejabat Kedutaan Turki di ibu negara pada pertengahan tahun 2008 dulu atas dakwaan beliau sendiri bahawa dia sedang berada dalam keadaan merbahaya kerana menurutnya ada pihak yang cuba hendak membunuhnya. Kalau tak silap, beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung dakwaannya itu.

Yang masih menjadi persoalan misteri sehingga kini ialah, benarkah ada pihak yang tergamak hendak bertindak sedemikan terhadap Datuk Seri Anwar ?. Jika betul dakwaan beliau itu, kenapa sampai sekarang dia sendiri tidak lagi ambil pusing berkenaan dengan kes ugutan bunuh sebagaimana yang didakwa ? Pernah kah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis mengenai perkara itu ?

Disitulah kita dapat melihat perbezaan tentang pendekatan yang diambil oleh dua watak yang berbeza walaupun berada didalam parti yang sama dengan ideologi yang sama juga. Jika N. Gobalakrishnan sebagai anak buah Anwar boleh menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan perlindungan diri, tetapi kenapa Anwar tidak mahu menggunakan cara yang sama untuk menyelamatkan dirinya ? Kenapa Anwar harus pergi melarikan diri ke tempat lain yang belum tentu lagi dapat menjaminkan keselamatan beliau dari ancaman sepertimana yang dikatakannya ? Itupun juga jika dakwaan dia itu betul...
Posted by Picasa

Khamis, Julai 02, 2009

Sandiwara : DAP Kedah Keluar Dari Pakatan Pembangkang.

Ini bukanlah gambar tentang bulan gerhana yang sedang berlaku di negeri Kedah Darul Iman sekarang ni.
Tetapi ini adalah gambar gerhana matahari berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang pernah berlaku baru-baru ini yang boleh dilihat dibeberapa buah negara pasifik selatan dan juga boleh dilihat diruang angkasa kita.
Fenomena seperti gerhana matahari memang agak jarang berlaku jika dibandingkan dengan gerhana bulan.
Gerhana bulan sebenarnya agak kerap berlaku dalam masa setahun. Cuma ada sesetengah orang yang tidak menyedarinya.
Namun kepada mereka yang berminat untuk mengetahui ketika bila biasanya sering berlaku kejadian gerhana bulan ini, mungkin ada diantaranya yang akan sanggup berjaga malam hingga ke subuh terutamanya sewaktu adanya bulan timbul untuk melihat bagaimana pergerakan bulan berlaku sehingga terjadinya gerhana itu.
Bagi gerhana matahari pula, ianya bukan setakat rakyat disesebuah negara tertentu saja yang tahu bahawa akan adanya berlaku fenomena tersebut, tetapi seluruh masyarakat dunia pasti akan tahu bila waktu serta haribulan kejadian itu akan berlaku kerana sebelum gerhana terjadi sebenarnya masyarakat dunia terlebih dahulu telah mendapat maklumat mengenainya melalui media serta daripada interconnected networking atau ringkasnya internet.
Biar apapun, kita tinggalkan dulu cerita tentang gerhana bulan juga gerhana matahari di cakerawala. Kita balik semula ke bumi dan melihat kepada kejadian gerhana bulan yang tak kenal siang dan tak kenal malam ni.
Menurut pakar astronomi, sebaik saja mereka menerima pendaratan sebuah pesawat yang berbentuk roket...bulan yang agak suram sebelum ini kelihatan berseri-seri semula.
Tetapi menurut mereka lagi iaitu ahli astronomi itu, kemungkinan krew-krew pesawat itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana atau iklim di permukaan bulan itu, maka mereka telah mengambil keputusan untuk terbang keluar semula lalu meninggalkan bulan yang masih alpa dengan kehadiran krew-krew pesawat terbabit.
Cerita di atas hanyalah "kiasan" saja. Ianya hadir secara "spontan" dalam minda saya untuk menjadikannya sebagai sebuah cerita disamping kita terus mengikuti dari masa ke semasa apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Kedah Darul Iman waktu ini.
Belumpun mencapai usia dua tahun Kerajaan Pakatan Pembangkang ditubuhkan di Negeri Kedah, tetapi kita telah melihat wujudnya ketidakserasian hubungan diantara mereka. Apakah itu hanya "kiasan" yang dibuat secara "spontan" ?
Semalam lagi, kita telah dikejutkan dengan "sandiwara" terbaru daripada Pakatan Pembangkang di Kedah. Pengerusi DAP Kedah/Perlis YB Thomas Su telah mengumumkan bahawa DAP keluar dari Kerajaan campuran iaitu kerajaan Pakatan Pembangkang di Kedah.
Menurut YB Thomas Su lagi, keputusan itu terpaksa diambil setelah DAP negeri tidak berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Namun menurut YB Thomas Su lagi, keputusan yang muktamad mengenai perkara itu hanya akan ditentukan oleh DAP Pusat. Ini bermakna apa yang telah diputuskan oleh beliau selaku Pengerusi DAP Kedah/Perlis belum sah lagi dan boleh dirunding semula, dan jika PAS bersetuju untuk dipulas kepala oleh DAP maka Pusat Penyembelihan itu akan didirikan semula dan mungkin juga akan diperbesarkan lagi. MUNGKIN.
Ada kemungkinan juga menjelang Pilihanraya Kecil di DUN Manek Urai nanti, DAP/PKR/PAS akan akan buat lagi drama lain sebagai tambahan untuk dipertontonkan kepada seluruh rakyat terutamanya rakyat di kawasan Manek Urai.
Kaitannya diantara keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS berhubung arahannya untuk merobohkan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai, adalah semata-mata untuk membersihkan semula imej serta nama PAS yang agak teruk tercalar akibat percakaran sesama sendiri dikalangan anggota serta para pemimpinnya yang membabitkan beberapa isu.
Tindakkan yang "spontan" oleh Kerajaan Negeri Kedah itu juga dapat dilihat seperti telah dirancang dengan rapi dan tersusun dan bolehlah ditafsirkan sebagai sebahagian daripada bentuk kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Tafsiran saya adalah berasaskan kepada keadaan semasa dimana, kebetulan pula menjelangnya hari pengundian di kawasan Manek Urai... tiba-tiba pula DAP buat hal. Pelik kan.
Perkembangan yang berlaku di Kedah membabitkan pertelingkahan antara PAS dan DAP adalah babak drama terbaru selepas drama cadangan "kerajaan perpaduan" yang dicadangkan oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang dulu, semuanya adalah muslihat serta perangkap samar dan jika orang UMNO dan BN masih mahu melayan lakonan yang dibawakan oleh PAS/DAP/PKR ini, sesiapa saja pasti akan terjerat semula.

Rabu, Julai 01, 2009

DAP : Apabila Roket Mendarat Di Permukaan Bulan.

Ini dia roket yang belum pernah diisi dengan minyak bahan bakar. Nak terbang macam mana ? Selama dia diletak berdiri menegak begitu, belum pernah sekali pun roket itu berlepas ke angkasa. Jauh sekali untuk mendarat di permukaan bulan.

Yang roket tu dilengkapi dengan pelampung warna biru itu apa ke hal ? Mungkin juga itu sebagai langkah persediaan jika ia jatuh kedalam laut, maka apabila ada pelampung warna biru dipasang bermakna roket tu tidak akan terus tenggelam. Tapi, bagaimana pulak sekiranya pelampung tu tiba-tiba bocor...?

Tapi kan, jika pelampung itu tidak dipasang pada badan roket tu dan ditanggalkan, bagaimana pulak rupa bentuknya, adakah ianya akan membentuk seperti seekor ikan jerung yang ganas di tengah lautan samudera. Betul, ianya akan berbentuk sedemikian dan jika roket itu jatuh ke dalam laut, nescaya ianya musnah diserang jerung-jerung.

Tetapi, kenapa pulak roket itu di spray dengan warna merah ? Warna lain sudah tiada lagi dalam simpanan ke ? Mungkin juga. Tapi yang peliknya, ada juga asap keluar dari sebelah bawah (dubur) mula-mula keluar warna asapnya merah berkepul-kepul sebanyak 12 kepulan. Lepas tu keluar lagi asap warna biru sebanyak 4 kepulan. Tapi tak juga terbang, terbang.

Semua itu hanyalah renungan sebagai santanpan jiwa dan tiada kena-mengena dengan DAP. Semua orang tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang kononnya lah, mereka sendiri yang mendakwa bahawa parti itu adalah sebuah parti yang demokratik. Betul ke ?

Pemimpin-pemimpin DAP juga semua orang memang sudah tahu, bahawa mereka begitu bengang atau cepat sensitif dengan perkataan Islam apatah lagi jika di sebut begini "Negara Islam", mahu meletup bunyi roket kalau orang tersebut perkataan itu.

Sehingga pernah juga "pilot" Karpal Singh mencabar sesiapa saja yang berani mengulangi untuk menyebut perkataan itu supaya "langkah mayat dia dulu" jika mahu menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Hari tu hampir juga dia akan jadi mayat bila terjatuh dari kerusi roda, yang lebih malang lagi...dalam kawasan Mahkamah pulak tu.

Begitu cepatnya masa berlalu dan begitu cepat juga orang lupa pada kata-kata mereka sendiri sama juga seperti cepat dan lajunyanya roket NASA terbang ke angkasa lepas. Tapi itu hanyalah sandiwara DAP semata, supaya PAS leka dan khayal apabila "tindakan demokratik" itu akan berjaya membuatkan PAS seperti berada diatas bulan yang mengambang penuh.

Ya ! ...apabila orang DAP seperti Nga Kor Ming yang telah mengaku dirinya adalah seorang yang beragama Kristian tetapi pada masa yang sama juga mengucap ayat-ayat yang terdapat didalam Kitab Al-Quran didepan orang-orang PAS sendiri lagi tu, tetapi telah diterima oleh PAS dengan tepukan serta sorakan gemuruh sebagai menandakan bahawa tindakan YB Nga Kor Ming itu sebagai perkara yang "harus" dan tidak salah.

DAP kini merasakan diri mereka telah berada pada tahap keselesaan yang agak tinggi apabila mendapati PAS sudah berjaya diperdayakan dengan berbagai tipudaya. DAP sebenarnya sudah dapat membaca dimana tempat terletaknya kelemahan sebenar yang ada pada PAS. Namun PAS sendiri tidak tahu bahawa mereka sedang diperhatikan oleh DAP dan juga tidak sedar bahawa kelalaian mereka itu telah diambil kesempatan oleh DAP. Maka siapa yang bersorak dan bertepuk sebenarnya ? DAP kah ataupun PAS ?

Selasa, Jun 30, 2009

PKR : Ada Apa Pada Nama ?

Bagi kebanyakan rakyat di negara ini yang masih belum mampu atau belum bersedia untuk berfikir secara rasional atau lebih tepat lagi secara matang, apabila mereka terdengar saja ada orang tertentu yang sering menyebut ungkapan "keadilan" pada setiap kali ceramah yang disampaikan baik semasa perhimpunan yang ada permit ataupun masa perhimpunan haram, kemungkinan lantas terbayang diminda mereka bahawa orang tersebut tentunya pejuang keadilan, berjuang demi keadilan untuk seluruh rakyat dan mencari keadilan untuk semua.

Namun pada hakikatnya, perkataan "keadilan" itu telah dilihat hanyalah sebagai satu bahan hiasan saja kepada perjuangan pihak tertentu iaitu semata-mata untuk menagih simpati dan sokongan daripada rakyat ataupun masyarakat dan tidak lebih dari itu.

Jika kita dapat menghuraikan secara umum dan lebih luas lagi maksud "keadilan" dan dibubuh lagi dengan perkataan rakyat disitu maka menjadi "keadilan rakyat", jadi maknanya ialah, perjuangan itu sifatnya adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada kepada orang tertentu sahaja.

Menyentuh berkenaan dengan penubuhan awal Parti KeADILan Rakyat, kita semua tahu dan sememangnya telahpun sedia maklum bahawa parti itu diwujudkan kononnya untuk mencari, memberi dan mendapatkan "keadilan" bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO juga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Setelah lebih dari sepuluh tahun parti itu dibentuk dan sejak dari itulah PKR telah mula berjaya mempengaruhi rakyat dengan berbagai cerita dan propaganda yang dibawa dengan tujuan untuk terus mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa jika diamati betul-betul atau dilihat dengan lebih mendalam lagi, ternyata tindakan serta pendekatan yang selalu digunakan oleh Parti KeADILan Rakyat yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu semasa berdepan dengan sesuatu perkara sebenarnya langsung tidak menggambarkan maksud sebenar disebalik perkataan "KeADILan" yang digunakan pada parti itu.

Kita juga boleh mengambil banyak contoh dari setiap peristiwa ataupun kejadian yang timbul yang disebabkan oleh tindakan PKR untuk diteliti.

Misalnya, kita suatu ketika pernah diletakkan dalam keadaan yang serba mencemaskan apabila Penasihat PKR Datuk Seri Anwar telah mencanangkan ke seluruh negara bahawa PKR, DAP dan PAS yang bergabung didalam Pakatan Pembangkang akan mengambil-alih pentadbiran negara daripada kerajaan Barisan Nasional tepat pada 16hb. September 2008 dengan penyertaan seramai lebih kurang 30 orang ahli parlimen BN kedalam Pakatan Pembangkang.

Apakah kita mahu mengakui bahawa usaha Pakatan Pembangkang khususnya PKR seperti itu sebagai "adil" untuk rakyat atau adil kepada kerajaan BN sebagai kerajaan ? Jawapannya adalah tentu tidak. Ini kerana, jika mereka benar-benar mempunyai keazaman untuk menegakkan "keadilan" sebagaimana yang selalu mereka laungkan, maka mereka juga haruslah bersikap lebih adil dengan menghormati keputusan rakyat.

Dalam banyak hal kita dapati PKR sering bertindak tidak adil kepada pihak-pihak lain yang mana apabila dirasakan ada sesuatu keputusan yang tidak menyebelahi mereka walaupun pada dasarnya mereka mesti akui serta tahu bahawa "keadilan" juga harus diberikan kepada pihak lain.

Contohnya dengan apa yang sedang berlaku sekarang, iaitu berhubung dengan kes "liwat" yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar di mahkamah. Untuk kes ini, kita juga dapat lihat dalam pada Anwar sendiri untuk mendapatkan "keadilan" dari pihak mahkamah, namun dalam waktu itu juga kita dapati PKR serta Anwar sendiri seolah-olah tidak mahu memberi ruang kepada saudara Saiful Bukhari Azlan untuk mendapatkan "keadilan" bagi dirinya apabila Anwar seringkali membuat berbagai-bagai permohonan dan tuntutan kepada mahkamah dengan tujuan supaya mahkamah menggugurkan kes itu.

Apabila diteliti dengan terpeinci akan cara dan pendekatan yang telah diambil oleh PKR mahupun Anwar serta para peguamnya berkaitan dengan kes liwat itu, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa tindakan seperti itu adalah satu usaha nekad untuk menafikan hak pihak lain juga untuk mendapat serta memberikan "keadilan", ini kerana jika dilihat dari sudut yang lebih luas lagi, usaha mengemukakan bermacam-macam permohonan dimahkamah oleh Anwar serta PKR juga boleh dianggap sebagai telah tidak memberikan suasana yang "adil" kepada pihak mahkamah dalam menentukan keputusan secara selesa, bebas, adil dan saksama.

Oleh itu, apakah masih perlu lagi untuk parti yang diasaskan pada mulanya hanya untuk memperjuangkan ~keadilan~ bagi individu yang kononnya dianiaya satu ketika dulu, harus mengekalkan perkataan "keadilan" untuk parti itu ?.

Jika diukur dari perkembangan atau pergolakan yang sering berlaku didalam parti itu sejak kebelakangan ini berikutan dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin PKR serta ahli-ahlinya sendiri, jelas sekali bahawa perkataan "keadilan" itu kini sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan pada nama parti itu kerana ianya telah terbukti mengelirukan pikiran rakyat dengan perjuangannya yang sebenar.

Isnin, Jun 29, 2009

Ingatlah! PAS, Nik Aziz & lain-lain bukan Pejuang Islam.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih keliru dengan perjuangan sebenar Parti PAS. Juga tentu masih ramai yang menganggap bahawa Parti PAS yang telah lama wujud di dalam Malaysia adalah untuk memperjuangankan Islam. Kepada yang bukan beragama Islam pula, mereka pastinya melihat bahawa PAS itu Islam dan Islam itu adalah PAS.

Bagi pandangan saya sebagai individu yang bukan datang dari kalangan orang Melayu, segala kekeliruan yang timbul berkenaan dengan perjuangan sebenar Parti PAS buat masa ini telah hampir terjawab kesemuanya dan semua persepsi orang ramai khasnya orang Melayu sendiri mengenai PAS saya rasa semakin berubah.

Pendapat saya sekarang tentang perjuangan serta matlamat Parti PAS adalah jelas dan nyata bahawa parti itu sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Banyak bukti yang boleh kita sandarkan untuk mengatakan bahawa perjuangan Parti PAS bukanlah berlandaskan kepada ajaran Islam yang mempunyai nilai-nilai suci dan murni yang seharusnya hendaklah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat sepanjang masa.

Kita semua telah melihat bagaimana kebanyakan daripada pemimpin PAS itu baik Presidennya, Mursyidul Amnya, serta ahli-ahli bawahannya yang telah gagal untuk mempamerkan sikap serta sifat-sifat terpuji sebagaimana yang telah dituntut dalam ajaran Islam kepada penganutnya.

Kita juga telah terbiasa membaca didalam akhbar-akhbar, mendengar serta melihat dalam siaran TV ataupun ditapak-tapak ceramah yang melibatkan mereka, bagaimana para pemimpin PAS ini seringkali menggunakan perkataan yang langsung tidak sepatutnya keluar dari mulut serta lidah mereka yang telah mengaku diri sebagai Ulamak, Tok Guru, Ustaz dan sebagainya.

Dalam kes-kes tertentu yang telah berlaku sejak beberapa minggu yang lalu, perkataan seperti "sampah" untuk merujuk kepada seseorang, menyamakan orang lain atau pihak lain dengan sesuatu perkara yang sangat bertentangan dengan agama Islam, namun itu semua kita dapat melihat semacam memang perbuatan yang telah diharuskan dalam PAS.

Jadi, apabila kita mendapati bahawa semua perkara seperti itu seolah-olah telah menjadi suatu kelaziman didalam PAS, apakah kita sebagai rakyat masih lagi untuk percaya bahawa PAS memperjuangkan Islam ???

Tidak hanya sekadar PAS tidak mengamalkan suruhan agama didalam usaha untuk menggerakkan perjuangannya serta menjauhi segala larangan Islam, malah PAS juga telah sanggup untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti DAP dan PKR untuk membentuk satu pasukan bagi menentang Parti UMNO.

DAP yang terang-terangan dan memang sudah jelas tidak akan menerima serta tetap menolak Negara Islam serta Hukum Hudud yang diperjuangkan kan oleh PAS. Tetapi mengapa pula PAS sanggup untuk bekerjasama dengan mereka ??? Apakah DAP menerima Islam atau menolak Islam ??? DAP juga telah mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Setiausaha Agung PKM Chin Peng untuk kembali semula ke Malaysia, apakah PAS juga turut bersetuju ???

PKR juga sebuah parti yang langsung tiada mendahulukan Islam didalam perjuangannya walaupun parti tersebut dipimpin oleh seorang yang beragama Islam. PKR juga sebuah parti yang tidak sunyi dari masalah moral dikalangan para pemimpinnya, namun PAS tidak melihat semua itu sebagai halangan kepada mereka untuk bersatu menentang UMNO dan Barisan Nasional.

PKR melalui Penasihatnya, Datuk Seri Anwar juga telah meminta kerajaan Malaysia untuk membenarkan Chin Peng balik semula ke Malaysia, tapi yang malangnya ada juga dikalangan orang dalam PAS itu sendiri yang merayu kepada kerajaan supaya bekas pengganas komunis itu dibenarkan untuk pulang ke Malaysia.

Melihat kepada semua itu, apakah PAS masih layak dianggap oleh orang Melayu khususnya penyokong tegar PAS sendiri sebagai sebuah parti yang benar-benar berjuang untuk menegakkan syiar Islam di negara ini ??? Orang Melayu khasnya kepada para pengikut-pengikut setia PAS itu sendiri, jika anda bandingkan perjuangan UMNO dengan PAS.., diantara kedua-duanya mana satu kah yang anda dilihat lebih menerap elemen atau nilai-nilai Islam didalam kepimpinannya ???

Pada pandangan saya sebagai orang luar dari UMNO dan PAS, jika hendak dibuat perbandingan, maka saya melihat UMNO lah yang dilihat lebih kedepan didalam semua perkara yang ada kaitan dengan Islam dan UMNO lebih mementingkan soal-soal ketelusan, kejujuran, keikhlasan, perpaduan diantara sesama masyarakat sesuai dengan ajaran serta tuntutan yang terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri.

Didalam perkhidmatan awam misalnya,kita akan dapat melihat kerajaan yang sedia ada sekarang yang ditunjangi oleh UMNO sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai serta ciri-ciri Islam di setiap cawangan, peringkat serta bahagian dalam pentadbirannya.

Jika PAS, dalam soal Islam ini...saya berpandangan bahawa parti ini semakin hari semakin mundur ke belakang. PAS gagal untuk bertahan setakat yang mereka mampu supaya mereka tidak terus-terusan hanyut ke muara.

PAS tidak mampu untuk mempertahankan matlamat asal parti iaitu ketika mana parti itu ditubuhkan dengan tujuan iaitu hendak menubuhkan "Negara Islam" serta hendak mewujudkan "Hukum Hudud" di negara ini senadainya PAS dapat membentuk kerajaan pusat, namun semua itu sudah musnah dan hancur berkecai setelah PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Impian serta perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam cara PAS serta menubuhkan Negara Islam dengan Hukum Hudud sebagai asas perundangannya di negara ini telah berkubur sama sekali. Oleh itu, PAS sudah tidak boleh dianggap sebagai sebuah parti yang berjuang untuk "membangun bersama Islam" lagi.

Parti PAS, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Husam Musa dan ramai lagi bukanlah pejuang Islam, mereka hanyalah pejuang politik apabila mereka telah terlibat secara langsung dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang UMNO adalah sebagai tulang belakangnya.






Ahad, Jun 28, 2009

( DEBAT dengan PM ) Cabaran Paling LAWAK Daripada Nik Aziz.



Sukar bagi saya untuk membayangkan, bagaimana agaknya nanti apabila Nik Aziz berdiri berjam-jam lamanya diatas pentas berdepan dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib untuk mengadakan DEBAT. Anda boleh bayangkan ke macam mana ?

Menurut Nik Aziz, debat itu terpaksa dia cadangkan setelah beliau melihat ada keperluan untuk ianya diadakan dengan alasan kekecohan dan perbalahan diantara PAS dan UMNO ketika ini harus ada jalan penyelesaiannya. Mungkin bagi Nik Aziz, itulah idea yang terbaik... ..betul, betul lawak lah Nik Aziz ni.

Wahai !!! ...Nik Aziz !!! cerminkanlah dulu dirimu itu dalam mana-mana cermin, janji ianya cermin. Lihatlah, renungkanlah...apa yang ada pada wajahmu itu. Yang kamu tu gatal-gatal nak mencabar untuk berdebat dengan Perdana Menteri buat apa ? Wahai !!! ...Nik Aziz !!! sebagai seorang yang telah bergelar "ulamak" dan ditambah lagi dengan garam "tok guru" supaya bertambahlah masin air liurmu itu, cubalah kamu hindarkan diri daripada mendekati perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

Kamu tu mau ingat, siapa yang memulakan dulu masalah yang timbul dari cadangan "kerajaan perpaduan" PAS/UMNO.Wahai !!! ...Nik Aziz !!! cadangan "kerajaan perpaduan" itu datangnya dari Haji Hadi tau tak, Presiden PAS yang juga Kapten kapal yang kamu jadi "nakhoda" nya. Yang kamu pulak pandai-pandai menuduh UMNO punca segalanya sekarang ni...apa kes !!!?

Wahai !!! ...Nik Aziz !!! UMNO sentiasa membuka pintu kepada setiap cadangan yang akan memberikan kebaikan dan faedah kepada rakyat, tetapi kenapa PAS sendiri yang menolak cadangan "kerajaan perpaduan" Haji Hadi itu sebaliknya PAS pulak menuduh bahawa UMNO yang menolak Islam... apa ni wahai !!! ...Nik Aziz. !!!...bertaubatlah Nik Aziz !!!

Pasal isu DEBAT tu tak payah lah wahai !!! Nik Aziz. Kebiasaannya perdebatan akan diadakan seperti dimana orang yang berdebat akan berdiri sehingga selesai sessi perdebatan itu. Tak pernah berlaku wahai !!! Nik Aziz orang yang berdebat duduk atas sofa. Tahan kah kamu wahai !!! Nik Aziz untuk berdiri lama-lama seperti PM Daruk Seri Najib nanti ?

Sedarlah wahai !!! Nik Aziz, kamu tu sudah tua, uzur pulak dah. PM tu masih muda, cergas lagi...mana boleh nak disama dengan kamu wahai !!! Nik Aziz. Lagi satu wahai !!! Nik Aziz, kalau betul kamu nak juga berdebat, apa bahasa yang kamu nak gunakan ??? ...apa, bahasa Jerman, Perancis, Kelate, Minangkabau, bugis ?

Lagipun wahai !!! Nik Aziz, kamu tu memang pengecut...kenapa dengan Najib kamu berlagak berani, tetapi bila dah kena report dengan polis oleh Anuar Safian.., kamu jadi mengelabah semacamlah pulak. Kamu kata bermacam-macam lah lagi..."kiasan" lah konon pada hal takut.

Sabtu, Jun 27, 2009

Nik Aziz samakan Lee Kuan Yew dengan Bank Rakyat ???

Setelah beberapa hari gambar ini saya lihat tersiar didalam blog-blog yang kebanyakannya adalah milik blogger yang pro-kerajaan, maka terlintas dihati saya untuk memuat-turunkan juga gambar ini bagi tujuan yang belum pasti.

Pada satu ketika, apabila saya merenung apa maksud yang tersirat sebenarnya disebalik gambar ini, sudah tentulah timbul tandatanya didalam hati, lalu saya pun mendapat sedikit ilham untuk menulis mengenainya.

Jika kita imbas kembali pada masa-masa yang lalu iaitu ketika era YABhg. Tun Dr. Mahathir masih lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi saya kurang pastilah samada pernah ke tidak Nik Aziz mengadakan perjumpaan samada secara rasmi ataupun secara "spontan" dengan YABhg. Tun. Sekiranya ada, adakah anda pernah melihat reaksi Nik Aziz sebegini rupa, siap dengan menunjukkan ibu jari sebagai tanda bagus ???

Dengan bekas Perdana Menteri yang ke-5 iaitu YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dah selalu saya melihat Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Pak Lah baik melalui media massa mahupun didalam media elektronik seperti tv dan sebagainya. Tetapi belum pernah juga saya melihat Nik Aziz buang tabiat sebegitu.

Jadi kita semua kena tunggulah pada masa yang akan datang. Kita kena tunggu jika ada Nik Aziz nak buat pertemuan dengan PM ke-6 kita YAB Datuk Seri Najib..."ADA BERANI KA" dia nak tunjukkan tanda bagus seperti apa yang telah dia buat untuk pertemuan diantara dia dengan Lee Kuan Yew tempoh hari.

Pada pendapat saya lah, jika Nik Aziz sanggup untuk mengulanginya iaitu dengan membuat pose istimewa sebagaimana gambar dia dengan Lee Kuan Yew diatas dan buat pula dengan Datuk Seri Najib, maka saya percaya sangat memang teruklah Nik Aziz kena gosok, kena berus, kena lap, kena pulas, kena rendam dan sebagainya oleh DAP dan PKR... tentu sekali !
Posted by Picasa

Obama Iktiraf Malaysia Sebagai Negara Islam Yang Progresif.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib mengesahkan bahawa beliau telah menerima panggilan telepon daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semalam.

Menurut Perdana Menteri, berbagai perkara telah dibincangkan antara beliau dengan Obama ketika perbualan melalui telepon selama lebih kurang 20 minit itu.

Antara perkara yang disentuh menurut Datuk Seri Najib adalah berkenaan dengan dua rakyat Malaysia yang kini masih ditahan dipusat tahanan Teluk Guantanamou, Cuba oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Mengenai isu ini, Obama telah memberitahu kepada Datuk Seri Najib bahawa beliau akan mempertimbangkan permohonan kerajaan Malaysia agar kedua-dua suspek JI itu diserahkan kepada Malaysia untuk dibicarakan dinegara ini.

Perkara lain yang mendapat tempat didalam perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan perkembangan semasa didalam negara dan juga yang berkaitan dengan perkembangan semasa ekonomi negara berikutan dari kemorosotan ekonomi global.


Ketika perbualan diadakan itu juga, Presiden Barrack Obama telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam modern, progresif dan harmoni.

Selain itu juga Obama turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Malaysia yang ke-6, sementara itu...Datuk Seri Najib juga membalas ucapan yang sama kepada Obama sempena perlantikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Obama juga menurut Datuk Seri Najib menyatakan keinginan beliau untuk mengadakan lawatan ke Malaysia pada waktu yang sesuai. Pada masa yang sama juga, Obama telah melahirkan keyakinan tinggi beliau terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan latar belakang Datuk Seri Najib yang baik.

Jika hasrat Presiden Obama untuk melawat Malaysia itu akan menjadi kenyataan, bermakna beliaulah Presiden Amerika Syarikat yang pertama memecah tradisi dengan mengunjungi negara ini, sebab sejak Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Uncle Sam itu sehingga sekarang, kalau tak silap sayalah.. belum pernah seorangpun Presiden negara tersebut yang melawat Malaysia kecuali Naib Presidennya dulu iaitu Al Gore, itupun semasa gerakkan reformasi tercetus dinegara ini.
...Hmmm, ...jadi bagaimana pula kesannya terhadap Anwar, jika perkembangan terbaru ini diambilkira sebagai membuktikan bahawa Obama sebagai Pemimpin Amerika Syarikat telah dengan jujur mengiktiraf Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Barisan Nasional sebagai Kerajaan yang terbaik.

Sebelum ini ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Anwar akan dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Mengenai Agama Islam Asia Pasifik kepada Presiden Barrack Obama. Atau apakah Anwar sendiri meminta untuk dilantik ke jawatan yang belumpun lagi wujud itu.

Samada benar atau tidak berita itu memang kurang jelas. Soalnya disini, sumber berita itu datangnya darimana ?. Jika dilihat dari segi kepetingan politik, ternyata berita mengenai perkara itu seakan-akan memang datang daripada pihak PKR sendiri.

Boleh dilihat dengan sendirinya, apabila pengiktirafan sedemikian datangnya dari seorang pemimpin sebuah negara yang sangat diharapkan oleh Anwar untuk menyokong perjuangannya "yang belum-belum selesai" itu telah menukar fikiran dengan memberikan pula sokongan kepada Datuk Seri Najib serta kerajaannya.

Apakah Anwar tidak rasa terkedu dengan kenyataan "MAUT" daripada Obama itu ? Andai dapat diselami, pasti hancur luluh, hancur berkecai jiwa dan raga Anwar apabila segala harapan, usaha dan impiannya selama ini untuk menjadi Presiden Republik Malaysia tidak mendapat perhatian daripada Obama.
Posted by Picasa

Jumaat, Jun 26, 2009

Ada Persamaan Tak ???

Cuba tengok betul-betul, nampak tak haiwan yang seakan-akan tupai nak terbang dihadapan Anwar tu? Tapi sebenarnya itu adalah sejenis haiwan yang banyak terdapat di kepulauan Borneo. Di Sarawak ia dikenali sebagai Kubong.

Haiwan ini hanya akan aktif pada waktu malam. Tabiat semulajadinya ialah, dia akan memanjat dari satu pokok ke pokok yang lain untuk terbang. Dia akan memanjat tinggi dan selepas itu ia akan terjun sambil mengembangkan sayapnya untuk terbang.

Peliknya, dia tidak akan berupaya untuk terbang lebih jauh dan tinggi lagi, tetapi sebaliknya dia akan terbang menurun dan terus mencecah ke tanah semula dan selepas itu dia akan panjat pokok lain pula untuk meneruskan penerbangannya dengan cara yang sama juga. Begitulah serba-sedikit tentang
haiwan ini. Jadi, dimanakah persamaan antara Anwar dengan haiwan ini ???

Manakala benda yang dok diperhatikan oleh Nik Aziz tu namanya Sesumpah. Haiwan ini memang terkenal dengan sifatnya yang cepat marah dan tidak sabar dengan dugaan.

Untuk mengetahui bagaimana rupa dia sebelum dan semasa marah, mudah saja... sebelum marah atau ketika normal warna dia kehijauan tetapi ketika dia sedang marah warna dia tetiba akan berubah menjadi kelabu kehitaman.

Haiwan ini juga sering bertukar-tukar warna tubuhnya mengikut keadaan dimana dia berada. Kurang dapat dipastikan, apakah tabiatnya yang suka menukar warna kulit kerana dipengaruhi oleh persekitaran tempat dia berada ataupun dia saja nak mengelirukan rakan-rakannya.
Jadi apakah tabiat haiwan ini ada terdapat pada sifat Nik Aziz yang pendiriannya terbukti tidak konsisten ???

HAAA...!!! Haiwan ni lagi teruk. Banyak orang pasti dapat mengenali haiwan reptilia ini. Lain tempat lain pulak nama orang bagi kepada haiwan ini. Saiznya haiwan inipun tidak sama besarnya mengikut dimana tempat dia terdapat. Di Malaysia rakyatnya mengenali reptilia ini dengan nama Biawak saja.

Tabiat pemakanan haiwan ini menyamai dengan cara yang ada pada buaya. Adik beradik lah tu. Biawak ni lebih gemar makan bangkai haiwan lain yang sering dijumpai hanyut dipermukaan air atau yang tersangkut ditepi-tepi sungai. Mungkin juga haiwan ini suka memakan daging yang sudah lembut dan empuk. Tak mau yang segar. Haiwan ini juga lain dari yang lain, cuba lihat...lidah yang tengah dia jelirkan itu...bercabang dua dihujungnya kan...
Jadi mengapa pula gambar Haji Abdul Hadi ada terselit disitu ???
Posted by Picasa

Khamis, Jun 25, 2009

Sarawak Kembali Dihargai...Terima Kasih Datuk Seri Najib.


Setelah hampir lebih enam tahun rakyat Sarawak berada didalam keadaan dilema iaitu merasa sangat disisih atau tersisih daripada layanan dingin Kerajaan Persekutuan kini rakyat Sarawak kembali mendapati bahawa kewujudan Negeri Sarawak didalam Malaysia telah dihargai semula.

Sebenarnya keadaan "dingin" ini bermula selepas YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apa yang kami ingat ialah ketika kemuncak kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang terus mendapat pengiktirafan didalam negara ini sendiri serta diperingkat antarabangsa, namun ketika itu juga Tun Dr. Mahathir sentiasa mendekati kami rakyat di Sarawak serta sering membuat lawatan keseluruh pelusuk di negeri ini.

Kami masih lagi ingat ketika Tun Dr. Mahathir dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah membuat lawatan ke Gunung Mulu serta bermalam disitu adalah dilihat sebagai salah satu daripada usaha murni beliau untuk membantu memajukan eko-pelancongan di Negeri Sarawak. Terima kasih Tun.

Semasa Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, rakyat Sarawak sentiasa merasa mendapat penghargaan daripada beliau. Tun Dr. Mahathir sering memberikan gambaran mengenainya kepada seluruh rakyat Sarawak dengan memberikan tempat disebelah kanan duduk beliau kepada Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada setiap kali diadakan Mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Ketika setiap kali mesyuarat sedemikian diadakan, pasti kami akan melihat Tan Sri Taib akan duduk bersebelahan dengan Tun Dr. Mahathir manakala Timbalan Perdana Menteri duduk sebelah kiri, Presiden MCA akan duduk disebelah Tan Sri Taib dan Presiden MIC pula duduk disebelah Timbalan Perdana Menteri.

Namun suasana seperti itu semuanya telah berubah sama sekali berikutan perubahan berlakunya pada pucuk pimpinan negara. Ketika saya melihat buat pertama kalinya mesyuarat Majlis Tertinggi BN diadakan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang baru saya dapati sesuatu yang lazimnya berlaku tetapi ianya telah tiada. Serentak dengan itu dengan itu terdetik dihati saya bertanya, jika sewaktu Tun Dr. Mahathir, tempat duduk Tan Sri Taib tetap disebelah beliau, tetapi kenapa sekarang tidak. Saya dapat lihat tempat duduk Tan Sri Taib telah jauh dipisah oleh Presiden MCA, Presiden Gerakan dan disebelah Ketua Menteri Sabah.

Keadaan itu terus tidak berubah, malah keadaan yang sedia ada bertambah semakin buruk berikutan dengan langkah Stesen TV swasta iaitu TV3 yang turut mula mengamalkan sikap dinginnya terhadap Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Sarawak amnya. Boleh dikatakan semenjak TV3 mengenakan pendekatan yang agak mengecewakan rakyat Sarawak keseluruhannya, setiap apa saja perkembangan yang ada berlaku didalam Negeri Sarawak telah tidak beri perhatian serta tidak mendapat tempat didalam siarannya baik untuk Buletin Utama ataupun untuk segmen-segmen yang lain.

Jika dibandingkan layanan yang diberikan oleh TV3 selepas itu kepada Sabah maka memang wajarlah untuk rakyat Sarawak merasa sangat terkilan dan kecewa. Ini memang tidak dapat dinafikan. Boleh dilihat, andaikata ada sesuatu peristiwa yang berlaku di Sabah, biarpun ianya agak kecil tetapi akan diwar-warkan sebagai peristiwa yang besar sehingga dirasakan tidak sepatutnya digembar-gemburkan sedemikian dan agak keterlaluan.

Sering persoalan timbul didalam pikiran saya, dimanakah kelebihannya Sabah dan dimanakah letaknya kekurangan Sarawak pada pandangan pihak TV3. Saya juga sering membuat andaian sendiri dan bertanya, apakah ini semua ada kaitannya dengan politik? Jika dilihat dari sudut politik, hanya Sabah saja negeri di sebelah Pulau Borneo ini yang ditadbir UMNO berikutan ketidakstabilan politik dinegeri itu satu ketika dulu berlainan dengan Sarawak yang diterajui oleh PBB yang menjadi tulang belakang kepada BN negeri.

Namun setelah hampir enam tahun rakyat Sarawak merasakan diri berada dipinggiran, dengan Malaysia telah mendapat Perdana Menteri yang ke-6, maka kami dapat rasakan bahawa suasana itu kembali pulih dan sekiranya perkembangan ini berterusan pasti rasa tersisih rakyat Sarawak akan hilang hari demi hari. Dan kami juga telah mendapati bahawa TV3 sudah bergerak semula didalam negeri Sarawak dengan selalu mengambil bahan berita dari negeri ini untuk diketengahkan dalam siarannya. Terima Kasih kepada TV3.

Dengan kunjungan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib ke Pusat Hab Halal Tanjung Manis, Mukah pada 29 Jun minggu depan, bermakna ini adalah lawatan ketiga YAB Datuk Seri Najib ke Sarawak dalam bulan ini. Dan dengan kunjungan kerap Perdana Menteri ke Sarawak pasti akan mengingatkan semula rakyat kepada era pentadbiran bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir yang sentiasa dekat dihati rakyat Sarawak. Terima Kasih YAB Datuk Seri Mohd Najib.

Apa yang sangat diharapkan daripada hasil lawatan Datuk Seri Mohd. Najib ke Sarawak itu ialah, supaya sedikit sebanyak ianya akan mampu untuk mengambalikan semula semangat rakyat Sarawak yang seolah-olah telah hilang supaya kuat kembali serta memberi semula sokongan padu kepada kerajaan terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai rakyat Sarawak, saya memahami bahawa kami tidaklah mengharapkan layanan yang sangat keterlaluan atau berlebihan daripada Kerajaan Pusat sehingga negeri lain pula terabai dan merasakan mereka dipinggirkan, layanan biarlah samarata. Cuma apa yang diharapkan rakyat Sarawak selepas ini ialah tidak akan ada lagi layanan yang boleh dianggap sebagai layanan pasang-surut kepada negeri Sarawak oleh pihak Kerajaan Persekutuan jika adanya peralihan kuasa berlaku sepertimana yang telah berlaku selepas persaraan YABhg Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada akhir tahun 2003.
Posted by Picasa

Rabu, Jun 24, 2009

Kana-kanak Hilang, Harap Dapat Disebarkan !


Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir kanak-kanak ini dilihat berada disekitar kawasan Putramas jam 7 malam pada 22 Jun 2009.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Puan Miza di talian 013-3455661.

Diharapkan semua rakan blogger dapat membantu bagi mencari dan mengesan dimana kanak-kanak ini berada.

Tolong sebarkan.
Posted by Picasa

Selasa, Jun 23, 2009

Carburetor Dung tunjuk punggung kepada Anwar !

Masih ingat tak lagi anda kepada satu konsert yang telah dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR pada petang Ahad 6hb. Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya, Selangor.

Saya rasa kebanyakan daripada rakyat Selangor khasnya yang tinggal berdekatan dengan tempat tapak konsert itu diadakan tentu sekali masih lagi dapat mengingatinya. Malah mungkin masih segar didalam ingatan mereka masing-masing.

Konsert itu sebenarnya hanyalah satu acara selingan sahaja, dimana tujuan sebenar ianya diadakan adalah untuk menarik kehadiran orang ramai datang pada "Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun". Perhimpunan itu pula diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai serta memberi tekanan kepada Kerajaan supaya segera menurunkan harga minyak.

Tetapi malangnya, belumpun sempat untuk untuk mencapai ke matlamat serta tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, kekecohan dan pergaduhan telahpun tercetus diantara sesama penyokong Pakatan Pembangkang terutamanya PKR sendiri. Jelas sekali kelihatan akan kewujudan dua kumpulan yang berbaju biru dan yang berbaju merah pada perhimpunan petang itu.

Insiden itu bermula berikutan peristiwa "melondeh seluar serta cubaan menunjuk punggung" ke arah penonton oleh vokalis kumpulan Carburetor Dung iaitu semasa persembahan sedang berlangsung. Ketika itu kumpulan Carburetor Dung sedang mempersembahkan lagu yang berjudul "Mari Nyanyi Menjilat". Senikata lagu itu juga agak pelik serta seolah-olah cuba untuk menggambarkan apa yang berlaku sebenarnya dalam Parti PKR khususnya Anwar Ibrahim sendiri. Judul serta senikata lagu tersebut adalah seperti berikut ;-


Judul "MARI NYANYI MENJILAT".
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati

Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada ditangan anda
Hidup yang senang penuh impian
Jangan bertanya, serahkan pada saya

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

"Macamana ? Ada berani ka ?
Ini tawaran hanya sekali braders and sistars !
Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya,
Ini real, ori punya !
Gerenti kaya-raya ! Mari, mari !"

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

Wahai pemuzik, underground rockers
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar
Marilah mari, sain kontark kami

Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengok saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya

Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat
Jangan tak jilat
Jilat, jilat,
jubur korporat sedap !
.................................................................................................................................................

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun itu juga turut dihadiri oleh Penasihat Parti PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang yang lainnya seperti Hishamuddin Rais, Dr. Hatta Ramli dan ramai lagi. Pergaduhan pada konsert itu telah menyebabkan penyanyi kumpulan Carburetor Dung teruk dibelasah oleh penonton yang berang dengan kelakuan yang tidak senonoh penyanyi tersebut dan akhirnya menyaksikan Hishamuddin Rais naik ke atas pentas untuk memohon maaf diatas kejadian itu daripada orang ramai. Dan selepas itu muncul pula Dr. Hatta Ramli diatas pentas untuk memberitahu kepada para hadirin bahawa perhimpunan pada petang itu terpaksa dibatalkan dan seterusnya cuba meyakinkan mereka yang hadir bahawa perhimpunan yang sama akan diteruskan pada masa yang belum ditentukan lagi tarikhnya.

Melihat daripada kejadian itu, apakah pengajaran yang akan rakyat perolehi jika masih melihat atau mengakui bahawa pembangkang ini sebagai pembela rakyat ?

Jawapannya mudah saja, jika rakyat terus menutup mata serta menutup telinga kepada sesuatu yang benar sepertimana yang dibawa serta diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional tetapi sentiasa membuka mata dan telinga kepada penipuan, pembohongan serta putar-belit yang dibawa oleh pembangkang, maka tidak mustahil kejadian yang lebih dasyat lagi tetap akan berlaku.

Sama-samalah kita sebagai rakyat untuk bangun daripada kelekaan serta kealpaan. Jangan leka dan terpengaruh dengan kata-kata manis daripada pemimpin pembangkang yang sudah jelas terlalu terdesak sekali untuk mendapatkan kuasa !
Posted by Picasa

Isnin, Jun 22, 2009

Pokok Lalang, Lidah Bercabang dan Pemain Dadu.


Inilah tiga wajah pemimpin Melayu yang tidak mempunyai pendirian tetap didalam membuat sesuatu keputusan. Belum pernah diantara mereka bertiga ini yang membuat keputusan akhir mengikut seperti apa yang telah mereka suarakan pada mulanya.

Pendirian mereka bertiga ini sering berubah-ubah pada saat-saat akhir sebelum sesuatu keputusan akan dibuat. Menjadi kebiasaan kepada mereka untuk mengkhianati kata-kata yang pernah mereka sendiri luahkan. Mereka sudah biasa untuk tidak percaya kepada diri mereka sendiri. Mereka sudah biasa untuk tidak berpegang kepada apa yang pernah mereka sendiri katakan dan mereka bertiga ini sudah biasa untuk tidak mengotakan apa yang dikata.

Sudah terlalu banyak tindakan yang mereka bertiga ini buat semuanya dilihat selalu bertentangan dengan apa yang pernah mereka sendiri ucapkan. Penampilan yang mereka bertiga ini bawa bukannya menggambarkan watak sebenar pada diri mereka. Mereka bertiga ini suka menipu diri mereka sendiri makanya bukanlah menjadi satu masalah bagi mereka untuk menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara.

Antara contohnya;

{ 1 } Nik Aziz pernah menyatakan kepada rakyat, jika "undi Pas masuk Syurga" ...terang-terang ini adalah satu penipuan dan pembohongan. Saya yakin sangat bahawa perkataan itu tidak pernah terdapat di Kitab Suci Al Quran. Jadi bagaimana dia boleh menjanjikan Syurga kepada manusia ? Sedangkan projek untuk duniawi pun PAS terkapai-kapai nak buat untuk rakyat, inikan pulak Syurga. !!!Bohong betul Nik Aziz kan...

{ 2 } Nik Aziz pernah baru-baru ini menolak mentah-mentah serta dengan tegas cadangan yang dikemukakan oleh Haji Hadi supaya Nizar diletak sebagai calon untuk PAS di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada pilihanraya kecil kawasan itu. Tetapi pendirian beliau tetiba berubah pada saat-saat akhir. !!!Bagai pokok Lalang kan... ..akan condong mengikut arah tiupan angin...

[ 3 ] Anwar pernah berjanji kepada rakan-rakannya dalam pakatan serta rakyat yang menyokong perjuangan pembangkang bahawa dia selaku Ketua Pembangkang akan pasti berjaya merealisasikan impian Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Baru tetap pada tarikh 16 September 2008 dengan janji manisnya "hari ini bentuk Kerajaan, esok turun harga minyak". !!!Mana dianya kerajaan itu...? ...gagal dan tipukan...

( 4 ) Haji Hadi yang paling terbaru, semasa Muktamar PAS yang baru saja berlalu telah meneruskan gesaan yang pernah beliau suarakan iaitu berkenaan dengan cadangannya untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun telah dibantah oleh Nik Aziz. Semasa merasmikan Muktamar PAS itu, Haji Hadi dengan tegas telah menjelaskan tentang pendirian beliau berhubung dengan cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh dia sendiri kepada para perwakilan yang hadir. Haji Hadi kelihatan begitu bersungguh-sungguh semasa menjelaskan hasratnya itu kepada semua para perwakilan.

Tetapi apa yang telah berlaku pada hari ini iaitu Isnin 22hb.June 2009, benar-benar telah menunjukkan dengan jelas siapa Haji Hadi Awang yang sebenarnya. Setelah selesai mesyuarat yang diadakan diantara PAS, DAP dan PKR yang khusus untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Haji Hadi sendiri maka sidang media pun diadakan bagi membolehkan ketiga-tiga pemimpin ini iaitu Anwar, Haji Hadi dan Lim Kit Siang untuk mengumumkan keputusan bersama yang telah dicapai.

Apa yang sangat dikesali ialah sikap Haji Hadi selepas mesyuarat itu selesai serta pembohongan yang beliau buat semasa sidang media itu. Bagaimana dia tergamak menuduh cadangan kerajaan perpaduan itu adalah niat jahat UMNO pada hal dia sendiri yang menimbulkan cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Bagaimana dia tergamak membohongi serta menipu rakyat dengan kata-kata putar belit sedemikian.

Bagaimana lagi rakyat tidak boleh berfikir setelah melihat penipuan serta pembohongan besar yang telah dilakukan oleh ketiga-tiga watak ini... Sekiranya nak hidup sekalipun, jika hari-hari menipu serta membohongi rakyat... apakah mereka ini tidak gentar sama sekali dengan hukuman yang akan menanti di alam kubur kelak...

Bertaubatlah !!! ...wahai,,, Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi Awang... sebelum terlambat...
Posted by Picasa

Monyet Spesis 'Spontan' Yang Baru Ditemui.


Melalui gambar yang saya tampalkan diatas, para pembaca semua dapat melihat beberapa jenis atau spesis haiwan mamalia yang hidup berkeliaran didalam rimba hutan belantara yang datang dari satu kumpulan yang hampir sama seperti Ungka, Monyet Belanda, Kera, Beruk, Orang Utan, Baboon, Big Foot dan King Kong serta ada satu spesis lagi yang baru saja berjaya ditemui baru-baru ini menjadikannya sebanyak sembilan jenis setakat ini.

Setiap satu spesis haiwan mamalia ini mempunyai tabiat atau kebiasaan yang berbeza diantara satu dengan yang lain. Misalnya kera tabiatnya tidak sama dengan ungka dan begitu juga baboon tentu sekali tidak sama caranya dengan monyet belanda dari segala tingkahlaku dan sebagai.

Spesis kera ini memang semua orang tentu tahu tentang bagaimana kelakuan serta tabiat semulajadinya yang suka mengganggu tanaman seperti jagung, pisang serta buah-buahan lain terutamanya buah durian, cempedak, petai dan rambutan.

Berbeza dengan dengan spesis lainnya yang agak jarang untuk muncul seperti beruk dan orang utan. Beruk dan orang utan lebih suka berada ditempat tinggi diatas pokok serta jauh dari penempatan manusia sambil makan pucuk-pucuk daun kayu serta buah-buahan hutan yang ada terdapat dipersekitarannya.

Monyet belanda juga merupakan jenis yang memakan pucuk-pucuk daun muda seperti pucuk daun kayu pedada, pucuk daun kayu kelampu, pucuk daun kayu simpor serta pucuk daun kayu bakau yang banyak tumbuh disepanjang sungai yang berdekatan dengan pantai atau laut.

Baboon walaupun tiada terdapat dinegara kita, namun ianya juga termasuk didalam golongan monyet, kera dan sebagainya. Dari segi pemakanannya, spesis ini juga tidak jauh bezanya dengan apa yang dimakan oleh monyet belanda seperti gemar memakan pucuk-pucuk dan ranting-ranting dari kayu serta tumbuhan rendang yang terdapat dikawasan sekelilingnya.

Bagi ungka pula, spesis ini agak sukar untuk ditemui mungkin disebabkan spesis ini lebih selesa tinggal jauh dipendalaman hutan serta jauh dari gangguan manusia. Spesis ini juga hanya memakan buah-buahan yang terdapat didalam hutan serta tidak pernah mengganggu tanaman yang diusahakan oleh manusia.

Spesis orang utan pula yang lebih dikenali dengan sikap pendiam dan pemalu juga gemar memakan dedaunan muda serta ranting-ranting kayu. Orang utan juga mudah untuk dijinakkan dan senang untuk dijaga dan diuruskan serta mempunyai sifat yang suka dimanja dan dibelai.

Bagi hidupan yang lebih dikenali sebagai Big Foot atau tapak besar, walaupun kewujudannya sehingga kini masih menjadi tandatanya atau misteri dikalangan pengkaji hidupan liar, namun dakwaan tentang memang adanya makhluk ini semakin diperkuatkan lagi dengan cerita bahawa ada beberapa orang telah terserempak dengan makhluk ini disekitar hutan dalam negeri Johor serta penemuan tapak yang menyerupai tapak Big Foot di Daerah Daro dalam bahagian Mukah di Sarawak baru-baru ini. Apa-apapun kita akan tunggu hasil kajian serta penyelidikan para pengkaji hidupan ini kelak.

Bagi spesis rekaan manusia iaitu King Kong, itu hanyalah satu khayalan atau imaginasi para karyawan perfileman Hollywood semata. Tambahan pula King Kong sebenarnya memang tiada pernah wujud sebenarnya diatas muka bumi ini sebagai mana yang digambarkan dalam cerita-cerita atau filem-filem Hollywood. Tiada ada rekod yang mengatakan bahawa spesis telah pupus sebagaimana yang ditemui terhadap haiwan gergasi iaitu dinousor yang mana tulang-temulang sudah ditemui untuk menguatkan hujah bahawa dinousor memang pernah wujud sejak beribu tahun yang lalu.

Apa yang saya ingin cuba untuk membawa pembaca semua ialah untuk cuba mengkaji, menilai serta mengakui bahawa ada satu lagi spesis dari kumpulan yang sama dengan monyet, kera, monyet belanda, ungka, orang utan, baboon, beruk serta big foot telah berjaya ditemui didalam negara kita baru-baru ini. Penemuan itu telah berjaya dikesan pada 15hb. Jun 2009 yang lalu ketika Dewan Parlimen cuba untuk memulakan sidangnya pada pagi itu iaitu lebih kurang jam 10.00 pagi untuk membolehkan mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-12 diteruskan.

Ceritanya begini, sebelum sidang parlimen hari itu bermula...satu majlis ringkas telah diadakan, iaitu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat yang baru untuk kawasan Bukit Gantang iaitu YB Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin. Pada peringkat awal majlis angkat sumpah itu berlangsung, ianya berjalan dengan sempurna dan tertib mengikut peraturan dewan. Tetapi selepas itu, iaitu kurang dari tiga minit selepas majlis angkat sumpah dan majlis menandatangani surat perlantikkan sebagai Ahli Parlimen yang baru, tiba-tiba YB Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamluddin, YB Nga Kor Ming, YB Datuk Ngeh Koh Ham, YB Mahfuz Omar serta yang lainnya telah hilang dari pandangan umum terutamanya dari pandangan ahli Yang Berhormat yang sedang berada didalam Dewan dan juga oleh Speaker Dewan YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika itu serta juga oleh sebilangan besar penonton tv1 yang mengikuti siaran lagsung dari rumah.

Secara tiba-tiba juga atau secara "SPONTAN" muncul spesis yang menyerupai beruk dan monyet didalam dewan dengan bunyi yang agak ganjil. Jika kera atau monyet, beruk, orang utan serta ungka kita pasti akan tau bunyi dia macamana. Bunyi kera atau monyet begini (kerahhh...ngoooo...kerahhh...ngooo), kalau orang utan akan berbunyi ...wakh,wakh,wakh,wakh,wakh!!!!...banyak kali.

Bunyi makhluk itu bermula dengan ungkapan yang hampir sama dengan apa yang disebut oleh manusia. Suara makhuk itu begini mulanya ; ( heeduuuppp!!!...heeduuuppp!!!... ...rakkkyaaattt!!!...rakkkyaaattt!!! ...booobarrr...DOOON !!! ..banyak kali juga suara makhluk itu berbunyi) ...sambil melilit sesuatu diatas kepala mereka.

Yang menjadi tandatanya disini ialah, kemanakah menghilangnya YB Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar bin Jamaluddin dan rakan-rakan beliau itu ketika kera dan monyet itu secara spontan menyerbu masuk kedalam dewan serta mengeluarkan bunyi atau suara yang begitu ganjil sekali sebaik saja YB Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar bin Jamaluddin selesai mengangkat sumpah. Apakah monyet serta kera itu muncul setelah terkena sumpah YB Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar ?

Mungkin kerana sudah tidak tertahan lagi dengan suasana yang begitu kecoh dan bising sekali didalam Dewan ketika berikutan dengan kemunculan beberapa ekor monyet jadian itu, maka Yang Di Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandkar Amin Mulia telah mengarahkan makhluk-makhluk itu dihalau keluar dari dalam dewan bagi meredakan keadaan yang seolah-olah seperti tidak terkawal. Keadaan didalam dewan kembali menjadi tenang selepas tindakan mengusir mereka keluar dilakukan.

Kepada pembaca semua, ada gambar mamalia ini yang spesis baru pertama kali ditemui saya taruh disebelah atas. Gambar itu saya perolehi dari rakan blog [Dimensi] saudara Jeffry di
http://jeffrydamien09.blogspot.com .Mungkin juga saudara Jeffry orang mula menemui spesis ini. Ada yang berpendapat spesis itu berasal dari Perak. Ada yang mengatakan datang dari Bukit Gantang, ada yang memberitahu berasal dari Taiping dan sebagainya. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah, bagaimana kita untuk menamakan spesis baru ini ? Apa nama yang harus kita bubuhkan untuk spesis baru ini ?

Namakan saja sebagai "monyet spontan". Macam mana, setuju ?
Posted by Picasa

Arkib Blog