KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.
Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.
Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.
Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.
"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.
"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.
Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.
Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.
"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.
Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.
"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.
Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.
Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo
AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.
Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Jun 12, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan