Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 22, 2011

Bukit Assek di Sibu akan ditarah sampai rata oleh Barisan Nasional

DUN N.45 Bukit Assek di Sibu adalah antara kawasan yang dikuasai oleh DAP yang boleh dianggap sebagai satu kawasan yang paling tidak selamat untuk Pakatan Haram pada PRN Sarawak kali ini selain daripada DUN N.9 Padungan di Kuching yang diwakili oleh YB Dominique Ng dari PKR serta DUN N.59 Kidurong di Bintulu yang disandang oleh YB Chiew Chin Sing.

Wong Ho Leng yang telah dipilih oleh rakyat sebagai seorang Ahli Yang Berhormat untuk mewakili mereka bagi kawasan N.45 Bukit Assek juga adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Bandar Sibu kini telah dilihat akan berdepan dengan laluan yang agak sukar dalam mempertahankan kerusi yang diduduki setelah banyak janji-janji DAP kepada pengundi di Bukit Assek sewaktu PRN Sarawak yang ke-9 dulu tiada satupun yang sudah ditunaikan.

Kebanyakkan penduduk di kawasan DUN Bukit Assek yang sentiasa terdedah kepada bencana banjir sudah hilang sabar menunggu segala janji-janji DAP semasa berkempen pada pilihanraya negeri 2006 dulu yang kononnya akan segera mengatasi masalah banjir ditempat mereka sekiranya DAP menang namun walaupun setelah 5 tahun berlalu tetapi banjir semakin kerap pulak melanda dikawasan-kawasan rendah dalam DUN Bukit Assek.

Seandainya SUPP iaitu salah sebuah parti komponen dalam BN Sarawak meletak semula bekas calon untuk PRK Bandar Sibu dulu iaitu Robert Lau Jr untuk menentang Wong Ho Leng di kerusi DUN N.45 Bukit Assek pada kali ini, saya berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali Bukit Assek daripada penguasaan DAP.

Robert Lau Jr yang merupakan Bendahari parti SUPP juga adalah Kaunselor di Majlis Perbandaran Sibu (MPS) walaupun pernah tewas pada percubaan pertama beliau setelah diletak sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Sibu kepada Wong Ho Leng tetapi itu tidak bermakna yang beliau tidak akan diterima selamanya oleh para pengundi dan SUPP harus berani untuk menurunkan semula Robert Lau Jr bertanding bagi merebut kerusi Bukit Assek daripada Wong Ho Leng.

Berbekalkan kepada pengalaman luas beliau yang sentiasa rapat dengan masyarakat di sekitar Sibu melalui jawatan yang disandang sejak dulu itu adalah tidak mustahil bagi Robert Lau Jr untuk menebuskan kembali kekalahan julungkalinya dalam PRK yang terdahulu. Jika dilihat dari sudut lain iaitu pada PRK Bandar Sibu dulu, Robert Lau Jr berperanan untuk mempertahankan kerusi berkenaan dari terjatuh ke tangan DAP manakala Wong Ho Leng pula bertindak untuk merampasnya dari genggaman Barisan Nasional.

Jadi untuk DUN N.45 Bukit Assek maka fungsi Wong Ho Leng sudah bertukar daripada untuk merampas kepada mempertahan dan begitu juga dengan Robert Lau Jr jika sebelum ini peranannya adalah untuk mempertahan kepada cuba untuk merampas kerusi daripada DAP. Kerja SUPP untuk merampas N.45 Bukit Assek dari DAP akan menjadi lebih mudah sekiranya perang dingin dalam parti tersebut dapat diselesaikan segera sebelum kempen Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan dalam bulan April depan.

2 ulasan:

Melanau berkata...

kmk melihat situasi di sibo lain dari kwsn lain..kmk pun bok jak 2 ari balit dr sibo..ada juak kakar pasal beberapa kawasan dun ngn org kuat PBB di perkampungan melano di bt 7..BN pada pandangan kmk masih sukar utk merampas b.asek dan myb akan kehilangan nangka ngn bwg assan mun faktor pemimpin di ambik kira..dato wong soon koh ngn datuk awg bemee menjadi liabiti yang besar pada pilihanraya kali tuk..kegagalan dak 2 nya turun padang semasa menjadi WR kawasan patut diambik kira..tapi dato wong soon koh myb 50-50..nangga urg nak lawannya juak..kmk takut ilang kawasan nangka jak knektuk..dan untuk b.asek seperti nak padah ktk ya...kmk berfikiran sebaliknya sbb dak cina tuk lebih kepada politk ekonomi..sidaknya mun dapat mok kurangkan karenah birokrasi tapi sistem pentadbiran kita gik banyak kelemahan nak lom mampu kita atasi..harap2 pandangan kita betul jak..BN ya dapat menguasai b.asek..

hilbert berkata...

M,
DUN Nangka seperti yg anda katakan memang perlu muka baru disitu jika BN mahu kekal tetapi jika masih mengekalkan Awang Bemee maka bermakna BN harus bersedialah untuk gulung tikar awal2...

Mengenai Bukit Assek pulak, sudah tentu rakyat disitu sentiasa menagih janji2 yg terdahulu dari DAP yang menang tetapi jika janji2 tidak juga ditunaikan mungkin rakyat akan mudah berubah fikiran..sama juga dgn situasi yg dihadapi oleh BN maka DAP juga tidak terkecuali

Arkib Blog