Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 18, 2009

Drama Baru DAP, PKR dan PAS.

Sebuah drama terbaru yang dihasilkan oleh pengarah berpengalaman luas telah ditayangkan untuk tontonan umum sejak beberapa hari yang lalu.

Drama ini dikatakan akan menelan belanja yang agak besar juga untuk setiap adegan yang dijayakan. Namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa kos untuk drama ini saja mampu mencecah sehingga lebih RM50,000.00.

Keseluruhan penggambaran untuk drama terbitan untuk kali ini hampir keseluruhannya dilakukan di sekitar daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Judul untuk drama ini pula belum lagi di tetapkan secara rasmi, walaupun ianya telah dipertontonkan kepada umum. Ini juga adalah salah satu daripada strategi penerbit drama ini untuk menarik lebih ramai penonton.

Mungkin juga penerbit drama ini mahu penonton sendiri yang memberikan idea serta mencadangkan judul yang sesuai untuk drama baru itu yang telah mereka hasilkan.

Jika ada habuan atau hadiah disediakan oleh penerbit kepada penonton bertuah yang menyertai peraduan bagi menamakan drama tersebut, sudah pasti ianya secara tidak langsung akan membantu didalam mempromosi drama kepada masyarakat lainnya seandainya peraduan itu mendapat sambutan.

Bagi diri penulis, ada beberapa judul yang difikirkan agak sesuai dan juga yang kurang sesuai untuk diketegahkan, tetapi terpulanglah kepada pembaca untuk memilih judul yang bersesuaian dan juga jika pembaca sendiri ada idea yang bagus untuk drama ini... Jom! kita ramai-ramai berpakat menamakan drama hebat ini...

Antara judul yang ingin saya kemukakan adalah sebagai berikut;
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
( 1 ) : Peristiwa Selepas PRU12
( 2 ) : Dari Permatang Pauh Ke Putra Jaya
( 3 ) : Melancong Ke Taiwan
( 4 ) : Kedutaan Turki Dalam Ingatan
( 5 ) : Projek 16 September 2008
( 6 ) : 30 BN Lompat PR
( 7 ) : Drama Dalam Drama
( 8 ) : Terjun Atau Ditendang
( 9 ) : Lompat Parti Hidup, Lompat Massalam Mati.
Posted by Picasa

3 ulasan:

Cucu Tok Selampit berkata...

Salam perjuangan. You really have sense of humour. You make me smile. Thank you.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro,

Satu drama yang betul-betul bagus untuk tatapan orang Melayu yang ada dalam DAP.....

hilbertmontell berkata...

Terima kasih,

..ada lagi drama yang pakatan pebangkang ni nak buat... adegan chua jui meng keluar MCA masuk PKR belum lengkap...

Mungkin juga chua jui meng "kuda trojan" MCA ? ..seperti kes adun Bota dulu..Datuk Nasharuddin Hashim hehe

Arkib Blog