Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

4 ulasan:

mk berkata...

Artis pon manusia jugak tak lari dari buat kesilapan....

Hari ini mungkin dia silap tapi esok lusa mungkin dia akan sedar......

Contoh macam Saharah Yaacob masuk arkam bukan main banyak cakap pujian mula mula..tapi akhir nya mendakwa ia dijadikan alat sek ditukar tukar laki olih jeamah itu...

Nasib baik dicepat perasan....

Harap harap artis mendalami Ilmu Agama dari mualim yg sohih dengan Nas dan Quran.....

Kalau nak lari dari masaalah diri yg belengui diri... bukan cara ini ..masuk politik bantai orang lain..kerana sendiri silap congak hidupan janganlah salah kan orang lain....

Ranai orang ke snuker dan merempit sebab nak lari masaalah tanpa menyalahkan pihak lain lebih mulia dari Artis sebegini....

Pada Artis yg masih Top dan laku..elakkan buat maksiat..yg konon ngatakan kubur masing masing ..tak kacau orang lain... Pada hal nanti bila dah tak laku ..duit pun kurang ..mula insaf dan nak jalan mudah dgn jihad naik pentas hentam orang lain.. Ini sesat punya cara... Dulu sedap bermaksiat bermotto kan tak cakau orang...Tapi bila insaf ..mulai seranah orang...

Sedarlah sabenar benar taubat... ia melalui adab yg mulia... dan menghurmati makluk Allah apa tah lagi pemimpin Islam....

Kump. Abang2 Keluar UMNO berkata...

Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.


Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded

Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. 4 juta anak2 muda perlu lari segera tanpa perlu berdolak dalik. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..

BUKTI * (MESTI TONTON)



~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



~Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Terengganu Pergerakan TerBODOH Sepanjang ZAMAN~
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1




p/s: copy, paste & edit dari 'Adik Sayang'

Jeffry berkata...

SLM BRO..PAS PUN APE KURANGNYE BROO..KAWIN MUTAAH ADE! BAIAH PUN ADE..SEME PENANGAN POLITIK PUNYE PSL..BINI JD MANGSA..TU PSL PAS NI CUMA PARTI JEK..PARTI DUNIAWI IKUT SELERA POLITIK SEMASA..BAB AKHIRAT WALLY SLIPAU LEY KAUTIM SESAMA MEREKA HUHUHU

hilbert berkata...

MK,
Artis juga patut profesional dan ada integriti..barulah orang tambah suka..

Kum. Abang2 Keluar UMNO,
eh...entah apa2..

Bro Jeffry,
PAS semakin keliru bro..banyak kali dah tersasul..banyak dose agaknya hehe

Arkib Blog