Inilah hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan yang pernah dilakukan oleh PAS terhadap mana-mana ahlinya yang didakwa ingkar dan tidak mematuhi prinsip kabur Pakatan Pembangkang. Jika sebelum ini ketua pembangkang Anwar Ibrahim secara jelas mengiktiraf kerajaan Israel serta berjanji akan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel dan ini turut dipersetujui oleh PAS tetapi mungkin dengan tindakan Ustaz Nasharuddin yang ikut serta dalam rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza telah membuat PAS jadi tergamam dan terkejut kerna ini pada anggapan mereka telah menyalahi persefahaman yang PAS jalinkan bersama DAP dan juga PKR maka itu Ahli Parlimen Bachok itu harus dikenakan tindakan tegas.
Nampaknya tindakan tergesa-gesa PAS terhadap Uztaz Nasha hanya kerana beliau mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza atas nama lawatan kemanusiaan, kalau selepas ini PAS tidak dapat tanganinya dengan cermat sudah pasti akan membinasakan parti itu sendiri, orang ramai ataupun sesetengah daripada ahlinya tentu akan bertanya apa salah Ustaz Nasha ke Gaza sedangkan Gaza dipimpin oleh Hamas dan Hamas pula telah lama menjadi rakan baik PAS iala lama sebelum parti itu membentuk kerajaan di Gaza dan apa pula tanggapan Perdana Menteri Ismael Haniyeh terhadap jika beliau tahu PAS pecat ahli partinya hanya kerana datang ke Gaza?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan