Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 16, 2012

Liwat III: Anwar kena liwat dengan Mahasiswa buat laporan polis !!!

Kita berlintas langsung dengan Papa Gomo dari perkarangan bangunan Pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara :)

Atas cuma gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan sesape baik yang hidup ataupun yang kurang sihat dan kiranye ada persamaan anggaplah semuanye sebagai kebetulan sahaja ;-)

Ahad, Julai 15, 2012

Kes perceraian meningkat sejak Abby Abadi masuk PAS !

Sejak "janda berhias" Abby Abadi menyertai PAS serta berceramah untuk parti berkenaan, ini telah menjadikan kes perceraian di kalangan pemimpin dan juga para pengikut mereka menjadi semakin meningkat. Keadaan yang berlaku ini seolah-olah menggambarkan wujudnya perebutan sesama sendiri pemimpin dalam PAS untuk menambat hati Abby Abadi sehingga ada yang sanggup menceraikan isteri masing-masing.

Jika ianya berlaku dikalangan para penyokong atau ahli parti biasa itu merupakan perkara biasa apabila terdapat antaranya yang meninggalkan PAS kerana telah sedar bahawa perjuangan PAS sudah semakin terpesong dari landasan perjuangan asal parti.

Tetapi apabila kes perceraian berlaku di kalangan pemimpin mereka ini sudah tentu menimbulkan berbagai persoalan mengapa dan kenapa harus berlaku perceraian kerana yang sepatutnya PAS yang kononnya berjuang atas nama agama wajib menyeru orang Islam kepada perpaduan dalam rumahtangga serta keluarga dan bukannya mengajak umat kepada jalan perceraian.

Persoalan yang boleh ditimbulkan ialah apakah dengan kemasukan beberapa kerat artis wanita ke dalam PAS akan terus meningkatkan lagi kes-kes perceraian dalam PAS apabila semakin ramai yang ingin memperisterikan artis-artis wanita yang telah berjaya ditawan masuk ke dalam perangkap mereka?

TV2 sabotaj ucapan DS Najib di majlis Hari Koperasi Negara 2012 !??

Saya kurang pasti kenapa ucapan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa melancarkan Hari Koperasi Negara 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disiarkan secara langsung oleh rangkaian RTM TV2 semalam dari awal sehingga ke penghujung ucapannya memang sangat berbeza baik dari segi audio serta gerak-geri PM ketika menyampaikan ucapan jika dibandingkan sewaktu beliau berucap di majlis-majlis lain sebelum ini.

Semalam ketika di majlis pelancaran Hari Koperasi Negara sangat jelas PM seperti tidak ceria, lemah dan tidak bersemangat malah apa yang lebih mengejutkan ialah sepanjang ucapan beliau banyak sangat perkara yang tidak kena dan antaranya apabila terdapat perkataan-perkataan yang disebut oleh Datuk Seri Najib terputus-putus dan ketika jua ucapan beliau seperti menjadi alunan lagu-lagu. Dan yang menjadi lebih musykil lagi apabila suara Datuk Seri Najib yang kadangkala tenggelam timbul, sekejap seperti suara orang lain sekejap balik seperti suara beliau sendiri dan ini berlaku sehingga selesai ucapan PM.

Saya tertanya-tanya...eh paesal ni...PM tdak sihat ke... kemudian saya periksa TV tak ada juga yang rosaknya... lantas saya berpikir mungkin ini satu usaha untuk mensabotaj segala usaha murni PM dalam memperjuangkan hak rakyat negara ini. Dalam kerajaan sendiri juga ramai yang menjadi "musang berbulu ayam" lalu saya terpikir juga apalagi kalau dalam TV2 yang dikhususkan untuk siaran berbahasa Cina dan Tamil tentulah lagi ramai musang-musangnya yang berbulu ayam...ini cuma gerak hati saya selaku rakyat biasa yang menyanjung kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib.

Sabtu, Julai 14, 2012

Lanun sesat dari Tanah Besar China terdampar di Tanah Melayu !

Kit Siang nampaknya lupa akan asal-usul suku sakat beliau. Kit Siang juga tidak sedar bahawa Raja-raja Melayu sejak dahulukala lagi tak ada seorangpun yang hidup melarat hingga membawa bersama mereka kaum kerabat untuk berhijrah ke negara China bagi menyambungkan kehidupan di negara orang.

Lain pula dengan kaum kerabat Kit Siang kerena mereka datang ke Tanah Melayu dan bukannya Raja-Raja Melayu yang datang ke Tanah Besar China. Tetapi bagaimana Kit Siang boleh menjadi begitu buta sehingga tergamak menghina Raja-Raja Melayu sebagai lanun yang merompak wang rakyat.

Kaum kerabat Kit Siang boleh hidup dengan serba selesa di Malaysia ini malah kaum mereka banyak melahirkan individu-individu terkaya dan ini semua berkat dari negara Malaysia dinaungi oleh Raja-Raja Melayu serta KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...

Jumaat, Julai 13, 2012

2 kejadian luarbiasa berlaku pada malam akhir Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ke-54

Pada Majlis Penyampaian Sijil serta Hadiah kepada para peserta Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran Peringkat Antarabangsa kali yang ke-54 yang telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berlaku dua kejadian yang sepatutnya tidak terjadi namun ianya tetap juga berlaku.

Malam ini tadi saya sebenarnya mengikut siaran langsung upacara majlis berkenaan melalui saluran RTM TV1. Pada pertengahan majlis berlangsung sebaik saja giliran perserta dari negara Nigeria kalau tak silap saya beliau telah naik ke atas pentas untuk menerima sijil penyertaan serta hadiah saguhati daripada Yang di-Pertuan Agong di mana selepas bersalam dengan Baginda Yang diPertuan Agong peserta tersebut terus merapatkan tubuhnya ke arah Yang di-Pertuan Agong lantas memeluk Baginda yang kelihatan terkejut dengan perbuatan individu berkenaan.

Sambil memeluk Yang di-Pertuan Agong, peserta dari negara Nigeria itu juga turut menepuk belakang bahu Baginda Tuanku Abdul Halim seolah-olah beliau sedang meraikan kemenangan bersama-sama dengan para sahabatnya. Kejadian itu juga turut memaksa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri (MB) Jamil Khir Baharom dua kali mencuba untuk melepaskan tangan peserta Nigeria itu dari terus memeluk Yang di-Pertuan Agong namun tidak dihirau oleh peserta tersebut.

Kejadian seperti ini dapat dihindar sekiranya mereka yang terlibat di dalam penganjuran majlis tersebut telah bersedia lebih awal dengan memberi taklimat secukupnya kepada seluruh peserta mengenai peraturan ketika majlis berlangsung. Semua peserta sewajarnya diterangkan tentang perjalanan majlis dari awal sehingga majlis selesai. Bagitau mereka tentang bagaimana menjaga adab ketika berhadapan dengan Yang di-Pertuan Agong di hadapan para hadirin yang lainnya.

Kejadian yang kedua juga tidak kurang memalukan penganjur majlis ketika giliran Raja Permaisuri Agong menyampaikan sijil serta hadiah kepada peserta Qariah. Bagaimana tudung seorang peserta yang baru hendak bersalam dengan Raja Permaisuri Agong boleh terlepas dari kepalanya sehingga memaksa beliau berlari dengan pantas kembali turun ke bawah pentas untuk mendapatkan tudungnya. Kejadian ini telah mengundang suasana riuh dengan gelak ketawa mereka yang hadhir dan nyata Raja Permaisuri Agong sendiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malahan Yang di-Pertuan Agong juga tidak dapat menahan untuk turut tertawa.

Apakah dua kejadian ini akan menjadi satu permulaan bagi apa yang disebut sebagai "Transformasi" untuk majlis-majlis seumpamanya pada musim yang seterusnya ataupun jika sudah tentu ini bukan satu gimik yang sengaja dirancang oleh pihak penganjur majlis maka apakah yang akan diperjelaskan oleh kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ke atas majlis yang telah menimbulkan dua kejadian yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi apabila ianya melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

RALAT: "akan berhenti meliwat jika berjaya tawan Putrajaya pada PRU13"

Pembetulan dari laporan yang terdahulu. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah tersasul berkata apabila berjanji akan bersara dari arena politik negara jika Pakatan Haram Pembangkang gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan berhasrat untuk kembali menjadi pensyarah.

Namun yang sebenarnya beliau ingin katakan bahawa andaikata Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti beliau mahu rakyat percaya yang beliau akan berhenti meipu, membohongi rakyat dan lupa juga akan meninggalkan kegiatan suka meliwat. "Bersara" maksud beliau maka itulah.

Berjanji sebelum berkuasa memang begitulah. Tapi apabila kuasa sudah ada dalam genggaman semua janji yang terdahulu akan diketepikan. Janji untuk bersara cuma untuk mengaih simpati para penyokong beliau tetapi sehingga kini tiada seorangpun dari kalangan penyokong mahupun pengikut Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan mengenai hasrat beliau itu.

Rabu, Julai 11, 2012

Liwat II: Baruk Bian terus mengipas Anwar Ibrahim yang sedang kepanasan !

Berita hari ini yang hangat dari Semenanjung Malaysia apabila pihak Peguam Negara semalam akhirnya mengemukakan petisyen rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 9 January 2012 lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopinya Mohd Saiul Bukhari Azlan. Syabas kepada Mohd. Saiful!...anda akan mendapat keadilan sebagaimana yang kami rakyat Malaysia harapkan...

Seolah-olah sedar bahawa Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR sedang kepanasan dengan perkembangan terbaru kes liwat II Ahli Parlimen Permatang Pauh itu maka Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian terus memulakan langkah demi menyelamatkan keadaan dan demi untuk menyejukkan hati Anwar Ibrahim, YB Baruk Bian yang sebelum ini agak pendiam, kurang bercakap sudahpun mula belajar berbohong kepada rakyat Sarawak. Beliau mula cuba menipu rakyat Sarawak dengan berbagai andaian serta teori yang terdesak.

Baruk Bian kata ramai dah wakil-wakil rakyat BN Sarawak sudah mula berjinak-jinak dengan Pakatan Haram Pembangkang PKR, DAP dan PAS. Kata Baruk Bian mereka memang semakin ramai yang menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Haram Pembangkang pada PRU-13 nanti. Tetapi apabila ditanya siapakah mereka wakil rakyat BN yang beliau maksudkan, Baruk Bian enggan memberitahu namun mahu mahu orang yakin kononnya ramai sudah wakil-wakil rakyat BN yang pernah berjumpa dengan beliau untuk tujuan itu.

Nampaknya penyakit pembohong serta penyakit penipu yang ada pada Anwar Ibrahim kini telahpun menular hampir kepada keseluruh para pemimpin yang masih terpedaya dengan PKR. Kalau dulu Anwar Ibrahim sudahpun terkenal dengan isu penipuan 60 Ahli Parlimen kononnya akan melompat menyertai Pakatan Haram Pembangkang, kemudian tentang pembohongan 16 September 2008 kini tugas untuk menipu rakyat Sarawak telahpun digalas oleh Baruk Bian pula.

Harap rakyat Sarawak tidak tertipu dengan pembohongan Baruk Bian ini dan kalau benarlah apa yang dikatanya pernah berlaku pertemuan antara beliau dengan kumpulan wakil-wakil rakyat BN maka beliau kena buktikan dakwaannya benar dan tunjukkan kepada rakyat Sarawak siapakah wakil rakyat yang mahu berpaling tadah itu dan kalau perlu Baruk Bian kena melakukan "Sumpah menggunakan Bible" di mana-mana Gereja yang ada di Bumi Kenyalang ini demi menyatakan bahawa apa yang beliau katakan itu benar dan bukannya hanya rekaan semata-mata.

Rabu, Julai 04, 2012

DAP tidak membantah Malaysia Negara Islam tapi hanya menolak Negara Islam PAS!

Mengikut penghayatan saya mengenai penolakan oleh DAP selama ini terhadap usaha PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam ianya kalau dilihat dari berbagai sudut tidak juga kelihatan yang DAP bersungguh-sungguh mahu menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pada dasarnya Malaysia memangpun adalah sebuah negara Islam yang dinaungi oleh Raja Melayu, ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam sejak negara ini terbentuk pada 16 September 1963. Dan semua ini telahpun disedari dan diterima oleh seluruh rakyat sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia malahan sehingga kini seluruh pemimpin negara luar mengakui serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana dan maju.

Jika benarlah DAP mahu menentang habis-habisan sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah tentulah setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin besar dunia seperti ucapan tahniah oleh Presiden Barrack Obama, Perdana Menteri China, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Britain dan lain-lainnya yang nyata mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh akan disusuli oleh tindakbalas DAP menyerah nota bantahan di Ibu Pejabat Kedutaan negara berkenaan.

Terbaru dalam lawatan negara selama empat hari Presiden Republik Guinea di mana beliau juga turut mengeluarkan kenyataan serupa dengan memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan mahu mempelajarinya dari pengalaman Malaysia dan ini secara langsungnya memberi pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terus diakui oleh dunia tetapi kenapa DAP membisu seribu bahasa apabila pihak luar mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak meminta mereka langkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu sepertimana DAP mengugut PAS sebelum ini?

Apa yang ditakuti oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh PAS sebenarnya ialah tentang penampilan pemimpin PAS itu sendiri yang menggambarkan ketidakadilan pasti akan berlaku jika mereka melaksanakan hukum hudud di Malaysia kelak dan kesimpulannya mudah, DAP menolak negara Islam yang cuba dicorak oleh PAS dan tiada apa-apapun bantahan DAP terhadap nilai-nilai Islam yang sekian lama telah diterap oleh UMNO dalam pentadbiran negara malah ramai orang bukan Islam dinegara ini yang menerima secara terbuka konsep Islam yang dibawa oleh UMNO dalam pemerintahan Malaysia.

Isnin, Julai 02, 2012

Boros, antara punca MAS terus dilanda krisis kewangan !

Antara sebab yang mudah untuk dikenal pasti sebagai punca mengapa krisis kewangan yang melanda Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) semakin sukar diatasi malahan bertambah kritikal ialah kerana sikap pengurusan MAS itu sendiri yang boros, tidak berhemah di dalam menguruskan perbelanjaan para kakitangannya.

Contoh yang paling jelas ialah apabila sesebuah pesawat penumpang MAS tak kiralah apa kelasnya melakukan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mahupun ke Sabah sekiranya bermalam maka semua kakitangan MAS bermula daripada juruterbang, peramugari serta peramugaranya akan ditempatkan di hotel-hotel bertaraf 3 dan 5 bintang dengan diberi masing-masing sebuah bilik.

Jika sebuah pesawat MAS mempunyai 10 kakitangan, bayangkan kalau setiap hari MAS terpaksa mengeluarkan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk membiayai perbelanjaan para pekerjanya yang bertugas dalam pesawat yang lain di tempat-tempat tertentu baik bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.

Apa salahnya jika MAS berani berbuat sesuatu demi memulihkan semula sistem kewangan mereka dan bukan perkara yang sangat sukar untuk melakukannya bermula dengan staf-staf, biasakan mereka untuk berkongsi 2 orang ataupun 3 orang bagi sebuah bilik hotel dan selain itu juga MAS patut bertukar jika sebelumnya sudah sangat selesa dengan hotel-hotel mewah yang berbintang-bintang apa kata selepas ini pilih saja hotel-hotel kelas ekonomi yang agak murah.

Sepatutnya pihak pengurusan MAS perlu bijak berbelanja serta berjimat-cermat ketika syarikat mereka sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan bukannya terus berbelanja seperti selalu tanpa memikirkan akan kemampuan kewangan mereka.

Untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan negara ini dari terus dilanda masalah yang tak sudah-sudah, maka kerajaan dan juga rakyat Malaysia perlu juga ke depan untuk sama-sama membantu walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi memadai beri mereka cadangan apa yang patut demi kelangsungan syarikat MAS yang sekian lama telas sama-sama turut menyumbang yang terbaik buat negara ini sebelum munculnya Air Asia.

Sabtu, Jun 30, 2012

Industri pelancongan Sarawak terus muram selepas persaraan Tun Dr M

Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad memang banyak memainkan peranan beliau untuk memajukan industri pelancongan di Bumi Kenyalang ketika masih berada di tampuk kuasa. Hubungan sangat baik serta erat antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat ketika itu membolehkan apa jua perancangan menjadi mudah untuk dilaksanakan jika dibandingkan hubungan antara kerajaan pusat dengan Sabah ketika diperintah oleh kerajaan PBS di bawah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sumbangan serta usaha gigih beliau untuk menarik sebeberapa ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negeri Sarawak ketika era pemerintahannya memang tidak dapat dinafikan dan ramai rakyat Sarawak tentunya masih ingat bagaimana Tun Dr. Mahathir sudi bermalam selama dua hari dua malam di Mulu Sarawak bagi meraikan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu beberapa bulan sebelum pengunduran beliau dan ini sebagai tanda simbolik betapa Tun Dr. Mahathir mahu kerajaan negeri terus memajukan industri pelancongan negeri walaupun beliau sudah bersara dari kerajaan.

Apa yang jelas kini ialah selepas persaraan Tun Dr. Mahathir, seolah-olah kegiatan pelancongan negeri Sarawak seperti sudah tidak bermaya, seakan-akan tiada usaha berterusan oleh pihak kerajaan negeri atau agensi-agensi pelancongan negeri bagi memperkenal serta mempromosikan segala produk pelancongan yang ada di Bumi Kenyalang kepada pihak luar.

Sayang sekali sebab Sarawak jika dibandingkan dengan Sabah apa kurangnya walaupun memang negeri Sarawak tidak dianugerah dengan pulau-pulau cantik serta lautan yang menakjubkan namun Sarawak juga memiliki keindahan alam semulajadi seperti tasik-tasik, sungai, gunung-ganang dan lain-lain lagi selain budaya masyarakat yang berbagai-bagai.

Pihak kerajaan Sarawak khususnya agensi-agensi yang berkaitan hendaklah lebih giat melakukan sesuatu bagi membangunkan industri pelancongan negeri dan tidak hanya mengharapkan pelancong luar singgah berkunjung itupun setelah mereka tahu tentang Sarawak daripada pihak lain. Sarawak tidak boleh hanya berbangga dengan nilai budaya, alam semulajadi atau tarikan-tarikan yang lainnya tanpa adanya usaha dibuat untuk menarik minat warga asing datang melancong ke negeri ini.

Selain itu, Sarawak juga perlu melihat beberapa masalah lain yang menjadi penghalang kepada intergrasi nasional juga minat pengunjung luar terutamanya rakyat Malaysia sendiri dari negeri-negeri lain untuk datang ke Bumi Kenyalang dan kerajaan negeri perlu mengkaji semula beberapa peraturan yang kurang sesuai agar ianya selari dengan kehendak konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Perdana Menteri.

Patutnya Peraturan Imigresen yang dikenakan kepada rakyat dari Semenanjung Malaysia dan juga rakyat Sabah oleh kerajaan Sarawak perlu ditukar dengan sistem yang lebih mudah dan mereka tidak perlu lagi dikehendaki menggunakan passport perjalanan seperti sebelum ini. Ini semua adalah satu cadangan bagi membantu kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan keupayaannya untuk memajukan industri pelancongan negeri.

Bukan juga tidak diperlukan peraturan-peraturan sedemikian demi kemakmuran dalam negeri namun saya rasa adalah sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri melihat lebih jauh ke hadapan dan sekiranya ingin merealisasikan impian mahu negeri ini maju dalam segala bidang sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia maka kerajaan negeri kenalah berkorban satu dua perkara dan saya rasa Sarawak tidak akan rugi apapun jika peraturan berkaitan dilonggarkan sedikit supaya ia menjadi sesuai dengan peredaran semasa.

Hakikat yang rakyat Sarawak perlu terima pada hari ini ialah negeri kita sudah terpinggir terutama dalam bidang pelancongan negara jika dibandingkan dengan Sabah. Semasa era Tun Dr. Mahathir, nama Sarawak sungguh gah di mata dunia...dan siapa yang tidak kenal Gua Mulu, Gunung Mulu, Gua Niah, Bakun dan sebagainya milik Sarawak semua usaha padu Tun Dr Mahthir yang begitu bersungguh-sungguh mahu dunia mengenali Sarawak. Tetapi kenapa kita semua tidak pernah untuk menghargai semua itu?

Apa yang mampu kerajaan Sarawak lakukan pada hari ini untuk meneruskan usaha yang telah dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir dulu? YABhg. Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan betul kepada kerajaan Sarawak bagi memajukan pelanconagan negeri tetapi sayang sekali kerana mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk meneruskannya ternyata tidak ada keupayaan bagi menggalaskan tanggungjawab berkenaan. Seolah-olah mereka ini hanya menunggu bulan jatuh ke riba...

Khamis, Jun 28, 2012

Siapakah antara ketiga mereka ini bakal dilantik jadi KM Sarawak ke-5?

 YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg merupakan Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk sayap Bumiputera (Melayu, Melanau & Kedayan) manakala untuk sayap Pesaka (Dayak Iban, Orang Ulu & Lun Bawang) masih disandang oleh YAB Tan Sri Alfred Jabu juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBB.

Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
 Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.

Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Bekas ADUN N.44 Dalat (sekarang selepas persempadanan semula N.50 Dalat) Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mungkin sandaran akhir Pehin Sri Taib bagi menggantikan beliau nanti. Walaupun tiada jawatan khusus dalam Parti PBB dan bukan lagi sebagai wakil rakyat BN, namun bukan mustahil beliau akan dipilih untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Sarawak selepas persaraan Pehin Sri Taib kelak.

Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.

Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.

Rabu, Jun 27, 2012

Anwar, perkakas terakhir DAP !

 Majlis Peguam sudah jauh menyimpang dari niat asal penubuhannya apabila lebih banyak memberi ruang kepada ahli-ahlinya berpolitik serta menentang pihak pemerintah. Badan ini sah menjadi perkakas kepada Pakatan Pembangkang sejak ianya diterajui oleh S. Ambiga lagi.
 Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM pada mula kewujudannya berbekalkan matlamat lain tetapi kini ia juga telahpun menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya.
 Sama seperti Majlis Peguam dan juga SUARAM, Adam Adli pergi ke Universiti dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi mengubah hidup masa depannya, namun entah bagaimana beliau boleh menjadi perkakas kepada PKR serta pihak Pakatan Pembangkang.
Pengerusi BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, S. Ambiga sedar yang dia memang telah menjadi alat serta perkakas kepada PKR, DAP dan juga DAP. Ambiga juga tahu bahawa kerja dia akan menjadi lebih mudah apabila bekerjasama dengan ketiga-tiga parti berkenaan. Ambiga ada muslihat terselindung di sebalik dirinya sebagai Pengerusi Pertubuhan Haram BERSIH.
 Orang tua ini, A. Samad Said memang rela dijadikan sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan juga DAP serta PAS. Dia sering kelihatan di mana-mana lokasi pihak Pakatan Haram Pembangkang mengadakan bantahan terhadap apa jua projek kerajaan yang berimpak tinggi seperti dalam isu bantahan terhadap projek Lynas di Gebeng Kuantan Pahang di mana A. Samad Said turut serta berdemo.
 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sama juga seperti A. Samad Said, rela diri diperkuda dan dijadikan sebagai perkakas oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dalam Pakatan Pembangkang. Bukan setakat itu saja, Nik Aziz juga rela agama yang beliau anuti dipergunakan oleh pihak DAP dalam tujuan meraih undi sewaktu dalam pilihanraya.
Anwar Ibrahim pula, yang sering menuduh Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media sebagai perkakas kepada UMNO dan juga Barisan Nasional tidak sedar yang dirinyalah yang sebenarnya telah menjadi perkakas kepada DAP dalam mencapai matlamat besar mereka untuk berkuasa di negara ini.

Ahad, Jun 24, 2012

Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan iaitu sejenis tarian suku kaum Mandailing serta kaum Batak di Indonesia agar dapat juga diterima sebagai sebahagian daripada budaya di negara ini nampaknya telah mengundang padah sekali lagi buat Malaysia. Bangunan Wisma Malaysia di negara berkenaan telah menjadi sasaran terbaru perusuh Indonesia yang tidak berpuashati dengan keputusan Malaysia itu.

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.

Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.

Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.

Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.

Jumaat, Jun 22, 2012

BN Sarawak ! bantulah kami penduduk yang tidak ada bekalan air bersih !!!

Musim kemarau sudah datang lagi dan Sarawak pastinya tidak terlepas dari terkena fenomena alam itu. Dan masalah yang paling besar yang dihadapi oleh penduduk terlibat sewaktu musim kering ini adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian.

Masih banyak lagi kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di negeri ini yang tidak mendapat kemudahan air bersih sepertimana yang dinikmati oleh sesetengah penduduk di tempat lain. Tangki air untuk menyimpan air hujan memang ada diberikan oleh pihak kerajaan namun jika hari tidak hujan sehingga sebulan, apa cerita?

Di kampung saya sendiri dalam DUN N.50 Dalat yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah, dalam kawasan Parlimen Datuk Sri Dr. Muhd. Leo Toyad, saluran paip sudah lama tersedia dah dekat hampir setengah tahun namun entah apa sebab sehingga ke hari ini YB kami gagal memberi sebab kenapa air bersih beluim dapat juga disalurkan ke rumah-rumah.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan bahawa masalah air yang berlarutan selama lebih 40 tahun di kampung saya akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun 2011 serta awal tahun 2012. Kini sudah bulan Jun, setengah tahun sudah...kami penduduk kampung mengajukan pertanyaan kepada YB kami dia suruh kami tanya dengan Pegawai Daerah.

Bila ditanya kepada Pegawai Daerah Dalat, dia pula kata tanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR atau Jangan Kerja Rajin) Dalat. Bila saya pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya, boss mereka bagitau dengan saya itu masalah kontraktor, kontraktor belum menyerahkan segala resume-resume yang mencatat segala kerja berkaitan kontrak memasang paip serta lainnya kepada pihak JKR Dalat. Apalah banyak punya birokrasi?

Takkanlah masalah satu kampung iaitu kampung kami yang terletak hanya di tengah-tengah kampung bersebelahan yang penduduknya beragama Islam yang sudah diberikan kemudahan berkenaan itupun wakil rakyat kami masih gagal untuk menyelesaikannya. Apalah punya pemimpin Barisan Nasional kalu sudah begini, pilih bulu...penduduk beragama Kristian tidak dihiraukan manakala yang Islam lebih diutamakan!

Saya sungguh kesal dengan kepimpinan wakil rakyat Barisan Nasional seperti ini..sudahlah peruntukan untuk membina jalan kampung di kampung kami yang sepatutnya berturap namun telah diselewengkan oleh pihak pemaju serta konraktor apabila jalan kampung kami hanya disapukan dengan simen murah bergred 16 yang jelas tidak mengikut spesikasi serta tender yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Banyaklah lagi penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan pusat bukan saja di daerah Dalat malahan jika didedahkan semuanya di mana-mana dalam Sarawak juga pasti ada berlaku perkara sedemikian.

Berbalik kepada masalah air bersih yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk negeri waktu ini, apakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak hanya akan bertindak apabila Parlimen sudah dibubarkan? Apa, nak gunakan masalah rakyat bagi memancing undi dengan projek-projek yang sepatutnya sudah lama siap kenapa perlu mempermainkan rakyat?

Ahad, Jun 17, 2012

KDYMM Paduka Baginda Sultan Johor terus dihina di facebook :(

Pemilik akaun Facebook Wann Rezz ini turut memberi komen yang sungguh biadap dalam ruangan facebook rakannya apabila tergamak menggelarkan Sultan Johor Darul Takzim dengan sesuatu yang sangat diharamkan dalam agama Islam.

Harap KDN (Kekura Dalam Negeri: Kura-kura ini tabiat dia suka menyembunyikan kepala dalam tempurung bila rasa diri terancam) yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak dengan segera dan tegas terhadap pihak-pihak yang semakin giat hendak menyakiti hati dan perasaan rakyat negeri Johor.

Bagaimana pihak kerajaan hendak bertindak? Adakah kerajaan hanya akan membiar perbuatan seumpama ini terus menjadi ikutan pelampau yang lain selepas ini tanpa sebarang tindakbalas untuk membenteras agar perkara sebegini tidak terus berulang di belakang hari?

SISMEP 3.0: PKR pasang alat pengesan hanturaya di Sarawak !

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.

Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.

Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.

Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.

PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?

Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.

Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!

WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Sebagai seorang mahasiswa kononnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz patutnya lebih tahu menilai antara budaya yang diamalkan oleh Barat dengan budaya amalan hidup orang di Timur sememangnya berbeza. Tetapi amat malang sekali apabila terdapat segelintir mahasiswa seperti Haziq ternyata telah gagal untuk melihat perbezaan ketara antara orang Barat dengan amalan murni masyarakat di negara ini.

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?

Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?

Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?

Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.

Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.

Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.

Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.

Sabtu, Jun 16, 2012

WWW1: kerajaan Sarawak perlu tegas dan bertindak terhadap Haziq !

 Saya kurang jelas dengan latar belakang budak hingusan ini tetapi menurut beberapa blog, budak ini berasal dari negeri Sarawak serta ada jawatan di dalam gerakan solidariti mawasiswa (SMM) yang terjerit-jerit dan terpekik-pekik ketika gerakan itu bergerak di atas jalanraya.
Apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis tentang dia ini adalah berikutan perbuatan beliau yang jelas cuba mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu penderhakaan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Nizar Jamaluddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Tuanku Ibrahim.

Kepada Haziq, cukup-cukuplah...usahlah anda mengejar publisiti murahan dengan cara yang begitu kurang ajar sekali. Jika anda seorang yang terpelajar, patutnya anda lebih bijak daripada orang lain untuk menilai perkara mana yang buruk dan mana yang baik dan nyata perbuatan anda untuk turut masuk campur dalam isu yang dicetuskan oleh Nizar Jamaluddin itu memang sengaja menempah bala.

Jika benarlah Haziq Abdullah bin Abdul Aziz ini rakyat Sarawak, maka sukalah saya merayu kepada kerajaan negeri pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap budak ini demi hubungan yang mesra selama ini antara Johor Darul Takzim dengan Sarawak Bumi Kenyalang dapat dipertahankan.

Rabu, Jun 13, 2012

Video: Ahli2 Parlimen PR disekolah rendahkan oleh YB Datuk Zul Noordin



Sungguh hebat YB Datuk Zulkifli Noordin! di dalam Dewan Parlimen beliau begitu lantang membongkar segala muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Syabas di atas ketegasan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang begitu berani mengatakan tentang kebenaran secara berdepan!

Selasa, Jun 12, 2012

PRU13: DAP Sarawak tolak keturunan Lim Kit Siang sebagai calon parti !

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.

Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.

Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.

Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.

"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.

"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.

Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.

"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.

Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.

"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.

Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.

Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo

AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.

Arkib Blog