Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 24, 2012

Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan iaitu sejenis tarian suku kaum Mandailing serta kaum Batak di Indonesia agar dapat juga diterima sebagai sebahagian daripada budaya di negara ini nampaknya telah mengundang padah sekali lagi buat Malaysia. Bangunan Wisma Malaysia di negara berkenaan telah menjadi sasaran terbaru perusuh Indonesia yang tidak berpuashati dengan keputusan Malaysia itu.

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.

Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.

Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.

Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.

3 ulasan:

Mael Hashim berkata...

Seharusnya ketua2 masyarakat batak dan mandailing di malaysia berjumpa dengan ketua pendemo bodoh di indonesia untuk beri penjelasan bahawa adalah hak masyarakat batak dan mandailing di malaysia untuk menjadikan budaya mereka sebahagian dari budaya yg diiktiraf di malaysia. Pergilah ke indonesia dan cakap bahasa batak dan mandailing kpd mereka di indonesia. Jgn serah pd datuk menteri, dia tak pandai ckp batak.

hilbert berkata...

Ya, betul tuan..

Kalau mereka(kaum Batak dan Mandailing) benar2 mahu mengamalkan budaya tradisi kaum masing2 di negara ini maka elok sangatlah mereka berbincang secara baik dgn sanak saudara mereka terlebih dulu dan isytiharkan kepada seluruh rakyat Indonesia akan hasrat mereka agar tidak akan berlaku salah faham selepas itu antara rakyat Indonesia dengan pihak di Malaysia

Jeffry berkata...

INDON SKE SGT CAMPUR URUSAN NEGARA LAIN..DIORANG LUPE ANTARA MSIA DAN INDON BANGSA SERUMPUN BROO..KONGSI BEBERAPA BUDAYA..KLU X BLEY NK BERTOLAK ANSUR LANTAK KE DIA LERRR HUHUHU

Arkib Blog