Protes oleh bekas pekerja syarikat berkenaan segera mendapat perhatian seorang Anggota Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung yang turut berada di lokasi (gambar atas) namun pihak majikan dikatakan tidak muncul-muncul ketika protes tersebut.
Apa yang rakyat Sarawak harap sangat daripada pihak kerajaan negeri ialah agar mereka turut campur tangan di dalam hal-hal kebajikan para pekerja tempatan yang sering menjadi mangsa penindasan seperti itu di mana peluang kerja yang sepatutnya di nikmati oleh pekerja tempatan telah di berikan kepada pekerja-pekerja asing sedangkan tujuan sebenar SCORE diwujudkan adalah bertujuan untuk membuka peluang lebih banyak kerja kepada rakyat tempatan sendiri tetapi malangnya peluang tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan pekerja asing dan yang lebih menyedihkan apabila berlaku seperti kejadian pekerja tempatan dibuang dan diganti pula dengan pekerja asing.
Dalam hal seperti ini kerajaan Sarawak harus hanya berpeluk tubuh, tetapi pihak kerajaan harus berbuat sesuatu agar mana-mana pekerja tempatan yang menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab seperti itu mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kerajaan tidak harus membiarkan perkara seperti ini dari terus berulang kerana kewujudan SCORE mestilah mendahulukan kepentingan tenaga kerja tempatan sebelum melihat kepada keperluan mana-mana majikan untuk mendapat tenaga kerja warga asing.
Selain itu kerajaan Sarawak sebelum memberi sebarang projek kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian di dalam apa jua projek SCORE haruslah diingatkan agar mereka mengutamakan rakyat tempatan untuk mengisi jawatan yang tertentu dan kerajaan negeri harus tetapkan itu sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh para majikan yang mana syarikat mereka turut terlibat di dalam SCORE tenaga diperbaharui Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan