Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 05, 2011

'Buku Jingga' di TV1: penjelasan Pengarah Strategis PKR bercelaru

Semalam saya ikuti rancangan 'Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mustar dan saya telah menonton rancangan tersebut dari awal ia bermula seperti biasa jam 10 sehinggalah siaraan berkenaan tamat pada jam 11 malam.

Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.

Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.

Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.

Kalau begitulah sikap BN sejak negara merdeka iaitu sejak mula mengambilalih kuasa mentadbir negara daripada tangan penjajah dulu maka sudah tentulah sampai sekarang rakyat Malaysia akan hidup seperti zaman perang dunia kedua kerana kerajaan BN akan sentiasa menyalahkan pentadbiran penjajah dulu yang menyebabkan kehidupan rakyat mundur tanpa ada sebarang usaha sendiri bagi memajukan negara serta mengubah nasib hidup rakyat.

Tambah memalukan lagi apabila saudara Rafizi menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan angka-angka serta peratusannya entah betul entah tidak dan beliau juga apabila beliau telah tersasul dengan tanpa sengaja barangkali telah tersebut perkataan singkat EPU(bahasa orang pakar ekonomi) maka dengan mudah disanggah oleh Datuk Dr Mahani yang kemudiannya telah menerangkan kepada saudara Rafizi bahawa cara bagaimana peratusan kadar kemiskinan rakyat disesebuah negara itu ditentukan mengikut penilaian yang telah dibuat pada peringkat antarabangsa dan bukannya ditentukan oleh satu-satu negara itu sendiri.

Kesimpulannya ialah, pada malam semalam dalam rancangan 'Bicara Rakyat', amat jelas kelihatan yang saudara Rafizi yang memberi penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada dua orang rakan teamu jemputan serta kepada pengacara saudara Sayed Munawar mengenai isi kandungan 'Buku Jingga' yang dipersoalkan kebenarannya ternyata penjelasan yang beliau berikan cuma bersandarkan kepada teori atau andaian semata-mata dan bukannya berlandaskan terhadap mana-mana perkara sebelumnya yang boleh dijadikan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebagai satu panduan dalam menjayakan program 100 hari mereka itu.

8 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...ALA BIASAK LA BROO. DIORANG NI BERJANJI MMG MUDAH. SEKADAR MANIS DI MULUT BUAT PENYEDAP TELINGA RAKYAT. TENGOK AJE KES SHUHAIMI. KERAJAAN NEGERI YG BIAYA KOS DIA. PAKAI DUIT SAPE? RAKYAT DAH KENE KENCING IDOP2 BEB! HUHUHU

Apai Ngelai berkata...

syabas bro, ulasan menarik.. sayang sungguh saya tidak dapat mengikuti rancangan tersebut. Apapun, saya telah dapat sedikit gambaran hasil ulasan baik bro.. mungkin dalam masa terdekat, kita akan dapat melihat klip video tersebut. Terima kasih.

mudh berkata...

sukanya aku bila diorang dapat masukan dalam maya nih.dengan syarat tak edit.

realmibu berkata...

salam bro..gua pun tgok jgk.. tapi apa yg gua tgok YB Kamalanathan yg ckp xde asas dan hujah.. dia just menghentam tanpa ada dalil dan fakta yg konkrit..org bincang pasal ekonomi, dia plak dok bncang pasal tiang lampu...lawak doh..sian kt YB Kamalanathan yg jd kambing hitam BN...

hafez j malim berkata...

salam Hilbert..
ulasan yang menarik dan padat. Tahniah juga diucapkan kepada YB Kamalanathan... nampaknya beliau memang perform habis sekarg... kualiti beliau memang ada. Tugasan kita masih belum habis... janji manis PR mudah meracuni fikiran rakyat... ditambah pula dengan PRU DUN Sarawak semakin menjelang...peranan blogers seperti anda amat perlu bagi melawan dakyah pembangkang..saya sentiasa menyokong... teruskan berjuang Hilbert

hilbert berkata...

Salam,

Bro Jeffry: ye lah bro..kerana sudah tak tertahan nak balun kuasa maka mereka Pakatan Haram sanggup buat apa saja janji tak kiralah samada logik ataupun tak asalkan matlamat mereka tercapai.

Bro Apai: terima kasih bro. Sayapun harap pihak RTM khususnya TV1 atau mereka yg mempunyai peralatan untuk tujuan rakaman yg mungkin ada buat rakaman semalam sudi kiranya berkongsi dgn kita semua.

Mudh: terima kasih, saya garu2 kepala tak faham maaaaa

Realmibu: YB P. Kamalanathan semalam tak banyak cakap tau..dia hanya minta sedikit penjelasan daripada Rafizi..tapi malangnya..sikit mcm tu pun orang PKR tu tak mampu nak jawap...benda lain ditanya benda lain yg dia jawap, samalah macam Anwar Berahim juga

Hafez: terima kasih atas sokongan berterusan Cikgu kpd saya dan saya amat hargai..terima kasih bnyak2..terima kasih jg kerana selalu singgah di blog usang saya ini..salam 1Malaysia.

mudh berkata...

BAGI PIHAK BN TENTU SOKONG BN BAGI PIHAK PR TENTU SOKONG PR.ianya sudah tentu datang dari pemikiran politik masing2..JIKA RAKAMAN INI DAPAT DI ULANG TAYANG ATAUPUN DI LAYARKAN DALAM INTERNET SECARA TELUS DAN BERTANGGUNG JAWAB , BIARLAH IANYA DINILAIKAN OLEH RAKYAT SECARA HOLISTIK SERTA LEBIH DEMOKRASI.

hafiz berkata...

MP Hulu Selangor bertanya mewakili rakyat biasa yang tidak ambil berat tentang isu2 besar yang dibawa PR dalam buku jingga..contoh Tiang Elektrik tu benda paling mudah..sebab semua orang tahu..tapi kalau alasan PR sebab BN dulu..kalau diorg menang nanti lagi 20,30 tahun pun nak guna alasan yg samma ke?

Arkib Blog