Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 17, 2009

Pak Lah !, I.S.A. Harus Dikekalkan.

Mengapa disaat negara dan kerajaan Barisan Nasional sedang berdepan dengan berbagai-bagai karenah daripada para pemimpin pakatan pembangkang, tiba-tiba pula bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi bersuara tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) ?

Jika beliau menyuarakan pandangannya agar akta tersebut dibaiki ataupun dibuat penambahbaikan, saya rasa kebanyakan daripada rakyat yang menyokong supaya akta itu dikekalkan tidak akan tersentak atau terkejut dengan kenyataan Tun Abdullah yang meminta Kerajaan untuk mempertimbangkan desakan yang wajar agar ISA dihapuskan.


Sumber berita rujuk : www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=426079

Ulasan saya ; ...sebagai bekas Menteri Dalam Negeri dan juga bekas Perdana Menteri yang pernah diberikan dengan tanggungjawab yang paling tinggi serta bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan, keselamatan dan keharmonian negara, kemakmuran, kesejahteraan, kemajuan dan perpaduan rakyat seharusnya beliau tidak boleh bersuara senada dengan suara para pemimpin pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk bertindak untuk menghentam dan menekan kerajaan Barisan Nasional.

Tun Abdullah sepatutnya sentiasa harus sedar, bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang berjumlah melebihi 26 juta orang itu, bersetuju dengan desakan sesetengah pihak berkepentingan yang meminta kerajaan Barisan Nasional untuk menghapuskan ISA. Lebih banyak lagi sebenarnya rakyat yang mahukan supaya akta tersebut harus dikekalkan sebagai pelindung kepada ketenteraman dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam.

Seperkara lagi yang beliau harus ingat ialah, beliau pernah berjanji untuk tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negara selepas bersara daripada jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun masih kekal sebagai Anggota Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebaik-baiknya, berilah ruang yang luas kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin serta menteri kabinetnya untuk menguruskan negara ini dengan cara mereka. Tanggungjawab sudah terletak diatas bahu mereka untuk memikulnya, jadi biarkanlah dulu mereka untuk menentukan arah mana haluan kepimpinan negara hendak mereka bawa.

Tapi apa yang sangat penting yang mesti beliau ingat ialah, sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas orang nombor 1 negara, maka beliau tidak boleh meletakkan dirinya setaraf dengan rakyat biasa. Sebabnya, setiap apa jua kenyataan yang beliau buat tetap akan mendapat perhatian umum dan tetap akan diambil kira. Tetapi sangat berbeza sekali dengan rakyat biasa, biarpun berguni-guni sampai penuh kapal sekalipun laporan atau kenyataan yang kita buat, adalah memang sukar untuk mendapat perhatian daripada pemimpin apatah lagi daripada masyarakat umum.

Akhir ulasan, seharusnya kita semua mesti mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) sebab, disamping ianya telah terbukti sangat berkesan untuk mencegah anasir-anasir yang cuba untuk menggugatkan keselamatan dan ketenteraman negara, I.S.A juga adalah satu-satunya akta yang telah meletakkan negara terus berada dalam keadaan yang sebagaimana terdapat pada masa ini. Jika soal suspek yang ditahan tanpa bicara, itu bagi saya ianya patut dilakukan sebab apabila seseorang itu telah disyaki, bermakna orang itu harus ditahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan akan dilepas jika didapati tiada sebab untuk orang itu harus ditahan, tapi bagi yang memang mempunyai bukti yang kukuh dengan kegiatan mereka yang boleh memudaratkan keamanan negara, maka orang itu patut ditahan tanpa bicara untuk tempoh yang telah ditetapkan. Langkah itu memang wajar, kerana saya berpendapat, "lebih baik mencegah daripada mengubatinya" atau "membicarakannya".
Posted by Picasa

1 ulasan:

Tom Yam berkata...

kenapa perkara ini masih berlaku, adakah benda yang belum terungkai?

Arkib Blog