Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 23, 2011

Presiden PRS angkuh! ..tidak menghirau suara rakyat N.54 Pelagus

Apakah perkara sebenar yang menjadi keutamaan kepada YB Datuk Sri Dr. James Jemut Masing serta yang paling dititik berat oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dalam 'isu N.54 Pelagus' yang sehingga kini belum lagi menemui jalan penyelesaiannya lebih-lebih lagi di saat negeri Sarawak mula berhadapan dengan proses pilihan raya umum negeri ?

Apakah kepentingan politik peribadi beliau tetap diutamakan ? ..atau adakah Datuk Dr James rela nasib serta keperluan rakyat di kawasan Pelagus akan terus terbiar tanpa pembelaan sewajarnya hanya kerana mahu untuk memuaskan keegoan hati masing-masing ?

Semalam Utusan Borneo telah melaporkan bahawa lebih 150 orang Tuai Rumah daripada kesemua 172 Rumah Panjang Iban termasuk Ketua-ketua Kampung Melayu, Kapitan kaum Cina serta NGO-NGO yang terdapat di dalam kawasan DUN N.54 Pelagus telah menurunkan tandatangan mereka masing-masing sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap YB Larry S'ng agar terus dikekalkan sebagai wakil rakyat disitu.

Perkara ini bukan saja dilakukan oleh penduduk Pelagus hanya menjelangnya PRN Sarawak ini tetapi mereka telah menyatakan sokongan serupa sejak timbulnya krisis antara Datuk Sri James Jemut dengan YB Larry S'ng yang berpunca dari perbalahan dalam PRS, hampir seluruh penduduk di DUN Pelagus telah mezahirkan suara bersama yang mereka akan tetap berdiri teguh di belakang YB Larry S'ng sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pelagus.

Demi Barisan Nasional dan juga demi untuk rakyat di DUN Pelagus adalah sangat diharapkan agar YB Datuk Sri James Jemut berusahalah untuk membuang sikap keras kepala serta sikap ego beliau supaya ianya tidak akan memudaratkan keupayaan BN untuk terus mempertahan kerajaan di Bumi Kenyalang ini.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM 1MSIA BRO..SEPATUTNYA MASALAH NI DPT DI ATASI LEBIH AWAL. KLU DI BIARKAN AKAN JADI LIABILITI KPD BN NANTI. KETEPIKAN EGO MASING2 DAN RAPATKAN BARISAN. FORMULA PENYELESAIAN JANGKA PANJANG HARUS DI CARI DGN KADAR SEGERA JIKA MAHU BN TERUS KEKAL DI PELAGUS

hilbert berkata...

Salam,

bro Jeffry, inilah yang masih menjadi duri dlm daging kepada BN Sarawak ketika ini, harap Pehin Sri Taib dapat jadi orang tengah dlm isu ini ataupun PM DS Najib memberi nasihat kepada DS James Masing

PAPA GOMO berkata...

lary calon BN terdahulu adalan kaum cina...dia nak ambil alih PRS dan menjadikan PRS parti kaum cina maka sebab itu di cantas larry ini.

dalam hal ini aku sokong james masing

Arkib Blog