Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Keadilan Untuk Mohd Saiful Bukhari

Keadilan Untuk Mohd Saiful Bukhari
Perjuangan Tetap Diteruskan!!!

Selasa, Februari 01, 2011

Pemberontakan di Mesir adalah kemenangan Amerika Syarikat !

                                                          (Presiden Hosni Mubarak)

Siri rusuhan yang semakin membesar berlaku di Mesir pada waktu ini merupakan satu kemenangan serta kejayaan yang begitu bermakna dan penuh erti bagi negara pengganas nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat.

Apa yang telah berlaku di negara Mesir saat ini turut menjelaskan kepada kita semua betapa pihak Amerika Syarikat hanya akan terus menyokong serta memerlukan seseorang pemimpin dari negara-negara yang tertentu selagi pihak Amerika Syarikat merasakan seseorang pemimpin itu masih boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka.

Akan tetapi sekiranya pihak Amerika Syarikat sudah mulai merasakan yang seseorang pemimpin negara yang tertentu itu sudah mula kehilangan sokongan daripada rakyat dan kuasa pula semakin menurun maka tanpa rasa segan silu pihak Amerika Syarikat boleh dengan tiba-tiba berubah angin dari sebelum ini menyokong tetapi bila ada masalah akan bertukar menjadi penentang pula.
                                                        (anak Hosni Mubarak, Gamal)

Jelas sekali nampak muslihat Amerika Syarikat yang sebenarnya. Jika sebelum ini mereka begitu menghormati Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau tetapi sejak beberapa hari yang lalu ekoran tercetusnya rusuhan di Mesir, pendirian Amerika Syarikat pun sudah mulai berubah terhadap kepimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Dahulu pihak Amerika Syarikat sentiasa memandang Hosni Mubarak sebagai sangat penting kepada mereka dalam usaha untuk memastikan kerajaan pengganas Israel dapat terus meluaskan pengaruh serta penempatan haram mereka di Tanah Palestine dan tanpa sokongan Hosni Mubarak adalah mustahil bagi pihak yahudi Israel dapat merampas hak rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang mengenai situasi yang sedang berlaku di Mesir ketika ini tetapi cukuplah untuk kita semua ambil apa yang berlaku terhadap Presiden Hosni Mubarak sebagai iktibar atau pengajaran bagi kita seluruhnya betapa seseorang pemimpin sesebuah negara yang begitu mudah diperkudakan oleh kuasa asing akan begitu mudah juga untuk dijatuhkan biar tidak dengan cara lembut maka akan digunakan dengan cara kekerasan oleh pihak asing seperti apa yang pernah Amerika Syarikat lakukan di Iraq dulu.

3 ulasan:

Mohd berkata...

Inilah akibatnya jika PAS dibiarkan dirinya diperkudakan oleh DAP iaitu anak buah PAP dari Singapura.
Dengan laungan demonstrasi, rakyat akan dikudakan utk menggulingkan kerajaan. Yang menjadi susah dan derita adalah rakyat itu sendiri.
Kalau ya pun mahu ubah kerajaan buatlah melalui pilihanraya!

hilbert berkata...

Mohd,

begitulah agak lebih kurang...

tetapi apa yang berlaku di Mesir tu berbeza apabila sesebuah negara dipimpin secara tidak demokrasi maka mau tak mau rakyat terpaksalah bangkit menentang dan akan menjadi lebih parah apabila kuasa asing turut masuk campur serta mengambil kesempatan...

Nasib baiklah Malaysia sentiasa dijauhi dari perkara2 seumpama itu..

-RC- berkata...

salam 1malaysia...
harap dapat sama2 link blog kita! =)

http://reformasin.blogspot.com/

Arkib Blog