Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.
Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.
Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.
Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.
PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?
Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.
Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Jun 17, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan