Jika sebelum ini mereka begitu bersungguh-sungguh mencadangkan kepada pihak Pakatan Haram itu supaya Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan jika ketiga-tiga parti itu ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.
Tetapi malangnya, belum apa-apa lagi para penyokong PAS sudahpun mengubah pendirian awal mereka yang sebelum ini mahukan Datuk Seri Hadi namun kali ini mereka mahu agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haram itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Inilah dilema yang sedang dihidapi oleh para penyokong PAS mahupun PKR ataupun DAP, mereka kini benar-benar berada di dalam situasi yang sungguh mengelirukan, jiwa kacau, pikiran terganggu kerana tidak tahu siapa lagi antara pemimpin tertinggi di dalam parti mereka yang layak untuk diberi kepercayaan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.
Kasihan dengan para penyokong PAS dan PKR kerana terpaksa berkongsi rasa serba salah sesama mereka akibat krisis kepimpinan dalam Pakatan Haram pembangkang yang sentiasa tidak pernah menemui kata putus tentang siapa sebenarnya yang paling layak menjadi Perdana Menteri andaikata nasib menyebelahi mereka pada pilihan raya itu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan