Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 17, 2012

WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Sebagai seorang mahasiswa kononnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz patutnya lebih tahu menilai antara budaya yang diamalkan oleh Barat dengan budaya amalan hidup orang di Timur sememangnya berbeza. Tetapi amat malang sekali apabila terdapat segelintir mahasiswa seperti Haziq ternyata telah gagal untuk melihat perbezaan ketara antara orang Barat dengan amalan murni masyarakat di negara ini.

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?

Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?

Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?

Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.

Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.

Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.

Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.

3 ulasan:

Kerusii Malas berkata...

perghhhhhhh,,, tangkap la dia, buat menyusahkan negara je klu ada rakyat yg ceni,, lucut kerakyatan la senang,
tgk macm mane dia duduk kat negara orang, langsung x reti nak bersyukur, tau nak kritik tp x fikir, tulah haakikat nya

brader yon berkata...

budak ni bodoh macam lembu... queen elizabeth tu ada punca pendapatan lain ke selain dari elaun yg dibayar negaranya...
kan dymm sultan johor dah bgtau tak ambil sesen pun elaun yg dibayar kerajaan malahan disumbangkan pulak elaun tu kepada yayasan...
no plet tu pulak dibida dgn duit tuanku sendiri hasil bisnesnya..
suka hati dia la nak buat apa pun dah tentu duit dia...
sia-sia budak ni masuk u klu aku yg spm pun tak lepas boleh pikir ngan lojik....
tolongla simpan sikit kebodohan kau tu untuk lembu nanti tak pasal2 lembu lagi cerdik dari kau...

hilbert berkata...

KDN buat apa selepas ini..

Tiadapun reaksi dari DS Hisham tentang isu yg dimulakan oleh DS Nizar tu

Arkib Blog