Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 19, 2011

BN Sarawak sentiasa berlaku adil kepada semua agama di negeri ini...

 (Atas: gambar Gereja St. Bernard Dalat dalam DUN N.50 Dalat Sarawak, antara Gereja yang beberapa kali pernah mendapat peruntukkan kewangan yang besar daripada kerajaan Barisan Nasional)

Jika ada pihak yang menuduh atau mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional selama ini telah bertindak tidak adil ataupun berat sebelah dalam memberi sebarang peruntukkan untuk membina, membaik-pulih serta menyelenggara setiap rumah ibadat pelbagai kepercayaan khususnya Gereja serta Chapel di negeri Sarawak maka sudah tentulah semua tidak benar sama sekali.

Sesungguhnya orang-orang orang Kristian di Bumi Kenyalang patut berasa bersyukur serta berterima kasih kepada pihak kerajaan khas kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa memberikan layanan samarata dan tidak berbelahbagi mengenai keperluan semasa serta hal ehwal masyarakat Kristian di negeri ini.

Dalam perkara menyalurkan sumbangan untuk membina Gereja dan juga Chapel, sebagaimana kerajaan Barisan Nasional negeri memberi kepada umat Islam untuk membina Masjid serta Surau maka begitu jugalah kerajaan menyediakan peruntukkan untuk umat Kristian membangunkan rumah-rumah ibadat mereka.

Kerajaan Barisan Nasional negeri tidak pernah sama sekali berniat untuk mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan rakyatnya walau terdapat di sesetengah tempat yang terpencil menyebabkan agak sukar untuk disediakan dengan kemudahan yangserupa dengan yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk yang tinggal di bandar atau desa namun kerajaan akan tetap juga menunai kewajipannya biar disedia dalam bentuk yang lain agar rakyat sama-sama dapat merasai nikmat pembangunan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..MMG BUKTI YG NYATA. BN TAK PERNAH MENGANAKTIRIKAN PERUNTUKAN TERHADAP SETIAP KERAJAAN NEGERI BAIK YG DI TADBIR PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN. SABAH DAN SARAWAK MENERIMA PERUNTUKAN BERSAMA YG CUKUP BESAR IAITU 9.55 BILION. HANYA MEREKA YG TAU TAU NAK BERSYUKUR SAJE AKAN MENGATAKAN KERAJAAN BN KEJAM. SEMOGA BN AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT S'WAK..YEHAAAAAAA!!

alehkayong™ berkata...

Semoga perpaduan kaum-kaum di Sarawak yang pelbagai agama kekal dalam harmoni dan kasih sayang.
Semoga kita tidak terpedaya dengan usur-unsur negetif dibawa pakatan rakyat!!

hilbert berkata...

Salam bro Jeff,
itulah yg sepatutnya rakyat kenang dan bukannya disaji saja dengan janji2 manis Pakatan Haram maka semua apa yg pernah BN buat selama ini terus dilupa begitu saja.

AlehKayong,
Slm bro..memang kita di Sarawak mengharapkan agar keharmonian antara kaum terus berkekalan.

Arkib Blog