Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Jun 29, 2009

Ingatlah! PAS, Nik Aziz & lain-lain bukan Pejuang Islam.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih keliru dengan perjuangan sebenar Parti PAS. Juga tentu masih ramai yang menganggap bahawa Parti PAS yang telah lama wujud di dalam Malaysia adalah untuk memperjuangankan Islam. Kepada yang bukan beragama Islam pula, mereka pastinya melihat bahawa PAS itu Islam dan Islam itu adalah PAS.

Bagi pandangan saya sebagai individu yang bukan datang dari kalangan orang Melayu, segala kekeliruan yang timbul berkenaan dengan perjuangan sebenar Parti PAS buat masa ini telah hampir terjawab kesemuanya dan semua persepsi orang ramai khasnya orang Melayu sendiri mengenai PAS saya rasa semakin berubah.

Pendapat saya sekarang tentang perjuangan serta matlamat Parti PAS adalah jelas dan nyata bahawa parti itu sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Banyak bukti yang boleh kita sandarkan untuk mengatakan bahawa perjuangan Parti PAS bukanlah berlandaskan kepada ajaran Islam yang mempunyai nilai-nilai suci dan murni yang seharusnya hendaklah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat sepanjang masa.

Kita semua telah melihat bagaimana kebanyakan daripada pemimpin PAS itu baik Presidennya, Mursyidul Amnya, serta ahli-ahli bawahannya yang telah gagal untuk mempamerkan sikap serta sifat-sifat terpuji sebagaimana yang telah dituntut dalam ajaran Islam kepada penganutnya.

Kita juga telah terbiasa membaca didalam akhbar-akhbar, mendengar serta melihat dalam siaran TV ataupun ditapak-tapak ceramah yang melibatkan mereka, bagaimana para pemimpin PAS ini seringkali menggunakan perkataan yang langsung tidak sepatutnya keluar dari mulut serta lidah mereka yang telah mengaku diri sebagai Ulamak, Tok Guru, Ustaz dan sebagainya.

Dalam kes-kes tertentu yang telah berlaku sejak beberapa minggu yang lalu, perkataan seperti "sampah" untuk merujuk kepada seseorang, menyamakan orang lain atau pihak lain dengan sesuatu perkara yang sangat bertentangan dengan agama Islam, namun itu semua kita dapat melihat semacam memang perbuatan yang telah diharuskan dalam PAS.

Jadi, apabila kita mendapati bahawa semua perkara seperti itu seolah-olah telah menjadi suatu kelaziman didalam PAS, apakah kita sebagai rakyat masih lagi untuk percaya bahawa PAS memperjuangkan Islam ???

Tidak hanya sekadar PAS tidak mengamalkan suruhan agama didalam usaha untuk menggerakkan perjuangannya serta menjauhi segala larangan Islam, malah PAS juga telah sanggup untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti DAP dan PKR untuk membentuk satu pasukan bagi menentang Parti UMNO.

DAP yang terang-terangan dan memang sudah jelas tidak akan menerima serta tetap menolak Negara Islam serta Hukum Hudud yang diperjuangkan kan oleh PAS. Tetapi mengapa pula PAS sanggup untuk bekerjasama dengan mereka ??? Apakah DAP menerima Islam atau menolak Islam ??? DAP juga telah mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Setiausaha Agung PKM Chin Peng untuk kembali semula ke Malaysia, apakah PAS juga turut bersetuju ???

PKR juga sebuah parti yang langsung tiada mendahulukan Islam didalam perjuangannya walaupun parti tersebut dipimpin oleh seorang yang beragama Islam. PKR juga sebuah parti yang tidak sunyi dari masalah moral dikalangan para pemimpinnya, namun PAS tidak melihat semua itu sebagai halangan kepada mereka untuk bersatu menentang UMNO dan Barisan Nasional.

PKR melalui Penasihatnya, Datuk Seri Anwar juga telah meminta kerajaan Malaysia untuk membenarkan Chin Peng balik semula ke Malaysia, tapi yang malangnya ada juga dikalangan orang dalam PAS itu sendiri yang merayu kepada kerajaan supaya bekas pengganas komunis itu dibenarkan untuk pulang ke Malaysia.

Melihat kepada semua itu, apakah PAS masih layak dianggap oleh orang Melayu khususnya penyokong tegar PAS sendiri sebagai sebuah parti yang benar-benar berjuang untuk menegakkan syiar Islam di negara ini ??? Orang Melayu khasnya kepada para pengikut-pengikut setia PAS itu sendiri, jika anda bandingkan perjuangan UMNO dengan PAS.., diantara kedua-duanya mana satu kah yang anda dilihat lebih menerap elemen atau nilai-nilai Islam didalam kepimpinannya ???

Pada pandangan saya sebagai orang luar dari UMNO dan PAS, jika hendak dibuat perbandingan, maka saya melihat UMNO lah yang dilihat lebih kedepan didalam semua perkara yang ada kaitan dengan Islam dan UMNO lebih mementingkan soal-soal ketelusan, kejujuran, keikhlasan, perpaduan diantara sesama masyarakat sesuai dengan ajaran serta tuntutan yang terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri.

Didalam perkhidmatan awam misalnya,kita akan dapat melihat kerajaan yang sedia ada sekarang yang ditunjangi oleh UMNO sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai serta ciri-ciri Islam di setiap cawangan, peringkat serta bahagian dalam pentadbirannya.

Jika PAS, dalam soal Islam ini...saya berpandangan bahawa parti ini semakin hari semakin mundur ke belakang. PAS gagal untuk bertahan setakat yang mereka mampu supaya mereka tidak terus-terusan hanyut ke muara.

PAS tidak mampu untuk mempertahankan matlamat asal parti iaitu ketika mana parti itu ditubuhkan dengan tujuan iaitu hendak menubuhkan "Negara Islam" serta hendak mewujudkan "Hukum Hudud" di negara ini senadainya PAS dapat membentuk kerajaan pusat, namun semua itu sudah musnah dan hancur berkecai setelah PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Impian serta perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam cara PAS serta menubuhkan Negara Islam dengan Hukum Hudud sebagai asas perundangannya di negara ini telah berkubur sama sekali. Oleh itu, PAS sudah tidak boleh dianggap sebagai sebuah parti yang berjuang untuk "membangun bersama Islam" lagi.

Parti PAS, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Husam Musa dan ramai lagi bukanlah pejuang Islam, mereka hanyalah pejuang politik apabila mereka telah terlibat secara langsung dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang UMNO adalah sebagai tulang belakangnya.






4 ulasan:

megat berkata...

saya setuju dengan saudara, PAS sudah tersasar dari matlamat asal, malah jika di sebut soal kepimpinannya nyata tidak mempunyai akhlak yang baik untuk di ambil sebagai panduan.

sebagai pemimpin yang kononya memimpin agama,sepatutnya akhlak & moral harus di dahulukan,tetapi sekarang ini apa yang lebih kita nampak tindakan & kenyataan yang agak jelik untuk kita angkat mereka menjadi pemimpin.

Jeffry berkata...

SLM ZIARAH BRO..IDEOLOGI ASAL DAN SIASAH PERJUANGAN PAS DH SEMAKIN TERGELINCIR. SIFAT FANATIK DAN TAKSUB DH MERESAP DLM DIRI SEBAHAGIAN PENYOKONG TEGAR MEREKA. TAK HAIRANLAH KLU PARTI PAS BOLEH DI ANGGAP SEPERTI PARTI "BERTUHANKAN BULAN" DAN BUKAN MENGHAYATI AJARAN ISLAM YG SEBENAR

Kucing Parsi berkata...

pas dan Umno sama sahaj

2x5

satu sekejap ketuanan melayu

sekejap lagi bagi biasiswa tanpa kuota

baru sekali makan

kalau 2x kali padam terus melayu

2x5

PAS dengan UMNO

dua2 taik

tapi taik lagi UMNO

ha ha ha

hilbertmontell berkata...

Terima kasih Megat,

Saya juga berpendapat yang sama bahawa perlu terlebih dahulu untuk membina akhlak yang mulia sebelum membina masjid barulah nampak perjuangan yang sebenar.

Terima kasih Jeffry,

betul PAS sekarang sudah jauh tersesat dari landasan asal mereka, adakah terdapat usaha daripada ahli-ahlinya untuk membawa balik semula PAS ke pangkal jalan.

Meoww... Kucing Parsi,

Antara UMNO dengan PAS memang jauh berbeza. Tidak sama. PAS hari demi hari semakin mengundur kebelakang dalam soal untuk mempertahankan hak mereka "Tetapi" UMNO terus ke hadapan dengan perjuangan mereka.

Anda tentu akan bertanya 'kenapa' kan, jawapannya saya mudah saja...UMNO bergerak mengikut peraturan yang betul dan UMNO sentiasa berada pada landasan yang benar dan nyata.

Arkib Blog