Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 20, 2013

Video fitnah ! krisis Taib Mahmud dengan keluarga Tun Rahman bermula lagi..

 Video yang dihasilkan oleh Global Witness iaitu "Inside Malaysia's Shadow State" atau "Di Sebalik Bayang-bayang Sebuah Negeri Di Malaysia" bagi saya hanyalah suatu kisah balas dendam dalam keluarga yang tidak pernah berkesudahan.

Saya berpendapat sedemikian sebaik saja melihat kemunculan Fatimah Tun Abdul Rahman(gambar di bawah, yang gemuk) iaitu sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di dalam video tersebut dan lebih-lebih lagi apabila mendapati klip video berkenaan dibuat dengan bantuan orang luar yang memang pakar di dalam kerja-kerja penggambaran serta mengolah cerita agar mudah diterima masyarakat.
Saya pikir masih ramai rakyat Sarawak yang ingat bagaimana persengketaan di antara Pehin Sri Taib-Tun Rahman Yaakub-Datuk Haji Salleh Jafaruddin bermula. Dan di kalangan anak-anak Tun Rahman sendiri tentu ada antara mereka yang merasakan tidak senang hati dengan sepupu mereka itu ekoran krisis yang pernah berlaku antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman seketika dulu.

Walaupun hakikatnya Tun Rahman sendiri pada tanggal 08 Januari 2008 iaitu pada hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80 tahun secara terbuka telah mengisytiharkan perang saudara antaranya dengan Pehin Sri Taib telah tamat dan berakhir akan tetapi ianya seperti tidak dapat diterima dengan baik oleh Fatimah selaku anak sulung kepada Tun Rahman.

Saya masih ingat bagaimana tercetusnya krisis keluarga antara mereka yang berlaku tidak lama selepas Pehin Sri Taib mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman pada awal tahun 1980an di mana sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang baru ketika itu sudah tentulah beliau mahu memastikan agar tiada berlaku sebarang penyelewengan ataupun kegiatan yang berunsur rasuah baik dalam kerajaan, swasta mahupun di kalangan pemimpin-pemimpin politik itu sendiri.

Pembersihan untuk ke arah itu telah dilakukan oleh Pehin Sri Taib bermula dari atas di mana semua saham-saham milik pemimpin tertentu di dalam syarikat-syarikat pembalakan misalnya telah dibekukan bagi mengekang mereka yang berkuasa daripada terus mengaut keuntungan dari hasil wang yang sepatutnya masuk ke dalam dana kerajaan bagi tujuan kebajikan rakyat.

Tindakan tegas dan drastik Pehin Sri Taib ketika itu tidak memandang kepada muka atau latar belakang mereka yang lainnya dan ini terbukti terhadap tindakan beliau ke atas mereka yang berkepentingan dalam kerajaan serta sebagai pemegang saham di dalam syarikat pembalakan seperti yang dilakukan beliau ke atas saham-saham milik Tun Rahman dan Datuk Hj Salleh Jafaruddin dalam syarikat Forescom Timber Sdn Bhd yang terletak di Kuala Baram Miri, akhirnya telah dibekukan.

Akibat dari peristiwa itu, maka permusuhan politik di antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman terus berlanjutan sehingga sekian lama dan kemuncaknya sewaktu tertubuhnya sebuah parti baru di Sarawak iaitu Parti Maju Sarawak atau Permas yang dinaungi oleh Tun Rahman Yaakub sebagai parti pembangkang bersama-sama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk mengguling Pehin Sri Taib dari jawatan sebagai Ketu Menteri.

Saya juga masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Kecil DUN Oya/Dalat di Sarawak dalam tahun 1987 di mana Pehin Sri Taib terpaksa bermalam selama seminggu di dalam kapal Sri Sarawak yang berlabuh di tengah-tengah Sungai Batang Oya di hadapan Kampung Brunei Dalat bagi memudahkan beliau berkempen membantu calon menentang lawan dan dalam masa yang sama juga Tun Rahman serta Datuk Hj Salleh bersama-sama dengan para pengikut mereka berkubu dan berkampung di sebuah rumah dua tingkat milik seorang pengusaha balak di Kampung Hilir Dalat.

Berbalik kepada isu video ini, saya tidak melihat perkara ni akan melemahkan semangat juang Pehin Sri untuk terus melakukan yang terbaik kepada Sarawak serta rakyatnya walaupun waktu untuk beliau bersara dari politik negeri sebenarnya telah semakin dekat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menghasilkan video klip berkenaan serta pemegang-pemegang watak di dalamnya adakah mereka sudah cukup bersedia dengan segala bukti yang ada untuk membawa ke tengah apa yang telah dituduh oleh mereka terhadap Pehin Sri Taib itu benar?

2 ulasan:

Daeng Selili berkata...

saalam blogger..
mohon pautkan saya disini..

daengselili.blogspot.com

telah pautkan blog anda disana..mekasih..

hilbert berkata...

Ok bro...akan dilakukan...

Arkib Blog