Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 20, 2013

Jika DAP ada projek Terowong Dasar Laut, takkanlah PKR & PAS tiada projek gempak akhir penggal?

Kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan cadangan projek di luar jangkaan dan mungkin juga di luar kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Terowong Dasar Laut yang menelan kos berbilion-bilion ringgit Malaysia.

Yang lebih mengejut dan mengujakan kita rakyat seluruh Malaysia ialah apabila cadangan projek raksasa itu diumumkan saat Parlimen Malaysia sedang menunggu detiknya untuk dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib kerana tempoh tamatnya sudah semakin dekat.

Kenapa baru sekarang kerajaan DAP Pulau Pinang baru sibuk nak buat projek itu projek ini tatkala tempoh penggal Parlimen yang ke-12 semakin hampir ke penghujungnya dan kenapa tidak dilakukan dalam tempoh 5 tahun yang sudah waktu mereka sedang berada dipuncak kekuasaan?

Bagi saya semua itu dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng semata-mata untuk menambat hati para pengundi di negeri tersebut agar terus memberi sokongan kepada mereka. Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mahu memberi pembangunan di Pulau Pinang serta menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentulah isu rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana sudah lama selesai dan tidak terus menjadi beban kepada pentadbiran mereka.

Bagaimana pula dengan kerajaan PKR di Selangor serta kerajaan PAS di Kelantan dan juga kerajaan PAS di Kedah, takkanlah sementara menunggu saat Parlimen dan juga DUN dibubarkan mereka tiada projek lebih gempak dari projek DAP untuk dipalukan kepada rakyat ?

Jika DAP dengan projek Terowong Dasar Lautnya, PKR pula sekurang-kurangnya rancangkan projek Terowong Bawah Tanah dari pusat pentadbiran kerajaan PKR Selangor di Shah Alam menuju ke Putra Jaya dan begitu juga dengan PAS, mereka harus ada projek yang lebih hebat dari DAP dan PKR di mana PAS boleh kemukakan cadangan untuk bina jambatan dari Bumi menuju ke bulan. Gempakkan !!

5 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BROO...PKR BANGGA DGN PROJEK CUCUK BLKNG..PAS PLAK MEGAH DGN JUAL TANAH KT TOKEY ASING...NK CKP APE LG BROO HUHUHUHU

Jokiden NS berkata...

PKR bangga ngan Projek Datum Jelatek yang berbillion ringgit tu.

Pas biasalah dgn Projek Lebuh Raya rakyat.

hilbert berkata...

Bro Jeffru salam 1Malayaia,
Ye tak ya juga...PKR dengan projek 18sx hehe

Salam bro Jokiden,
Ingatkan dua2nya taknak bersaing dengan DAP haha...rupanya ada projek atas angin juga hehe

hilbert berkata...

Olps! Salah taip ni bro Jeffry.. Namapun sudah jadi lain...payah guna iPhone ni hehe

zainal berkata...

Jeti di pulau pinang pun dah uzur tak ubah2 buat la lrt ke monorel ke mrt kan lebih bagus dari membazir duit nak buat terowong bertambah sesak la pulau pinang

Arkib Blog