Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI Dimansuhkan : Langkah Mundur ke Belakang.

Terkejut dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat hari ini untuk menentukan samada Pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan ataupun ditamatkan.

Keputusan untuk memansuhkan PPSMI itu sama juga seperti membawa generasi yang akan datang untuk kembali melangkah cepat ke belakang semula. Keputusan itu juga pasti tidak akan membantu kerajaan dalam usahanya untuk melahirkan ramai pakar-pakar perubatan serta pakar-pakar ekonomi tempatan pada masa depan.

Disamping negara-negara lain giat untuk terlibat secara langsung didalam usaha penyelidikan dan kajian-kajian tentang penemuan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan, Malaysia dilihat telah membuat keputusan yang boleh dikira seolah-olah untuk menyisihkan diri daripada negara lain tentang perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku didalam bidang perubatan.

Tiada ulasan khusus untuk perkembangan mengenai PPSMI ini, cuma ingin memberikan reaksi awal saja. Tapi saya rasa banyak pihak yang akan melahirkan perasaan kecewa dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu.

Namun dalam pada waktu yang sama juga, tentu ada juga pihak yang bersorak dan gembira dengan keputusan Kabinet hari ini terutamanya golongan "Pendesak" yang mewah, yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara, menuntut dan membuat pengajian didalam Bahasa Inggeris.

Golongan "pendesak" agar PPSMI dimansuhkan dulu itu lah yang akan bertanggungjawab memusnahkan harapan negara pada masa hadapan. Mereka harus dipertanggungjawabkan kelak, apabila negara ini akan ketandusan ramai pengamal-pengamal perubatan dan juga ahli-ahli ekonomi yang berpengetahuan tinggi.

Pada masa itu lah nanti, kita akan dapat menyaksikan negara kita terpaksa mengambil pendekatan yang tidak sepatutnya berlaku lagi pada waktu itu dengan meminjam pakar perubatan dari negara luar untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan didalam negara. Kita dapat kira, berapa sudah pembaziran telah dilakukan berhubung masalah itu.

2 ulasan:

Gedung Akal berkata...

PPSMI MANSUH 2012
Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
LANGKAH MUNDUR KE BELAKANG? kah..kah..kah..kah..kah..kah.. Melayu memang biol dan bebal. UMNO jenis apa ni yang tidak gembira bahsa sendiri dimartabatkan?

hilbertmontell berkata...

Banyak orang yang berpendidikan tinggi dan berilmu tetapi tidak faham mengapa masih ada lagi pihak yang tetap mempertahankan PPSMI ini.

Mempertahankan PPSMI bukan bermaksud untuk mengenepikan Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia akan tetap dimartabatkan mengatasi bahasa Inggeris dan akan terus diiktiraf dan diterima sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa Inggeris pula penting untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut. Dapat menguasai bahasa Inggeris untuk dua subjek itu bermakna mampu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Arkib Blog