Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 18, 2009

Drama Baru DAP, PKR dan PAS.

Sebuah drama terbaru yang dihasilkan oleh pengarah berpengalaman luas telah ditayangkan untuk tontonan umum sejak beberapa hari yang lalu.

Drama ini dikatakan akan menelan belanja yang agak besar juga untuk setiap adegan yang dijayakan. Namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa kos untuk drama ini saja mampu mencecah sehingga lebih RM50,000.00.

Keseluruhan penggambaran untuk drama terbitan untuk kali ini hampir keseluruhannya dilakukan di sekitar daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Judul untuk drama ini pula belum lagi di tetapkan secara rasmi, walaupun ianya telah dipertontonkan kepada umum. Ini juga adalah salah satu daripada strategi penerbit drama ini untuk menarik lebih ramai penonton.

Mungkin juga penerbit drama ini mahu penonton sendiri yang memberikan idea serta mencadangkan judul yang sesuai untuk drama baru itu yang telah mereka hasilkan.

Jika ada habuan atau hadiah disediakan oleh penerbit kepada penonton bertuah yang menyertai peraduan bagi menamakan drama tersebut, sudah pasti ianya secara tidak langsung akan membantu didalam mempromosi drama kepada masyarakat lainnya seandainya peraduan itu mendapat sambutan.

Bagi diri penulis, ada beberapa judul yang difikirkan agak sesuai dan juga yang kurang sesuai untuk diketegahkan, tetapi terpulanglah kepada pembaca untuk memilih judul yang bersesuaian dan juga jika pembaca sendiri ada idea yang bagus untuk drama ini... Jom! kita ramai-ramai berpakat menamakan drama hebat ini...

Antara judul yang ingin saya kemukakan adalah sebagai berikut;
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
( 1 ) : Peristiwa Selepas PRU12
( 2 ) : Dari Permatang Pauh Ke Putra Jaya
( 3 ) : Melancong Ke Taiwan
( 4 ) : Kedutaan Turki Dalam Ingatan
( 5 ) : Projek 16 September 2008
( 6 ) : 30 BN Lompat PR
( 7 ) : Drama Dalam Drama
( 8 ) : Terjun Atau Ditendang
( 9 ) : Lompat Parti Hidup, Lompat Massalam Mati.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 17, 2009

Pak Lah !, I.S.A. Harus Dikekalkan.

Mengapa disaat negara dan kerajaan Barisan Nasional sedang berdepan dengan berbagai-bagai karenah daripada para pemimpin pakatan pembangkang, tiba-tiba pula bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi bersuara tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) ?

Jika beliau menyuarakan pandangannya agar akta tersebut dibaiki ataupun dibuat penambahbaikan, saya rasa kebanyakan daripada rakyat yang menyokong supaya akta itu dikekalkan tidak akan tersentak atau terkejut dengan kenyataan Tun Abdullah yang meminta Kerajaan untuk mempertimbangkan desakan yang wajar agar ISA dihapuskan.


Sumber berita rujuk : www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=426079

Ulasan saya ; ...sebagai bekas Menteri Dalam Negeri dan juga bekas Perdana Menteri yang pernah diberikan dengan tanggungjawab yang paling tinggi serta bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan, keselamatan dan keharmonian negara, kemakmuran, kesejahteraan, kemajuan dan perpaduan rakyat seharusnya beliau tidak boleh bersuara senada dengan suara para pemimpin pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk bertindak untuk menghentam dan menekan kerajaan Barisan Nasional.

Tun Abdullah sepatutnya sentiasa harus sedar, bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang berjumlah melebihi 26 juta orang itu, bersetuju dengan desakan sesetengah pihak berkepentingan yang meminta kerajaan Barisan Nasional untuk menghapuskan ISA. Lebih banyak lagi sebenarnya rakyat yang mahukan supaya akta tersebut harus dikekalkan sebagai pelindung kepada ketenteraman dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam.

Seperkara lagi yang beliau harus ingat ialah, beliau pernah berjanji untuk tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negara selepas bersara daripada jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun masih kekal sebagai Anggota Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebaik-baiknya, berilah ruang yang luas kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin serta menteri kabinetnya untuk menguruskan negara ini dengan cara mereka. Tanggungjawab sudah terletak diatas bahu mereka untuk memikulnya, jadi biarkanlah dulu mereka untuk menentukan arah mana haluan kepimpinan negara hendak mereka bawa.

Tapi apa yang sangat penting yang mesti beliau ingat ialah, sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas orang nombor 1 negara, maka beliau tidak boleh meletakkan dirinya setaraf dengan rakyat biasa. Sebabnya, setiap apa jua kenyataan yang beliau buat tetap akan mendapat perhatian umum dan tetap akan diambil kira. Tetapi sangat berbeza sekali dengan rakyat biasa, biarpun berguni-guni sampai penuh kapal sekalipun laporan atau kenyataan yang kita buat, adalah memang sukar untuk mendapat perhatian daripada pemimpin apatah lagi daripada masyarakat umum.

Akhir ulasan, seharusnya kita semua mesti mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) sebab, disamping ianya telah terbukti sangat berkesan untuk mencegah anasir-anasir yang cuba untuk menggugatkan keselamatan dan ketenteraman negara, I.S.A juga adalah satu-satunya akta yang telah meletakkan negara terus berada dalam keadaan yang sebagaimana terdapat pada masa ini. Jika soal suspek yang ditahan tanpa bicara, itu bagi saya ianya patut dilakukan sebab apabila seseorang itu telah disyaki, bermakna orang itu harus ditahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan akan dilepas jika didapati tiada sebab untuk orang itu harus ditahan, tapi bagi yang memang mempunyai bukti yang kukuh dengan kegiatan mereka yang boleh memudaratkan keamanan negara, maka orang itu patut ditahan tanpa bicara untuk tempoh yang telah ditetapkan. Langkah itu memang wajar, kerana saya berpendapat, "lebih baik mencegah daripada mengubatinya" atau "membicarakannya".
Posted by Picasa

Khamis, Julai 16, 2009

Setelah PPSMI Dimansuhkan...

Apabila Kerajaan telah terpaksa tunduk kepada tekanan demi tekanan daripada berbagai pihak agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mathematik dalam bahasa Inggeris dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Malaysia, jadi apakah bentuk persediaan yang telah diatur dan disusun oleh pendesak-pendesak terutamanya Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) untuk meningkatkan lagi mutu serta pencapaian para pelajar didalam kedua-dua subjek setelah bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rujukan ?
Apakah ada jaminan daripada para pendesak ini, bahawa Malaysia pada masa hadapan akan lebih mampu dan lebih berkeupayaan daripada sebelum ini untuk mengeluar pelajar atau insan yang bernilai tinggi yang berkemampuan muncul sebagai pencipta teknologi dan bukannya terus membuat kajian dari hasil ciptaan orang lain ?

Apakah juga ada jaminan kepada generasi masa depan negara daripada tokoh sastera ini, bahawa negara Malaysia akan lebih maju dan akan berjaya dalam bidang sains dengan hanya membaca sajak-sajak dengan bahasanya berbunga-bunga yang sangat sukar untuk difahami oleh ahli-ahli saintis.
Mereka ini semuanya mendakwa bahawa merekalah "pejuang bahasa" yang memperjuangkan bahasa Malaysia agar terus dimartabatkan. Jika benar mereka "pejuang bahasa" buktikan. Buktikan didalam amalan harian, buktikan didalam kehidupan seharian, buktikan juga didalam setiap tindakan umpamanya semasa berbual dan bercakap atau bergurau dengan isteri, anak-anak, cucu-cicit serta rakan-rakan tak kira kedudukan atau latar belakang mereka.
Buktikan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa desakan yang mereka buat sampai berdemonstrasi sehingga berarak ke atas jalan tidak mempunyai agenda tersembunyi dengan memperalatkan bahasa sebagai alasan. Buktikan juga seterusnya bahawa tindakan mereka itu tidak menafikan hak orang lain serta kaum bumiputera lain untuk mendapat pendidikan lebih sempurna lebih tinggi dari apa yang ahli keluarga mereka sendiri perolehi.
Buktikan bahawa mereka ini tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk menyambung pengajian ke luar negara yang sudah semestinya 100% menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaranya. Sila buktikan. Jangan hanya dengan kata-kata yang berkias-kias. Harus diterjemahkan didalam perbuatan dan juga amalan. Buktikan kepada rakyat !!!
Sudah kerajaan bagi tempoh 3 tahun sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI ini sepenuhnya, kenapa puak-puak ini tidak tahu untuk bersabar ? Nak lagi minta 6 bulan dipercepatkan..., apa mereka ingat senang nak hapuskan serta-merta macam main sembur saja dengan cat hitam. BERSABARLAH !
Ingatkan ahli sastera tokoh bahasa ini berjiwa penyabar, tapi taklah rupanya. Gelojoh. Kalau baca sajak puisi boleh juga baca berjela-jela, berjam-jam...panjang mengilai pulak tu sampai 20,25,30 minit... tapi kalau saya yang baca tak juga sampai 2 minit.
Selepas ini, iaitu selepas PPSMI dimansuhkan sepenuhnya, maka bakal pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk berbalas pantun dengan guru-guru ketika di sekolah sebagai persediaan jika mahu menjadi seorang yang pakar didalam bidang sains dan mathematik yang mampu mencipta berbagai-bagai teknologi baru yang juga akan membawa Malaysia ke depan setanding dengan negara maju lainnya di dunia ini.


Rabu, Julai 15, 2009

Antara Kesan Sumpah Laknat: Sulaiman Abdullah Tarik Diri.

Hari ini 15 Julai 2009, ketua bagi barisan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seramai 8 orang iaitu Peguam Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar dalam kes liwat.

Jika sebelum ini, pada 8 Julai 2009 yang baru lalu, perbicaraan kes liwat itu sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tetapi telah ditangguh kerana Sulaiman mengadu beliau kurang sihat dan pening-pening.

Cerita lama ni... jika diambil kira dari sejarah lampau manusia, iaitu agak lebih kurang dalam tahun 1700, 1800 masehi dan awal tahun 1900 masehi, sumpah memainkan peranan yang sangat besar didalam kehidupan masyarakat pada ketika itu jika ada berlakunya sebarang pertindihan pendapat dan pandangan, umpamanya jika ada berlaku kecurian, pembunuhan, perkosaan, pergaduhan atau persengketaan dan sebagainya lagi dikalangan masyarakat setempat, maka sumpahlah jalan terakhir diambil sebagai penentu.

Pada ketika itu juga, manusia mengambil langkah untuk bersumpah sebagai salah satu daripada cara untuk membuktikan kedudukan sebenar mereka yang terlibat didalam sesuatu persengketaan samada mereka dipihak yang benar atau dipihak yang salah. Tetapi ada juga dikalangan masyarakat ketika itu menggunakan kuasa sumpah untuk mendatangkan kemudaratan kepada seseorang yang dipercayai telah menimbulkan suasana yang sangat sukar didalam kehidupan orang lain.

Jadi begitulah peranan sumpah yang dipraktik pada masa duhulu, dimana ianya akan terlihat dengan kadar segera jika sumpah itu diterima dan juga akan dapat dilihat kesan-kesan sumpah itu terhadap orang yang sudah kena sumpah secara perlahan-lahan. Misalnya, jika seseorang telah menderhaka kepada kedua orang tuanya maka keduanya akan menyumpah anak-anaknya supaya menjadi batu, pokok, pulau, bukit dan sebagainya.

Tetapi sekarang sumpah dengan kaedah itu tidak pernah lagi digunakan malahan tidak digalakkan kerana bertentangan dengan amalan agama serta dikhuatiri akan memesongkan akidah umatnya. Besar kemungkinan jika cara bersumpah orang dulu-dulu digunakan dan seandainya masih lagi berkesan...tentu ramai sekali ibu bapa yang punya anak perangai macam setan-setan dan hantu raya akan menyumpah anak-anak mereka akan jadi peti ais, TV plasma, komputer riba, kereta camry, banglo, kondominium, handphone, barang kemas dan sebagainya.

Itu cerita dulu-dulu tu... Dulu lain, sekarang lain. Sekarang pun sumpah tetap berkesan dan harus digunakan sebagai alternatif bagi menegak dan memperlihatkan kebenaran jika saluran mahkamah agak perlahan berjalan dan sering ditangguh, tangguh, tangguh dan ditangguh...

Memandang kepada apa yang telah dilalui oleh Penasihat Umum PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya yang melibatkan beliau dengan kes liwat2008 iaitu sepanjang tempoh beliau berhadapan dengan dakwaan di mahkamah atas kes liwat itu serta berdepan juga dengan "sumpah laknat" yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bersabit dengan kes itu juga.

Kita semua boleh lihat, setelah beberapa ketika Mohd. Saiful melafazkan "sumpah laknat" untuk membuktikan bahawa beliau telah di liwat oleh Datuk Seri Anwar dan dalam tempoh itu sehingga kini seolah-olah telah ada persoalan semakin terjawab satu persatu, banyak rahsia yang cuba Anwar sembunyikan seperti seakan-akan semakin terdedah.

Telah begitu banyak orang yang sering bersama dengan Anwar semasa krisis 1998 sudah semakin menjauhkan diri daripada beliau, jika dikumpulkan semuanya boleh membentuk satu pasukan bolasepak. Nama-nama yang telah sedar dan telah kembali ke pangkal jalan sila rujuk di blog Mohd. Saiful http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah ada diantaranya sudah lama menghilangkan diri, seperti Raja Petra Raja Kamaruddin, Hilmy Malek dan mungkin ada lagi.

Persoalannya disini, apakah perkembangan itu semuanya ada kaitan dengan "sumpah laknat" yang telah dibuat oleh saudara Mohd. Saiful ? Dan apakah Datuk Seri Anwar telah dimakan oleh sumpah laknat itu ? Dan juga, apakah Peguam Sulaiman Abdullah tidak mahu terus dimakan sumpah bersama-sama dengan Anwar ?...dan mungkin dah cukup perit rasa beliau sakit perut selama seminggu dan terlantar di wad hospital. Mungkinkah juga disana kesedaran telah menyapa kalbu Peguam Sulaiman Abdullah, supaya jangan terlibat dengan kes liwat Anwar Ibrahim itu ?

Selasa, Julai 14, 2009

Hanya Kerana 65: Janji BN di Manek Urai Tak Mungkin Terlaksana ?

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai telah pun diketahui.

PAS menang tipis dengan majoriti hanya 65 undi saja. Dan BN juga kalah tipis kepada PAS hanya kerana 65 undi itu lah.

Ini bermakna, gara-gara 65 orang itu yang telah tersalah pangkah dengan memangkah "bulan" semua janji yang ditawarkan oleh BN kepada penduduk Manek Urai semasa kempen terpaksa ditarik balik.

Memang wajar bagi BN untuk menarik balik semua yang telah dijanjikan. Tiada gunanya BN untuk meneruskan projek-projek sebagaimana yang telah ditawarkan jika majoriti rakyat disitu tetap tidak mahu menerima BN.

Namun kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada calon BN, diharap Kerajaan Barisan Nasional dapat mencari jalan dengan terlebih dahulu mengenal pasti mereka yang menyokong BN dan seterusnya mempertimbangkan serta mencari jalan bagaimana cara untuk membantu serta memberi kemudahan (terhad kepada yang menyokong BN saja) sepertimana yang dijanjikan walau dalam apa bentuk sekalipun, yang penting janji harus ditunaikan (juga terhad kepada yang mengundi BN saja).

Itu harus dilakukan, kerana berdasarkan keputusan yang telah dibuat dan diterima, bukan semua penduduk di Manek Urai menolak BN, malah jika bukan disebabkan oleh 65 undi itu sudah tentu DUN Manek Urai dalam genggaman Barisan Nasional. Diharap BN akan bertindak bijak dalam hal ini, supaya jangan dilihat seperti kata pepatah "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Isnin, Julai 13, 2009

Presiden PAS Menghina Rakyat Sarawak.

Saya belum lagi berpeluang atau lebih tepat lagi tidak berkesempatan untuk membaca tentang berita yang termuat didalam Malaysiakini pada 11 Julai baru-baru ini yang ada menyiarkan berita mengenai Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan telah menghina rakyat Sarawak khususnya para pengundi di DUN Batang Air yang telah memilih calon BN sebagai wakil mereka untuk kerusi itu ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun saya telah mendapat sedikit maklumat mengenainya semasa mengunjungi dua blog iaitu Revolusi Pedang Srikandi dan juga Anti-PKR-Sarawak. Kedua-duanya telah menulis tentang perkara yang sama walaupun dengan tajuk yang berlainan. Keduanya juga ada menyelitkan ucapan Haji Hadi sebagaimana yang disiar didalam Malaysiakini pada artikel masing-masing.

Antara ucapan Haji Hadi adalah seperti berikut : "Kita adalah satu bangsa satu agama... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana(diperintahkan) dalam Al Quran dan Hadis".

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi(Presiden PAS) yakin PAS akan kembali sekali lagi menang di Kerusi DUN Manek Urai yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 saja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," katanya.
SUMBER: Malaysiakini bertarikh 11 Julai 2009.

Ulasan saya: Jika pakaian yang menjadi ukuran kepada Abdul Hadi, tetapi bagaimana pulak pandangan beliau terhadap tingkahlaku bekas Menteri Besar Perak serta bekas exco-exconya selepas terguling daripada jawatan masing-masing, walaupun dilihat pakaian YB Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming.. bukan main lagi "molek"...kemas, siap dengan tali leher lagi tu...tapi perangai tak ubah seperti "monyet" dalam hutan.

Abdul Hadi janganlah cakap berbelit-belit, dia kata "bukan nak hina" tetapi sudahpun dia kata "tak reti undi, pakai cawat lagi"... maknanya dia telah menghinalah. Sungguhpun rakyat Sarawak khususnya penduduk di Batang Ai telah dianggap oleh Abdul Hadi sebagai yang sedemikian, namun selagi akal yang waras masih menebal dan kesetiaan kepada BN tetap tersemat, tidak mungkin kami akan menggadaikan negeri ini kepada DAP, PKR dan juga PAS.

Abdul Hadi boleh berkata apa saja tentang rakyat Sarawak yang anti-PAS, tak apa, itu sememangnya sudah menjadi hak dia sebagai "ulama" Isketambola untuk menyuarakan rasa kecewa dia terhadap perkara tersebut tetapi yang paling penting ialah rakyat Sarawak tidak mudah diperdaya dan tidak akan mahu "ditipu hidup-hidup" oleh DAP, PKR dan PAS.

Walaupun ada segelintir di antara rakyat Sarawak yang telah terpengaruh dengan "pukau-pukau" yang digunakan oleh DAP, PKR dan PAS, tetapi mereka sebenarnya berada dalam kebingungan kerana ada diantaranya kurang tahu menilai yang "mana satu intan" dan yang "mana satu pasir" disebabkan kurangnya pendedahan tentang sesuatu peristiwa kerana jarang mendapat maklumat. Kebiasaannya apabila mereka itu dijaja dengan cerita-cerita yang karut-marut oleh DAP, PKR dan PAS, maka mereka akan terima bulat-bulat tanpa menilai kebenarannya terlebih dahulu.

Buang Flag: Demi Keselamatan Blog Anda...

Walaupun agak terlewat saya tahu tentang perlunya kita membuang "flag"(Benderakan blog) yang terletak diatas sekali pada blog kita, namun saya telah berjaya meniadakannya setelah menerima peringatan daripada rakan blogger http://revolusipedangsrikandi.blogspot.com yang memaklumkan supaya ianya harus dilakukan demi menyelamatkan blog daripada diganggu oleh pelawat-pelawat yang tidak bertanggungjawab atau pihak yang tidak senang dengan sesuatu perkara yang dicatatkan didalam blog masing-masing.

Cara-caranya mudah saja ;

Mula sekali kenalah buka dashboard(papan pemuka) dengan seperti biasa kita kena "daftar masuk" terlebih dulu, kemudian > tekan layout(reka letak) > klik - edit html > cari tulisan seperti mana terdapat dalam imej yang dipaparkan diatas. Untuk memudahkan lagi sila muat turunkan saja gambar diatas supaya lebih jelas untuk dibaca dan semuanya harus mengikut arahan yang ada pada tulisan merah dipetak sebelah kanan iaitu bagaimana dan dimana nak diletakkan kod yang sudah disalinkan itu.

Kod yang perlu disalin adalah ;

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

Paste dibawah garisan putus-putus yang atasnya ada tulisan BLOGGER TEAM. Lepas itu Save dan siap lah... selamat mencuba!!!

Ahad, Julai 12, 2009

Nik Aziz: Ulama Islam Ataupun Ulama Politik ???

Dapat di baca tak ? Saya pasti tajuk untuk dua imej di atas adalah jelas iaitu 'Antara Dua Ulama' dan jangan keliru pula, bukannya judul filem 'Antara Dua Darjat'.

Saya rasa ada yang masih kurang jelas untuk membaca dua kenyataan yang berbeza mengenai Islam diantara Mufti Besar negeri Perak Darul Ridzuan YBhg. Datuk Seri Harussani Zakaria dan juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Tapi tak apa, bagi yang rabun-rabun ayam tu kenalah gunakan cermin mata, barulah jelas nanti. Untuk makluman, gambar ini saya perolehi setelah saya terima info terbaru di YM service saya daripada Panglima Perang Cyber berkenaan dengan photo ini. Terima kasih PPC.

Hanya menilai dari kenyataan sesingkat itu mengenai perjuangan PAS dalam Islam daripada Nik Aziz, dapatlah saya mengukur sejauh mana sebenarnya pemahaman serta ilmu agama yang ada pada diri Nik Aziz jika boleh dibandingkan dengan penampilannya sebagai seorang yang kelihatan sangat alim.

Jika direnung daripada kenyataan Nik Aziz yang sangat jauh berbeza dengan pendapat Datuk Seri Harussani dalam soal amalan hidup menurut Islam, jelaslah bahawa Nik Aziz mempunyai pengetahuan yang sangat cetek tentang ajaran yang terkandung di dalam Islam.

Yang peliknya, mengapa masih ada juga yang mahu mengagung-agungkan Nik Aziz itu sebagai Tok Guru serta menjulang dia sebagai seorang Ulama. Dimana terletaknya ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz untuk beliau layak digelar sebagai seorang Ulama ???

Malah banyak sekali kenyataan-kenyataan politik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz serta suku-sakat beliau kelihatan bercanggah serta tidak menepati ajaran Islam yang sebenarnya..

Berdasarkan pada dua kenyataan yang telah dibuat oleh dua tokoh Ulama sebagaimana yang terdapat pada gambar diatas, maka saya ingin timbulkan satu persoalan disini khusus ditujukan kepada pengundi di Manek Urai... ...apakah Nik Aziz Nik Mat patut terus dijulangkan sebagai seorang Ulama sedangkan amalan dia baik dari segi percakapan mahupun dari sudut tindakan, sedikitpun tidak menggambarkan bahawa beliau layak dimertabatkan sebagai seorang Ulama Agama???

Jika anda rakyat di Manek Urai tidak mahu ditipu terus menerus oleh Nik Aziz dan PAS, maka pada 14 Julai nanti...Undilah UMNO/BN dan tolak PAS ketepi, demi pembangunan berterusan di kawasan Manek Urai ada masa hadapan.



Sabtu, Julai 11, 2009

3 Lokasi Untuk Penggambaran Drama "Manek Urai".

Drama yang diberi tajuk 'Manek Urai' bakal menemui penontonnya pada 14 Julai minggu depan. Seperti biasa, drama ini bertujuan untuk mengelirukan minda serta fikiran rakyat dan juga kepada sesiapa saja yang sudi menontonnya.

Penggambaran untuk drama ini juga telah menggunakan tiga lokasi berbeza sebagai usaha untuk menguatkan lagi jalan ceritanya. Para pelakonnya juga berbeza mengikut dimana lokasi drama itu menjalani penggambaran. Namun yang pasti drama ini telah dibarisi oleh para pelakon yang hebat-hebat belaka.

Pengarah untuk drama ini(Anwar Ibrahim) memang seorang yang terkenal dengan sikapnya yang suka berpura-pura dan juga seorang yang dikenali sebagai sangat pakar dari segi memutar belitkan cerita-cerita agar setiap drama-drama yang diarahkannya terus mendapat tempat dihati rakyat.

Manakala penerbit drama ini(DAP) pula adalah sebuah syarikat yang agak lama juga berkecimpung didalam bidang berkaitan, namun sehingga kini syarikat tersebut dilihat sentiasa gagal untuk menghasilkan drama-drama yang bermutu malah sering bertelagah dengan pengarah serta pengurus berhubung dengan sesuatu isu.

Bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui jalan cerita dalam drama ini, dengan ini saya dengan bermurah hati akan menyelitkan serba-sedikit tentang drama ini berdasarkan setiap tiga lokasi yang dipilih untuk penggambaran.

Lokasi pertama di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.
...untuk babak pertelingkahan diantara penduduk Kampung Buah Pala dengan DAP dan PKR. Pertelagahan itu bukanlah untuk menggambarkan kepada orang ramai mengenai isu perebutan buah pala, tetapi sekadar untuk mengalihkan perhatian umum terutamanya pengundi di kawasan Manek Urai, Kelantan daripada melihat kes liwat Anwar kepada isu lain supaya sokongan pengundi disitu terhadap calon PAS tidak terjejas atau tidak beralih kepada calon Barisan Nasional.

Di lokasi ini, lakonan dijayakan oleh Lim Guan Eng, Dr. Manshor Osman, P. Ramasamy dan Datuk Zahrin serta segelintir penduduk-penduduk Kpg. Buah Pala itu sendiri diambil sebagai pelakon tambahan untuk melengkapkan jalan cerita supaya kelihatan benar-benar terjadi dan juga agar rakyat betul-betul tertipu.

Lokasi kedua di Kpg. Berjaya, Alor Setar di Negeri Kedah Darul Iman, babak disitu menampilkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pelakon utamanya manakala Thomas Su pula diberikan dengan watak yang tidak kurang juga hebatnya serta seorang wakil tunggal DAP didalam exco Kerajaan Pakatan di Kedah sebagai pelakon pembantu dan penduduk sekitar dikawasan itu juga sebagai pelakon tambahan.

Penggambaran yang dilakukan di Kedah, mempamerkan cerita di mana PAS ditonjolkan seolah-olah begitu tegas dan tidak gentar dengan ugutan dari pihak DAP dalam isu babi atau lebih tepat lagi PAS digambarkan sebagai tidak bertolak-ansur dalam hal ehwal yang membabitkan kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Cerita di lokasi ini sengaja direka sedemikian adalah dengan bertujuan untuk membersihkan semula imej Parti PAS serta imej para pemimpin mereka terutamanya Nik Aziz dan juga Abdul Hadi Awang yang begitu teruk sekali berikutan dengan cadangan daripada PAS sendiri untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO. Cadangan dari PAS itu bagaimana pun telah mengundang berbagai reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang menentangnya.

Cemas dengan perkembangan itu serta khuatir undi di Manek Urai akan berpihak kepada Barisan Nasional, lantas PAS berpakat dengan DAP untuk membuat lakonan bersama dalam satu drama bagi mengelak wujudnya perasaan berbelah bagi dikalangan pengundi disitu yang telah keliru samada nak bagi undi kepada BN ataupun PAS. Demi untuk meraih simpati daripada para pengundi di Manek Urai mereka sanggup meludah, diludah dan selepas itu menjilat semula air liur yang telah diludah.

Di lokasi yang ketiga dan yang terbaru, kita semua telah sedia maklum dan akan terus mengikuti sandiwara ini sampai ke hari pembuangan undi di kawasan Manek Urai nanti. Lokasi terbaru yang dipilih adalah satu kawasan yang agak terbuka didalam negeri Selangor Darul Ehsan. Watak utama dipegang oleh Azmin bin Haji Ali serta Ronnie Liu dan di bantu oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Cerita yang dimasukkan kedalam episod di Selangor itu adalah juga hampir sama dengan apa yang telah disusun dengan rapi untuk babak yang pertama dan kedua. Tujuannya ialah semata-mata untuk mengalih perhatian orang ramai daripada memikirkan kes liwat Anwar kepada perkara lain sementara tempoh kempen di Manek Urai masih lagi berjalan. PKR, DAP dan PAS memang sedar bahawa kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar sekarang sedikit sebanyak pasti akan mendatangkan risiko kepada peluang PAS untuk menang di Manek Urai.

Jadi, sebelum sebarang kemungkinan yang sekiranya tidak memihak kepada mereka, maka DAP/PAS/PKR sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapat sokongan berterusan daripada rakyat. Mereka sanggup untuk dikutuk sesama mereka, sanggup mengutuk sesama sendiri asalkan sokongan rakyat terus berpaut kepada mereka.

Jumaat, Julai 10, 2009

Tun Dr. Mahathir, "Selamat Menyambut Hari Lahir"...

Selamat menyambut harijadi yang ke 84 kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan doa semoga dilanjutkan usia Tun. Semoga Tun serta juga YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali terus dikurniakan oleh Tuhan dengan kesihatan yang baik sentiasa.

Harapan juga agar YABhg. Tun terus dapat menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan negara Malaysia ini, walaupun bukan dalam bentuk khidmat tetapi dalam bentuk idea dan buah fikiran, itu juga paling besar maknanya bagi kami.
Ucapan terima kasih tidak lupa untuk disampaikan kepada Tun sempena harijadi ini, kerana Tun telah terbukti begitu berjaya sekali membawa Malaysia ke kemuncak kejayaan yang sungguh cemerlang sekali selama 22 tahun Tun berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Syabas Tun.

Khamis, Julai 09, 2009

Kes Liwat: Permohonan Gugur Kes Hanya Akan Membongkar kes.

Semakin terdesak maka semakin terdedahlah ia. Semakin mendesak maka semakin mendedahlah sebenarnya. Semakin giat usaha untuk menutupi, maka semakin terbongkarlah sesuatu yang cuba ditutupkan itu.


Inilah ungkapan kata yang mungkin mampu untuk menggambarkan suasana sebenar disepanjang perjalanan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Penasihat Umum PKR yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sejak 26hb. June 2008 sehingga kini.


Tanpa Anwar sendiri sedari, bahawa tindakan beliau yang dilihat seolah-olah semakin terdesak dengan mengemukakan berbagai-bagai "permohonan" kepada pihak Mahkamah sebenarnya telah menggambarkan bahawa itulah "pengakuan bersalah" beliau terhadap dakwaan yang sedang dihadapinya. Tanpa Anwar terfikir akan risikonya nanti, iaitu apabila semakin banyak "permohonan" yang keterlaluan dikemukakan oleh beliau di Mahkamah bagi menutup kes liwat itu maka semakin jelaslah pula kelihatannya sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sudah tentu sekali banyak orang yang akan mulai menaruh syak wasangka dengan tindakannya itu termasuk orang-orang PKR itu sendiri.


Mudah saja, ...jika beliau benar-benar ingin membuktikan kepada seluruh masyarakat dunia bahawa dia memang tidak bersalah dalam kes itu, ...jadi, berikan saja kerjasama kepada semua pihak. Dia harus berani berdepan dengan Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan iaitu bekas "pembantu peribadi beliau" di Mahkamah dan tidak sepatutnya bagi beliau untuk terus mengelak daripada dibicarakan. Dia harus menghormati arahan Mahkamah sebagaimana orang lain juga.


Manakala langkah kedua bagi membuktikan bahawa tuduhan terhadap beliau itu tidak berasas, maka Anwar haruslah dengan rela hati tanpa dipaksa untuk melakukan "sumpah laknat" sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mohd Saiful dahulu. Itu adalah pilihan yang kedua jika Anwar tidak mahu dibicarakan di Mahkamah, mudah sajakan...

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI Dimansuhkan : Langkah Mundur ke Belakang.

Terkejut dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat hari ini untuk menentukan samada Pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan ataupun ditamatkan.

Keputusan untuk memansuhkan PPSMI itu sama juga seperti membawa generasi yang akan datang untuk kembali melangkah cepat ke belakang semula. Keputusan itu juga pasti tidak akan membantu kerajaan dalam usahanya untuk melahirkan ramai pakar-pakar perubatan serta pakar-pakar ekonomi tempatan pada masa depan.

Disamping negara-negara lain giat untuk terlibat secara langsung didalam usaha penyelidikan dan kajian-kajian tentang penemuan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan, Malaysia dilihat telah membuat keputusan yang boleh dikira seolah-olah untuk menyisihkan diri daripada negara lain tentang perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku didalam bidang perubatan.

Tiada ulasan khusus untuk perkembangan mengenai PPSMI ini, cuma ingin memberikan reaksi awal saja. Tapi saya rasa banyak pihak yang akan melahirkan perasaan kecewa dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu.

Namun dalam pada waktu yang sama juga, tentu ada juga pihak yang bersorak dan gembira dengan keputusan Kabinet hari ini terutamanya golongan "Pendesak" yang mewah, yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara, menuntut dan membuat pengajian didalam Bahasa Inggeris.

Golongan "pendesak" agar PPSMI dimansuhkan dulu itu lah yang akan bertanggungjawab memusnahkan harapan negara pada masa hadapan. Mereka harus dipertanggungjawabkan kelak, apabila negara ini akan ketandusan ramai pengamal-pengamal perubatan dan juga ahli-ahli ekonomi yang berpengetahuan tinggi.

Pada masa itu lah nanti, kita akan dapat menyaksikan negara kita terpaksa mengambil pendekatan yang tidak sepatutnya berlaku lagi pada waktu itu dengan meminjam pakar perubatan dari negara luar untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan didalam negara. Kita dapat kira, berapa sudah pembaziran telah dilakukan berhubung masalah itu.

Selasa, Julai 07, 2009

Stadium Di Malaysia : Kenapa Selalu Sepi ?

Jika kita selalu mengikuti perkembangan sukan tanah air terutamanya sukan bolasepak di negara kita, yang akan menjadi perhatian awal daripada kita adalah bilangan penonton yang hadir masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang bakal diadakan.

Yang selalu kita lihat pada setiap kali jika ada perlawanan bolasepak diadakan ialah, stadium kosong. Peminat hanya beberapa kerat saja yang masuk untuk menonton. Tetapi sekiranya diadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan kebangsaan dengan pasukan pelawat, hanya tika itu sajalah kita dapat melihat stadium hampir penuh dengan kedatangan para peminat.

Tetapi apabila sesuatu perlawanan yang melibatkan kelab-kelab bolasepak yang terdapat didalam negara ini sendiri ataupun yang melibatkan hanya antara pasukan negeri-negeri yang mengadakan persembahan maka kita akan dapati keadaannya akan kembali suram. Suasana didalam stadium akan menjadi lesu sepi dengan hanya kedengaran suara pemain itu sendiri yang menjerit-jerit minta bola disepak, ditendang ataupun dihantar kepadanya.

Keadaan seperti itu tidak ubah seperti perlawanan bolasepak antara sekolah-sekolah rendah saja. Kita juga boleh perhatikan, ada juga diantara orang ramai yang memasuki stadium ketika perlawanan tidak semestinya mereka itu berminat untuk menonton permainan tetapi sekadar untuk menghilangkan tekanan mental saja akibat bebanan tugas ditempat kerja.

Jadi, untuk mengatasi masalah seperti itu agar tidak berterusan, bagaimanakah cara kita boleh untuk menyusunkan semula langkah sedari awal bagi mengambalikan semula semangat kesukanan yang telah lama hilang dari jiwa masyarakat Malaysia.

Selepas persaraan YABhg. Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, boleh juga dikatakan jiwa sukan dikalangan rakyat Malaysia pun turut sama bersara. Tidak lagi kita pernah mendengar slogan "Malaysia Boleh!" dilaung-laungkan baik dimana-mana jua ketika acara sukan diadakan.

Apakah ada usaha daripada Kementerian Belia dan Sukan ke arah untuk menyedarkan semula orang ramai supaya kembali memberi sokongan terhadap pembangunan sukan di negara ini tidak kira jenis sukan dengan datang beramai-ramai ke stadium sekiranya ada perlawanan yang dianjurkan.

Atau apakah kita sanggup untuk melihat stadium di negara kita sentiasa lengang dan sepi pada setiap kali perlawanan diadakan tanpa kehadiran peminat walaupun kadang-kala kemasukan adalah percuma.

Isnin, Julai 06, 2009

Apa Kata ; Serahkan semula Pulau Pinang kepada Barisan Nasional tanpa perlu Bubarkan DUN...


Krisis yang melanda kerajaan di Pulau Pinang sekarang yang di perintah oleh Pakatan Pembangkang(DAP, PKR dan PAS) sebenarnya adalah perbalahan diantara mereka dengan para penyokong sendiri yang telah memberi undi kepada mereka sehingga berjaya menumbangkan BN di negeri itu.



Setelah diberikan kuasa dan telahpun mendapat kuasa untuk memerintah kerajaan negeri di Pulau Pinang misalnya, jelas kelihatan Pakatan Pembangkang telah gagal untuk berdiri sebagai sebuah kerajaan bagi membela nasib rakyat sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka kepada rakyat didalam manifesto Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 yang lalu.



Ternyata Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR serta PAS hanya pandai bermain dengan kata-kata. Hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya. Itu lah kalau suka menanam tebu di tepi bibir.., tebu airnya memang manis, tetapi apabila sudah diperah manisnya akan hilang juga akhirnya. Mereka telah gagal untuk mengotakan apa yang pernah mereka katakan dan janjikan kepada pengundi mereka.



Pada pandangan saya, untuk Pakatan Pembangkang ini menyelesaikan masalah yang sedang membebani pentadbiran mereka di negeri Pulau Pinang ketika ini, mereka hanya mempunyai beberapa pilihan untuk diambil demi untuk menjaminkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat tidak tergugat agar ianya dapat terus dilindungi.



Pilihan pertama : Pakatan Pembangkang sekiranya sudah merasakan mereka tidak berkemampuan lagi untuk mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, maka sebaik-baiknya serahkan kembali kuasa untuk memerintah negeri itu kepada Barisan Nasional...tanpa perlu membubarkan DUN Pulau Pinang.



Jumlah wakil rakyat antara BN dengan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang hendaklah tidak menjadi sebagai satu ukuran bagi melayakkan BN untuk mendirikan sebuah kerajaan di Pulau Pinang. Biarkan minoriti menjadi kerajaan kepada majoriti supaya demokrasi betul-betul dapat dilaksanakan sebagaimana yang Pakatan Pembangkang sendiri laung-laungkan sebelum ini.



Pilihan kedua : YAB Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, apabila beliau sendiri sudah mendapati bahawa dia tidak lagi berdaya untuk terus duduk di kerusi itu hendaklah dia berundur secara terhormat, berilah duduk tempat "istimewa" itu kepada orang lain dan kepada mereka yang lebih layak lagi.



Pilihan ketiga : Setelah kerajaan Negeri gagal melaksanakan segala janji-janjinya kepada rakyat ketika PRU ke-12 yang lalu khususnya di Pulau Pinang, maka kembalikan semula kuasa itu kepada rakyat, biar rakyat sendiri yang menentukan kerajaan yang macam mana yang mereka mahu dan oleh itu harus dibubarkan DUN Pulau Pinang.



Pilihan keempat : Jika YAB Lim Guan Eng tidak juga mahu menuruti langkah-langkah seperti mana yang telah disarankan diatas...dia juga boleh memilih jalan lain, misalnya serahkan jawatan Ketua Menteri itu kepada bapa beliau sendiri iaitu YB Lim Kit Siang. Biar kita semua lihat apakah pepatah Melayu lama dapat kita terbalikkan ataupun tidak. "Bapa borek anak rintik"...menjadi "Anak rintik bapa borek".



Tentang permintaan Lim Guan Eng itu yang hendak meminta bantuan kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar sama sekali. Tidak masuk akal sama sekali, apabila beliau terpaksa menjilat ludah sendiri ketika berada dalam kebuntuan untuk menangani masalah rakyat serta penduduk di Kampung Buah Pala dengan terpaksa merayu-rayu pula kepada BN.



Memang tidak sepatutnya beliau hanya menyerahkan masalah di Kampung Buah Pala saja kepada Kerajaan Barisan Nasional, apa kata kalau serahkan sekali negeri Pulau Pinang itu balik kepada BN tanpa perlu untuk Pakatan Pembangakang membubarkan DUN ? Biar mereka sendiri tengok bagaimana BN memerintah tanpa banyak masalah dan karenah.

Ahad, Julai 05, 2009

Bagaimana Dengan Bolasepak Di Malaysia ?

Dengan memetik sedikit daripada berita yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari, saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dengan anda semua tentang berita Tan Sri T. Ananda Krishnan, individu kedua terkaya di negara ini dan juga jutawan ketiga terkaya di Asia Tenggara yang dikatakan sebagai prospek utama penyelamat kepada kelab bolasepak England iaitu New Castle.

Maka perkembangan terbaru itu akan memungkinkan beliau sanggup untuk membeli kelab New Castle itu pada harga asal iaitu 40 juta pound (RM230.3juta) lebih rendah dari harga yang ditawarkan iaitu sebanyak 95 juta pound atau RM547 juta.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu sekali saya juga harus merasa bangga diatas kemajuan itu, dimana seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya didalam kehidupan telah melangkah setapak lagi apabila telah disenaraikan sebagai salah seorang penyelamat kepada sebuah kelab bolasepak yang terhebat di dunia itu.

Sementara perasaan sedang diulit kegembiraan dan rasa bangga dengan berita itu, tidak terlepas juga tandatanya terus datang menyapa di benak fikiran.., ...apakah yang mendorong seseorang itu untuk melangkah sejauh itu jika hanya bertujuan bagi menyelamatkan sebuah kelab yang mungkin bermasalah seperti itu ?Apakah langkah yang akan diambil itu akan memberikan pulangan yang lebih berlipat kali ganda lagi ?

Jika dilihat dari sudut "kecintaan" kepada bangsa dan negara, apakah bertepatan tindakan yang mendahulukan pihak luar sebelum kepentingan negara kita sendiri ? Sebagai rakyat Malaysia, apabila kita telah semakin berjaya didalam berbagai bidang yang telah kita ceburi, itu bermakna kita juga semakin berhutang kepada negara. Bukan hutang dalam bentuk duit ataupun wang, tetapi "terhutang budi". Hutang budi juga patut dibayar sementara masih hidup. Tidak betul juga jika dipikirkan kata ini "hutang budi dibawa ke mati".

Dalam negara kita sendiripun juga banyak kelab-kelab bolasepak yang wujud. Ada pasukan bolasepak negeri-negeri serta sudah pasti ada pasukan bolasepak kebangsaan yang akan mewakili negara ke perlawanan pada peringkat antarabangsa seperti untuk piala Asia, juga untuk ke pusinagan kelayakan piala Dunia dan sebagainya.

Berkenaan dengan mutu permainan pasukan bolsepak negara kita serta tahap prestasi para pemainnya juga memang sudah diketahui umum sebagai amat mengecewakan. Persoalan misteri yang selalu berlegar difikiran peminat-peminat bolasepak di Malaysia ini ialah, apakah punca sebenarnya yang menyebabkan mutu persembahan pasukan bolasepak kita begitu teruk sekali apabila sering mengalami kekalahan kepada pasukan lawan pada setiap kali perlawanan yang diadakan yang melibatkan pasukan dari negara lain.

Jadi kepada hartawan atau jutawan-jutawan Malaysia yang ada menyimpan hasrat untuk melibatkan diri didalam aktiviti serta pembangunan sukan bolasepak di negara lain, terlebih dahulu eloklah renungkan dalam negara dan sumbangkan sedikit sokongan walaupun didalam bentuk apa jua kepada pasukan bolasepak kebangsaan kita. Hanya dengan cara itu saja maka sekurang-kurangnya hartawan dan juga jutawan-jutawan di negara ini dapat membalas budi kepada Malaysia diatas kemewahan hidup mereka.
Posted by Picasa

Sabtu, Julai 04, 2009

Minyak Buah Pala Untuk DAP, PKR dan PAS.

Beginilah rupa bentuk buah pala serta biji-biji yang terdapat didalamnya, daun serta rantingnya sekali. Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia mungkin keseluruhan daripada mereka memang arif tentang buah ini serta tahu akan apa kegunaannya.

Namun bagi kebanyakan masyarakat di kepulauan Borneo terutamanya penduduk di dua wilayah Malaysia iaitu Sarawak dan Sabah mungkin ada yang belum pernah melihat bagaimana rupa buah pala ini. Walaupun sekiranya ada terdapat tumbuh liar di dua buah negeri tersebut, mungkin jumlahnya tidaklah sebanyak mana.

Di Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Pulau Pinang, buah pala ini memang mudah untuk diperolehi dengan jumlah yang besar. Saya menjangkakan bahawa ada satu kampung yang telah dinamakan bersempena dengan nama buah tersebut iaitu Kampung Buah Pala, kerana mungkin disitulah buah pala yang paling banyak terdapat tumbuh subur ataupun memang ditanam secara besar-besaran untuk tujuan komersil.


Sebenarnya keistimewaan buah pala ini memang telah diketahui oleh banyak pihak, ianya mempunyai nilai-nilai penting khususnya yang berkaitan dengan bidang perubatan. Ini boleh kita lihat apabila kita biasa berkunjung ke setiap farmasi-farmasi tertentu pasti kita akan dapati bahawa banyak minyak yang berasaskan buah pala ini ada dijual.

Minyak hasil dari buah pala ini yang telah telah diproses melalui kaedah khas boleh diperolehi dalam berbagai pakej serta harga mengikut saiz serta berat isi kandungannya. Salah sebuah syarikat pengeluar yang ada membekalkan produk buah pala ini untuk pelanggannya di negeri Sarawak ialah WINWA MEDICAL SDN. BHD. yang berpangkalan di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Minyak buah pala ini disyorkan baik digunakan untuk mereka-mereka yang sering diserang sakit kepala ataupun pening-pening, hidung tersumbat, gigitan serangga, selsema (tak termasuk H1N1) selsema biasa lah, sakit perut, sakit tulang belakang, sakit-sakit otot dan kembung perut.

Cara-cara menggunakannya mudah saja, sapukan minyak buah pala ke atas bahagian badan yang terlibat dengan lemah-lembut (bayangkan bagai berada dipusat SPA) he he... Elakkan cara mengurut dengan cara yang kasar (nanti Anwar marah maaa) he he...

Kepada mereka-mereka yang sering mengalami masalah pening-pening kepala akibat tekanan perasaan ataupun tekanan dari tempat kerja eloklah mengambil sebotol minyak buah pala ini bagi meredakan tekanan seumpama itu. Saya syorkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng supaya membeli satu botol minyak buah pala ini untuk melegakan kepala dia yang semakin pening-pening lalat.

Kepada mereka yang selalu menghidapi selsema atau sering mengalami hidung tersumbat, maka pilihan terbaik untuk golongan itu juga adalah minyak buah pala. Pasti mujarab punya. Saya cadangkan agar ADUN PAS yang seorang(kalau tak silap sayalah) di Pulau Pinang juga mengambil satu botol minyak buah pala itu, baik untuk hidung yang semakin tersumbat.

Begitu jugalah kepada mereka-mereka yang selalu mengadu sakit tulang belakang, jadi tiada lain minyak yang terbaik melainkan minyak buah pala...maka dapat satu botol untuk persediaan anda jika masalah yang sama sering mengganggu rutin harian anda.

Jadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya juga syorkan kepada dia untuk menempah terus minyak buah pala ini dari kilang-kilangnya yang terdapat di Kampung Buah Pala, disamping Anwar dapat membantu mengembangkan perniagaan orang disana dia sendiri juga tentu akan dapat manfaat sekiranya sering menggunakan minyak buah pala itu untuk tujuan urutan. Tak lah nanti selalu saja nak berkunjung ke SPA, buang duit saja. Pahala tiada tapi dosa pula yang dapat...

Kepada pengusaha-pengusaha produk minyak buah pala ini khususnya di Kampung Buah Pala, selepas ini anda akan dapat menarik nafas lega, ini kerana banyak ahli-ahli politik yang bermasalah seperti ahli politik dari PKR, DAP dan PAS akan mula mencari minyak buah pala untuk memperbetulkan urat-saraf mereka yang semakin hari semakin tegang.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 03, 2009

Antara Gobalakrishnan dan Anwar, siapakah yang lebih berani ?

Meminjam berita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh pada Khamis, 02 Julai 2009 dengan tajuk "Hishammuddin jamin keselamatan Gobalakrishnan".

KUALA LUMPUR 1 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, keselamatan Anggota Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat(PKR), N. Gobalakrishnan adalah terjamin berikutan dakwaan bahawa beliau menerima ancaman bunuh awal hari ini. "Saya beri jaminan akan lihat dan akan ambil tindakan bahawa keselamatan beliau terjamin. Kita punyai kepakaran," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu, Gobalakrishnan membuat laporan polis kepada pegawai polis dari Balai Polis Sentul di Parlimen kira-kira 11.55 pagi, dengan mendakwa beliau menerima dua ancaman bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, beliau tidak pasti mengenai motif ancaman itu tetapi daripada SMS yang diterimanya, mereka mengenali kenderaan yang digunakannya.

Menurut Gobalakrishnan, ancaman pertama diterima awal pagi pada 12.47 pagi ketika sedang tidur di Kulim diikuti SMS kedua pada 6.48 pagi.

"Saya harap insiden ini tidak bertambah buruk sehingga memaksa satu lagi pilihanraya kecil di Padang Serai," katanya sambil bergurau dengan pemberita sambil menambah kata: "Jika Menteri Dalam Negeri tidak mahu satu lagi pilihanraya kecil di Padang Serai, lebih baik beliau menjaga saya." Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt. Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

"Ya, kami ada menerima laporan polis yang dibuatnya... butiran laporan tidak boleh didedahkan kerana boleh mengganggu siasatan. Kami akan siasat kes ini untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA


...Pendapat saya;
*********************
Jika berpandukan kepada berita yang telah dilaporkan didalam Utusan Malaysia itu, disini mungkin kita dapat membuat sedikit perbandingan berkenaan dengan tindakan yang betul yaini bertindak menggunakan saluran yang telah disediakan untuk mendapatkan perlindungan jika mendapati diri sedang dalam keadaan bahaya misalnya diugut, diancam dan sebagainya.

Manakala tindakan yang boleh dianggap sebagai salah dan tidak betul ialah, apabila perasaan bersalah menguasai diri lantaran perbuatan menyalahi tabiee yang dilakukan telah diketahui oleh masyarakat umum, lantas atau secara "spontan" meletakkan diri sendiri berada didalam keadaan yang tidak selamat, maka tindakan yang diambil adalah melarikan diri ke tempat yang tidak sepatutnya serta bersembunyi disitu untuk tempoh yang agak lama.

Yang jelasnya ialah, walaupun telah menerima ugutan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawanya sendiri tetapi N. Gobalakrishnan masih berjaya duduk tenang serta telah mengambil langkah serta tindakan yang sewajar dengan membuat laporan kepada pihak polis. Beliau tetap menaruh kepercayaan kepada pihak polis untuk memberi perlidungan kepada beliau. N. Gobalakrishnan tidak terkial-kial mencari tempat lain untuk berlindung dan bersembunyi.

Apabila kita teringat semula kepada peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah melarikan diri ke Pejabat Kedutaan Turki di ibu negara pada pertengahan tahun 2008 dulu atas dakwaan beliau sendiri bahawa dia sedang berada dalam keadaan merbahaya kerana menurutnya ada pihak yang cuba hendak membunuhnya. Kalau tak silap, beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung dakwaannya itu.

Yang masih menjadi persoalan misteri sehingga kini ialah, benarkah ada pihak yang tergamak hendak bertindak sedemikan terhadap Datuk Seri Anwar ?. Jika betul dakwaan beliau itu, kenapa sampai sekarang dia sendiri tidak lagi ambil pusing berkenaan dengan kes ugutan bunuh sebagaimana yang didakwa ? Pernah kah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis mengenai perkara itu ?

Disitulah kita dapat melihat perbezaan tentang pendekatan yang diambil oleh dua watak yang berbeza walaupun berada didalam parti yang sama dengan ideologi yang sama juga. Jika N. Gobalakrishnan sebagai anak buah Anwar boleh menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan perlindungan diri, tetapi kenapa Anwar tidak mahu menggunakan cara yang sama untuk menyelamatkan dirinya ? Kenapa Anwar harus pergi melarikan diri ke tempat lain yang belum tentu lagi dapat menjaminkan keselamatan beliau dari ancaman sepertimana yang dikatakannya ? Itupun juga jika dakwaan dia itu betul...
Posted by Picasa

Khamis, Julai 02, 2009

Sandiwara : DAP Kedah Keluar Dari Pakatan Pembangkang.

Ini bukanlah gambar tentang bulan gerhana yang sedang berlaku di negeri Kedah Darul Iman sekarang ni.
Tetapi ini adalah gambar gerhana matahari berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang pernah berlaku baru-baru ini yang boleh dilihat dibeberapa buah negara pasifik selatan dan juga boleh dilihat diruang angkasa kita.
Fenomena seperti gerhana matahari memang agak jarang berlaku jika dibandingkan dengan gerhana bulan.
Gerhana bulan sebenarnya agak kerap berlaku dalam masa setahun. Cuma ada sesetengah orang yang tidak menyedarinya.
Namun kepada mereka yang berminat untuk mengetahui ketika bila biasanya sering berlaku kejadian gerhana bulan ini, mungkin ada diantaranya yang akan sanggup berjaga malam hingga ke subuh terutamanya sewaktu adanya bulan timbul untuk melihat bagaimana pergerakan bulan berlaku sehingga terjadinya gerhana itu.
Bagi gerhana matahari pula, ianya bukan setakat rakyat disesebuah negara tertentu saja yang tahu bahawa akan adanya berlaku fenomena tersebut, tetapi seluruh masyarakat dunia pasti akan tahu bila waktu serta haribulan kejadian itu akan berlaku kerana sebelum gerhana terjadi sebenarnya masyarakat dunia terlebih dahulu telah mendapat maklumat mengenainya melalui media serta daripada interconnected networking atau ringkasnya internet.
Biar apapun, kita tinggalkan dulu cerita tentang gerhana bulan juga gerhana matahari di cakerawala. Kita balik semula ke bumi dan melihat kepada kejadian gerhana bulan yang tak kenal siang dan tak kenal malam ni.
Menurut pakar astronomi, sebaik saja mereka menerima pendaratan sebuah pesawat yang berbentuk roket...bulan yang agak suram sebelum ini kelihatan berseri-seri semula.
Tetapi menurut mereka lagi iaitu ahli astronomi itu, kemungkinan krew-krew pesawat itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana atau iklim di permukaan bulan itu, maka mereka telah mengambil keputusan untuk terbang keluar semula lalu meninggalkan bulan yang masih alpa dengan kehadiran krew-krew pesawat terbabit.
Cerita di atas hanyalah "kiasan" saja. Ianya hadir secara "spontan" dalam minda saya untuk menjadikannya sebagai sebuah cerita disamping kita terus mengikuti dari masa ke semasa apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Kedah Darul Iman waktu ini.
Belumpun mencapai usia dua tahun Kerajaan Pakatan Pembangkang ditubuhkan di Negeri Kedah, tetapi kita telah melihat wujudnya ketidakserasian hubungan diantara mereka. Apakah itu hanya "kiasan" yang dibuat secara "spontan" ?
Semalam lagi, kita telah dikejutkan dengan "sandiwara" terbaru daripada Pakatan Pembangkang di Kedah. Pengerusi DAP Kedah/Perlis YB Thomas Su telah mengumumkan bahawa DAP keluar dari Kerajaan campuran iaitu kerajaan Pakatan Pembangkang di Kedah.
Menurut YB Thomas Su lagi, keputusan itu terpaksa diambil setelah DAP negeri tidak berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Namun menurut YB Thomas Su lagi, keputusan yang muktamad mengenai perkara itu hanya akan ditentukan oleh DAP Pusat. Ini bermakna apa yang telah diputuskan oleh beliau selaku Pengerusi DAP Kedah/Perlis belum sah lagi dan boleh dirunding semula, dan jika PAS bersetuju untuk dipulas kepala oleh DAP maka Pusat Penyembelihan itu akan didirikan semula dan mungkin juga akan diperbesarkan lagi. MUNGKIN.
Ada kemungkinan juga menjelang Pilihanraya Kecil di DUN Manek Urai nanti, DAP/PKR/PAS akan akan buat lagi drama lain sebagai tambahan untuk dipertontonkan kepada seluruh rakyat terutamanya rakyat di kawasan Manek Urai.
Kaitannya diantara keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS berhubung arahannya untuk merobohkan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai, adalah semata-mata untuk membersihkan semula imej serta nama PAS yang agak teruk tercalar akibat percakaran sesama sendiri dikalangan anggota serta para pemimpinnya yang membabitkan beberapa isu.
Tindakkan yang "spontan" oleh Kerajaan Negeri Kedah itu juga dapat dilihat seperti telah dirancang dengan rapi dan tersusun dan bolehlah ditafsirkan sebagai sebahagian daripada bentuk kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Tafsiran saya adalah berasaskan kepada keadaan semasa dimana, kebetulan pula menjelangnya hari pengundian di kawasan Manek Urai... tiba-tiba pula DAP buat hal. Pelik kan.
Perkembangan yang berlaku di Kedah membabitkan pertelingkahan antara PAS dan DAP adalah babak drama terbaru selepas drama cadangan "kerajaan perpaduan" yang dicadangkan oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang dulu, semuanya adalah muslihat serta perangkap samar dan jika orang UMNO dan BN masih mahu melayan lakonan yang dibawakan oleh PAS/DAP/PKR ini, sesiapa saja pasti akan terjerat semula.

Rabu, Julai 01, 2009

DAP : Apabila Roket Mendarat Di Permukaan Bulan.

Ini dia roket yang belum pernah diisi dengan minyak bahan bakar. Nak terbang macam mana ? Selama dia diletak berdiri menegak begitu, belum pernah sekali pun roket itu berlepas ke angkasa. Jauh sekali untuk mendarat di permukaan bulan.

Yang roket tu dilengkapi dengan pelampung warna biru itu apa ke hal ? Mungkin juga itu sebagai langkah persediaan jika ia jatuh kedalam laut, maka apabila ada pelampung warna biru dipasang bermakna roket tu tidak akan terus tenggelam. Tapi, bagaimana pulak sekiranya pelampung tu tiba-tiba bocor...?

Tapi kan, jika pelampung itu tidak dipasang pada badan roket tu dan ditanggalkan, bagaimana pulak rupa bentuknya, adakah ianya akan membentuk seperti seekor ikan jerung yang ganas di tengah lautan samudera. Betul, ianya akan berbentuk sedemikian dan jika roket itu jatuh ke dalam laut, nescaya ianya musnah diserang jerung-jerung.

Tetapi, kenapa pulak roket itu di spray dengan warna merah ? Warna lain sudah tiada lagi dalam simpanan ke ? Mungkin juga. Tapi yang peliknya, ada juga asap keluar dari sebelah bawah (dubur) mula-mula keluar warna asapnya merah berkepul-kepul sebanyak 12 kepulan. Lepas tu keluar lagi asap warna biru sebanyak 4 kepulan. Tapi tak juga terbang, terbang.

Semua itu hanyalah renungan sebagai santanpan jiwa dan tiada kena-mengena dengan DAP. Semua orang tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang kononnya lah, mereka sendiri yang mendakwa bahawa parti itu adalah sebuah parti yang demokratik. Betul ke ?

Pemimpin-pemimpin DAP juga semua orang memang sudah tahu, bahawa mereka begitu bengang atau cepat sensitif dengan perkataan Islam apatah lagi jika di sebut begini "Negara Islam", mahu meletup bunyi roket kalau orang tersebut perkataan itu.

Sehingga pernah juga "pilot" Karpal Singh mencabar sesiapa saja yang berani mengulangi untuk menyebut perkataan itu supaya "langkah mayat dia dulu" jika mahu menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Hari tu hampir juga dia akan jadi mayat bila terjatuh dari kerusi roda, yang lebih malang lagi...dalam kawasan Mahkamah pulak tu.

Begitu cepatnya masa berlalu dan begitu cepat juga orang lupa pada kata-kata mereka sendiri sama juga seperti cepat dan lajunyanya roket NASA terbang ke angkasa lepas. Tapi itu hanyalah sandiwara DAP semata, supaya PAS leka dan khayal apabila "tindakan demokratik" itu akan berjaya membuatkan PAS seperti berada diatas bulan yang mengambang penuh.

Ya ! ...apabila orang DAP seperti Nga Kor Ming yang telah mengaku dirinya adalah seorang yang beragama Kristian tetapi pada masa yang sama juga mengucap ayat-ayat yang terdapat didalam Kitab Al-Quran didepan orang-orang PAS sendiri lagi tu, tetapi telah diterima oleh PAS dengan tepukan serta sorakan gemuruh sebagai menandakan bahawa tindakan YB Nga Kor Ming itu sebagai perkara yang "harus" dan tidak salah.

DAP kini merasakan diri mereka telah berada pada tahap keselesaan yang agak tinggi apabila mendapati PAS sudah berjaya diperdayakan dengan berbagai tipudaya. DAP sebenarnya sudah dapat membaca dimana tempat terletaknya kelemahan sebenar yang ada pada PAS. Namun PAS sendiri tidak tahu bahawa mereka sedang diperhatikan oleh DAP dan juga tidak sedar bahawa kelalaian mereka itu telah diambil kesempatan oleh DAP. Maka siapa yang bersorak dan bertepuk sebenarnya ? DAP kah ataupun PAS ?

Selasa, Jun 30, 2009

PKR : Ada Apa Pada Nama ?

Bagi kebanyakan rakyat di negara ini yang masih belum mampu atau belum bersedia untuk berfikir secara rasional atau lebih tepat lagi secara matang, apabila mereka terdengar saja ada orang tertentu yang sering menyebut ungkapan "keadilan" pada setiap kali ceramah yang disampaikan baik semasa perhimpunan yang ada permit ataupun masa perhimpunan haram, kemungkinan lantas terbayang diminda mereka bahawa orang tersebut tentunya pejuang keadilan, berjuang demi keadilan untuk seluruh rakyat dan mencari keadilan untuk semua.

Namun pada hakikatnya, perkataan "keadilan" itu telah dilihat hanyalah sebagai satu bahan hiasan saja kepada perjuangan pihak tertentu iaitu semata-mata untuk menagih simpati dan sokongan daripada rakyat ataupun masyarakat dan tidak lebih dari itu.

Jika kita dapat menghuraikan secara umum dan lebih luas lagi maksud "keadilan" dan dibubuh lagi dengan perkataan rakyat disitu maka menjadi "keadilan rakyat", jadi maknanya ialah, perjuangan itu sifatnya adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada kepada orang tertentu sahaja.

Menyentuh berkenaan dengan penubuhan awal Parti KeADILan Rakyat, kita semua tahu dan sememangnya telahpun sedia maklum bahawa parti itu diwujudkan kononnya untuk mencari, memberi dan mendapatkan "keadilan" bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO juga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Setelah lebih dari sepuluh tahun parti itu dibentuk dan sejak dari itulah PKR telah mula berjaya mempengaruhi rakyat dengan berbagai cerita dan propaganda yang dibawa dengan tujuan untuk terus mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa jika diamati betul-betul atau dilihat dengan lebih mendalam lagi, ternyata tindakan serta pendekatan yang selalu digunakan oleh Parti KeADILan Rakyat yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu semasa berdepan dengan sesuatu perkara sebenarnya langsung tidak menggambarkan maksud sebenar disebalik perkataan "KeADILan" yang digunakan pada parti itu.

Kita juga boleh mengambil banyak contoh dari setiap peristiwa ataupun kejadian yang timbul yang disebabkan oleh tindakan PKR untuk diteliti.

Misalnya, kita suatu ketika pernah diletakkan dalam keadaan yang serba mencemaskan apabila Penasihat PKR Datuk Seri Anwar telah mencanangkan ke seluruh negara bahawa PKR, DAP dan PAS yang bergabung didalam Pakatan Pembangkang akan mengambil-alih pentadbiran negara daripada kerajaan Barisan Nasional tepat pada 16hb. September 2008 dengan penyertaan seramai lebih kurang 30 orang ahli parlimen BN kedalam Pakatan Pembangkang.

Apakah kita mahu mengakui bahawa usaha Pakatan Pembangkang khususnya PKR seperti itu sebagai "adil" untuk rakyat atau adil kepada kerajaan BN sebagai kerajaan ? Jawapannya adalah tentu tidak. Ini kerana, jika mereka benar-benar mempunyai keazaman untuk menegakkan "keadilan" sebagaimana yang selalu mereka laungkan, maka mereka juga haruslah bersikap lebih adil dengan menghormati keputusan rakyat.

Dalam banyak hal kita dapati PKR sering bertindak tidak adil kepada pihak-pihak lain yang mana apabila dirasakan ada sesuatu keputusan yang tidak menyebelahi mereka walaupun pada dasarnya mereka mesti akui serta tahu bahawa "keadilan" juga harus diberikan kepada pihak lain.

Contohnya dengan apa yang sedang berlaku sekarang, iaitu berhubung dengan kes "liwat" yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar di mahkamah. Untuk kes ini, kita juga dapat lihat dalam pada Anwar sendiri untuk mendapatkan "keadilan" dari pihak mahkamah, namun dalam waktu itu juga kita dapati PKR serta Anwar sendiri seolah-olah tidak mahu memberi ruang kepada saudara Saiful Bukhari Azlan untuk mendapatkan "keadilan" bagi dirinya apabila Anwar seringkali membuat berbagai-bagai permohonan dan tuntutan kepada mahkamah dengan tujuan supaya mahkamah menggugurkan kes itu.

Apabila diteliti dengan terpeinci akan cara dan pendekatan yang telah diambil oleh PKR mahupun Anwar serta para peguamnya berkaitan dengan kes liwat itu, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa tindakan seperti itu adalah satu usaha nekad untuk menafikan hak pihak lain juga untuk mendapat serta memberikan "keadilan", ini kerana jika dilihat dari sudut yang lebih luas lagi, usaha mengemukakan bermacam-macam permohonan dimahkamah oleh Anwar serta PKR juga boleh dianggap sebagai telah tidak memberikan suasana yang "adil" kepada pihak mahkamah dalam menentukan keputusan secara selesa, bebas, adil dan saksama.

Oleh itu, apakah masih perlu lagi untuk parti yang diasaskan pada mulanya hanya untuk memperjuangkan ~keadilan~ bagi individu yang kononnya dianiaya satu ketika dulu, harus mengekalkan perkataan "keadilan" untuk parti itu ?.

Jika diukur dari perkembangan atau pergolakan yang sering berlaku didalam parti itu sejak kebelakangan ini berikutan dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin PKR serta ahli-ahlinya sendiri, jelas sekali bahawa perkataan "keadilan" itu kini sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan pada nama parti itu kerana ianya telah terbukti mengelirukan pikiran rakyat dengan perjuangannya yang sebenar.

Arkib Blog