Keputusan BN Pusat mahupun BN Sarawak untuk mengekalkan penyandang sedia ada bagi kerusi parlimen P213 Mukah Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad bukanlah satu kesilapan tetapi memang sudah dirancang lebih awal.
Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud selaku Presiden PBB sedaya upaya untuk mencari jalan agar Dr. Leo Toyad dapat dicalonkan semula untuk penggal yang ke-8 walaupun menyedari semakin ramai pengundi di Parlimen Mukah telah jemu dengan kepimpinan bekas Menteri Pelancongan Malaysia itu.
Keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Mohd. Najib untuk mencalonkan semula Dr. Leo pada PRU13 ini memang telah dijangka awal sebab tanpa dipengaruhi oleh pihak atasan dalam parti PBB mungkin Datuk Seri Mohd Najib masih ada calon lain sebagai pilihan untuk dicalonkan mewakili BN di Parlimen Mukah pada pilihanraya kali ini.
Memang pihak luar memandang sepi atau remeh suara-suara yang menuntut pembaharuan dilakukan oleh BN khususnya di Parlimen Mukah yang sudah 32 tahun atau 7 penggal dikuasai Dr. Leo Toyad yang mana mereka mahu BN menampilkan seorang muka baru pada kali ini di samping merayu kepada penyandang supaya memberi laluan kepada calon yang lebih bertenaga dan berwibawa untuk membawa Parlimen Mukah setara dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia.
Kalau BN sering menyeru kepada rakyat agar jangan pertikaikan mana-mana calon yang parti kemukakan sebab yang penting kata mereka adalah Barisan Nasional harus menang tetapi tidakkah terpikir oleh pemimpin-pemimpin BN bahawa calon-calon yang diletak untuk bertanding sekiranya mereka menang sudah tentulah mereka akan menjadi wakil rakyat di kawasannya tetapi bagaimana untuk tempoh 5 tahun ke hadapan adakah BN memberi jaminan bahawa rakyat dijamin setiap wakil rakyat mereka akan memberi khidmat secukupnya kepada kawasan serta rakyat yang mereka wakili.
Kebimbangan rakyat di Parlimen Mukah sebenarnya mudah untuk dibaca itupun jika pemimpin atasan BN mahu memahami kegelisahan yang dirasai oleh pengundi atau rakyat di Parlimen Mukah selepas berakhirnya pilihanraya parlimen. Rakyat lazimnya ditinggal terkapai-kapai dan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa sedangkan wakil rakyat yang menang dipilih hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada ura-ura pilihan raya semakin dekat.
Menolak penyandang sedia ada tidak bermakna rakyat atau pengundi di Parlimen Mukah turut menolak BN tetapi mereka hanya mahu wakil rakyat yang jelas sudah tidak memberi perubahan kepada kawasan perlu diganti dengan muka baru. Bagi pengundi di Parlimen Mukah mudah saja, jika baru sepenggal atau dua penggal sebagai wakil rakyat tetapi telah menunjukkan prestasi yang cukup bagus, rajin turun padang berjumpa para pengundi dan bukan hanya pada waktu pilihanraya.
Begitu juga walau sudah banyak kali dilantik sebagai wakil rakyat sekira nyata mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan juga kawasan sudah tentu tiada alasan bagi rakyat di Parlimen Mukah untuk menolak namun jika berlaku sebaliknya pengundi setempat sudah pasti berhak untuk mengatakan tidak kepada bakal calon yang dipilih biarpun oleh parti sendiri sebab yang terpaksa menanggung sengsara selama 5 tahun nanti akibat memilih wakil rakyat sedemikian adalah rakyat dan bukannya mereka yang menentukan calon parti.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, April 17, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan