Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 04, 2013

PRU13: BN Sarawak perlu tumpu 7 kerusi Parlimen majoriti Cina

Pada PRU13 2013 kali ini Barisan Nasional Sarawak masih lagi dapat bertahan seperti pada PRU12 2008 lalu namun tidak menolak sebarang kemungkinan akan berlaku jika terdapat beberapa lagi kerusi parlimen sedia ada gagal dipertahankan dan untuk mendapatkan satu dua kerusi yang terlepas sebelum ini memang agak sukar.

Saya lebih menumpu kepada 7 kawasan Parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina dan sebilangan kecil adalah pengundi daripada masyarakat Bumiputera. Justeru itu, untuk menawan hati pengundi kaum Cina maka kerajaan BN kena lipatgandakan usaha agar apa yang cuba disampaikan oleh pihak kerajaan dapat difahami oleh masyarakat berkenaan.

Berbalik kepada tahap sokongan kaum Cina khususnya di kawasan-kawasan Parlimen yang majoriti pengundi adalah masyarakat berkenaan yang sebelum ini pernah dikuasai oleh BN namun jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 pada tahun 2008, maka saya merujuk semula kepada keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2010 iaitu lebih kurang dua tahun yang lalu.

Bermula dari Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili oleh Yang Berhormat Chong Chien Jen daripada DAP. Parlimen ini mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.09 Padungan dan jugan DUN N.10 Pending. Untuk rekod, DUN Padungan dimenangi oleh YB Wong King Wei dari DAP yang mendapat 11,957 undi menewaskan calon BN Sim Kiang Chiok yang hanya mendapat 4,073 undi rakyat. Manakala di DUN Pending calon DAP YB Violet Yong juga menang dengan mendapat 14,375 undi mengalahkan calon BN Prof Dr Sim Kui Hian yang hanya memperolehi 6,780 undi.

Bagi Parlimen P.196 Stampin yang diwakili oleh YB Datuk Yong Khoon Seng daripada BN. Parlimen Stampin mempunyai tiga kerusi DUN yang kesemuanya dikuasai pembangkang. N.11 Batu Lintang misalnya diwakili oleh YB See Chee How dari PKR yang mendapat undi sebanyak 13,235 menewaskan calon BN Sin Hua Tong yang hanya mendapat 4,854 undi selain seorang calon Bebas Soo Lina dengan 290 undi. Kerusi N.12 Kota Sentosa dimenangi oleh YB Chong Chieng Jen dari DAP yang mendapat 12,594 mengalah calon BN Datuk Alfred Yap yang hanya mendapat 7,770 undi dan bagi DUN N.13 Batu Kawah yang diwakili oleh YB Christina Chew Wang See juga dari DAP yang memperolehi 7,439 undi dengan mengalahkan calon BN Tan Joo Phoi yang mendapat 6,896.

Seterusnya Parlimen P.208 Sarikei. Parlimen ini juga diwakili BN melalui YB Ding Koung Hii daripada parti SUPP. Namun dua kawasan DUN ini juga diwakili oleh DAP menerusi wakil rakyatnya YB Dr Wong Hua Seh yang mendapat 7,900 undi berbanding calon BN Datuk David Teng Lung Chi yang memungut 5,221 undi bagi kerusi DUN N.39 Repok. Sementara kerusi DUN N,40 Meradong pula, calon BN Ling Kie King mendapat 4,197 undi dikalahkan oleh calon DAP YB yang berjaya meraih undi sebanyak 6,884.

Di Sibu pula, Parlimen P.211 Lanang juga mempunyai dua kerusi DUN iaitu N.45 Bukit Assek serta DUN N.46 Dudong. DUN Bukit Assek diwaliki oleh YB Wong Ho Leng daripada DAP yang mendapat 13,527 undi menewaskan calon BN Chieng Huong Toon yang dipilih 4,700 pengundi. Manakala DUN N.46 Dudong pula diwakili oleh YB Yap Hoi Liong daripada DAP yang telah mendapat 9,649 undi mengalahkan calon BN Datuk Tiong Thai King yang mendapat sebanyak 9,332 undi.

Sementara itu Parlimen P.212 Sibu yang mengadungi tiga kawasan DUN iaitu DUN N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka tetapi satu daripada DUN ini iaitu DUN Pelawan dimiliki oleh DAP melalui calonnya YB David Wong Kee Woan yang mendapat 13,318 undi menewasan calon BN yang mendapat undi sebanyak 6,927. Cuma di DUN Bawang Assan yang diwakili oleh BN melalui wakilnya YB Datuk Sri Dr Wong Soon Koh serta di DUN Nangka YB Dr Annuar Rapaee juga daripada BN.

Bagi Parlimen P.217 Bintulu pula. Parlimen ini juga memiliki tiga kerusi DUN iaitu DUN N.58 Jepak yang diwakili oleh YB Datuk Talib Zulpilip dari BN yang menang 5.470 undi setelah menewaskan dua pencabar iaitu seorang daripada PKR dan seorang daripada Bebas yang masing-masing mendapat PKR 2,342 dan Bebas 433 undi saja. DUN N.59 Kidurong pula diwakili oleh DAP melalui YB Chiew Chiu Sing dengan memperolehi 12,493 undi yang menafikan calon BN Henry Ling Koung Meng apabila hanya mendapat 5,563 undi. Dan bagi kerusi DUN N.60 Kemena yang diwakili pemimpin BN Yang Berhormat Dr. Stephen Rundi setelah mendapat undi sebanyak 6,369 mengalahkan calon PKR Bernard Binar Banyang yang hanya memperolehi 3.020 undi di samping serang calon Bebas Liam Rengga yang mendapat sokongan 197 orang pengundi.

Manakala yang terakhir di utara Sarawak iaitu Parlimen Miri. Parlimen P.219 Miri mempunyai tiga kawasan DUN iaitu DUN N.63 Piasau, N.64 Pujut dan N.65 Senadin. Pada Pilihan Raya Umum negeri Sarawak lepas, DUN Piasau telah jatuh ke tangan DAP setelah calonnya YB Ling Sie Kiong yang mendapat undi 5,998 berjaya menewaskan penyandang Tan Sri Dr George Chan yang mendapat 4,408 undi. Bagi DUN Pujut pula, penyandang sedia ada Andy Chia yang mendapat 5,271 undi kalah kepada calon DAP YB Fong Pau Teck yang memperolehi 9,120 undi. Cuma DUN Senadin dalam Parlimen Miri saja yang berjaya bertahan dengan majoriti paling kecil apabila penyandang YB Datuk Lee Kim Shin mendapat 7.334 undi gagal dikalahkan oleh pencabar daripada PKR Dr. Micheal Teo Yu Keng yang mendapat 7,276 undi hanya dipisahkan 58 undi majoriti.

Jika dibuat penilaian berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 lalu, kita tidak dapat menolak kemungkinan berlaku bahawa keputusan ini juga bakal dilihat mempengaruhi undi rakyat pada PRU13 nanti sekiranya Barisan Nasional negeri mahupun pusat tidak bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kuasa sedia ada di samping mendapatkan kembali dua kerusi Parlimen yang sudah terlepas ke tangan DAP sebelum ini iaitu Parlimen Bandar Kuching dan juga Parlimen Bandar Sibu.

Di ketujuh-tujuh kawasan Parlimen ini jentera pilihan raya BN perlu bekerja lebih keras untuk mendapat semula keyakinan serta kepercayaan pengundi kerana seperti yang sudah kita sedia maklum bahawa masyarakat Cina kini terutama yang tinggal di kawasan-kawasan bandar sebenar telah mempunyai pikiran yang baru yang tidak lagi terikat dengan budaya "orang berbudi kita merasa, orang memberi kita merasa" kerana generasi mereka kini dilihat lebih mementingkan diri dan sudah mulai lupa tentang tanggungjawab terhadap masyarakat secara keseluruhannya.

Dan disebabkan keselesaan hidup juga telah menyebabkan golongan masyarakat bandar ini tidak peduli sangat tentang kerajaan mana yang harus menang untuk memerintah kerana mereka sudah biasa hidup senang tidak akan menyedarkan mereka tentang kepayahan hidup komuniti lain yang ada di sekitarnya.

Ahad, Mac 31, 2013

Saya lebih suka jika UMNO bertapak di Sarawak berbanding PKR, DAP & PAS !

Masih ada segelintir rakyat Sarawak terutamanya mereka yang menyokong pembangkang, buta tentang sejarah parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan juga PAS. Dalam kata lainnya, golongan ini secara membabi-buta menyatakan sokongan mereka kepada rangkaian tiga parti pembangkang itu yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia sedangkan dalam waktu yang sama mereka turut menyeru rakyat Sarawak yang lainnya agar menolak dengan apa cara sekalipun parti UMNO atas alasan tidak mahu rakyat Sarawak dikuasai oleh parti luar yang bukan berasal dari Bumi Kenyalang.

Nah!! di sini saya ingin tahu pendapat mereka ini iaini mereka yang kononnya mempertahankan hak rakyat Sarawak tapi bersekongkol pula dengan parti dari luar DAP, PKR dan PAS untuk merampas kuasa memerintah kerajaan negeri daripada parti PBB, PRS, SPDP dan SUPP yang sememangnya keempat-empat parti ini adalah parti yang diwujud dan ditubuhkan di Sarawak oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang kesemuanya adalah anak jati Sarawak jika dibandingkan dengan tiga parti dalam Pakatan Pembangkang itu.

Sekiranyalah rakyat Sarawak diberi pilihan untuk memilih antara UMNO, PKR, DAP dan PAS untuk melebarkan sayap parti mereka di Bumi Kenyalang ini, sudah tentulah saya secara peribadi lebih selesa menerima UMNO untuk berkembang di Sarawak berbanding DAP, PAS dan PKR tetapi disebabkan kemungkinan itu adalah mustahil berlaku maka rakyat Sarawak harus bersatu mempertahankan parti tempatan sedia ada iaitu PBB, PRS, SPDP dan juga parti yang berasaskan kaum Cina iaitu SUPP dari menjadi korban kepada kerakusan tiga parti pembangkang yang bukan berasal dari Sarawak itu.

Rabu, Mac 20, 2013

Jika DAP ada projek Terowong Dasar Laut, takkanlah PKR & PAS tiada projek gempak akhir penggal?

Kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan cadangan projek di luar jangkaan dan mungkin juga di luar kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Terowong Dasar Laut yang menelan kos berbilion-bilion ringgit Malaysia.

Yang lebih mengejut dan mengujakan kita rakyat seluruh Malaysia ialah apabila cadangan projek raksasa itu diumumkan saat Parlimen Malaysia sedang menunggu detiknya untuk dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib kerana tempoh tamatnya sudah semakin dekat.

Kenapa baru sekarang kerajaan DAP Pulau Pinang baru sibuk nak buat projek itu projek ini tatkala tempoh penggal Parlimen yang ke-12 semakin hampir ke penghujungnya dan kenapa tidak dilakukan dalam tempoh 5 tahun yang sudah waktu mereka sedang berada dipuncak kekuasaan?

Bagi saya semua itu dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng semata-mata untuk menambat hati para pengundi di negeri tersebut agar terus memberi sokongan kepada mereka. Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mahu memberi pembangunan di Pulau Pinang serta menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentulah isu rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana sudah lama selesai dan tidak terus menjadi beban kepada pentadbiran mereka.

Bagaimana pula dengan kerajaan PKR di Selangor serta kerajaan PAS di Kelantan dan juga kerajaan PAS di Kedah, takkanlah sementara menunggu saat Parlimen dan juga DUN dibubarkan mereka tiada projek lebih gempak dari projek DAP untuk dipalukan kepada rakyat ?

Jika DAP dengan projek Terowong Dasar Lautnya, PKR pula sekurang-kurangnya rancangkan projek Terowong Bawah Tanah dari pusat pentadbiran kerajaan PKR Selangor di Shah Alam menuju ke Putra Jaya dan begitu juga dengan PAS, mereka harus ada projek yang lebih hebat dari DAP dan PKR di mana PAS boleh kemukakan cadangan untuk bina jambatan dari Bumi menuju ke bulan. Gempakkan !!

Video fitnah ! krisis Taib Mahmud dengan keluarga Tun Rahman bermula lagi..

 Video yang dihasilkan oleh Global Witness iaitu "Inside Malaysia's Shadow State" atau "Di Sebalik Bayang-bayang Sebuah Negeri Di Malaysia" bagi saya hanyalah suatu kisah balas dendam dalam keluarga yang tidak pernah berkesudahan.

Saya berpendapat sedemikian sebaik saja melihat kemunculan Fatimah Tun Abdul Rahman(gambar di bawah, yang gemuk) iaitu sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di dalam video tersebut dan lebih-lebih lagi apabila mendapati klip video berkenaan dibuat dengan bantuan orang luar yang memang pakar di dalam kerja-kerja penggambaran serta mengolah cerita agar mudah diterima masyarakat.
Saya pikir masih ramai rakyat Sarawak yang ingat bagaimana persengketaan di antara Pehin Sri Taib-Tun Rahman Yaakub-Datuk Haji Salleh Jafaruddin bermula. Dan di kalangan anak-anak Tun Rahman sendiri tentu ada antara mereka yang merasakan tidak senang hati dengan sepupu mereka itu ekoran krisis yang pernah berlaku antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman seketika dulu.

Walaupun hakikatnya Tun Rahman sendiri pada tanggal 08 Januari 2008 iaitu pada hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80 tahun secara terbuka telah mengisytiharkan perang saudara antaranya dengan Pehin Sri Taib telah tamat dan berakhir akan tetapi ianya seperti tidak dapat diterima dengan baik oleh Fatimah selaku anak sulung kepada Tun Rahman.

Saya masih ingat bagaimana tercetusnya krisis keluarga antara mereka yang berlaku tidak lama selepas Pehin Sri Taib mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman pada awal tahun 1980an di mana sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang baru ketika itu sudah tentulah beliau mahu memastikan agar tiada berlaku sebarang penyelewengan ataupun kegiatan yang berunsur rasuah baik dalam kerajaan, swasta mahupun di kalangan pemimpin-pemimpin politik itu sendiri.

Pembersihan untuk ke arah itu telah dilakukan oleh Pehin Sri Taib bermula dari atas di mana semua saham-saham milik pemimpin tertentu di dalam syarikat-syarikat pembalakan misalnya telah dibekukan bagi mengekang mereka yang berkuasa daripada terus mengaut keuntungan dari hasil wang yang sepatutnya masuk ke dalam dana kerajaan bagi tujuan kebajikan rakyat.

Tindakan tegas dan drastik Pehin Sri Taib ketika itu tidak memandang kepada muka atau latar belakang mereka yang lainnya dan ini terbukti terhadap tindakan beliau ke atas mereka yang berkepentingan dalam kerajaan serta sebagai pemegang saham di dalam syarikat pembalakan seperti yang dilakukan beliau ke atas saham-saham milik Tun Rahman dan Datuk Hj Salleh Jafaruddin dalam syarikat Forescom Timber Sdn Bhd yang terletak di Kuala Baram Miri, akhirnya telah dibekukan.

Akibat dari peristiwa itu, maka permusuhan politik di antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman terus berlanjutan sehingga sekian lama dan kemuncaknya sewaktu tertubuhnya sebuah parti baru di Sarawak iaitu Parti Maju Sarawak atau Permas yang dinaungi oleh Tun Rahman Yaakub sebagai parti pembangkang bersama-sama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk mengguling Pehin Sri Taib dari jawatan sebagai Ketu Menteri.

Saya juga masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Kecil DUN Oya/Dalat di Sarawak dalam tahun 1987 di mana Pehin Sri Taib terpaksa bermalam selama seminggu di dalam kapal Sri Sarawak yang berlabuh di tengah-tengah Sungai Batang Oya di hadapan Kampung Brunei Dalat bagi memudahkan beliau berkempen membantu calon menentang lawan dan dalam masa yang sama juga Tun Rahman serta Datuk Hj Salleh bersama-sama dengan para pengikut mereka berkubu dan berkampung di sebuah rumah dua tingkat milik seorang pengusaha balak di Kampung Hilir Dalat.

Berbalik kepada isu video ini, saya tidak melihat perkara ni akan melemahkan semangat juang Pehin Sri untuk terus melakukan yang terbaik kepada Sarawak serta rakyatnya walaupun waktu untuk beliau bersara dari politik negeri sebenarnya telah semakin dekat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menghasilkan video klip berkenaan serta pemegang-pemegang watak di dalamnya adakah mereka sudah cukup bersedia dengan segala bukti yang ada untuk membawa ke tengah apa yang telah dituduh oleh mereka terhadap Pehin Sri Taib itu benar?

Ahad, Mac 17, 2013

Kuasa autonomi Sarawak & Sabah sejak penubuhan Malaysia lagi !!!

Sebagai rakyat Sarawak, saya tidak faham kenapa masih ada juga kumpulan kecil di kalangan penduduk negeri ini yang terus terbawa-bawa dengan sentimen kewilayahan sedangkan Persekutuan Malaysia kini telah hampir berusia 50 tahun genap pada 16 September 2013 nanti.

Saya sedih melihat kepada kecenderungan mereka ini untuk terus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sarawak dan juga Sabah tentang status kedua-dua negeri ini di dalam Malaysia. Cubalah mereka belajar untuk menjadikan perkara yang telah lalu sebagai satu sejarah negara yang wajar dikenang sejarah negara dan bukannya untuk terus diungkit bagi kepentingan diri.

Tentang kuasa autonomi dua wilayah Sarawak dan Sabah yang menjadi inti perjuangan kumpulan ini, bukankah perkara ini sudah dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud ketika sambutan Majlis Hari Malaysia di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada malam 16 September 2012 dulu.

Sebagai salah seorang pemimpin yang boleh dikatakan lebih arif tentang sejarah penubuhan Malaysia kerana penglibatan awal beliau dalam politik di negara ini iaitu bermula sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lagi, Pehin Sri Haji Abdul Taib telah menegaskan bahawa autonomi yang dinikmati oleh Sarawak serta Sabah pada masa ini sebenarnya sudah melebihi dari yang diperlukan dan tidak perlu lagi timbul soal bagi kedua-dua negeri ini mengasingkan diri daripada Malaysia.

Menurut Pehin Sri Hj Abdul Taib lagi, jika Sarawak mahupun Sabah berpisah daripada Malaysia, maka sudah pasti kedua-dua negeri ini memerulukan peruntukkan yang jauh lebih besar hanya untuk membangunkan pasukan keselamatan dan juga pasukan pertahanan sendiri iaitu Polis serta Tentera Darat, Tentera Laut dan juga Tentera Udara termasuklah segala peralatan yang diperlukan.

Dan jika ini berlaku, sudah tentu usaha untuk membangunkan negeri Sarawak/Sabah serta untuk memaju dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana tumpuan untuk menguatkan barisan pertahanan pasukan Tentera dan Polis telah menjadi agenda utama bagi memastikan kedaulatan kedua wilayah ini sentiasa terjamin.

Inilah yang terjadi sebenarnya ketika awal pembentukan Malaysia dulu apabila kedua-dua negeri ini diberi kuasa autonomi penuh dengan mewujudkan Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri sendiri namun telah dimansuhkan tidak lama selepas itu oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana masalah kewangan untuk membina aset pertahanan sendiri.

Malah di kalangan pendesak ini saya pikir ada di antara mereka yang tidak faham makna "kuasa autonomi" yang sememangnya telah lama ada pada Sarawak dan Sabah. Mungkin ada antara mereka berpendapat "autonomi" itu satu objek yag boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh dengan tangan, diangkat ataupun ditendang, mungkin sebab itu mereka seringkali mengungkit tentang kuasa autonomi.

Namun bagi saya, jika benar Sarawak dan Sabah tidak diberikan kuasa autonomi di dalam Malaysia ini, bagaimana boleh kerajaan kedua-dua negeri boleh membentukkan kabinetnya sendiri yang mempunyai struktur pentadbiran serupa dengan kabinet kerajaan persekutuan. Jadi kita rakyat Sarawak dan Sabah kena melihat perkara ini dengan cermat dan tidak usahlah hanya kerana isu-isu yang terpencil hingga menyebabkan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada negeri serta negara kita.

Patutnya di saat negara sedang berdepan dengan insiden berdarah seperti yang berlaku di Lahad Datu ketika ini akan mematangkan lagi semua pihak tidak kira siapa dan tidak patut sama sekali untuk terus mengeruhkan keadaan dengan perkara-perkara lapuk seperti itu. Rakyat Sarawak terutamanya wajar patuh dan ingat apa yang telah dijelas melalui pesanan Pehin Sri Hj Abdul Taib hampir setahun yang lalu dan tidak usahlah terlalu ghairah untuk mempercayai khabar angin yang didengar daripada pihak luar sedangkan kita sendiri yang berada dalam Sarawak ataupun Sabah lebih tahu perkembangannya setiap masa. Kenapa perlu percaya kepada pihak asing?

Isnin, Mac 11, 2013

Ops.Daulat: undur, helah terbaru pengganas Kiram III untuk kelirukan pihak keselamatan Malaysia!

Terkini dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah menghantar wakil beliau ke Istana Malacanang di Manila untuk memaklumkan hasrat beliau mahu mengundurkan saki baki pengikutnya dari Lahad Datu setelah mereka diarahkan menceroboh dan mengganas sehingga mengorbankan 8 orang anggota Polis Malaysia dalam dua kejadian serangan hendap di timur Sabah baru-baru ini.

Saya tidak pikir Kiram III akan menurut apa yang beliau katakan kerana sebelum ini mereka telah menipu anggota keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu yang terpedaya sebaik saja melihat kibaran bendera putih daripada pihak pengikut Kiram III dan menyangka kumpulan itu mahu menyerah diri namun sangkaan mereka meleset kerana tanpa diduga sudah ada yang bersiap sedia dalam belukar untuk melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

Tawaran berundur oleh Kiram III kini sudah tidak bermakna lagi kerana mereka akan tetap ditangkap walau dengan apa cara sekalipun tidak kira mati mahupun hidup atas kekejaman yang mereka lakukan terhadap jenazah-jenazah anggota Polis mereka tembak semasa pertempuran berlaku antara pihak mereka dengan pihak keselamatan Malaysia.

Saya pasti pihak kerajaan akan tetap dengan pendirian asal yang tidak akan sesekali melepas kumpulan pengganas yang diketuai Kiram III walaupun sekiranya nanti mereka bersetuju untuk menyerahkan diri kerana jenayah kemanusiaan yang telah mereka lakukan sepanjang pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 February lalu adalah amat berat sekali dan tidak akan mampu diampunkan memandang begitu ramai nyawa anggota Polis telah terkorban.

Sabtu, Mac 02, 2013

Ops Sulu: kenapa guna Polis bukan Tentera? ..penyokong kerajaan jangan gelabah!

Daripada Nash Villie (status di Facebook) melalui Faizal Messi (AIDC Group) juga dari Facebook.

Krisis Lahad Datu:

Persoalan kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.
2) juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengisytihar perang kepada kita.
3) dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna;
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataan untuk Polis ialah menahan bukan menawan - menawan ialah perkataan Tentera, ada beza di antara keduanya)
3) untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
4) boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on Terror mereka. Kita kenalah buatlah macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan. Dengar cerita darurat telah diisytiharkan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan penerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir ew Orleans dahulu (Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dengan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan Local Area sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya saja. Nampak hati-hati dan telitinya kerajaan Malaysia dalam hal ini. Menurut langkah satu persatu.

*Nota tambahan. Ingat kes Al Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah Tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e: bunuh polis di Sabah tu). Beliau dituduh sebagai combatant perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagipun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang alik (serupa dengan kes Lahad Datu, golongan yang tidak mempunyai sempadan.

Hatta Mekah pun pernah dicerobohi oleh buka Islam (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa walau secanggih manapun pertahanan dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawal bukan kapal selam tapi Malaikat kot)

Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terima Kasih. <-- nash="" villie="">

Khamis, Februari 28, 2013

Liwat III: Abang Civic lebih hebat daripada DS Anwar !

Sejak perjuangan pihak Pakatan Pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS untuk memartabatkan budaya seks songsang iaitu LGBT di negara ini yang bermula sebaik saja pakatan mereka hampir mempunyai kuasa seimbang dengan kerajaan Barisan Nasional, maka seperti diduga budaya tersebut seperti semakin menjadi-jadi pula berlaku di sekitar kita dalam Malaysia.

Cuba luangkan sedikit masa untuk membaca di sini untuk mengetahui bagaimana seorang Pengurus sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah berjaya memperdayakan empat orang pelajar sekolah menengah yang kesemuanya lelaki dan masing-masing mereka berusia 13 tahun di mana pelajar ini telah menjadi mangsa liwat kepada lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu.

Mungkin ini merupakan gambaran awal bagi kita di Malaysia seandainya nanti pihak PR diberi peluang untuk memerintah negara. Kemungkinan itu tidak dapat dinafikan kerana usaha pihak mereka untuk menghidupkan budaya itu tidak pernah terhenti walaupun telah menerima bantahan daripada ramai pihak sebelum ini.

Selasa, Februari 19, 2013

Datuk Husam serah borang kepada Tan Sri Taib di Kuching !

Apakah kunjungan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ini ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi ketua menteri di Kuching mahu minta ditunjuk jalan pulang setelah sekian lama beliau bersama yang lain terumbang-ambing di dalam PAS?

Isnin, Februari 18, 2013

Apa makna kemerdekaan, jika pihak asing terus mahu mencampuri hal ehwal Malaysia?

Kritikan yang dibuat oleh senator Bebas Australia Nick Xonophon terhadap sistem demokrasi di Malaysia sebagai "teruk dan kritikal" tidak patut dipandang ringan oleh pihak kerajaan kerana jika dibenarkan beliau terus menerus mengeluarkan berbagai kenyataan tentang undang-undang atau apa jua sistem yang diamalkan di negara ini, kita khuatir tindakan beliau jika tidak dibendung akan mengundang lebih ramai lagi pihak asing yang kurang senang dengan kerajaan Malaysia akan turut berbuat perkara yang sama dan ini sudah tentu amat tidak baik untuk perjalanan sesebuah kerajaan.

Nick Xenophon yang ditahan oleh pihak Imigresen sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Subang dan kemudian telah dihantar pulang semula ke Australia terus mengecam tindakan pihak berkuasa Malaysia malahan isu pengusiran beliau dari negara ini juga mendapat reaksi pantas Canberra yang turut membidas kerajaan Malaysia atas insiden tersebut.

Tujuan sebenar kunjungan Nick Xenophon ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membincangkan persediaan pihak SPR dalam menghadapi PRU13 di samping untuk mendapatkan kepastian bahawa pilihan raya itu nanti berjalan dengan bebas, bersih dan adil.

Inilah yang saya saya lihat tidak wajar sekali berlaku sedangkan Malaysia bukannya baru dua tiga tahun wujud di atas peta dunia dan bukan juga pengalaman pertama Malaysia mengadakan pilihan raya tetapi sudah jelas menyebut yang pilihan raya kali ini adalah yang ke tiga belas dalam tempoh 60 tahun negara mengamalkan sistem demkorasi pilihan raya bebas yan diadakan setiap lima tahun sekali dan tidak boleh diterima oleh akal sekiranya setiap kali Malaysia mengadakan pilihan raya maka setiap kali itulah akan diletak dibawah pengawasan pihak asing !

Malaysia sudah lama merdeka, jadi pihak asing jua harus hormati kemerdekaan yang kita kecapi sebagaimana Malaysia menghormati kebebasan Australia dalam mengurus hal ehwal negara mereka sendiri, Malaysia hormati undang-undang Australia serta segala sistem yang mereka amalkan jadi Malaysia juga mahu agar Australia turut menghormati kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Isnin, Februari 11, 2013

hello semua!! DS Anwar naik heli nak ke mana pula?

Hari tu dah naik jet mewah terbang ke Labuan juga ke Kuching Sarawak... baru ni pula naik helikopter yang ada logo parti PKR...nak terbang ke pelantar minyak tengah laut? wahhh mewah juga pemimpin pembangkang ni !

Kalaulah pemimpin BN yang buat macam ni siap kena bantai mereka..tapi pemimpin sendiri apa cerita hehe

Rabu, Februari 06, 2013

Reformasi adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian !

Sangat lucu dan kelakar juga apabila terdapat orang-orang yang beragama Islam khususnya mereka yang gemar mengadakan demonstrasi di jalananan berarak sambil melaungkan slogan "Reformasi!, Reformasi!, Reformasi!" kononnya nak menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa mereka tengah berjuang untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti terbesar di Malaysia iaitu UMNO.

Apakah mereka tidak tahu bahawa perkataan Reformasi (Reformation) itu sebenarnya merujuk kepada salah satu mazhab yang terdapat di dalam agama Kristian dari aliran Protestan. Mazhab Reformasi wujud pada abad yang ke-16 di Jerman dan setelah itu bersama-sama dengan mazhab penentang yang lainnya seperti Anglikan, Methodis, Luteran, Orthodox, Mormon dan lain-lain lagi bernaung di bawah panji Protestan menentang mazhab Roman Katholik berkaitan konsep Triniti di mana mereka menolak fahaman Katholik yang percaya Jesus Kristus adalah Tuhan.

Dalam perkara berkaitan, pihak Protestan sebenarnya tidak mengiktiraf ketuhanan Jesus Kristus sepertimana Katholik sebab mereka mengangkat martabat Bonda Maria kepada tahap yang lebih tinggi daripada Jesus.

Berbalik kepada slogan Reformasi yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PR serta para pengikut mereka pada setiap kali mereka mengadakan sebarang perhimpunan di atas jalanraya tentulah mengundang berbagai reaksi namun bagi orang Kristian sendiri apabila mendapati ada orang seperti YB Anwar Ibrahim, YB Zuraida Kamaruddin, YB Saifuddin Nasution, YB Azmin Ali, YB Mahfuz Omar, YB DS Hadi Awang, DS Dr. Wan Azizah, YB Nurul Izzah dan lain-lain lagi khususnya mereka yang beragama Islam yang gemar melaungkan Reformasi dikhalayak umum dan cuba bayangkan jika mereka turut melakukan perkara yang sama ke atas nama mazhab yang lain seperti menjerit "Anglikan!, Anglikan!, Anglikan!, ..Methodis!, Methodis!, Methodis! ..Luteran!, Luteran!, Luteran! ..Orthodox!, Orthodox!, Orthodox! ..sama seperti mereka melaungkan slogan Reformasi.

Hehehehe..tidakkah ianya amat melucukan..

Ahad, Februari 03, 2013

Bila pula giliran DS Hadi akan dijemput mengadap Karpal Singh??

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz telah diminta mengadap Karpal Singh di rumahnya berkaitan dengan isu Kalimah Allah dan Menteri Besar Kelantan itu segera pergi dan amat teruja apabila kehadiran beliau sebaik saja memasuki ruang dalam rumah Karpal Singh telah disambut dengan nyanyian lagu "Happy Birthday" oleh tetamu yang lain dan itu ada satu kejutan daripada Pengerusi DAP itu kepada Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Ulang tahun hari lahir Datuk Nik Aziz yang ke 82 tahun diraikan dalam majlis ringkas oleh Karpal Singh dan pada majlis tersebut juga Datuk Nik Aziz telah menerima berbagai bentuk hadiah kek daripada beberapa individu yang telah diundang khas oleh Karpal Singh bagi menyerikan lagi majlis berkenaan.

Tujuan sebenar Karpal Singh mengundang Datuk Nik Aziz datang ke rumah beliau senang saja untuk dibaca, beliau mahu Mursyidul Am PAS itu mempengaruhi anggota majlis syura agar mengkaji semula keputusan yang majlis berkenaan buat pada malam 13 Januari lalu di mana mereka telah menetapkan pendirian untuk tidak membenar orang bukan beragama Islam mengguna Kalimah Allah di dalam apa juga upacara agama mereka.

Mungkin dalam keadaan yang begitu tertekan kini gara-gara isu tersebut, maka Datuk Nik Aziz terpaksa membisu dan membiarkan Karpal Singh mengalih tumpuan kepada Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang pula bagi mendesak agar Ahli Parlimen Marang itu menggunakan kuasanya ke atas ahli majlis syura berhubung keputusan yang membangkitkan rasa tidak puashati Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat apa pula permainan yang bakal DAP arahkan ke atas PAS selepas ini seandainya Datuk Seri Hadi berjaya dijinakkan sekali lagi oleh Karpal Singh kelak.

Rabu, Januari 30, 2013

PAS anti-Hamas !

Hanya kerana menyertai lawatan kemanusian Perdana Menteri Malaysia ke Gaza Palestine, tindakan drastik telahpun diambil oleh PAS terhadap bekas Timbalan Presidennya YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau telah digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama dan nama beliau juga tidak lagi disenaraikan bersama bakal-bakal calon PAS yang akan bertanding pada PRU ke-13 nanti.

Inilah hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan yang pernah dilakukan oleh PAS terhadap mana-mana ahlinya yang didakwa ingkar dan tidak mematuhi prinsip kabur Pakatan Pembangkang. Jika sebelum ini ketua pembangkang Anwar Ibrahim secara jelas mengiktiraf kerajaan  Israel serta berjanji akan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel dan ini turut dipersetujui oleh PAS tetapi mungkin dengan tindakan Ustaz Nasharuddin yang ikut serta dalam rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza telah membuat PAS jadi tergamam dan terkejut kerna ini pada anggapan mereka telah menyalahi persefahaman yang PAS jalinkan bersama DAP dan juga PKR maka itu Ahli Parlimen Bachok itu harus dikenakan tindakan tegas.

Nampaknya tindakan tergesa-gesa PAS terhadap Uztaz Nasha hanya kerana beliau mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza atas nama lawatan kemanusiaan, kalau selepas ini PAS tidak dapat tanganinya dengan cermat sudah pasti akan membinasakan parti itu sendiri, orang ramai ataupun sesetengah daripada ahlinya tentu akan bertanya apa salah Ustaz Nasha ke Gaza sedangkan Gaza dipimpin oleh Hamas dan Hamas pula telah lama menjadi rakan baik PAS iala lama sebelum parti itu membentuk kerajaan di Gaza dan apa pula tanggapan Perdana Menteri Ismael Haniyeh terhadap jika beliau tahu PAS pecat ahli partinya hanya kerana datang ke Gaza?

Selasa, Januari 29, 2013

SCORE: tenaga siapa yang diperbaharui Sarawak ?

Laporan pada pagi ini oleh akhbar harian Sarawak iaitu Utusan Borneo menyebut bahawa 100 orang bekas pekerja yang bekerja dengan sebuah syarikat di tapak Taman Industrial Samalaju atau Samalaju Industrial Park (SIP) di Bintulu telah berkumpul sejak jam 5.30 pagi lagi di hadapan jalan masuk kawasan perindustrian tersebut kerana membantah tindakan majikan yang memberhentikan khidmat mereka tanpa sebarang notis dan tempat mereka telah digantikan dengan tenaga kerja asing. Baca di sini

Protes oleh bekas pekerja syarikat berkenaan segera mendapat perhatian seorang Anggota Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung yang turut berada di lokasi (gambar atas) namun pihak majikan dikatakan tidak muncul-muncul ketika protes tersebut.

Apa yang rakyat Sarawak harap sangat daripada pihak kerajaan negeri ialah agar mereka turut campur tangan di dalam hal-hal kebajikan para pekerja tempatan yang sering menjadi mangsa penindasan seperti itu di mana peluang kerja yang sepatutnya di nikmati oleh pekerja tempatan telah di berikan kepada pekerja-pekerja asing sedangkan tujuan sebenar SCORE diwujudkan adalah bertujuan untuk membuka peluang lebih banyak kerja kepada rakyat tempatan sendiri tetapi malangnya peluang tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan pekerja asing dan yang lebih menyedihkan apabila berlaku seperti kejadian pekerja tempatan dibuang dan diganti pula dengan pekerja asing.

Dalam hal seperti ini kerajaan Sarawak harus hanya berpeluk tubuh, tetapi pihak kerajaan harus berbuat sesuatu agar mana-mana pekerja tempatan yang menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab seperti itu mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kerajaan tidak harus membiarkan perkara seperti ini dari terus berulang kerana kewujudan SCORE mestilah mendahulukan kepentingan tenaga kerja tempatan sebelum melihat kepada keperluan mana-mana majikan untuk mendapat tenaga kerja warga asing.

Selain itu kerajaan Sarawak sebelum memberi sebarang projek kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian di dalam apa jua projek SCORE haruslah diingatkan agar mereka mengutamakan rakyat tempatan untuk mengisi jawatan yang tertentu dan kerajaan negeri harus tetapkan itu sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh para majikan yang mana syarikat mereka turut terlibat di dalam SCORE tenaga diperbaharui Sarawak.

Isnin, Januari 28, 2013

Apahal Tok Guru PAS sambut Maulud di rumah Karpal Singh ?

Lihatlah kepada objek-objek yang terdapat di dalam rumah kediaman Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh tempat di mana Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut ulang tahun hari kelahiran beliau yang ke-82 tahun.

Salah satu objek yang jelas kelihatan di belakang Karpal Singh iaitu yang terletak di atas meja sebelah kiri adalah sebuah patung yang menyerupai dewa tertentu mengikut kepercayaan para penganut agama Hindu.

Berikutan peristiwa tersebut, hanya satu soalan yang ingin dilontarkan...apakah hukumnya bagi seseorang yang beragama Islam yang meraikan harijadi beliau di dalam rumah orang bukan Islam yang mana di dalam rumah berkenaan terdapat berbagai jenis benda atau objek yang menyerupai makhluk dan adakah perbuatan tersebut boleh mendatangkan syirik kepada orang Islam sekiranya benar mereka melakukannya?

Jumaat, Januari 25, 2013

Bakar Injil: kenyataan Tok Him telah disalah-ertikan !

Saya tetap yakin bahawa kenyataan Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengancam mahu membakar Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sengaja diselewengkan hingga menimbulkan rasa salah faham di kalangan sesetengah orang-orang Kristian di negara ini.

Tetapi dalam isu ini orang-orang Kristian di negara ini hendaknya mengambil sikap bertenang dan tidak usahlah terburu-buru apabila menerima atau disorong dengan berita-berita yang tidak dikenalpasti sumbernya dan tidak perlulah bertindak balas kerana untuk mendapat kepastian haruslah mendengar dari kedua-dua pihak dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak saja.

YB Datuk Ibrahim Ali semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk melakukan perkara sedemikian tetapi malangnya kenyataan beliau terlebih dahulu telah diputar belit oleh pihak tertentu dan disamping itu Datuk Ibrahim Ali juga menjelaskan bahawa maksud beliau ialah hanya merujuk kepada Injil yang diedarkan seperti yang berlaku di SMK Jelutong Pulau Pinang baru-baru ini sekira benar ianya mengandungi kalimah Allah dan bukannya Injil yang digunakan oleh para penganut agama Kristian di Malaysia.

Harap umat Kristian di negara ini faham dengan penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu dan sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman seperti beliau kita perlu sedar tentu amat mustahil sekali bagi orang yang berusia seperti Datuk Ibrahim Ali boleh mengajak dilakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip beliau selaku seorang Ahli Parlimen apatah lagi mewakili kawasan Parlmen yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbagai bangsa dan agama.

Sebagai orang Kristian saya berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera secara muktamad dan tak perlu diperpangkan lagi dan juga berharap pihak kerajaan agar bertegas terhadap mana-mana individu tanpa mengira apa jua latar belakang mereka yang cuba terus memainkan isu ini, ambil tindakan tegas dan dakwa mereka di mahkamah kerna jika dibiarkan seperti sekarang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya akan merosakkan perpaduan rakyat di negara ini.

Isnin, Januari 21, 2013

PAS dalam dilema, ditelan pahit dibuang sayang!!

Tekanan yang sedang dihadapi oleh para pemimpin tertinggi PAS daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Mursyidul Am sehinggalah kepada para Ulamak sungguh hebat sekali. Dalam waktu mereka berpura-pura mempertahankan kalimah Allah agar dilihat seperti benarlah mereka sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam namun pada saat yang sama mereka juga terpaksa menerima desakan dan tekanan dari rakan sekutu dalam Pakatan Haram iaitu DAP yang mahu PAS mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura pada 13 Januari lalu berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Pemimpin DAP yang rata-rata bukan beragama Kristian seperti Karpal Singh yang beragama Hindu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang beragama Buddha, Prof Dr P. Ramasamy juga beragama Hindu namun begitu terlalu berlagak mahu dilihat sebagai hero di kalangan masyarakat Kristian apabila cuba tampil mempertahankan kalimah Allah yang terdapat di dalam Kitab Injil atau Bible. Akibat terima tekanan daripada Karpal Singh berhubung dengan isu berkenaan Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz gagal membuka mulut malah terus diam membisu dan membiarkan pemimpin lain keluar bersuara.

Ahad, Januari 20, 2013

Empangan Bakun membebaskan Sibu dari masalah banjir besar..

Dengan siapnya projek mega kerajaan iaitu Empangan Hydroelektrik Bakun yang terletak di Balui dalam Bahagian Bintulu di Sarawak sekurang-kurangnya telah menyelamatkan Bandar Sibu khususnya dan kawasan-kawasan rendah yang berdekatan amya dari masalah banjir besar yang sebelum ini saban tahun sering melanda bahagian tersebut terutamanya pada musim tengkujuh.

Projek Hydro Bakun pada peringkat awal cadangan dan dalam peringkat pelaksanaannya telah mendapat berbagai bantahan daripada penduduk setempat serta tentangan hebat daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononnya projek berkenaan akan mendatangkan bencana alam yang sangat teruk sekiranya empangan tersebut pecah dan  mengakibatkan banyak penempatan penduduk di bahagian hilir projek berkenaan seperti Bintulu, Kanowit dan Sibu menerima risiko ditenggelami air deras apabila empangan berkenaan runtuh dan akan mengancam kehidupan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun kini Empangan Bakun yang telah siap sedia untuk beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini tidaklah sepertimana yang dituduh oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini malahan projek Bakun Hydroelektrik mulai dilihat sebagai penyelamat kepada keadaan terutama ketika masalah banjir besar yang seringkali melanda bandar Sibu pada setiap kali tiba musim hujan namun semenjak Empangan Bakun mula melakukan kerja-kerja penakungan air pada 13 Oktober 2011 dan kemudiannya melakukan pelepasan air secara berterusan mengikut jadual iaitu dalam jumlah 500m air bagi setiap kali operasi untuk membolehkan kenderaan air seperti bot ekspress bergerak, maka penduduk Sibu boleh melihat perkembangan berbeza kesan dari projek empangan tersebut apabila tiada berlaku sebarang banjir besar berlaku di Sibu sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Sabtu, Januari 19, 2013

Nik Abd Aziz calon terbaru PAS untuk PM Malaysia

Para penyokong PAS sudah jelas tidak lagi yakin kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik ke jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya DAP, PKR dan PAS berjaya membentuk kerajaan pada PRU13 kelak.

Jika sebelum ini mereka begitu bersungguh-sungguh mencadangkan kepada pihak Pakatan Haram itu supaya Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan jika ketiga-tiga parti itu ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi malangnya, belum apa-apa lagi para penyokong PAS sudahpun mengubah pendirian awal mereka yang sebelum ini mahukan Datuk Seri Hadi namun kali ini mereka mahu agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haram itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Inilah dilema yang sedang dihidapi oleh para penyokong PAS mahupun PKR ataupun DAP, mereka kini benar-benar berada di dalam situasi yang sungguh mengelirukan, jiwa kacau, pikiran terganggu kerana tidak tahu siapa lagi antara pemimpin tertinggi di dalam parti mereka yang layak untuk diberi kepercayaan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Kasihan dengan para penyokong PAS dan PKR kerana terpaksa berkongsi rasa serba salah sesama mereka akibat krisis kepimpinan dalam Pakatan Haram pembangkang yang sentiasa tidak pernah menemui kata putus tentang siapa sebenarnya yang paling layak menjadi Perdana Menteri andaikata nasib menyebelahi mereka pada pilihan raya itu nanti.

Arkib Blog