Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 21, 2011

DUN Sarawak dibubar hari ini, DNA Amwar bila lagi nak dibubarkan ?

Kalau sebelum ini bukan main lagi pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS mendesak Ketua Menteri Sarawak agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan dengan segera malahan ada juga mereka dikalangan Pakatan Haram ini mahu Pehin SriTaib segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Jadi hari ini sepertimana yang diumumkan oleh Pehin Sri pada Jumaat lepas bahawa DUN Sarawak, 21hb Mac 2011 hari Isnin akan dibubarkan dan ianya sudah pasti hari ini. Tetapi bagaimana pula dengan isu DNA Anwar Ibrahim ? Bila nak serah? Kalau berani tandanya benar, tetapi kalau takut ertinya memang bersalahlah !

Bukan setakat hanya sesetengah pemimpin parti saja yang mahukan beliau segera menyerahkan sampel DNA kepada pihak Mahkamah tetapi sudah terlalu ramai rakyat bawahan yang mahu supaya beliau tidak berlengah untuk berbuat demikian agar proses undang-undang bagi menentukan keputusan berhubung kes liwatnya dapat diselesaikan dengan kadar sebeberapa segera yang boleh.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin juga secara terbuka telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menyerahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa jika diperlukan, oleh itu Anwar Ibrahim juga harus berani sama sepertimana PM dengan TPM untuk memberikan kerjasama dengan pihak yang berwajib.

Kalau mahu jadi pemimpin nombor satu negara haruslah menunjukkan sifat keberanian kepada rakyat dan bukannya menunjukkan sifat pengecut, lari lintang pukang bila ada badai yang datang melanda.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..NAK BUAT CMNE. PENCACAI SNDIRI PUN SUH BG DNA. NMPKNYA ADA ANTARA PUAK MEREKA PECAYE YG KTUA MEREKA SUDA 'MAIN' BLAKANG JUGAK HUHUHU

hilbert berkata...

Salam,

bro Jeff, ha ha..itulah..,semakin ramai juga puak-puak dalam pkr sendiri yg dah keluar parti dan begitulah agak seterusnya nanti selagi Anwar Berahim tak serahkan DNAnya untuk dibanding dgn sampel darah 'lelaki Y'

Only1Choice,
ok bro dan t/kasih

Arkib Blog