Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 18, 2013

Apa makna kemerdekaan, jika pihak asing terus mahu mencampuri hal ehwal Malaysia?

Kritikan yang dibuat oleh senator Bebas Australia Nick Xonophon terhadap sistem demokrasi di Malaysia sebagai "teruk dan kritikal" tidak patut dipandang ringan oleh pihak kerajaan kerana jika dibenarkan beliau terus menerus mengeluarkan berbagai kenyataan tentang undang-undang atau apa jua sistem yang diamalkan di negara ini, kita khuatir tindakan beliau jika tidak dibendung akan mengundang lebih ramai lagi pihak asing yang kurang senang dengan kerajaan Malaysia akan turut berbuat perkara yang sama dan ini sudah tentu amat tidak baik untuk perjalanan sesebuah kerajaan.

Nick Xenophon yang ditahan oleh pihak Imigresen sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Subang dan kemudian telah dihantar pulang semula ke Australia terus mengecam tindakan pihak berkuasa Malaysia malahan isu pengusiran beliau dari negara ini juga mendapat reaksi pantas Canberra yang turut membidas kerajaan Malaysia atas insiden tersebut.

Tujuan sebenar kunjungan Nick Xenophon ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membincangkan persediaan pihak SPR dalam menghadapi PRU13 di samping untuk mendapatkan kepastian bahawa pilihan raya itu nanti berjalan dengan bebas, bersih dan adil.

Inilah yang saya saya lihat tidak wajar sekali berlaku sedangkan Malaysia bukannya baru dua tiga tahun wujud di atas peta dunia dan bukan juga pengalaman pertama Malaysia mengadakan pilihan raya tetapi sudah jelas menyebut yang pilihan raya kali ini adalah yang ke tiga belas dalam tempoh 60 tahun negara mengamalkan sistem demkorasi pilihan raya bebas yan diadakan setiap lima tahun sekali dan tidak boleh diterima oleh akal sekiranya setiap kali Malaysia mengadakan pilihan raya maka setiap kali itulah akan diletak dibawah pengawasan pihak asing !

Malaysia sudah lama merdeka, jadi pihak asing jua harus hormati kemerdekaan yang kita kecapi sebagaimana Malaysia menghormati kebebasan Australia dalam mengurus hal ehwal negara mereka sendiri, Malaysia hormati undang-undang Australia serta segala sistem yang mereka amalkan jadi Malaysia juga mahu agar Australia turut menghormati kedaulatan undang-undang di Malaysia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ORG ASING KLU MASUK SINI PASTU TAK HORMAT UNDANG2 NEGARA JGN KASI MUKA BROO..BELASAH SKALI SI KITOL YG MEMANDAI2 NK HANCURKAN NEGARA...JGN KASI CHAN HARKKK PTUIHHH KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

Itulah bro, yg membawa kuasa asing masuk campur dalam urusan negara kita perlu dikenakan tindakan tegas...tapi masalahnya..menteri KDN kita, trlalu mengalah

Arkib Blog