Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 20, 2011

Harga bawang merah semakin naik ! RM30 1kg di Miri Sarawak...

Tidak tahu samada harga bawang merah yang dipamerkan kepada para pengguna disetiap pasaraya yang terdapat di bahagian utara Sarawak sama harganya dengan bahagian-bahagian lain mahupun di seluruh negara.

Tinjauan saya semalam di beberapa lokasi mendapati harga bawang merah India memang sangat mahal sehingga sudah mencecah ke harga RM30 untuk setiap satu kilogram.

Dan harga untuk setiap sekilogram bawang merah juga agak seakan tidak seragam kerana ada sesetengah tempat menjual pada kadar harga yang berbeza mengikut tempat serta penjual namun harganya sama juga mahal dan tinggi.

Apakah agaknya reaksi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan mengenai kadar kenaikan harga baru bawang merah yang naik mendadak di Miri sama seperti air banjir yang melimpah selepas hujan lebat ?

Apakah rakyat sekali lagi akan disaran jangan makan bawang merah ? atau apakah rakyat juga akan dicadangkan supaya tanam bawang merah atas bumbung rumah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bawang merah dipasaran ?

5 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BROO..DAH SAMPAI MASANYA M'SIA JADI PENANAM BAWANG. S'WAK BLH JADI NEGERI PERTAMA PENGELUAR BAWANG DLM NEGARA. SAMPAI BILA KITA NAK IMPORT BRG DARI LUAR ADOIYAIIII

Bahtera Merdeka berkata...

Setuju...dah sampai masanya kita menanam bawang.

Jutawan Bumiputera-Pribumi bersatulah dan ambil langkah segera untuk menangani fenomena ini.

Jawapan kepada permainan politik menggunakan ekonomi ini perlu dihadapi dengan cara yang berkesan, jika tidak selamanya kita dipermainkan. Peniaga besar mengaut untuk tetapi kerajaan dihukum.

hilbert berkata...

Slm Jeff,
yang menjadi masalahnya..pemimpin kita terutama di Sarawak lebih mengutamakan kpd tanaman yg lain seperti sawit, koko, lada hitam, getah namun tidak kepada tanaman kontan seperti bawang dan lain2nya.

Bahtera Merdeka : haraplah begitu agar kerajaan jangan terlalu bergantung kpd barangan import semata-mata..

Mohd berkata...

Ini semua adalah salah orang tengah iaitu pemborong bawang dan pengedar.
Memang harga bawang naik sikit disebabkan bekalan kurang disebabkan banjir dsbnya di negara pengeluar.
Tetapi orang tengah ini mengambil kesempatan utk menaikkan harga dgn banyak!
Kementerian haruslah meninjau harga ini. Jangan lepas tangan shj.
PRU13 semakin hampir!
Menteri buatlah kerja!

Wanredone berkata...

Salam bro semua ..... wanredone bukan nak bodek kerajaan yang ada sekarang. Perkara naik harga bawang pun salah kerajaan juga?

Tidak terfikirkah oleh kita bahawa bawang ini semuanya dimport dari negara luar, seperti India, China & sebagainya. Harga bawang tentunya mengikut keadaan negara pengekspot. Kalau berlaku banjir atau kemarau dinegara tersebut, tentunya harga bawang tak sama semasa bawang itu melambak-lambak untuk diekspot.

Tambah pula di Sarawak, semua barang keperluan kita dalam tangan tauke Cina, Bumi putera bertindak sebagai pembeli sahaja!

Kpd sdra hilbert, wanredone nak tanya sikit, adakah hilbert berusaha nak tanam bawang sendiri selama ini?

Cakap memang senang dan yang susahnya, nak tanam, tanam banyak nanti kepada tauke cina juga kita jual dan jual balik kpda pengguna dengan harga yang melambung!

Arkib Blog