Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 09, 2012

Al-Fatihah - Sam D'Lloyd meninggal dunia...



Vokalis kumpulan D'Lloyd yang cukup popular era tahun 70an, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam D'Lloyd 64, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.15 pagi Sabtu 9 Jun 2012 akibat sakit jantung serta radang paru-paru.

Lagu-lagu nyanyian kumpulan D'Lloyd cukup diminati di Malaysia sejak generasi awal 70an sehingga kini dan kekuatan kumpulan ini juga banyak dibantu oleh suara emas penyanyi utama mereka Sam. Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam Di Malaysia antara lagu yang sentiasa mengembalikan nostalgia lama apabila ianya diputar di corong-corong radio.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd, seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah !

2 ulasan:

Jeffry berkata...

AL FATIHAH..SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORG YG SOLEH

SELAMATKAN MALAYSIA berkata...

al fatihah...

insaflah wahai manusia..jika diri mu bernoda..dunia ini hanya naungan..tuk makhluk ciptaan tuhan..

Arkib Blog