Keputusan PRU13 5 Mei 2013 sangat memeranjatkan bukan kerna BN gagal mencapai sasaran majoriti 2/3 di Parlimen tetapi kerana pengundi Cina telah secara jelas menolak parti Barisan Nasional dan memilih untuk mengundi parti DAP dari pembangkang yang dikuasai oleh pemimpin dari kaum Cina.
DAP menang 38 kerusi Parlimen serta banyak kerusi DUN di beberapa negeri khususnya yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Cina. Di Pulau Pinang DAP berjaya mempertahankan negeri tersebut dengan jumlah kerusi DUN yang mereka perolehi agak besar manakala di negeri-negeri lain mereka turut membantu rakan-rakan parti mereka dalam Pakatan mendapat kerusi bagi pihak mereka.
Tetapi itu semua tidak lagi bermakna buat DAP sekiranya siasatan oleh Pendaftar Pertubuhan berhubung isu penipuan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember 2012 lalu boleh menyebabkan parti itu menerima nasib serupa dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana disabit dengan kesalahan melanggar arahan oleh pertubuhan berkenaan.
Buat seketika, DAP bolehlah meraikan kejayaan mereka sepuas-puasnya sebelum Roket dibatalkan pelancarannya..
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung

YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 07, 2013
Jumaat, Mei 03, 2013
DS Hadi hina keturunan calon PAS di Parlimen Sibuti Sarawak
Setiap satu undi yang mungkin diberikan oleh para pengundi tidak kira samada dari kaum Iban, Melayu, Kedayan, Melanau dan Cina di Parlimen Sibuti kepada calon daripada parti PAS iaitu saudara Robby @ Muhammad Zaid Tandang, maka dengan sendirinya setiap seorang daripada mereka itu telah menyokong kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang pernah menghina kaum Iban di Sarawak terutamanya apabila mengaitkan kekalahan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai dengan pakaian tradisi yang dipakai oleh kaum tersebut.
Presiden PAS itu sehingga kini belum pernah meminta maaf daripada rakyat Sarawak terutama daripada kaum Iban khususnya dan masyarakat Dayak amnya berhubung kenyataan menghina oleh beliau yang pernah menimbulkan suasana panas seketika dulu iaitu satu kenyataan beliau ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Manek Urai Kelantan dan kemudiannya telah disiarkan oleh beberapa portal berita pada 11 Julai 2009.
Kenyataan kontroversi Hadi Awang "Semua pilihan raya kecil sebelum ini memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tak reti undi, "pakai cawat lagi." Saya bukan nak hina, tapi tempat yang pakai molek undi PAS."
Dan apabila Robby Tandang bersetuju untuk menjadi calon kepada parti PAS yang pernah menghina bangsa dan keturunan beliau sedemikian rupa, adakah para pengundi dari kalangan kaum Iban juga akan turut merestui tindakan Robby Tandang itu jika mereka masih lagi mahu memberi undi kepada parti PAS menentang calon Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai Bujang? Tidakkah mereka rasa terhina dengan kenyataan celupar Haji Hadi itu yang menghina bangsa Iban hanya kerana pakaian tradisional yang hanya diguna sewaktu majlis-majlis yang tertentu?
Kaum Iban khususnya dan juga masyarakat Sarawak secara keseluruhannya wajar menolak mana-mana individu dari kaum mereka yang sanggup diperalatkan atau rela menjadi alat kepada sebuah parti yang pernah menghina dan memburuk-burukkan kaum sendiri. Dan beri undi kepada calon atau penyandang kerusi yang nyata telah banyak membantu masyarakat setempat dalam menyelesaikan masalah mereka dan bukannya memilih calon yang mudah dijadikan boneka oleh pemimpin atasan parti mereka.
Berilah undi anda tak kira Iban, Melayu, Kedayan, Melanau mahupun Cina kepada calon daripada Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang demi masa depan yang lebih terjamin !

Khamis, Mei 02, 2013
Calon PKR Parlimen Miri dihantui isu Klinik Pengguguran Bayi !

Cabaran oleh Datuk Sebastian Ting itu dilakukan sebagai tindakbalas daripada beliau apabila pemimpin-pemimpin PKR dan DAP itu sering melakukan serangan peribadi ke atas beliau pada setiap kali ceramah dalam kempen parti mereka sejak beberapa hari lalu di kawasan Parlimen Miri. Namun Dr. Micheal Teo sehingga kini masih terus mendiamkan diri apabila isu "pengguguran bayi" ditimbulkan oleh pihak BN malah kesemua mereka Baruk Bian, Dr. Fong Pau Teck, Alan Ling dan Chong Chieng Jen juga mengambil sikap yang sama.
Ahad, April 28, 2013
Ops Daulat: kenapa Tian Chua terasa pedas, adakah dia yang makan cili tu..?

Namun Datuk Seri Ahmad Zahid tidak pula mendedahkan sebarang nama mahupun identiti-identiti mereka yang dimaksudkan itu cuma memberi gambaran hanya dari pihak pembangkang kerana tidak mahu tindakan itu akan menjejas perjalanan proses pilihan raya yang kini sedang berlangsung di negara ini tetapi memberi jaminan tindakan susulan akan tetap dibuat sebaik saja pilihan raya umum selesai.
Apa yang amat mengejutkan apabila Naib Presiden PKR Tian Chua tiba-tiba bangkit melenting ekoran pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Zahid itu lantas menuduh Menteri Pertahanan itu cuba memperolok-olokkan isu keselamatan di negara ini sambil menegaskan bahawa tindakan itu cukup berbahaya kepada negara. Cehhh..tau pun cakap pasal keselamatan negara !
Yang lagi kelakarnya apabila Tian Chua mahu agar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid kerna mendedahkan bahawa ada tiga orang pemimpin politik pembangkang dua orang dari Semenanjung dan seorang dari Sabah terbabit dalam isu pencerobohan kumpulan pengganas yang diketuai Jamalul Kiram III terhadap wilayah berdaulat di Lahad Datu timur Sabah baru-baru ini.
Tidak semena-mena pula sikap cepat melatah Tian Chua yang tiba-tiba naik angin berhubung dengan kenyataan terbaru Menteri Pertahanan itu menguatkan lagi andaian oleh beberapa pihak sebelum ini tentang watak-watak mereka yang menjadi talibarut dalam serangan pengganas Kiram III yang lebih menjurus kepada mereka-mereka dari pihak Pakatan Pembangkang.
Mungkin ini yang dikatakan "bangkai gajah usah ditutup dengan sehelai daun pisang" lama-kelamaan akan diketahui juga. Kenapa pula Tian Chua yang menjadi tidak keruan dan tidak tentu arah sekiranya memang tidak terlibat dalam isu itu? Lainlah kalau memang betul ada yang menjadi dalang...
Khamis, April 25, 2013
Tidak banyak rakyat Sarawak yang berpikiran ke belakang tentang Malaysia !

Suara sumbang mereka mengenai perkara ini dibuat secara berkumpulan dan menerusi satu pertubuhan tidak sah yang dikenali sebagai "Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau singkatannya SSKM" mereka sering menggunakan media alternatif seperti facebook sebagai saluran untuk menyampaikan ideologi mereka kepada rakyat Sarawak dan juga Sabah tanpa sebarang pemantauan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri.
Mereka sudah tentunya menggunakan sejarah kemerdekaan Malaysia, sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia serta Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak dan juga Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah sebagai modal untuk tujuan mempengaruhi pikiran rakyat Sarawak serta Sabah bagi menarik sokongan ke atas komplot yang mereka sedang usahakan.
Cuma apa yang saya nak nyatakan di sini ialah, hanya segelintir kecil saja jumlah rakyat Sarawak mahupun Sabah yang mahu kembali kepada sejarah 50 tahun pembentukan Malaysia berbanding yang sedang bersama-sama dengan kerajaan semasa untuk terus membuka langkah positif terus mara ke hadapan dan bersama-sama menuju ke arah sebuah negara maju 2020.
Walaupun begitu, ianya tidaklah bermakna kita hendak melupakan sejarah yang amat bernilai itu tetapi biarlah ianya kekal sebagai satu peristiwa yang amat berharga untuk seluruh rakyat Malaysia dan menjadi satu panduan yang sangat berguna agar langkah tidak tersasar dalam mengejar kemajuan dan membina apa juga bentuk pembangunan dan yang penting sekali biarlah segala yang berkait-rapat dengan sejarah penubuhan Malaysia akan tetap terpelihara sedemikian dan kekal dalam lipatan sejarah tanah air kita.
Apa yang diharapkan ialah supaya kumpulan ini sedar bahawa tidak semudah yang mereka sangkakan untuk membentuk sebuah negara sendiri dan begitu juga dalam mempertahankan keselamatan serta keamananan sesebuah negara. Setiap negara perlu menyediakan pasukan keselamatan sendiri, pasukan pertahanan sendiri seperti polis dan tentera yang pastinya memerlukan peruntukan yang bukan sedikit jumlahnya dan itu semua belum lagi menyentuh tentang peruntukan untuk pembangunan lain seperti sekolah, hospital, klinik, jalanraya, jambatan dan berbagai-bagai lagi.
Semua itu pernah dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud pada malam sambutan Hari Malaysia 30 Ogos 2012 lalu di Bintulu di mana beliau mengingatkan tentang sejarah Sarawak dan Sabah yang panjang di bawah penjajah tetapi kehidupan rakyatnya amat daif sekali berbanding dengan keadaan sekarang sesudah hampir 50 tahun berada bersama-sama dalam Malaysia namun banyak pembangunan serta kemudahan dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat di kedua-dua negeri ini.
Rabu, April 24, 2013
Guan End mahu pisahkan Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sarawak di bawah dua kementerian berbeza !
Semasa membantu kempen dua calon DAP untuk kerusi Parlimen Lanang yang diwakili Alice Lau Kiong Yieng dan juga Parlimen Sibu yang mempertaruhkan Oscar Ling Chai Yew di Sibu semalam, Setiausaha Agung DAP Guan End mengemukakan banyak janji-janji manismu kepada penduduk Sibu khususnya dan rakyat Sarawak amnya seandainya Pakatan DAP, PKR dan PAS berjaya menubuh kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti.
Antara janji-janji manisnya itu adalah untuk mewujudkan satu kementerian khas bagi kaum Bumiputera bukan Islam dan satu lagi kementerian khusus untuk orang beragama Islam manakala satu kementerian untuk orang beragama Kristian. Seterusnya di sini
Sangat jauh berbeza pendekatan yang digunapakai oleh Guan End serta parti DAP dalam mewujudkan suasana harmoni di kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini jika dibandingkan dengan perjuangan Barisan Nasional yang sangat menitik berat soal perpaduan dalam masyarakat yang berbilang bangsa, adat, agama serta latar belakang kehidupan rakyat Sarawak terutamanya serta seluruh Malaysia amnya.
Apa yang lebih menarik tentang janji-janji manismu Pakatan Pembangkang sebelum ini ialah tentang hak Sarawak iaitu mengenai kuasa autonomi untuk memerintah negeri ini jika mereka menang namun dalam waktu yang sama DAP Pusat sudah menunjukkan belang sebenar mereka apabila awal-awal lagi telah menentukan corak pentadbiran negeri Sarawak tanpa memberikan kebebasan kepada pemimpin negeri untuk menentukannya sendiri seperti yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional Pusat selama ini yang tidak mencampuri sebarang urusan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak termasuk dalam soal pembentukan kementerian tertentu.
Adakah begini cara sebuah kerajaan pusat yang dikehendaki oleh segelintir rakyat Sarawak dalam mentadbir negara? ..tidak menghormati hak pemimpin tempatan Sarawak dalam menentukan bentuk kepimpinan yang dikehendaki oleh rakyat sebagaimana keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional pusat kepada kerajaan negeri selama ini?

Selasa, April 23, 2013
Akhirnya Mat Taib jadi seorang AngkaSawan..

Malah dikatakan juga beliau yang lebih dikenali dengan nama Mat Taib di kalangan orang-orang UMNO seringkali tidak hadir dalam mesyuarat-mesyuarat parti bahagian mahupun cawangan yang sepatutnya beliau turut terlibat. Mungkin juga disebabkan rasa kecewa tidak terpilih ke jawatan nombor dua parti telah membuat Mat Taib terus membawa diri hingga terlupa akan tanggungjawab beliau terhadap parti terutama di bahagian yang diwakili beliau.
Walaupun secara keseluruhannya ramai pihak yang ketika itu mahu agar jawatan Presiden dan juga jawatan Timbalan Presiden parti tidak ditandingi namun bagi menghormati prinsip demokrasi yang dipegang oleh parti UMNO lalu jawatan Presiden dibuka untuk pertandingan tetapi oleh kerana pencabar kepada Datuk Seri Mohd Najib iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak mendapat pencalonan yang mencukupi maka Datuk Seri Najib diisytiharkan menang kecuali untuk jawatan Timbalan Presiden di mana Tan Sri Muhyiddin telah dicabar oleh Mat Taib tetapi kalah setelah lawannya itu mendapat sebanyak 1,575 undi daripada para perwakilan.
Nyata sekali semenjak beliau kecundang dalam perebutan kuasa untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun tersebut, Mat Taib seperti seorang yang telah hilang semangat atau seperti jasad yang telah kehilangan "roh" daripada tubuh yang tercari-cari arah tuju tetapi selepas lebih dua tahun hilang punca beliau tiba-tiba muncul dikhalayak ramai tetapi apa yang amat mengejutkan beliau berdiri bukan di atas pentas UMNO tetapi bersama-sama dengan pemimpin PAS di atas pentas Pakatan Pembangkang.
Alasan yang beliau beri mengapa berlaku situasi sedemikian adalah kononnya perjuangan UMNO kosong tanpa "roh" tidak seperti perjuangan PAS yang kononnya tebal dengan roh-roh maka itu beliau sanggup meninggalkan UMNO yang sudah banyak memberi tempat serta kedudukan kepada beliau selama berada di dalam parti malahan beliau juga sudah banyak mendapat keistimewaan serta menafaat sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor di bawah kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu tidak cukup bagi beliau?
Apa yang sangat tidak sihat yang dilakukan oleh Mat Taib selaku pemimpin veteran UMNO ialah berikutan keputusannya meninggalkan parti dan menyertai parti PAS ialah apabila menyeru orang-orang UMNO untuk meninggalkan perjuangan parti tersebut dan bersama-sama beliau melompat ke dalam PAS sedangkan beliau tahu bahawa sebahagian besar ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau dan semua itu telah mereka terjemahkan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59 lalu dengan kemenangan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Datuk Seri Mohd. Najib.
Kita sangat yakin bahawa ahli-ahli UMNO yang setia kepada perjuangan parti tidak akan mudah untuk dijangkiti oleh sindrom bawaan pihak yang kecewa tak bertempat seperti itu yang seolah-olah mahu supaya orang-orang UMNO semuanya turut mengikut jejak langkah beliau yang nampak semakin tidak stabil dan sanggup pula bersekongkol dengan parti yang pernah menjadi musuh politiknya seketika dulu untuk memburuk-burukkan parti UMNO yang telah begitu banyak memberi ruang dan peluang kepada beliau menjadi seorang pemimpin negeri serta pembesar negara.
Isnin, April 22, 2013
Malaysia akan ditadbir oleh kerajaan haram jika PR berjaya pada PRU13 !

Biarpun menang tetapi tidak mustahil kiranya pihak Barisan Nasional akan mencabar kemenangan pakatan pembangkang dengan menggunakan kuasa mahkamah kerana jika dilihat dari sudut undang-undang memang jelas memperlihatkan pakatan tiga buah parti pembangkang itu tidak sah kerana selain tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan di samping tidak mempunyai sebarang lambang khusus mereka juga sering bertelagah sesama sendiri dalam perkara tertentu dan terbaru timbul perselisihan dalam isu pengagihan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 ini di mana akhirnya menyaksikan calon DAP bertembung dengan calon PAS menentang calon BN dan begitu juga apabila calon daripada PKR, PAS serta DAP bertemu sesama mereka di beberapa buah kerusi berhadapan dengan calon daripada Barisan Nasional.
#P213 Mukah; apabila keputusan parti mengatasi kehendak rakyat !

Saya nak memberi contoh di kawasan Parlimen P213 Mukah, walaupun parti telah maklum sebahagian besar rakyat terutamanya para pengundi di kawasan parlimen berkenaan menyatakan secara terbuka mahu parti menampilkan muka baru sebagai calon Parlimen Mukah pada pilihan raya kali ini namun seperti biasa suara akar umbi rakyat tidak pernah diendahkan malah rakyat sebaliknya didesak agar akur dengan keputusan parti sedangkan rakyat Mukah sudah terlalu bosan dan muak dengan cara Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad mengurus permasalahan rakyat dan kawasan yang beliau wakili selama 7 penggal.
Nampaknya dalam soal mengambilkira pendapat suara akar umbi, proses ini sebenarnya tidak pernah sampai ke bawah cuma untuk menyedap hati rakyat serta pucuk pimpinan BN Pusat maka dikatakan rakyat akar umbi di Parlimen Mukah mahu Dr. Leo Toyad kekal dicalonkan sebagai wakil mereka sedangkan hakikatnya rakyat mahu parti menggantikan beliau dengan seorang individu lain dengan harapan agar Mukah mendapat seorang Ahli Parlimen BN yang jauh lebih berwibawa, rajin meninjau masalah kawasan setempat, berani menyuarakan masalah rakyat bukan hanya di kawasannya tetapi masalah rakyat di seluruh Sarawak khususnya dan Malaysia amnya ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Di Parlimen P213 Mukah, seperti yang dapat disaksikan pada hari ini apabila rakyat terpaksa akur untuk mengundi Dr. Leo buat penggal yang ke-8 dan ini bermakna beliau akan menjadi Ahli Parlimen di Mukah untuk selama 40 tahun tanpa pembangunan yang sepatutnya berlaku seiring dengan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen tetapi tiada kerana pembangunan yang dapat dilihat berlaku di kawasan tertentu dalam Parlimen Mukah sekarang hanya bermula selepas Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud berpindah dari DUN Asajaya ke DUN Balingian dan begitu juga selepas DUN Dalat mendapat sentuhan daripada YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah.
Jumaat, April 19, 2013
PRU13: Parlimen P219 Miri bakal saksikan pertembungan 4 penjuru !
Tidak terlalu awal atau mungkin juga tidak kelihatan cuba mendahului pengumuman oleh SPR jika saya katakan bahawa apa yang akan berlaku Sabtu esok 20 April pada hari penamaan calon di Parlimen Miri Sarawak sudah boleh dijangka apabila calon BN akan ditentang oleh dua adik beradik PKR dan juga DAP selain seorang keluarga mereka yang merajuk saudara Chong Kuan Fatt yang minggu lalu keluar dari PKR dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini.
Kerana gagal mencapai kata sepakat maka PKR tekad mencalonkan Pengerusi PKR Cawangan Miri Dr. Micheal Teo Yu Kheng sementara DAP pula telah memutuskan untuk mengemukakan Ketua Wanita DAP Cawangan Senadin Lim Su Kien bagi menentang calon daripada Barisan Nasional Datuk Sebastian Ting yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Manakala bakal calon Bebas untuk Parlimen Miri kali ini adalah seorang veteran politik pembangkang Chong Kuan Fatt. Keputusan beliau untuk bertanding setelah bertindak keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati tidak dicalonkan untuk kali kedua apabila pada PRU13 ini nama beliau sekali lagi tercicir sama seperti yang berlaku pada PRU12 tahun 2008 lalu.

Khamis, April 18, 2013
Tidak bina Masjid, Datuk Nik Aziz persalahkan rakyat Kelantan pula dah !

Tidak cukup dengan alasan yang amat melucukan itu, Datuk Nik Aziz turut mengungkit, "kalau rakyat boleh membelanja duit untuk beli rumah, beli kereta, beli beras, beli kuih dan sebagainya, mengapa tidak boleh belanja duit untuk bina Masjid." ...hahaha...adehhh ..ada juga pemimpin yang berpikiran macam ni rupanya !
Konon sebelum ini mereka melaungkan slogan Negara Berkebajikan menggantikan dasar Negara Islam..tapi ke mana sudah kebajikan untuk rakyat kalau terus menekan rakyat dengan projek-projek yang sepatutnya diletak di bawah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.
Tuntutan "Royalty" minyak oleh PAS daripada kerajaan Pusat untuk apa jika mereka enggan mengeluarkan peruntukkan untuk tujuan kebajikan rakyat?
Rabu, April 17, 2013
PRU13: Rakyat parlimen P213 Mukah terpaksa berpuasa 5 tahun lagi lah !
Keputusan BN Pusat mahupun BN Sarawak untuk mengekalkan penyandang sedia ada bagi kerusi parlimen P213 Mukah Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad bukanlah satu kesilapan tetapi memang sudah dirancang lebih awal.
Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud selaku Presiden PBB sedaya upaya untuk mencari jalan agar Dr. Leo Toyad dapat dicalonkan semula untuk penggal yang ke-8 walaupun menyedari semakin ramai pengundi di Parlimen Mukah telah jemu dengan kepimpinan bekas Menteri Pelancongan Malaysia itu.
Keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Mohd. Najib untuk mencalonkan semula Dr. Leo pada PRU13 ini memang telah dijangka awal sebab tanpa dipengaruhi oleh pihak atasan dalam parti PBB mungkin Datuk Seri Mohd Najib masih ada calon lain sebagai pilihan untuk dicalonkan mewakili BN di Parlimen Mukah pada pilihanraya kali ini.
Memang pihak luar memandang sepi atau remeh suara-suara yang menuntut pembaharuan dilakukan oleh BN khususnya di Parlimen Mukah yang sudah 32 tahun atau 7 penggal dikuasai Dr. Leo Toyad yang mana mereka mahu BN menampilkan seorang muka baru pada kali ini di samping merayu kepada penyandang supaya memberi laluan kepada calon yang lebih bertenaga dan berwibawa untuk membawa Parlimen Mukah setara dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia.
Kalau BN sering menyeru kepada rakyat agar jangan pertikaikan mana-mana calon yang parti kemukakan sebab yang penting kata mereka adalah Barisan Nasional harus menang tetapi tidakkah terpikir oleh pemimpin-pemimpin BN bahawa calon-calon yang diletak untuk bertanding sekiranya mereka menang sudah tentulah mereka akan menjadi wakil rakyat di kawasannya tetapi bagaimana untuk tempoh 5 tahun ke hadapan adakah BN memberi jaminan bahawa rakyat dijamin setiap wakil rakyat mereka akan memberi khidmat secukupnya kepada kawasan serta rakyat yang mereka wakili.
Kebimbangan rakyat di Parlimen Mukah sebenarnya mudah untuk dibaca itupun jika pemimpin atasan BN mahu memahami kegelisahan yang dirasai oleh pengundi atau rakyat di Parlimen Mukah selepas berakhirnya pilihanraya parlimen. Rakyat lazimnya ditinggal terkapai-kapai dan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa sedangkan wakil rakyat yang menang dipilih hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada ura-ura pilihan raya semakin dekat.
Menolak penyandang sedia ada tidak bermakna rakyat atau pengundi di Parlimen Mukah turut menolak BN tetapi mereka hanya mahu wakil rakyat yang jelas sudah tidak memberi perubahan kepada kawasan perlu diganti dengan muka baru. Bagi pengundi di Parlimen Mukah mudah saja, jika baru sepenggal atau dua penggal sebagai wakil rakyat tetapi telah menunjukkan prestasi yang cukup bagus, rajin turun padang berjumpa para pengundi dan bukan hanya pada waktu pilihanraya.
Begitu juga walau sudah banyak kali dilantik sebagai wakil rakyat sekira nyata mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan juga kawasan sudah tentu tiada alasan bagi rakyat di Parlimen Mukah untuk menolak namun jika berlaku sebaliknya pengundi setempat sudah pasti berhak untuk mengatakan tidak kepada bakal calon yang dipilih biarpun oleh parti sendiri sebab yang terpaksa menanggung sengsara selama 5 tahun nanti akibat memilih wakil rakyat sedemikian adalah rakyat dan bukannya mereka yang menentukan calon parti.

Khamis, April 11, 2013
PRU13: PKR ikrar akan patahkan setiap langkah DAP di utara Sarawak

Sebelum ini DAP telah menawarkan untuk meletak calon mereka iaitu Ketua Wanita DAP Cawangan Senadin Miri, Lim Su Kien untuk bertanding sebagai calon Pakatan Pembangkang melawan pihak BN tetapi mungkin terpaksa mengalah ataupun PKR perlu memberi laluan kepada DAP untuk kerusi berkenaan memandangkan kerusi Parlimen P218 Sibuti, P220 Baram dan P221 Limbang kesemuanya terletak di utara Sarawak telahpun dimuktamadkan untuk ditandingi oleh calon daripada PKR.
Tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP serta PKR di Parlimen Miri apabila semalam Dr. Micheal Teo telah tampil dengan sebuah kenderaan yang baru dibeli dengan harga RM87,000 berupa pacuan empat roda khusus untuk tujuan kempen beliau kali ini dan secara tepatnya sebagai satu isyarat jelas kepada DAP bahawa PKR akan bertanding di kawasan tersebut dan DAP harus lupakan niat mereka.
Selasa, April 09, 2013
PRU13: Keputusan Papa Gomo menentang Anwar Ibrahim kurang tepat.

Jika dilihat dari sudut sokongan terbuka beliau selama ini terhadap BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, saya merasakan seandainya hasrat Papa Gomo itu diteruskan juga dan tetap menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding mencabar Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon itu nanti maka ianya tidak lagi setakat dilihat sebagai tindakan untuk menentang Ketua Pembangkang semata malahan turut menentang calon daripada Barisan Nasional juga.
Walaupun pada hakikatnya kita menjunjung semangat demokrasi di negara ini namun dalam keadaan yang tertentu sebaiknya kita wajar ambil pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan di mana apabila pihak yang kita sokong turun menentang pihak lawan seharusnya kita beri sokongan kepada mereka secara total tanpa ragu-ragu tetapi sekiranya kita juga turut bertanding, maka kita akan menjadi bimbang jika ini hanya akan membuat lebih banyak pecahan undi yang mungkin tidak menguntungkan Barisan Nasional.
Apa-apapun sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai amalan demokrasi yang semakin subur di negara ini, kita mungkin berharap agar ada pertimbangan yang bagus dan terbaik daripada Papa Gomo sebelum hari penamaan calon kelak dan bersama-samalah kita berikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional dalam menghadapi keangkuhan mereka dari kumpulan Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS agar tiada perkara yang akan terlepas dari pandangan kita dalam mempertahankan perkara yang patut kita pertahankan.
Jumaat, April 05, 2013
PRU13: 2 calon PKR di utara Sarawak sudah sedia tikar terbang masing-masing
Jika berdasarkan kepada pengumuman awal yang belum rasmi lagi tentang bakal-bakal calon yang akan diletak oleh PKR Sarawak untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen di Sarawak, maka ini saja sudah cukup mendedahkan betapa PKR belum bersedia lagi dari segi menentukan kesesuaian antara bakal calon dengan kawasan Parlimen yang harus ditandingi.
Walaupun pada hakikatnya pengumuman mengenainya belum rasmi lagi tetapi besar kemungkinan senarai calon yang telah diumumkan awal untuk bertanding di kawasan yang tertentu itu akan dimuktamadkan juga akhirnya pada hari penamaan calon kelak sebab jika mereka mahu melakukan perubahan pada saat-saat akhir pasti akan melibatkan ketiga-tiga parti DAP dengan PAS dan ianya sudah tentu ini akan menimbul masalah lain pula.
Yang menariknya pada pengumuman itu apabila PKR menyebut bahawa ADUN N.70 Ba'Kelalan YB Baruk Bian yang juga Pengerusi PKR Sarawak akan mewakili parti itu untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional di kawasan Parlimen P.221 Limbang sementara bekas calon PKR yang pernah tewas di DUN Senadin pada Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 tahun 2011 lalu Dr. Micheal Teo Yu Keng pula telah disebut bakal bertanding di Parlimen P.218 Sibuti.
Persoalan mula timbul mengapa Baruk Bian bertanding di Parlimen Limbang tetapi tidak bertanding di kawasan Parlimen P.222 Lawas? Kenapa beliau memilih Limbang? Kenapa Baruk Bian tidak mahu bertanding di kawasan kelahiran beliau sendiri iaitu Lawas?
Bukankah sebelum ini beliau sering muncul dalam akhbar-akhbar kononnya untuk memperjuangkan masyarakat pendalaman di pendalaman Lawas yang ditindas malah mahu kerajaan negeri dan pusat membatalkan beberapa projek seperti empangan dan juga jalanraya yang didakwanya akan merosak alam sekitar serta mengancam mata pencarian penduduk setempat.
Untuk rekod, Parlimen Lawas mengandungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN N.70 Ba'Kelalan yang diwakili oleh Baruk Bian sendiri dan juga DUN N.71 Bukit Sari yang diwakili oleh YB Datuk Sri Hj Awg Tengah bin Hj Awg Ali Hassan seorang Menteri kabinet kerajaan Sarawak sementara itu Parlimen Limbang pula juga mempunyai dua kawasan DUN iaitu DUN N.68 Bukit Kota yang diwakili oleh YB Dr. Abdul Rahman Ismail dari BN dan DUN N.69 Batu Danau yang diwakili YB Paulus Gumbang juga dari BN.
Pada Pilihan Raya Umum Sarawak 2011 itu Datuk Sri Awg Tengah Ali Hassan menang besar ke atas calon PKR Japar Suyut yang hanya mendapat undi sebanyak 955 apabila memperolehi majoriti 5,063 undi setelah dipilih oleh 6,018 pengundi DUN Bukit Sari sementara itu Baruk Bian pula yang mendapat 2,505 mengalahkan calon BN Willie Liau dengan majoriti 473 undi setelah lawannya memperolehi 2,032 undi.
Mungkin melihat kepada fakta ini menyebabkan Baruk Bian terpaksa memilih jalan selamat dengan bertarung di Parlimen Limbang walaupun tahu untuk mencapai kemenangan di kawasan tersebut amat sukar tetapi sekiranya kalah sudah pasti alasan mengapa tewas boleh diterima sebab beliau bukan berasal dari Limbang namun sekiranya beliau bertanding di Lawas dan jika ditakdirkan kalah kerana ditolak oleh kaumnya sendiri maka sudah tentu sangat sukar untuk memberi alasan mengapa kalah dan tidak diterima oleh masyarakatnya sendiri.
Berbalik kepada seorang lagi bakal calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sibuti, Dr. Micheal Teo. Percubaan beliau untuk berdiri sebagai calon PKR di kawasan Parlimen yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Pribumi atau Bumiputera seperti Kedayan, Melayu, Iban dan Melanau yang sememangnya adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional secara tradisinya sejak dulu lagi.
Parlimen Sibuti juga mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.61 Bekenu yang diwakili oleh SPDP melalui YB Puan Rosey Yunus dan DUN N.62 Lambir dengan wakil rakyatnya YB Ripin Lamat daripada PBB. Kedua-dua DUN ini semasa Pilihan Raya Umum Sarawak mencatatkan rekod kemenangan yang besar menewaskan calon dari pembangkang.

Khamis, April 04, 2013
PRU13: BN Sarawak perlu tumpu 7 kerusi Parlimen majoriti Cina

Saya lebih menumpu kepada 7 kawasan Parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina dan sebilangan kecil adalah pengundi daripada masyarakat Bumiputera. Justeru itu, untuk menawan hati pengundi kaum Cina maka kerajaan BN kena lipatgandakan usaha agar apa yang cuba disampaikan oleh pihak kerajaan dapat difahami oleh masyarakat berkenaan.
Berbalik kepada tahap sokongan kaum Cina khususnya di kawasan-kawasan Parlimen yang majoriti pengundi adalah masyarakat berkenaan yang sebelum ini pernah dikuasai oleh BN namun jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 pada tahun 2008, maka saya merujuk semula kepada keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2010 iaitu lebih kurang dua tahun yang lalu.
Bermula dari Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili oleh Yang Berhormat Chong Chien Jen daripada DAP. Parlimen ini mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.09 Padungan dan jugan DUN N.10 Pending. Untuk rekod, DUN Padungan dimenangi oleh YB Wong King Wei dari DAP yang mendapat 11,957 undi menewaskan calon BN Sim Kiang Chiok yang hanya mendapat 4,073 undi rakyat. Manakala di DUN Pending calon DAP YB Violet Yong juga menang dengan mendapat 14,375 undi mengalahkan calon BN Prof Dr Sim Kui Hian yang hanya memperolehi 6,780 undi.
Bagi Parlimen P.196 Stampin yang diwakili oleh YB Datuk Yong Khoon Seng daripada BN. Parlimen Stampin mempunyai tiga kerusi DUN yang kesemuanya dikuasai pembangkang. N.11 Batu Lintang misalnya diwakili oleh YB See Chee How dari PKR yang mendapat undi sebanyak 13,235 menewaskan calon BN Sin Hua Tong yang hanya mendapat 4,854 undi selain seorang calon Bebas Soo Lina dengan 290 undi. Kerusi N.12 Kota Sentosa dimenangi oleh YB Chong Chieng Jen dari DAP yang mendapat 12,594 mengalah calon BN Datuk Alfred Yap yang hanya mendapat 7,770 undi dan bagi DUN N.13 Batu Kawah yang diwakili oleh YB Christina Chew Wang See juga dari DAP yang memperolehi 7,439 undi dengan mengalahkan calon BN Tan Joo Phoi yang mendapat 6,896.
Seterusnya Parlimen P.208 Sarikei. Parlimen ini juga diwakili BN melalui YB Ding Koung Hii daripada parti SUPP. Namun dua kawasan DUN ini juga diwakili oleh DAP menerusi wakil rakyatnya YB Dr Wong Hua Seh yang mendapat 7,900 undi berbanding calon BN Datuk David Teng Lung Chi yang memungut 5,221 undi bagi kerusi DUN N.39 Repok. Sementara kerusi DUN N,40 Meradong pula, calon BN Ling Kie King mendapat 4,197 undi dikalahkan oleh calon DAP YB yang berjaya meraih undi sebanyak 6,884.
Di Sibu pula, Parlimen P.211 Lanang juga mempunyai dua kerusi DUN iaitu N.45 Bukit Assek serta DUN N.46 Dudong. DUN Bukit Assek diwaliki oleh YB Wong Ho Leng daripada DAP yang mendapat 13,527 undi menewaskan calon BN Chieng Huong Toon yang dipilih 4,700 pengundi. Manakala DUN N.46 Dudong pula diwakili oleh YB Yap Hoi Liong daripada DAP yang telah mendapat 9,649 undi mengalahkan calon BN Datuk Tiong Thai King yang mendapat sebanyak 9,332 undi.
Sementara itu Parlimen P.212 Sibu yang mengadungi tiga kawasan DUN iaitu DUN N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka tetapi satu daripada DUN ini iaitu DUN Pelawan dimiliki oleh DAP melalui calonnya YB David Wong Kee Woan yang mendapat 13,318 undi menewasan calon BN yang mendapat undi sebanyak 6,927. Cuma di DUN Bawang Assan yang diwakili oleh BN melalui wakilnya YB Datuk Sri Dr Wong Soon Koh serta di DUN Nangka YB Dr Annuar Rapaee juga daripada BN.
Bagi Parlimen P.217 Bintulu pula. Parlimen ini juga memiliki tiga kerusi DUN iaitu DUN N.58 Jepak yang diwakili oleh YB Datuk Talib Zulpilip dari BN yang menang 5.470 undi setelah menewaskan dua pencabar iaitu seorang daripada PKR dan seorang daripada Bebas yang masing-masing mendapat PKR 2,342 dan Bebas 433 undi saja. DUN N.59 Kidurong pula diwakili oleh DAP melalui YB Chiew Chiu Sing dengan memperolehi 12,493 undi yang menafikan calon BN Henry Ling Koung Meng apabila hanya mendapat 5,563 undi. Dan bagi kerusi DUN N.60 Kemena yang diwakili pemimpin BN Yang Berhormat Dr. Stephen Rundi setelah mendapat undi sebanyak 6,369 mengalahkan calon PKR Bernard Binar Banyang yang hanya memperolehi 3.020 undi di samping serang calon Bebas Liam Rengga yang mendapat sokongan 197 orang pengundi.
Manakala yang terakhir di utara Sarawak iaitu Parlimen Miri. Parlimen P.219 Miri mempunyai tiga kawasan DUN iaitu DUN N.63 Piasau, N.64 Pujut dan N.65 Senadin. Pada Pilihan Raya Umum negeri Sarawak lepas, DUN Piasau telah jatuh ke tangan DAP setelah calonnya YB Ling Sie Kiong yang mendapat undi 5,998 berjaya menewaskan penyandang Tan Sri Dr George Chan yang mendapat 4,408 undi. Bagi DUN Pujut pula, penyandang sedia ada Andy Chia yang mendapat 5,271 undi kalah kepada calon DAP YB Fong Pau Teck yang memperolehi 9,120 undi. Cuma DUN Senadin dalam Parlimen Miri saja yang berjaya bertahan dengan majoriti paling kecil apabila penyandang YB Datuk Lee Kim Shin mendapat 7.334 undi gagal dikalahkan oleh pencabar daripada PKR Dr. Micheal Teo Yu Keng yang mendapat 7,276 undi hanya dipisahkan 58 undi majoriti.
Jika dibuat penilaian berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 lalu, kita tidak dapat menolak kemungkinan berlaku bahawa keputusan ini juga bakal dilihat mempengaruhi undi rakyat pada PRU13 nanti sekiranya Barisan Nasional negeri mahupun pusat tidak bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kuasa sedia ada di samping mendapatkan kembali dua kerusi Parlimen yang sudah terlepas ke tangan DAP sebelum ini iaitu Parlimen Bandar Kuching dan juga Parlimen Bandar Sibu.
Di ketujuh-tujuh kawasan Parlimen ini jentera pilihan raya BN perlu bekerja lebih keras untuk mendapat semula keyakinan serta kepercayaan pengundi kerana seperti yang sudah kita sedia maklum bahawa masyarakat Cina kini terutama yang tinggal di kawasan-kawasan bandar sebenar telah mempunyai pikiran yang baru yang tidak lagi terikat dengan budaya "orang berbudi kita merasa, orang memberi kita merasa" kerana generasi mereka kini dilihat lebih mementingkan diri dan sudah mulai lupa tentang tanggungjawab terhadap masyarakat secara keseluruhannya.
Dan disebabkan keselesaan hidup juga telah menyebabkan golongan masyarakat bandar ini tidak peduli sangat tentang kerajaan mana yang harus menang untuk memerintah kerana mereka sudah biasa hidup senang tidak akan menyedarkan mereka tentang kepayahan hidup komuniti lain yang ada di sekitarnya.
Ahad, Mac 31, 2013
Saya lebih suka jika UMNO bertapak di Sarawak berbanding PKR, DAP & PAS !
Masih ada segelintir rakyat Sarawak terutamanya mereka yang menyokong pembangkang, buta tentang sejarah parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan juga PAS. Dalam kata lainnya, golongan ini secara membabi-buta menyatakan sokongan mereka kepada rangkaian tiga parti pembangkang itu yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia sedangkan dalam waktu yang sama mereka turut menyeru rakyat Sarawak yang lainnya agar menolak dengan apa cara sekalipun parti UMNO atas alasan tidak mahu rakyat Sarawak dikuasai oleh parti luar yang bukan berasal dari Bumi Kenyalang.
Nah!! di sini saya ingin tahu pendapat mereka ini iaini mereka yang kononnya mempertahankan hak rakyat Sarawak tapi bersekongkol pula dengan parti dari luar DAP, PKR dan PAS untuk merampas kuasa memerintah kerajaan negeri daripada parti PBB, PRS, SPDP dan SUPP yang sememangnya keempat-empat parti ini adalah parti yang diwujud dan ditubuhkan di Sarawak oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang kesemuanya adalah anak jati Sarawak jika dibandingkan dengan tiga parti dalam Pakatan Pembangkang itu.
Sekiranyalah rakyat Sarawak diberi pilihan untuk memilih antara UMNO, PKR, DAP dan PAS untuk melebarkan sayap parti mereka di Bumi Kenyalang ini, sudah tentulah saya secara peribadi lebih selesa menerima UMNO untuk berkembang di Sarawak berbanding DAP, PAS dan PKR tetapi disebabkan kemungkinan itu adalah mustahil berlaku maka rakyat Sarawak harus bersatu mempertahankan parti tempatan sedia ada iaitu PBB, PRS, SPDP dan juga parti yang berasaskan kaum Cina iaitu SUPP dari menjadi korban kepada kerakusan tiga parti pembangkang yang bukan berasal dari Sarawak itu.

Rabu, Mac 20, 2013
Jika DAP ada projek Terowong Dasar Laut, takkanlah PKR & PAS tiada projek gempak akhir penggal?
Kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan cadangan projek di luar jangkaan dan mungkin juga di luar kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Terowong Dasar Laut yang menelan kos berbilion-bilion ringgit Malaysia.
Yang lebih mengejut dan mengujakan kita rakyat seluruh Malaysia ialah apabila cadangan projek raksasa itu diumumkan saat Parlimen Malaysia sedang menunggu detiknya untuk dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib kerana tempoh tamatnya sudah semakin dekat.
Kenapa baru sekarang kerajaan DAP Pulau Pinang baru sibuk nak buat projek itu projek ini tatkala tempoh penggal Parlimen yang ke-12 semakin hampir ke penghujungnya dan kenapa tidak dilakukan dalam tempoh 5 tahun yang sudah waktu mereka sedang berada dipuncak kekuasaan?
Bagi saya semua itu dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng semata-mata untuk menambat hati para pengundi di negeri tersebut agar terus memberi sokongan kepada mereka. Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mahu memberi pembangunan di Pulau Pinang serta menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentulah isu rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana sudah lama selesai dan tidak terus menjadi beban kepada pentadbiran mereka.
Bagaimana pula dengan kerajaan PKR di Selangor serta kerajaan PAS di Kelantan dan juga kerajaan PAS di Kedah, takkanlah sementara menunggu saat Parlimen dan juga DUN dibubarkan mereka tiada projek lebih gempak dari projek DAP untuk dipalukan kepada rakyat ?
Jika DAP dengan projek Terowong Dasar Lautnya, PKR pula sekurang-kurangnya rancangkan projek Terowong Bawah Tanah dari pusat pentadbiran kerajaan PKR Selangor di Shah Alam menuju ke Putra Jaya dan begitu juga dengan PAS, mereka harus ada projek yang lebih hebat dari DAP dan PKR di mana PAS boleh kemukakan cadangan untuk bina jambatan dari Bumi menuju ke bulan. Gempakkan !!

Video fitnah ! krisis Taib Mahmud dengan keluarga Tun Rahman bermula lagi..
Video yang dihasilkan oleh Global Witness iaitu "Inside Malaysia's Shadow State" atau "Di Sebalik Bayang-bayang Sebuah Negeri Di Malaysia" bagi saya hanyalah suatu kisah balas dendam dalam keluarga yang tidak pernah berkesudahan.
Saya berpendapat sedemikian sebaik saja melihat kemunculan Fatimah Tun Abdul Rahman(gambar di bawah, yang gemuk) iaitu sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di dalam video tersebut dan lebih-lebih lagi apabila mendapati klip video berkenaan dibuat dengan bantuan orang luar yang memang pakar di dalam kerja-kerja penggambaran serta mengolah cerita agar mudah diterima masyarakat.
Saya pikir masih ramai rakyat Sarawak yang ingat bagaimana persengketaan di antara Pehin Sri Taib-Tun Rahman Yaakub-Datuk Haji Salleh Jafaruddin bermula. Dan di kalangan anak-anak Tun Rahman sendiri tentu ada antara mereka yang merasakan tidak senang hati dengan sepupu mereka itu ekoran krisis yang pernah berlaku antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman seketika dulu.
Walaupun hakikatnya Tun Rahman sendiri pada tanggal 08 Januari 2008 iaitu pada hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80 tahun secara terbuka telah mengisytiharkan perang saudara antaranya dengan Pehin Sri Taib telah tamat dan berakhir akan tetapi ianya seperti tidak dapat diterima dengan baik oleh Fatimah selaku anak sulung kepada Tun Rahman.
Saya masih ingat bagaimana tercetusnya krisis keluarga antara mereka yang berlaku tidak lama selepas Pehin Sri Taib mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman pada awal tahun 1980an di mana sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang baru ketika itu sudah tentulah beliau mahu memastikan agar tiada berlaku sebarang penyelewengan ataupun kegiatan yang berunsur rasuah baik dalam kerajaan, swasta mahupun di kalangan pemimpin-pemimpin politik itu sendiri.
Pembersihan untuk ke arah itu telah dilakukan oleh Pehin Sri Taib bermula dari atas di mana semua saham-saham milik pemimpin tertentu di dalam syarikat-syarikat pembalakan misalnya telah dibekukan bagi mengekang mereka yang berkuasa daripada terus mengaut keuntungan dari hasil wang yang sepatutnya masuk ke dalam dana kerajaan bagi tujuan kebajikan rakyat.
Tindakan tegas dan drastik Pehin Sri Taib ketika itu tidak memandang kepada muka atau latar belakang mereka yang lainnya dan ini terbukti terhadap tindakan beliau ke atas mereka yang berkepentingan dalam kerajaan serta sebagai pemegang saham di dalam syarikat pembalakan seperti yang dilakukan beliau ke atas saham-saham milik Tun Rahman dan Datuk Hj Salleh Jafaruddin dalam syarikat Forescom Timber Sdn Bhd yang terletak di Kuala Baram Miri, akhirnya telah dibekukan.
Akibat dari peristiwa itu, maka permusuhan politik di antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman terus berlanjutan sehingga sekian lama dan kemuncaknya sewaktu tertubuhnya sebuah parti baru di Sarawak iaitu Parti Maju Sarawak atau Permas yang dinaungi oleh Tun Rahman Yaakub sebagai parti pembangkang bersama-sama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk mengguling Pehin Sri Taib dari jawatan sebagai Ketu Menteri.
Saya juga masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Kecil DUN Oya/Dalat di Sarawak dalam tahun 1987 di mana Pehin Sri Taib terpaksa bermalam selama seminggu di dalam kapal Sri Sarawak yang berlabuh di tengah-tengah Sungai Batang Oya di hadapan Kampung Brunei Dalat bagi memudahkan beliau berkempen membantu calon menentang lawan dan dalam masa yang sama juga Tun Rahman serta Datuk Hj Salleh bersama-sama dengan para pengikut mereka berkubu dan berkampung di sebuah rumah dua tingkat milik seorang pengusaha balak di Kampung Hilir Dalat.
Berbalik kepada isu video ini, saya tidak melihat perkara ni akan melemahkan semangat juang Pehin Sri untuk terus melakukan yang terbaik kepada Sarawak serta rakyatnya walaupun waktu untuk beliau bersara dari politik negeri sebenarnya telah semakin dekat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menghasilkan video klip berkenaan serta pemegang-pemegang watak di dalamnya adakah mereka sudah cukup bersedia dengan segala bukti yang ada untuk membawa ke tengah apa yang telah dituduh oleh mereka terhadap Pehin Sri Taib itu benar?

Ahad, Mac 17, 2013
Kuasa autonomi Sarawak & Sabah sejak penubuhan Malaysia lagi !!!
Sebagai rakyat Sarawak, saya tidak faham kenapa masih ada juga kumpulan kecil di kalangan penduduk negeri ini yang terus terbawa-bawa dengan sentimen kewilayahan sedangkan Persekutuan Malaysia kini telah hampir berusia 50 tahun genap pada 16 September 2013 nanti.
Saya sedih melihat kepada kecenderungan mereka ini untuk terus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sarawak dan juga Sabah tentang status kedua-dua negeri ini di dalam Malaysia. Cubalah mereka belajar untuk menjadikan perkara yang telah lalu sebagai satu sejarah negara yang wajar dikenang sejarah negara dan bukannya untuk terus diungkit bagi kepentingan diri.
Tentang kuasa autonomi dua wilayah Sarawak dan Sabah yang menjadi inti perjuangan kumpulan ini, bukankah perkara ini sudah dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud ketika sambutan Majlis Hari Malaysia di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada malam 16 September 2012 dulu.
Sebagai salah seorang pemimpin yang boleh dikatakan lebih arif tentang sejarah penubuhan Malaysia kerana penglibatan awal beliau dalam politik di negara ini iaitu bermula sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lagi, Pehin Sri Haji Abdul Taib telah menegaskan bahawa autonomi yang dinikmati oleh Sarawak serta Sabah pada masa ini sebenarnya sudah melebihi dari yang diperlukan dan tidak perlu lagi timbul soal bagi kedua-dua negeri ini mengasingkan diri daripada Malaysia.
Menurut Pehin Sri Hj Abdul Taib lagi, jika Sarawak mahupun Sabah berpisah daripada Malaysia, maka sudah pasti kedua-dua negeri ini memerulukan peruntukkan yang jauh lebih besar hanya untuk membangunkan pasukan keselamatan dan juga pasukan pertahanan sendiri iaitu Polis serta Tentera Darat, Tentera Laut dan juga Tentera Udara termasuklah segala peralatan yang diperlukan.
Dan jika ini berlaku, sudah tentu usaha untuk membangunkan negeri Sarawak/Sabah serta untuk memaju dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana tumpuan untuk menguatkan barisan pertahanan pasukan Tentera dan Polis telah menjadi agenda utama bagi memastikan kedaulatan kedua wilayah ini sentiasa terjamin.
Inilah yang terjadi sebenarnya ketika awal pembentukan Malaysia dulu apabila kedua-dua negeri ini diberi kuasa autonomi penuh dengan mewujudkan Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri sendiri namun telah dimansuhkan tidak lama selepas itu oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana masalah kewangan untuk membina aset pertahanan sendiri.
Malah di kalangan pendesak ini saya pikir ada di antara mereka yang tidak faham makna "kuasa autonomi" yang sememangnya telah lama ada pada Sarawak dan Sabah. Mungkin ada antara mereka berpendapat "autonomi" itu satu objek yag boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh dengan tangan, diangkat ataupun ditendang, mungkin sebab itu mereka seringkali mengungkit tentang kuasa autonomi.
Namun bagi saya, jika benar Sarawak dan Sabah tidak diberikan kuasa autonomi di dalam Malaysia ini, bagaimana boleh kerajaan kedua-dua negeri boleh membentukkan kabinetnya sendiri yang mempunyai struktur pentadbiran serupa dengan kabinet kerajaan persekutuan. Jadi kita rakyat Sarawak dan Sabah kena melihat perkara ini dengan cermat dan tidak usahlah hanya kerana isu-isu yang terpencil hingga menyebabkan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada negeri serta negara kita.
Patutnya di saat negara sedang berdepan dengan insiden berdarah seperti yang berlaku di Lahad Datu ketika ini akan mematangkan lagi semua pihak tidak kira siapa dan tidak patut sama sekali untuk terus mengeruhkan keadaan dengan perkara-perkara lapuk seperti itu. Rakyat Sarawak terutamanya wajar patuh dan ingat apa yang telah dijelas melalui pesanan Pehin Sri Hj Abdul Taib hampir setahun yang lalu dan tidak usahlah terlalu ghairah untuk mempercayai khabar angin yang didengar daripada pihak luar sedangkan kita sendiri yang berada dalam Sarawak ataupun Sabah lebih tahu perkembangannya setiap masa. Kenapa perlu percaya kepada pihak asing?

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com