Jika berdasarkan kepada pengumuman awal yang belum rasmi lagi tentang bakal-bakal calon yang akan diletak oleh PKR Sarawak untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen di Sarawak, maka ini saja sudah cukup mendedahkan betapa PKR belum bersedia lagi dari segi menentukan kesesuaian antara bakal calon dengan kawasan Parlimen yang harus ditandingi.
Walaupun pada hakikatnya pengumuman mengenainya belum rasmi lagi tetapi besar kemungkinan senarai calon yang telah diumumkan awal untuk bertanding di kawasan yang tertentu itu akan dimuktamadkan juga akhirnya pada hari penamaan calon kelak sebab jika mereka mahu melakukan perubahan pada saat-saat akhir pasti akan melibatkan ketiga-tiga parti DAP dengan PAS dan ianya sudah tentu ini akan menimbul masalah lain pula.
Yang menariknya pada pengumuman itu apabila PKR menyebut bahawa ADUN N.70 Ba'Kelalan YB Baruk Bian yang juga Pengerusi PKR Sarawak akan mewakili parti itu untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional di kawasan Parlimen P.221 Limbang sementara bekas calon PKR yang pernah tewas di DUN Senadin pada Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 tahun 2011 lalu Dr. Micheal Teo Yu Keng pula telah disebut bakal bertanding di Parlimen P.218 Sibuti.
Persoalan mula timbul mengapa Baruk Bian bertanding di Parlimen Limbang tetapi tidak bertanding di kawasan Parlimen P.222 Lawas? Kenapa beliau memilih Limbang? Kenapa Baruk Bian tidak mahu bertanding di kawasan kelahiran beliau sendiri iaitu Lawas?
Bukankah sebelum ini beliau sering muncul dalam akhbar-akhbar kononnya untuk memperjuangkan masyarakat pendalaman di pendalaman Lawas yang ditindas malah mahu kerajaan negeri dan pusat membatalkan beberapa projek seperti empangan dan juga jalanraya yang didakwanya akan merosak alam sekitar serta mengancam mata pencarian penduduk setempat.
Untuk rekod, Parlimen Lawas mengandungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN N.70 Ba'Kelalan yang diwakili oleh Baruk Bian sendiri dan juga DUN N.71 Bukit Sari yang diwakili oleh YB Datuk Sri Hj Awg Tengah bin Hj Awg Ali Hassan seorang Menteri kabinet kerajaan Sarawak sementara itu Parlimen Limbang pula juga mempunyai dua kawasan DUN iaitu DUN N.68 Bukit Kota yang diwakili oleh YB Dr. Abdul Rahman Ismail dari BN dan DUN N.69 Batu Danau yang diwakili YB Paulus Gumbang juga dari BN.
Pada Pilihan Raya Umum Sarawak 2011 itu Datuk Sri Awg Tengah Ali Hassan menang besar ke atas calon PKR Japar Suyut yang hanya mendapat undi sebanyak 955 apabila memperolehi majoriti 5,063 undi setelah dipilih oleh 6,018 pengundi DUN Bukit Sari sementara itu Baruk Bian pula yang mendapat 2,505 mengalahkan calon BN Willie Liau dengan majoriti 473 undi setelah lawannya memperolehi 2,032 undi.
Mungkin melihat kepada fakta ini menyebabkan Baruk Bian terpaksa memilih jalan selamat dengan bertarung di Parlimen Limbang walaupun tahu untuk mencapai kemenangan di kawasan tersebut amat sukar tetapi sekiranya kalah sudah pasti alasan mengapa tewas boleh diterima sebab beliau bukan berasal dari Limbang namun sekiranya beliau bertanding di Lawas dan jika ditakdirkan kalah kerana ditolak oleh kaumnya sendiri maka sudah tentu sangat sukar untuk memberi alasan mengapa kalah dan tidak diterima oleh masyarakatnya sendiri.
Berbalik kepada seorang lagi bakal calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sibuti, Dr. Micheal Teo. Percubaan beliau untuk berdiri sebagai calon PKR di kawasan Parlimen yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Pribumi atau Bumiputera seperti Kedayan, Melayu, Iban dan Melanau yang sememangnya adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional secara tradisinya sejak dulu lagi.
Parlimen Sibuti juga mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.61 Bekenu yang diwakili oleh SPDP melalui YB Puan Rosey Yunus dan DUN N.62 Lambir dengan wakil rakyatnya YB Ripin Lamat daripada PBB. Kedua-dua DUN ini semasa Pilihan Raya Umum Sarawak mencatatkan rekod kemenangan yang besar menewaskan calon dari pembangkang.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, April 05, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Good entri, bro.
Kerajaan Sementara Tidak Pernah Ujud di TendangTerajang.
Terima kasih bro :-)
Catat Ulasan