Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 23, 2011

Blogger antara muka baru yang akan mewakili BN di N.36 Semop

Adalah tidak salah untuk memberi reaksi awal berkenaan dengan siapa yang akan digugur, dicalon semula atau dipilih sebagai muka baru oleh parti bagi kawasan-kawasan pilihanraya negeri yang akan datang.

Begitu juga dengan DUN N.36 Semop dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis dimana spekulasi mengenainya memang tidak dapat dielakkan yang jika ada muka baru dicalonkan untuk kawasan DUN tersebut maka secara tidak langsung wakil rakyat yang sedia ada akan digugurkan.

DUN Semop dimana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam yang sekarang ini diwakili oleh YB Datuk Sri Awang Mohd Asfia Awang Nassar yang juga Speaker DUN Sarawak akan menyaksikan desakan daripada rakyat di akar umbi menuntut supaya pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menurunkan calon anak tempatan bagi kerusi N.36 Semop bagi memastikan nasib penduduk disitu benar-benar terbela.

Saya sangat yakin bahawa salah seorang daripada rakan blogger akan dipilih oleh Pehin Sri Taib untuk mewakili rakyat di DUN Semop dengan pengaruh serta sokongan daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Beliau adalah anak tempatan disitu, seorang pendidik dan kini masih bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau amat memahami akan permasalahan serta dilema yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan terutama masalah yang membelenggu penduduk di kawasan Pulau Bruit.

Saya doakan agar beliau terpilih kelak. Selamat berjuang daripada Anak Merdeka !!!

3 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam kawan

kami petik tulisan kita di blog.


minggu ni jumpa di sarawak ya

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DI HARAP CALON MUDA DAN BERWIBAWA DPT DI BERI PLUANG UTK MEMBUKTIKAN BAHWA MEREKA JUGA MAMPU MEMBAWA MISI DAN MEMBERIKN IDEA2 SGAR DLM MEMBANGUNKN KAW STEMPAT SKALIGUS MENCAPAI MATLAMAT KERAJAAN UTK MELIHAT GOLONGAN MUDA BRSAMA2 MEMAINKN PRANAN MMBANGUNKAN NEGARA KE TAHAP LBIH BRDAYA SAING DI MASA DPAN

hilbert berkata...

Salam Panglima,

t/kasih..dan saya masih di utara Sarawak dan akan berkemungkinan akan balik ke Mukah sewaktu penamaan calon dan hari pengundian.

Bro Jeff, salam 1Malaysia..
begtulah harapan kami rakyat Sarawak, agar diganding pemimpin yang lama dgn yg baru demi kemajuan negeri Sarawak..

Arkib Blog