Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 16, 2009

Setelah PPSMI Dimansuhkan...

Apabila Kerajaan telah terpaksa tunduk kepada tekanan demi tekanan daripada berbagai pihak agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mathematik dalam bahasa Inggeris dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Malaysia, jadi apakah bentuk persediaan yang telah diatur dan disusun oleh pendesak-pendesak terutamanya Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) untuk meningkatkan lagi mutu serta pencapaian para pelajar didalam kedua-dua subjek setelah bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rujukan ?
Apakah ada jaminan daripada para pendesak ini, bahawa Malaysia pada masa hadapan akan lebih mampu dan lebih berkeupayaan daripada sebelum ini untuk mengeluar pelajar atau insan yang bernilai tinggi yang berkemampuan muncul sebagai pencipta teknologi dan bukannya terus membuat kajian dari hasil ciptaan orang lain ?

Apakah juga ada jaminan kepada generasi masa depan negara daripada tokoh sastera ini, bahawa negara Malaysia akan lebih maju dan akan berjaya dalam bidang sains dengan hanya membaca sajak-sajak dengan bahasanya berbunga-bunga yang sangat sukar untuk difahami oleh ahli-ahli saintis.
Mereka ini semuanya mendakwa bahawa merekalah "pejuang bahasa" yang memperjuangkan bahasa Malaysia agar terus dimartabatkan. Jika benar mereka "pejuang bahasa" buktikan. Buktikan didalam amalan harian, buktikan didalam kehidupan seharian, buktikan juga didalam setiap tindakan umpamanya semasa berbual dan bercakap atau bergurau dengan isteri, anak-anak, cucu-cicit serta rakan-rakan tak kira kedudukan atau latar belakang mereka.
Buktikan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa desakan yang mereka buat sampai berdemonstrasi sehingga berarak ke atas jalan tidak mempunyai agenda tersembunyi dengan memperalatkan bahasa sebagai alasan. Buktikan juga seterusnya bahawa tindakan mereka itu tidak menafikan hak orang lain serta kaum bumiputera lain untuk mendapat pendidikan lebih sempurna lebih tinggi dari apa yang ahli keluarga mereka sendiri perolehi.
Buktikan bahawa mereka ini tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk menyambung pengajian ke luar negara yang sudah semestinya 100% menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaranya. Sila buktikan. Jangan hanya dengan kata-kata yang berkias-kias. Harus diterjemahkan didalam perbuatan dan juga amalan. Buktikan kepada rakyat !!!
Sudah kerajaan bagi tempoh 3 tahun sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI ini sepenuhnya, kenapa puak-puak ini tidak tahu untuk bersabar ? Nak lagi minta 6 bulan dipercepatkan..., apa mereka ingat senang nak hapuskan serta-merta macam main sembur saja dengan cat hitam. BERSABARLAH !
Ingatkan ahli sastera tokoh bahasa ini berjiwa penyabar, tapi taklah rupanya. Gelojoh. Kalau baca sajak puisi boleh juga baca berjela-jela, berjam-jam...panjang mengilai pulak tu sampai 20,25,30 minit... tapi kalau saya yang baca tak juga sampai 2 minit.
Selepas ini, iaitu selepas PPSMI dimansuhkan sepenuhnya, maka bakal pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk berbalas pantun dengan guru-guru ketika di sekolah sebagai persediaan jika mahu menjadi seorang yang pakar didalam bidang sains dan mathematik yang mampu mencipta berbagai-bagai teknologi baru yang juga akan membawa Malaysia ke depan setanding dengan negara maju lainnya di dunia ini.


1 ulasan:

Tom Yam berkata...

salam sejahtera, inilah kesan apabila orang politik yang oportunis macam anwar mendapat sedikit suara untuk bersuara di parlimen hasil sokongan segelintir rakyat... perancangan negara dirosakan dan terpaksa dinilai semua, walhal dasar sedia ada sudah camtik untuk anak bangsa

Arkib Blog