Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 23, 2011

SNAP beri kata dua kepada PKR dan PAS !

Parti Kebangsaan Sarawak iaitu SNAP sebuah parti pembangkang tempatan Sarawak semalam telah memberi tekanan yang paling kuat kepada dua parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia iaitu PKR dan PAS sekiranya masih ingin hendak turut serta bertanding didalam pilihan raya negeri Sarawak pada kali ini.

SNAP menerusi Setiausaha Agung partinya iaitu En. Justin Jugol pertama telah memberi kata dua kepada Parti KeADILan Rakyat jika mahu ikut bertanding harus menggunakan lambang Parti SNAP dan jika tidak maka SNAP akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana cara untuk menghalang PKR dari menyertai pilihanraya negeri kali ini.

Keduanya, SNAP telah melarang PKR dari meletak mana-mana calon untuk bertanding dikawasan DUN yang majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Dayak. Dan sekiranya PKR masih berdegil maka SNAP terpaksa mensabotaj calon PKR dengan memastikan agar pengundi tidak memangkah calon daripadaPKR tetapi sebaliknya menentukan supaya mereka memberi undi samada kepada calon SNAP ataupun calon Barisan Nasional.

Amaran SNAP kepada PAS pula, kalau PAS benar-benar berhajat untuk menurunkan juga calon mereka di Bumi Kenyalang pada pilihanraya negeri kali ini maka peringatan ini juga telah di beri, PAS boleh ikut sama bertanding tetapi harus dikawasan yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu dan Melanau tetapi mesti mematuhi syarat ketat SNAP.

Syarat yang dikenakan oleh SNAP terhadap PAS walaupun dilihat sangat keterlaluan tetapi agak unik juga iaitu bermula dari hari penamaan calon sehinggalah ke hari pembuangan undi semua pemimpin PAS Pusat atau PAS Sarawak dikehendaki untuk memakai pakaian tradisi lama kaum Iban iaitu "cawat" dan tiada seorangpun diantara pemimpin PAS termasuklah YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lainnya yang akan dikecualikan dari mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh SNAP.

Sekiranya PAS masih gagal untuk memenuhi semua syarat yang telah ditentukan SNAP itu, maka SNAP akan beranggapan yang PAS sudah menghina rakyat Sarawak secara keseluruhannya dengan tidak menghormati adat resam serta budaya kaum Iban yang merupakan komuniti terbesar di Bumi Kenyalang ini dan sebagai hukuman ke atas keangkuhan PAS itu sudah pastilah SNAP juga akan membuat tindakan yang serupa sebagaimana yang akan dikenakan terhadap PKR.

Presiden PRS angkuh! ..tidak menghirau suara rakyat N.54 Pelagus

Apakah perkara sebenar yang menjadi keutamaan kepada YB Datuk Sri Dr. James Jemut Masing serta yang paling dititik berat oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dalam 'isu N.54 Pelagus' yang sehingga kini belum lagi menemui jalan penyelesaiannya lebih-lebih lagi di saat negeri Sarawak mula berhadapan dengan proses pilihan raya umum negeri ?

Apakah kepentingan politik peribadi beliau tetap diutamakan ? ..atau adakah Datuk Dr James rela nasib serta keperluan rakyat di kawasan Pelagus akan terus terbiar tanpa pembelaan sewajarnya hanya kerana mahu untuk memuaskan keegoan hati masing-masing ?

Semalam Utusan Borneo telah melaporkan bahawa lebih 150 orang Tuai Rumah daripada kesemua 172 Rumah Panjang Iban termasuk Ketua-ketua Kampung Melayu, Kapitan kaum Cina serta NGO-NGO yang terdapat di dalam kawasan DUN N.54 Pelagus telah menurunkan tandatangan mereka masing-masing sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap YB Larry S'ng agar terus dikekalkan sebagai wakil rakyat disitu.

Perkara ini bukan saja dilakukan oleh penduduk Pelagus hanya menjelangnya PRN Sarawak ini tetapi mereka telah menyatakan sokongan serupa sejak timbulnya krisis antara Datuk Sri James Jemut dengan YB Larry S'ng yang berpunca dari perbalahan dalam PRS, hampir seluruh penduduk di DUN Pelagus telah mezahirkan suara bersama yang mereka akan tetap berdiri teguh di belakang YB Larry S'ng sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pelagus.

Demi Barisan Nasional dan juga demi untuk rakyat di DUN Pelagus adalah sangat diharapkan agar YB Datuk Sri James Jemut berusahalah untuk membuang sikap keras kepala serta sikap ego beliau supaya ianya tidak akan memudaratkan keupayaan BN untuk terus mempertahan kerajaan di Bumi Kenyalang ini.

Blogger antara muka baru yang akan mewakili BN di N.36 Semop

Adalah tidak salah untuk memberi reaksi awal berkenaan dengan siapa yang akan digugur, dicalon semula atau dipilih sebagai muka baru oleh parti bagi kawasan-kawasan pilihanraya negeri yang akan datang.

Begitu juga dengan DUN N.36 Semop dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis dimana spekulasi mengenainya memang tidak dapat dielakkan yang jika ada muka baru dicalonkan untuk kawasan DUN tersebut maka secara tidak langsung wakil rakyat yang sedia ada akan digugurkan.

DUN Semop dimana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam yang sekarang ini diwakili oleh YB Datuk Sri Awang Mohd Asfia Awang Nassar yang juga Speaker DUN Sarawak akan menyaksikan desakan daripada rakyat di akar umbi menuntut supaya pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menurunkan calon anak tempatan bagi kerusi N.36 Semop bagi memastikan nasib penduduk disitu benar-benar terbela.

Saya sangat yakin bahawa salah seorang daripada rakan blogger akan dipilih oleh Pehin Sri Taib untuk mewakili rakyat di DUN Semop dengan pengaruh serta sokongan daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Beliau adalah anak tempatan disitu, seorang pendidik dan kini masih bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau amat memahami akan permasalahan serta dilema yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan terutama masalah yang membelenggu penduduk di kawasan Pulau Bruit.

Saya doakan agar beliau terpilih kelak. Selamat berjuang daripada Anak Merdeka !!!

Selasa, Mac 22, 2011

Bukit Assek di Sibu akan ditarah sampai rata oleh Barisan Nasional

DUN N.45 Bukit Assek di Sibu adalah antara kawasan yang dikuasai oleh DAP yang boleh dianggap sebagai satu kawasan yang paling tidak selamat untuk Pakatan Haram pada PRN Sarawak kali ini selain daripada DUN N.9 Padungan di Kuching yang diwakili oleh YB Dominique Ng dari PKR serta DUN N.59 Kidurong di Bintulu yang disandang oleh YB Chiew Chin Sing.

Wong Ho Leng yang telah dipilih oleh rakyat sebagai seorang Ahli Yang Berhormat untuk mewakili mereka bagi kawasan N.45 Bukit Assek juga adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Bandar Sibu kini telah dilihat akan berdepan dengan laluan yang agak sukar dalam mempertahankan kerusi yang diduduki setelah banyak janji-janji DAP kepada pengundi di Bukit Assek sewaktu PRN Sarawak yang ke-9 dulu tiada satupun yang sudah ditunaikan.

Kebanyakkan penduduk di kawasan DUN Bukit Assek yang sentiasa terdedah kepada bencana banjir sudah hilang sabar menunggu segala janji-janji DAP semasa berkempen pada pilihanraya negeri 2006 dulu yang kononnya akan segera mengatasi masalah banjir ditempat mereka sekiranya DAP menang namun walaupun setelah 5 tahun berlalu tetapi banjir semakin kerap pulak melanda dikawasan-kawasan rendah dalam DUN Bukit Assek.

Seandainya SUPP iaitu salah sebuah parti komponen dalam BN Sarawak meletak semula bekas calon untuk PRK Bandar Sibu dulu iaitu Robert Lau Jr untuk menentang Wong Ho Leng di kerusi DUN N.45 Bukit Assek pada kali ini, saya berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali Bukit Assek daripada penguasaan DAP.

Robert Lau Jr yang merupakan Bendahari parti SUPP juga adalah Kaunselor di Majlis Perbandaran Sibu (MPS) walaupun pernah tewas pada percubaan pertama beliau setelah diletak sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Sibu kepada Wong Ho Leng tetapi itu tidak bermakna yang beliau tidak akan diterima selamanya oleh para pengundi dan SUPP harus berani untuk menurunkan semula Robert Lau Jr bertanding bagi merebut kerusi Bukit Assek daripada Wong Ho Leng.

Berbekalkan kepada pengalaman luas beliau yang sentiasa rapat dengan masyarakat di sekitar Sibu melalui jawatan yang disandang sejak dulu itu adalah tidak mustahil bagi Robert Lau Jr untuk menebuskan kembali kekalahan julungkalinya dalam PRK yang terdahulu. Jika dilihat dari sudut lain iaitu pada PRK Bandar Sibu dulu, Robert Lau Jr berperanan untuk mempertahankan kerusi berkenaan dari terjatuh ke tangan DAP manakala Wong Ho Leng pula bertindak untuk merampasnya dari genggaman Barisan Nasional.

Jadi untuk DUN N.45 Bukit Assek maka fungsi Wong Ho Leng sudah bertukar daripada untuk merampas kepada mempertahan dan begitu juga dengan Robert Lau Jr jika sebelum ini peranannya adalah untuk mempertahan kepada cuba untuk merampas kerusi daripada DAP. Kerja SUPP untuk merampas N.45 Bukit Assek dari DAP akan menjadi lebih mudah sekiranya perang dingin dalam parti tersebut dapat diselesaikan segera sebelum kempen Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan dalam bulan April depan.

Rev. Father Wayne membakar Al Quran, apa komen YB Zuraidah ?

Kalau sebelum ini Anggota Parlimen Ampang Selangor YB Zuraidah Kamaruddin bukan main ligat lagi mengetuai demonstrasi di hadapan Bangunan Mahkamah lama Kuching bagi membantah penahanan sejumlah Kitab Injil berbahasa Melayu Indonesia oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Zuraidah yang juga merupakan Ketua Wanita PKR pusat sepatutnya tidak mengetuai atau menyertai sebarang perhimpunan yang melibatkan perkara yang masih di dalam peringkat menunggu keputusan dari pihak mahkamah tambahan pula beliau sebagai seorang yang beragama Islam harus mengelak dari terlibat sama dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh Baru Bian.

Berbalik semula kepada tajuk artikel ini "Rev. Father Wayne membakar Al Quran, apa komen YB Zuraidah ?" sebenarnya mahu tahu apakah pendirian pihak PKR dalam kes terbaru ini yang juga melibatkan soal hak.

Kalau Zuraidah sanggup untuk bertindak menyertai demonstrasi bersama-sama dengan penjilat PKR Sarawak yang lain kononnya mahu memperjuangkan Al Kitab yang sedang berada dalam simpanan pihak KDN demi masyarakat Kristian, jadi bagaimana pulak dengan pendirian beliau apabila berlaku kejadian dimana salah seorang sahabat Reverend Father Terry Jones iaitu Paderi Wayne Sapp telah membakar sebuah Kitab Suci Al Quran setelah melabel Kitab Suci umat Islam itu sebagai punca keganasan.

Dalam isu terbaru yang melibatkan soal maruah agama Islam, sepatutnya Zuraidah mengajak Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim serta seluruh pemimpin dan semua ahli-ahli PKR lainnya untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran dihadapan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dengan kebiadapan rakyat negara pengganas Amerika Syarikat itu terhadap Islam.

Bakal KM Sarawak dari Wilayah SCORE >>>

Beliau pernah mengurus penerbangan pesawat untuk membawa balik kes melibatkan kes seorang penuntut Sarawak yang meninggalkan dunia di Australia setelah pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menghadapi berbagai masalah dengan pihak kerajaan Australia bagi membawa pulang jenazah ke kampung halamannya yang terletak dipesisiran pantai kawasan tengah Sarawak.

Maka dengan campur tangan pemimpin ini segala urusan ke atas jenazah pelajar berkenaan telah menjadi mudah apabila beliau yang memang mempunyai rakan kenalan di negara kanggaroo itu telah berjaya membantu keluarga terbabit untuk membawa balik jenazah anak mereka dengan segera.

Pehin Sri Taib Mahmud melihat betapa pentingnya konsep pembangunan Koridor Wilayah untuk Sarawak atau SCORE yang telah dilancarkan oleh Perdana Meneri ketika itu YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 11 February 2008 diteruskan walaupun satu masa nanti beliau sudah bersara.

SCORE yang berteraskan kepada berbagai sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 billion tan) dan gas asli (40.9 trillion kaki padu persegi) harus diberi fokus utama oleh bakal pengganti beliau kelak bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Ada 10 jenis industri utama daripada 67 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk ditawarkan kepada pelabur tempatan dan juga pelabur asing dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE ini iaitu (1) Industri berasaskan minyak, (2) Industri aluminium, (3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink, (4) Industri berasaskan kaca, (5) Industri pelancongan, (6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit, (7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa, (8) Industri perternakan, (9) Industri perikanan dan akuakultur dan (10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pembinaan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri dikawasan Koridor.

Dan untuk tidak mahu melihat Koridor ini gagal diseparuh jalan maka besar kemungkinan pilihan Pehin Sri Taib untuk menggantikan tempat beliau adalah lebih terarah kepada mereka yang memang mempunyai kedudukan penting di dalam Wilayah Koridor itu sendiri bagi memastikan semua yang telah digariskan dibawah SCORE akan menjadi kenyataan pada tahun 2030 kelak.

Isnin, Mac 21, 2011

2 DUN di utara Sarawak kurang selamat bagi Barisan Nasional

 N. 64 Pujut yang diwakili oleh YB Andy Chia Chu Fatt pada pilihan raya negeri kali ini mungkin agak sukar untuk BN mempertahankannya ataupun jika menang sekalipun majoriti yang menyokong adalah terlalu rendah.

DUN Pujut yang sebahagian besar daripada kawasannya berada didalam lingkungan Bandaraya Miri dan kebanyakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalanraya serta infrasruktur lainnya bolehlah dikatakan sebagai sudah tidak menjadi satu masalah sangat kepada penduduknya. Mereka dikira sudah agak selesa dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan berbanding dengan sesetengah rakyat di kawasan lain.

Majoriti pengundi di kawasan N. 64 Pujut adalah terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya adalah mereka yang daripada kaum Bumiputera seperti Melayu, Melanau, Kedayan, Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit serta Orang Ulu yang lainnya.

Masalahnya ialah apabila timbul isu harga barang naik seperti minyak masak, gula, bawang, beras, petrol, diesel dan sebagainya maka apabila ini telah dimainkan pihak pembangkang iaitu DAP yang akan bertanding disitu  sehingga menjadi satu isu besar pula kepada rakyat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk menanganinya.

Rakyat yang mudah dipengaruhi fikiran mereka dengan perkara-perkara yang mendesak seperti itu kebanyakkan akan cepat lupa kepada kebaikan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk mereka selama ini sebaliknya mereka akan cepat menerima dan mempercayai sesuatu yang baru yang belum lagi pasti samada ianya benar ataupun tidak.
 Namun lain pula dengan DUN di N. 67 Telang Usan Baram yang diwakili oleh YB Encik Lihan Jok. YB ini walaupun kelihatannya sering dilihat turun ke kawasan namun ramai yang mengeluh dengan mutu perkhidmatan beliau yang dikatakan terlalu lemah sehingga ada yang mendakwa bahawa masalah-masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu campurtangan daripada pihak lain namun sayang sekali apabila semua itu tidak dapat dielakkan.

Lebih merumitkan lagi keadaan apabila berlaku penduduk di rumah panjang asal YB Lihan Jok sendiri di Long Bedian yang sepatutnya bersatu menyokong beliau kini dikatakan telah berpecah dua iaitu satu pihak adalah penyokong YB Lihan manakala yang satu lagi menentang beliau.
Lebih menyukarkan lagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi DUN Telang Usan sekiranya YB Lihan Jok masih dikekalkan di situ ialah dengan kemunculan semula bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib iaitu Encik Kebing Wan yang akan turut bertanding atas tiket SNAP menentang calon Barisan Nasional.

Kebing Wan yang bertanding pada pilihanraya ke-9 sebagai calon Bebas hampir berjaya menewaskan YB Lihan Jok pada PRN Sarawak tahun 2006 dulu dan kini beliau sekali lagi akan mencuba nasib dan kali ini beliau bersama SNAP untuk merampas kerusi DUN Telang Usan daripada tangan Barisan Nasional.

Masih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Orang Ulu di Baram terutamanya kaum Kayan, Kebing Wan dilihat mampu untuk memberi saingan yang paling sengit kepada Barisan Nasional nanti. Oleh itu untuk kedua-dua kerusi DUN ini diharap Jentera Pilihanraya BN dapat mempertingkatkan lagi cara berkempen mereka supaya BN tidak terlepas dua kerusi yang tidak kurang juga pentingnya kepada BN.

Obama sama kejamnya dengan George W Bush, sama-sama syaitan !

Tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai seorang presiden bagi negara pengganas dunia Amerika Syarikat untuk mengganti tempat penjenayah tegar George W. Bush, maka ramailah sangat pemimpin dari seluruh pelusuk dunia menyampaikan ucapan syabas serta tahniah kepada Beruk Obama malah belumpun apa-apa lagi, sudah ada diantara pemimpin-pemimpin negara lain yang mula membodek Presiden negara pengganas tersebut dengan segala pujian yang melambung sebagaimana ucapan yang pernah diberikan oleh pemimpin negara lain suatu ketika dulu terhadap bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair saat mula beliau dilantik sebagai pemimpin negara berkenaan selepas mengambilalih jawatan daripada Margaret Thatcher.

Ramai yang menaruh harapan tinggi ketika itu terhadap Tony Blair untuk membawa keamanan ke negara-negara yang sering bergolak di seluruh dunia. Malah YABhg Tun Dr. Mahathir sewaktu masih menerajui kerajaan Malaysia turut memuji Tony Blair sebagai seorang pemimpin moden Britain yang mudah dibawa berbincang, peka dengan masalah antarabangsa dan sebagainya lagi. Tetapi apa yang telah Tony Blair lakukan selepas itu ?

Tony Blair telah bersekongkol dan berpakat dengan George W. Bush untuk menyerang Iraq dengan alasan negara teluk berkenaan ada menyembunyikan dalam jumlah yang begitu senjata-senjata merbahaya atau senjata pemusnah. Tetapi apa yang kita lihat hari ini ialah, Iraq yang sudah hancur namun senjata pemusnah yang didakwa oleh pengganas Amerika disembunyikan oleh Almarhum Saddam Hussein sehingga ke saat ini belum lagi berjaya ditemui serta dibuktikan.

Kini negara pengganas Amerika Syarikat sudah mengulang semula perlakuan ganas, kejam serta zalim mereka terhadap sebuah lagi negara Islam iaitu Lybia. Disaat warga Lybia sedang nyenyak tidur, negara mereka telah diserang dengan begitu zalim sekali oleh tentera negara pengganas Amerika Syarikat dan Perancis. Ramai orang awam yang telah turut menjadi mangsa korban tetapi bukan rakyat Amerika yang terkorban melainkan orang-orang Islam di Lybia.

DUN Sarawak dibubar hari ini, DNA Amwar bila lagi nak dibubarkan ?

Kalau sebelum ini bukan main lagi pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS mendesak Ketua Menteri Sarawak agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan dengan segera malahan ada juga mereka dikalangan Pakatan Haram ini mahu Pehin SriTaib segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Jadi hari ini sepertimana yang diumumkan oleh Pehin Sri pada Jumaat lepas bahawa DUN Sarawak, 21hb Mac 2011 hari Isnin akan dibubarkan dan ianya sudah pasti hari ini. Tetapi bagaimana pula dengan isu DNA Anwar Ibrahim ? Bila nak serah? Kalau berani tandanya benar, tetapi kalau takut ertinya memang bersalahlah !

Bukan setakat hanya sesetengah pemimpin parti saja yang mahukan beliau segera menyerahkan sampel DNA kepada pihak Mahkamah tetapi sudah terlalu ramai rakyat bawahan yang mahu supaya beliau tidak berlengah untuk berbuat demikian agar proses undang-undang bagi menentukan keputusan berhubung kes liwatnya dapat diselesaikan dengan kadar sebeberapa segera yang boleh.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin juga secara terbuka telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menyerahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa jika diperlukan, oleh itu Anwar Ibrahim juga harus berani sama sepertimana PM dengan TPM untuk memberikan kerjasama dengan pihak yang berwajib.

Kalau mahu jadi pemimpin nombor satu negara haruslah menunjukkan sifat keberanian kepada rakyat dan bukannya menunjukkan sifat pengecut, lari lintang pukang bila ada badai yang datang melanda.

Ahad, Mac 20, 2011

Gambaran awal bakal KM Sarawak yang baru >>>

Mula terlibat secara aktif didalam politik Sarawak pada awal tahun 1980an. Beliau pernah menggagalkan hasrat bekas Ketua Menteri Sarawak yang mahu bergiat semula didalam arena politik negeri.

Beliau juga merupakan bekas ADUN serta pernah menganggotai jemaah menteri negeri Sarawak namun kemudian mengundur diri untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam lingkungan yang lebih besar lagi iaitu Parlimen.

Individu ini memang tidak rapat dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud namun Ketua Menteri jelas menaruh keyakinan terhadap kebolehan serta kemampuannya khususnya berkaitan dengan ekonomi.

Pemimpin ini juga adalah sahabat karib kepada YB Senator Datuk Seri Dr. Mohamad Effendi Norwawi. Beliau adalah individu pertama yang menerima kunjungan TYT di kawasannya selepas Pehin Sri berkunjung ke Astana pada 17hb Mac lalu.

Beliau mempunyai penampilan yang simple,mudah mesra, senang di dekati rakyat serta di senangi oleh berbagai lapisan masyarakat dan mempunyai sumber kewangan yang kuat juga tidak terlalu bergantung kepada parti untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Mewakili rakyat di kawasan tengah Sarawak yang penduduknya terdiri daripada para nelayan dan petani. Bukan tiga nama yang di sebut-sebut seperti sebelum ini, tetapi saya yakin beliaulah orangnya.

Senarai nama ADUN di kesemua 71 DUN Sarawak

[Kompleks DUN Sarawak yang bernilai RM296.5 juta dan telah disempurnakan oleh KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27hb Julai 2009]

SENARAI NAMA BERPANDUKAN KEPADA PENGGAL YANG KE-9 : 2006 - 2011

N. 01 Opar                      YB Ranum Mina (SUPP/BN)

N. 02 Tasek Biru              YB Peter Nansian (SPDP/BN)

N. 03 Tanjung Datu           YB Tan Sri Adenan Satem (PBB/BN)

N. 04 Pantai Damai           YB Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB/BN)

N. 05 Demak Laut             YB Datuk Dr Abang Hj Abdul Rauf Abang Hj Zen (PBB/BN)

N. 06 Tupong                    YB Datuk Ir. Hj Daud Abdul Rahman (PBB/BN)

N.07  Semariang                YB Puan Syarifah Hasidah Sayed Aman Ghazali (PBB/BN)

N. 08 Satok                       YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg (PBB/BN)

N. 09 Padungan                  YB Dominique Ng (PKR/Pakatan Haram)

N. 10 Pending                     YB Violet Yong (DAP/Pakatan Haram)

N. 11 Batu Lintang              YB Voon Lee Shan (DAP/Pakatan Haram)

N. 12 Kota Sentosa            YB Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Haram)

N. 13 Batu Kawa               YB Tan Joo Phui (SUPP/BN)

N. 14 Asajaya                     YB Tuan Hj Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)

N. 15 Muara Tuang             YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)

N. 16 Bengoh                     YB Jerip Susil (SUPP/BN)

N. 17 Tarat                         YB Richard Sagah (PBB/BN)

N. 18 Tebedu                      YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)

N. 19 Kedup                       YB Fedrick Bayoi (PBB/BN)

N. 20 Sadong Jaya              YB Datuk Wan Wahab Wan Sanusi (PBB/BN)

N. 21 Simunjan                    YB Tuan Hj Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)

N. 22 Sebuyau                     YB Tuan Hj Julaihi Narawi (PBB/BN)

N. 23 Lingga                        YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)

N. 24 Beting Maro               YB Datuk Hj Bolhassan Di (PBB/BN)

N. 25 Balai Ringin                YB Snowdan Lawan (PRS/BN)

N. 26 Bukit Begunan            YB Mong Dagang (PRS/BN)

N. 27 Simanggang                YB Datuk Francis Harden Hollis (SUPP/BN)

N. 28 Engkelili                      YB Dr. Johnical Rayong (Bebas>SUPP/BN)

N. 29 Batang Ai                   YB Malcom Mossen Lamoh (PRS/BN)

N. 30 Saribas                       YB Dr Wahbi Hj Junaidi (PBB/BN)

N. 31 Layar                         YAB Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu (PBB/BN)

N. 32 Bukit Saban               YB Robert Lawson (PBB/BN)

N. 33 Kalaka                      YB Tuan Hj Abdul Wahab Abdul Aziz (PBB/BN)

N. 34 Krian                         YB Datuk Peter Nyarok (SPDP/BN)

N. 35 Belawai                      YB Datuk Hj Hamden Hj Ahmad (PBB/BN)

N. 36 Semop                       YB Datuk Sri Hj Awang Mohd Asfia Awang Nassar (PBB/BN)

N. 37 Daro                          YB Murni Hj Suhaili (PBB/BN)

N. 38 Jemoreng                   YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)

N. 39 Repok                       YB David Teng (SUPP/BN)

N. 40 Meradong                 YB Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Haram)

N. 41 Pakan                       YB Datuk Sri William Mawan Ikom (SPDP/BN)

N. 42 Meluan                     YB Wong anak Judat (SPDP/BN)

N. 43 Ngemah                   YB Gabriel Adit anak Demong (Bebas>PCM)

N. 44 Machan                   YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)

N. 45 Bukit Assek            YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Haram)

N. 46 Dudong                  YB Datuk Dr. Soon Choo Teck (SUPP/BN)

N. 47 Bawang Assan        YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)

N. 48 Palawan                  YB Vincent Goh (SUPP/BN)

N. 49 Nangka                   YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)

N. 50 Dalat                       YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)

N. 51 Balingian                  YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)

N. 52 Tamin                      YB Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)

N. 53 Kakus                     YB John Sikie Tayai (PRS/BN)

N. 54 Pelagus                   YB Larry S'ng Wei Shen (Barisan Nasional)

N. 55 Katibas                   YB Ambrose Blikau (PBB/BN)

N. 56 Baleh                      YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)

N. 57 Belaga                    YB Liwan Lagang (PRS/BN)

N. 58 Jepak                     YB Datuk Talib Zulpilip (PBB/BN)

N. 59 Kidurong                YB Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Haram)

N. 60 Kemena                 YB Dr. Stephen Rundie (PBB/BN)

N. 61 Bekenu                     YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)

N. 62 Lambir                     YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)

N. 63 Piasau                      YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan (SUPP/BN)

N. 64 Pujut                         YB Andy Chia (SUPP/BN)

N. 65 Senadin                     YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)

N. 66 Marudi                      YB Muhammad Silvester Entry Muran (SPDP/BN)

N. 67 Telang Usan              YB Lihan Jok (PBB/BN)

N. 68 Bukit Kota                YB Dr. Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)

N. 69 Batu Danau               YB Paulus Gumbang (SPDP/BN)

N.70 Ba' Kelalan                 YB Nelson Balan Rining (SPDP)

N. 71 Bukit Sari                  YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Awang Ali Hassan (PBB/BN)

Sabtu, Mac 19, 2011

BN Sarawak sentiasa berlaku adil kepada semua agama di negeri ini...

 (Atas: gambar Gereja St. Bernard Dalat dalam DUN N.50 Dalat Sarawak, antara Gereja yang beberapa kali pernah mendapat peruntukkan kewangan yang besar daripada kerajaan Barisan Nasional)

Jika ada pihak yang menuduh atau mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional selama ini telah bertindak tidak adil ataupun berat sebelah dalam memberi sebarang peruntukkan untuk membina, membaik-pulih serta menyelenggara setiap rumah ibadat pelbagai kepercayaan khususnya Gereja serta Chapel di negeri Sarawak maka sudah tentulah semua tidak benar sama sekali.

Sesungguhnya orang-orang orang Kristian di Bumi Kenyalang patut berasa bersyukur serta berterima kasih kepada pihak kerajaan khas kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa memberikan layanan samarata dan tidak berbelahbagi mengenai keperluan semasa serta hal ehwal masyarakat Kristian di negeri ini.

Dalam perkara menyalurkan sumbangan untuk membina Gereja dan juga Chapel, sebagaimana kerajaan Barisan Nasional negeri memberi kepada umat Islam untuk membina Masjid serta Surau maka begitu jugalah kerajaan menyediakan peruntukkan untuk umat Kristian membangunkan rumah-rumah ibadat mereka.

Kerajaan Barisan Nasional negeri tidak pernah sama sekali berniat untuk mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan rakyatnya walau terdapat di sesetengah tempat yang terpencil menyebabkan agak sukar untuk disediakan dengan kemudahan yangserupa dengan yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk yang tinggal di bandar atau desa namun kerajaan akan tetap juga menunai kewajipannya biar disedia dalam bentuk yang lain agar rakyat sama-sama dapat merasai nikmat pembangunan.

Al Kitab: Islam berkembang di Sarawak sejak Taib jadi KM..

Kejayaan terbesar YAB Pehin Sri Taib yang kurang diberi perhatian khusus ialah tentang bagaimana kejayaan beliau dalam aspek pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di negeri Sarawak.

Meneruskan kesinambungan usaha yang pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang iaitu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub yang telah berjaya mengIslamkan ramai rakyat dari golongan bukan Islam maka YAB Pehin Sri Taib setelah mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri daripada Tun Rahman terus giat menyampaikan syiar Islam walaupun tidak secara terang-terangan namun melalui bentuk kepimpinan beliau yang tegas, sederhana, telus serta jujur dalam mentadbir rakyat di Bumi Kenyalang telah berjaya memikat hati ramai rakyat Sarawak yang bukan Islam untuk memahami dengan lebih dekat dan mendalam lagi mengenai Islam.

Mungkin perkara ini jarang diketahui oleh umum namun hakikatnya ialah sejak Pehin Sri Taib memimpin Sarawak beliau bukan saja dilihat telah berjaya mengubah wajah negeri Sarawak dari sebuah negeri yang mundur kepada sebuah negeri yang semakin hampir menuju sebagai sebuah negeri agak maju dalam beberapa bidang yang semestinya mampu menyediakan berbagai peluang kerja kepada rakyatnya tetapi yang paling istimewanya ialah dalam soal kemajuan serta perkembangan agama Islam di kalangan penduduk bukan Islam di Sarawak, Pehin Sri Taib telah terbukti berjaya memainkan peranan beliau selaku pemimpin Islam di negeri ini.

Walaupun mungkin dilihat langsung tidak menekan rakyat Sarawak terutama kaum Bumiputera bukan Islam untuk menerima ajaran Islam sebagai amalan hidup mereka dengan jumlah bantuan yang begitu tinggi untuk membina tempat-tempat ibadat seperti Gereja, Chappel, Tokong-tokong Cina dan sebagainya namun apabila rakyat melihat kepada kesederhanaan dan keterbukaan sikap YAB Pehin Sri Taib terhadap penganut agama lain mungkin menjadi penyebab semakin ramai rakyat di negeri ini lebih cenderung untuk mendekati agama Islam.

Saya mengambil contoh dari beberapa tempat dalam Bahagian Mukah di Sarawak, ada ketika sebuah kampung dalam Daerah Kecil Dalat yang dahulunya merupakan majoriti penduduknya adalah beragama Kristian Katholik namun kini hampir separuh daripada mereka telah memilih Islam sebagai pegangan hidup. Dan situasi seumpamanya juga telah berlaku ditempat-tempat lain di seluruh Sarawak mungkin berpunca dari masalah dalaman yang melanda pengurusan peringkat tertinggi gereja di daerah berkenaan selain ramai yang sudah terbuka hati kepada Islam setelah tertarik dengan kesederhanaan yang dipamerkan dalam bentuk kepimpinan Pehin Sri Taib selaku pemimpin nombor satu negeri ini.

Inilah maka apabila timbul semula isu Al-Kitab saya rasa ianya tidak akan memberi kesan yang sangat membebankan bagi kerajaan Barisan Nasional negeri kerana walaupun mungkin masih ada yang bercakap mengenai tetapi jumlah sebenar tidaklah sebesar manapun sebab yang lebih tahu mengenainya ialah penganut Kristian itu sendiri dan bukannya pemimpin PAS atau DAP atau PKR.

Jumaat, Mac 18, 2011

Tony Pua warga Singapura yang hidup dalam buangan di Malaysia ?!

Jika berdasarkan kepada perkembangan terbaru yang telah berlaku semasa perbahasan sedang berlangsung didalam Dewan Rakyat semalam, adakah status kerakyatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara iaitu YB Tony Pua boleh dipertikaikan kerana keraguan mengenainya telah timbul sewaktu giliran Anggota Parlimen Kinabatangan YB Datuk Bung Mokhtar Radin mengambil tempat berbahas.

Menjawab kenyataan yang telah dibangkitkan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi telah menerangkan kedudukan sebenar perkara berbangkit berhubung dengan perihal keterlibatan sejak dari awal YB Tony Pua dalam bidang politik yang dikatakan bermula dari negara Republik Singapura lagi.

Menurut DS Ahmad Zahid lagi, YB Tony Pua pernah ditahan di Singapura dan lantaran itu beliau tidak layak untuk bertanding sebagai seorang Ahli Parlimen di negara berkenaan. Jadi ini apa kes yang sebenarnya ? Kenapa pula Tony Pua boleh diterima sebagai seorang Ahli Parlimen di Malaysia ?

DNA: Anwar kedekut, macam mana nak jadi Perdana Menteri ?

Kalau dah benda yang sekecil dan semudah DNA tu Anwar Ibrahim tak juga mampu untuk tunaikan sepertimana yang diminta iaitu setelah rakyat memohon agar beliau menyerahkan setitis sampel darahnya kepada pihak mahkamah apatah lagi sekiranya perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada itu seperti projek-projek jalan raya, projek bekalan air, projek bekalan elektrik luar bandar, projek perumahan, subsidi minyak dan sebagainya seandainya nanti apabila telah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-169.

Rakyat hanya meminta Anwar Ibrahim memberikan sampel darah beliau kepada pihak mahkamah untuk dianlisis serta dibandingkan dengan contoh darah 'lelaki Y' yang terpercik pada tubuh Mohd Saiful Bukhary Azlan dan bukannya meminta beliau menyerahkan banglow mewah, kereta mewah, handphone Blackberry ataupun memohon sebarang projek yang berskala besar daripadanya tetapi cuma perkara mudah.

Anwar Ibrahim berangan-angan hendak jadi pemimpin nombor satu negara tetapi sikap kedekut yang ditunjuk oleh beliau hanya terhadap benda yang remeh-temeh macam tu adakah layak untuknya menerajui sebuah negara seperti Malaysia yang kebanyakkan daripada penduduknya dari masa ke semasa sentiasa memerlukan sentuhan daripada seorang pemimpin yang sangat prihatin serta pemurah seperti yang ada pada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ?

Khamis, Mac 17, 2011

PAS kongsi dengan DAP guna Al Kitab yang sama untuk beribadat ?

PAS dulu lain sekarang lagi lain. Jika dulu PAS pernah kata untuk memerintah sesebuah negara adalah 'haram' hukumnya untuk berkerjasama dengan orang-orang kafir dan menurut PAS lagi sekira ada mana-mana orang-orang Islam yang masih berbuat demikian maka orang-orang tersebut telahpun dengan sendirinya menjadi haram dan kafir.

Itu dulu. Tetapi sekarang PAS tak lagi berkata begitu sebab sejak menerima pelukkan maut daripada DAP yang takkan berubah dasar parti mereka untuk selamanya, PAS yang ternyata sudah jauh hanyut dan khayal dengan permainan politik PKR dan DAP sentiasa menari mengikut rentak irama yang dimainkan oleh kedua-dua sahabatnya itu.

Buktinya ialah dalam isu Al Kitab(Perjanjian Lama & Perjanjian Baru) yang kembali hangat sejak beberapa hari yang lalu apabila DAP dan MCA yang sengaja menimbulkannya di saat negeri Sarawak yang kebanyakkan rakyatnya adalah beragama Kristian sedang bersiap-sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum negeri awal April ini dimana PAS sering dilihat mengiyakan apa saja perkara yang dibuat oleh DAP berkenaan dengan isu Al Kitab dalam bahasa Melayu.

Sepatutnya PAS sepertimana seluruh rakyat Malaysia telah sedia maklum adalah sebuah parti yang bertunjangkan kepada ajaran agama Islam sebagai dasar perjuangan parti mempertahankan Kitab Suci Al Quran serta segala ajaran yang ada di dalamnya daripada sebarang cubaan untuk mencemar atau merosakkannya dan bukan memperjuangkan Al Kitab berbahasa Melayu yang pada masa itu masih berada di dalam simpanan pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Pemimpin BN Sarawak perlu lebih ganas dan juga mesra...

Bila berdepan dengan sebarang tohmahan atau fitnah daripada pihak Pakatan Haram, semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional negeri Sarawak hendaklah tampak lebih garang, tegas dan sedikit ganas. Hendaknya juga cepat bertindak serta bingkas bangun menepis segala serangan yang ditujukan kepada kerajaan negeri serta kepada para pemimpinnya.

Gemar dengan sikap yang lebih suka mendiamkan diri atau hanya membiarkan saja pihak Pakatan Haram menabur bermacam-macam fitnah ke atas mereka adalah sangat tidak baik lebih-lebih lagi apabila Sarawak sudah bersedia dan semakin untuk mengadakan pilihan raya umum negeri.

Ganas berdepan dengan pihak Pakatan Haram adalah harus dan wajib. Namun dengan rakyat hendaklah selalu mesra tanpa mengira ideologi politik yang mereka sokong dan mungkin dengan cara ini akan mampu mengubah secara perlahan-lahan pandangan golongan berkenaan terhadap BN dimana seandainya dulu mereka menentang tetapi selepas ini mereka akan menyokong pula.

Adalah diharapkan dengan kehadiran yang semakin ramai para pemimpin BN Pusat serta rakan-rakan blogger daripada Semenanjung Malaysia untuk membantu jentera BN negeri pada pilihan raya umum negeri kali ini akan turut lebih menyemarakkan lagi semangat juang dalam jiwa semua pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak.

Rabu, Mac 16, 2011

Al-Kitab: Kristian di Sarawak jangan masuk perangkap Pakatan Pembangkang !

Bila timbul semula isu yang membabitkan hal ehwal agama Kristian di negara ini, ini adalah kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak sudah semakin hampir. Dan isu ini terpaksa dimainkan semula oleh pihak pembangkang termasuklah oleh segelintir peminpin dalam BN sendiri yang pro-pembangkang bagi menarik perhatian masyarakat Kristian di Bumi Kenyalang khususnya.

Pihak Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah kekurangan isu tempatan untuk digunakan sebagai modal kempen pada pilihan raya negeri akan datang dan maka itulah mereka sedaya upaya yang boleh mahu mencari mana satu perkara yang boleh dijadikan sebagai isu untuk mempengaruhi minda rakyat.

Melihat yang masyarakat Kristian adalah penduduk majoriti di negeri Sarawak, lalu pihak Pakatan Pembangkang tiada pilihan lain untuk menjadikan isu agama untuk dijadikan sebagai isu utama yang akan dibawa nanti selain daripada isu tanah NCR, isu jalan, isu bekalan air serta isu remeh-temah yang lainnya.

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, rakyat negeri ini diharap hendaklah sentiasa mengelak dari termakan umpan yang dipasang oleh pihak Pakatan Pembangkang yang kini tengah giat berusaha melihat kepada isu yang berpotensi boleh mempengaruhi rakyat Sarawak dan apabila rakyat telah mula lalai dan termakan dengan isu-isu yang dimainkan maka adalah mudah bagi pihak Pakatan Pembangkang untuk mengheret sama kerajaan Barisan Nasional ke dalam perkara yang telah mereka bangkitkan itu.

Rakyat Sarawak harus sedar dan ingat bahawa kita khususnya yang beragama Kristian sejak sama-sama berada dalam Malaysia, semua kebajikan serta kepentingan lainnya tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah. Kerajaan BN di Sarawak sebenarnya tidak pernah sama sekali menyekat apa juga kegiatan yang melibatkan hal ehwal berkaitan agama Kristian malahan sudah terlalu banyak bantuan serta sumbangan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan BN Sarawak serta BN Pusat untuk mewujud serta membaik-pulih tempat-tempat beribadat serta menaiktaraf sekolah-sekolah missionary di negeri ini.

Penduduk Sarawak khasnya yang beragama Kristian wajar melihat kepada realiti dan bukannya mudah menerima apa sahaja perkara yang cuba untuk merenggangkan sokongan kita selama ini kepada sebuah kerajaan yang ternyata adil pemerintahannya terhadap rakyat. Kita masyarakat Kristian di Sarawak jangan pula cepat melatah dengan apa yang sedang berlaku terhadap isu 'Al-Kitab' yang masih berada di dalam simpanan pihak KDN kerana isu ini masih dalam peringkat menunggu keputusan pihak mahkamah dan kita semua kena faham bahawa setiap apa yang sedang kerajaan lakukan mesti ada sebabnya yang tertentu dan sebagai rakyat kita wajib untuk menghormatinya.

Selasa, Mac 15, 2011

Setiap pemimpin BN Sarawak wajar ada akaun FB masing-masing

Walaupun Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib sudah lama memiliki akaun facebook, twitter serta blog sendiri bagi memudahkan beliau berhubung dengan seluruh rakyat Malaysia namun amat menyedihkan di Sarawak ini apabila masih terlalu ramai pemimpin-pemimpin BN negeri yang belum lagi mahu mengikut jejak langkah PM itu ataupun mungkin kerna mereka masih was-was dan takut untuk menerima kritikan secara langsung daripada rakyat.

Sebagai pemimpin mereka harus mempunyai jiwa yang terbuka, berani serta bersedia menerima apa jua pandangan atau pendapat daripada rakyat Sarawak, biarpun terdapat pandangan yang bertentangan dan bukannya mengamal sikap yang sentiasa cuba untuk mengelak dari menerima sebarang teguran tidak kiralah samada teguran itu membina ataupun sebaliknya.

Apa yang penting adalah apabila rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing ingin untuk menyampai tentang apa jua permasalahan mereka, maka sudah tentulah sekiranya setiap seorang daripada wakil rakyat itu ada saluran yang memudahkan rakyat untuk berhubung secara terus dengan mereka seperti facebook, twitter selain dari telefon jadi saya pikir kalau setakat kes seseorang wakil rakyat itu jarang turun padang mungkin dapat diatasi walaupun hanya mengetahui dari jauh tentang apa jua masalah rakyat namun apa yang penting ialah beliau sudah tahu masalah rakyat di kawasan beliau tanpa perlu selalu untuk turun ke kawasan.

Kalau mahu dikira jumlah semua wakil rakyat Sarawak yang mudah untuk dihubung melalui media baru ini adalah terlalu kecil dan ada juga berlaku kes dimana walaupun sesetengah daripada mereka sudah ada akaun facebook sebagai contoh tetapi mereka masih lagi takut untuk menerima permintaan rakyat di kawasan masing-masing yang minta untuk ditambah sebagai rakan didalam wall milik mereka malahan ada yang sampai sekarang langsung tidak memberi sebarang respon kepada perkara berkenaan seperti Ahli Parlimen Mukah YB DS Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen Batang Sadong YB Hajjah Nancy Shukry dan beberapa orang lagi.

Namun, syabas diucapkan kepada Ahli Parlimen Petra Jaya YB Datuk Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, ADUN N50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Igan YB Datuk Haji Abdul Wahab Haji Dollah serta beberapa nama pemimpin BN Sarawak yang tak tersebut disini, mereka ini sudah ada akaun facebook masing-masing, senang dan mudah untuk rakyat menyalurkan apa-apa jua masalah yang timbul dikawasan yang mereka wakili walaupun rakyat tidak terlalu mengharapkan wakil mereka dapat mengatasi segala aduan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya wakil-wakil rakyat berkenaan sudah dimaklumkan tentang sebarang masalah yang ada.

Isnin, Mac 14, 2011

Zuraidah buat tawaran "Percuma" kepada penduduk di Miri semalam...

Semalam, Ahli Parlimen Ampang Selangor yang juga Ketua Wanita PKR pusat Zuraidah Kamaruddin dilihat sedang merayau-rayau di sebelah belakang bangunan Yun Lan milik usahawan terkemuka Tan Sri Datuk Ting Pek Khing sambil ditemani oleh Pengerusi PKR bahagian Miri Dr Teo Yu Sheng.

Selepas itu kelihatan Zuraidah serta Dr Teo memasuki deretan gerai minuman yang berkonsepkan 'open air' berhadapan dengan Mei Hua Shop serta terletak di sebelah belakang RHB Bank sambil mereka berdua mendatangi semua pelanggan yang sedang menjamu selera di situ dengan tujuan untuk meraih sokongan daripada rakyat agar memilih Pakatan Haram pada PRN Sarawak akan datang.

Pilihan Raya Negeri belum lagi bermula, tapi awal-awal lagi Zuraidah serta sekutu PKR lainnya iaitu PAS dan DAP mengadakan kempen 'merayau dan melilau' di seluruh bandar-bandar utama di negeri Sarawak. Di Miri semalam, Zuraidah telah menawarkan sesuatu yang percuma kepada beberapa pelanggan gerai minuman yang masih dalam keadaan kebingungan kesan dari pengaruh alkohol ;-))

Zuraidah berkata kepada para pelanggan gerai "kalau Pakatan Haram berjaya menubuhkan Kerajaan di negeri Sarawak, perkara pertama yang akan dilakukan ialah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menaikkan bayaran royalty minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus untuk Sarawak, Sabah, Terengganu dan juga Kelantan."

Tapi sayangnya Zuraidah Kamaruddin bercakap buat janji tak menggunakan otak di kepalanya tapi dia guna otak dalam tempurung lututnya bila mengaitkan perkara yang jelas tidak boleh dilakukan oleh sesebuah kerajaan negeri untuk mengubah undang-undang tertentu melainkan hanya boleh dilakukan dengan kuasa kerajaan pusat.

Untuk menipu rakyatpun kalau dah akal pendek tiada guna juga kalau dah buat malu diri sendiri. Tidak masuk akal sama sekali kalau mereka hanya  menang di Sarawak maka kononnya mereka akan mampu mengubah segala-gala yang masih di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Orang yang tengah mabuk bolehlah Zuraidah tipu bulat-bulat, tapi kalau orang yang tengah minum teh atau kopi jangan haraplah...mereka masih berfikiran waras dan tahu mana satu yang baik untuk masa depan Sarawak dan mana yang tidak baik.

Arkib Blog