Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 23, 2009

Iklan Khas Sempena Dengan Kemerdekaan - Malaysia ke 52 dan Indonesia ke 64.

Ini adalah sejenis vitamin dalam bentuk cecair. Inya sangat baik untuk kesihatan kita jika diamalkan selalu. Produk ini dikenali sebagai "SAKATONIK LIVER" yang berfungsi sebagai suplemen makanan ataupun mungkin dalam bahasa Malaysia disebut sebagai penghadam makanan.

Vitamin ini adalah produk dari negara gagah perkasa iaitu Indonesia tetapi ada terdapat banyak dijual dibeberapa pasarayadi Malaysia, harap maklum bukan dijalanraya. Kepada segelintir rakyat Indonesia yang mungkin baru pertama kali berkunjung ke Malaysia ini, jangan pula nanti apabila terlihat saja produk ini ada dijual dimana-mana kedai atau supermarket di Malaysia terus menuduh Malaysia pencuri atau perompak barangan dari Indonesia. Harap ingat tu...

Mengapa bahan-bahan seperti itu boleh didapati dalam negara kita? Yang pastinya saya kurang jelas, tetapi berdasarkan kepada teori saya mungkin juga ianya diimport oleh peniaga tempatan yang punya hubungan dagang dengan peniaga di Indonesia ataupun mungkin juga telah dibawa dalam jumlah yang agak besar ke Malaysia oleh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia iaitu ketika mereka balik bercuti ke Indonesia dan pulang semula ke Malaysia.

Di Malaysia harga bagi sebotol yang berkapasiti 330 ml dijual dengan harga yang tidak menentu iaitu bergantung kepada keadaan tempat dimana ianya dijual. Ada sesetengah tempat menjual dengan harga RM9.90 sen, ada juga yang menjual dalam harga RM8.80 sen mungkin tertakluk kepada kos pengangkutan.

Untuk kefahaman lebih lanjut lagi tentang kebaikan SAKATONIK LIVER ini, saya nak buat sedikit iklan murah mengenainya disini dalam bahasa Indonesia ;
SAKATONIK LIVER merupakan kombinasi dari MULTI VITAMIN, MINERAL DAN ZAT BESI, yang sangat baik untuk meningkatkan kualitas dan kinerja darah, baik pada anak-anak maupun orang dewasa.
Dengan minum SAKATONIK LIVER secara teratur setiap hari, tubuh akan terhindar dari rasa lemah, letih dan lesu sehingga selalu sehat, kuat dan bersemangat walaupun telah bekerja keras sehari penuh.
Komposisi :
Tiap-tiap 5 ml mengandungi :
- Vitamin B1........................................................................1,76 mg
- Vitamin B2........................................................................0,15 mg
- Vitamin B6........................................................................0,21 mg
- Vitamin B12......................................................................0,3 mg
- Vitamin C...........................................................................15 mg
- Nicotinamide......................................................................3 mg
- Ca Pantothenate................................................................0,5 mg
- Na Hypophosphite.............................................................15 mg
- Mangan Sulfat....................................................................0,12 mg
- Ferro Sulfat exc..................................................................1,18 mg
- Aethanolum.........................................................................5 % v/v
- Const & Corr. ad..................................................................5 ml
Kegunaan :
* Suplementasi vitamin dan mineral pada masa penyembuhan dan kehamilan.
* Bermanfaat untuk memelihara kesehatan.
Aturan Pakai :
Dewasa : 3 x 1 sendok makan
Anak : 3 x 1-2 sendok teh
Disertai dengan minum segelas air putih.
Cara Penyimpanan :
Dalam wadah tertutup baik, ditempat sejuk dan terlindung dari cahaya.

Pendapat saya tentang vitamin SAKATONIK LIVER ini ialah, ianya sangat sesuai juga untuk digunakan oleh mereka-mereka yang sering atau gemar mengamuk jika berdepan dengan sesuatu perkara yang belum pasti, contohnya yang suka berdemonstrasi diatas jalan-jalanraya, yang suka main api seperti membakar bendera, membakar patung-patung dan sebagainya dan juga bagi mereka-mereka yang suka memijak gambar-gambar orang yang dibenci.

Perbuatan seperti itu semuanya memerlukan tenaga yang berlebihan atau agak kuat kerana bukan saja tangan atau kaki yang bergerak pantas tetapi suara, mulut, lidah dan semua anggota tubuh badan juga akan aktif semuanya. Misalnya, jika mereka ingkar atau tidak mahu menerima arahan supaya bersurai, maka pihak berkuasa seperti polis, FRU dan sebagai sudah tentu akan menahan, menyembur mereka dengan pancutan air dan gas pemedih mata jadi untuk mengelak dari semua itu sudah tentu ada yang akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk melarikan diri dan semua itu pasti memerlukan tenaga yang kuat.

Oleh itu, kepada semua pakar-pakar dalam hal ehwal demonstrasi dijalan-jalanraya dimana saja berada, belilah satu botol SAKATONIK LIVER buatan Indonesia sebagai simpanan. Rugi kalau tak beli. Mana tak ruginya seandainya suatu hari nanti apabila ada lagi demonstrasi jalanan diadakan, mana tahu ianya memerlukan perarakan haram sejauh 50 km atau juga sehingga 100 km, maka sudah tentu memerlukan tenaga yang lagi kuat.

Ok, sebelum minum vitamin SAKATONIK LIVER ini, elok anda lihat dulu video klip dibawah yang dibawa khas oleh pembekal SAKATONIK LIVER untuk mereka yang berhajat nak huru-harakan keamanan serta keharmonian diantara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Video klip ini baru saja saya muat turun dari YouTube. Video ini sangat bagus kerana ianya merakamkan sebahagian daripada pertemuan serta juga perbincangan dari hati ke hati diantara pihak-pihak tertentu di Indonesia yang mahu penjelasan umum tentang isu semasa yang sering timbul diantara Malaysia dan Indonesia.

Kepada pihak-pihak tertentu di Indonesia khasnya yang yang selalu menuduh Malaysia dengan berbagai-bagai fitnah, luangkanlah sedikit masa untuk menonton perbincangan mengenainya didalam video ini. Semoga selepas melihat sendiri serta mendengar tentang apa yang diperjelaskan dapat mengubah sedikit walaupun tidak kesemuanya persepsi atau tanggapan yang keterlaluan berkenaan dengan Malaysia.

Selamat menonton!!!

Isnin, September 21, 2009

Balibo Five dan Tarian Pendet : Apa pendirian sesetengah rakyat Indonesia ?

Peristiwa yang telah berlaku 34 tahun yang lalu kini menjelma semula dan yang pastinya akan menghantui hubungan dua hala antara Australia dengan Indonesia.

"Balibo Five" adalah satu istilah yang digunakan oleh pihak Australia bagi merujuk kepada kejadian pembunuhan lima orang wartawan di Balibo, Timor Timur atau sekarang telah di kenali dengan nama Timor Leste.

Kelima-lima wartawan dengan tugas masing-masing itu ialah Greg Shackleton(wartawan), Brian Raymonds Peters(juru kamera warga British), Briton Malcolm Rennie(wartawan), Gary James Cunningham(juruteknik TV Channel 9 Sydney warga New Zealand dan Anthony John Stewart(juru kamera TV Channel 7 Melbourne Australia.

Baru-baru ini kerajaan Australia telah menyuarakan hasrat mereka untuk membuka semula siasatan kes itu yang telah berlaku pada tahun 1975. Pasukan Tentera Nasional Indonesia(TNI) yang diketuai oleh Kapten Yunus Yosfiah(sekarang beliau adalah anggota Dewan Perwakilan Rakyat) pada masa kejadian itu telah didakwa oleh pihak Australia dengan sengaja mengarahkan bala tenteranya supaya menembak mati kelima-lima wartawan itu.

Namun ada juga pihak lain di Timor Leste yang mendakwa bahawa sebelum ditembak, kelima-lima wartawan tersebut sebelumnya telah berjaya ditangkap hidup-hidup dan selepas itu disiksa dengan teruk sekali sebelum mereka ditembak mati. Tetapi semua tuduhan itu disangkal atau dinafikan oleh pihak Indonesia.

Kejadian itu difahamkan berpunca dari tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Tentera Nasional Indonesia(TNI) yang telah menceroboh masuk ke Timor Timur pada tahun 1975 bagi membolehkan Indonesia menakluki Timor Timur yang bakal dibebaskan dari kuasa penjajah Portugal supaya dapat dijadikan sebagai satu lagi wilayah yang akan dikuasai oleh Indonesia iaitu wilayah yang ke 27.

Semua tahu, walaupun Indonesia telah berjaya didalam usahanya menawan Timor Timur sepenuhnya secara sah pada 17 Julai 1976, tetapi ianya tidak bertahan lama apabila rakyat Timor Timur bangkit menuntut kemerdekaan daripada Indonesia dan mahu Timor Timur bebas sebagai sebuah negara yang berdaulat dan ditadbir oleh rakyat mereka sendiri.

Timor Timur telah berjaya keluar dari cengkaman Indonesia pada 19 Oktober 1999 iaitu setelah lebih 23 tahun menderita dibawah pemerintahan Indonesia yang sangat merugikan wilayah itu. Timor Timur mendapat kemerdekaan rasminya dengan nama baru negara itu sebagai Timor Leste pada 20 Mei 2002 iaitu setelah melalui berbagai-bagai proses rundingan dengan pihak Indonesia, PBB, Asean dan lain-lain pertubuhan sedunia.

Berbalik semula kepada tajuk artikel ini, maka kita mahu melihat sejauh mana benarnya tuduhan oleh pihak Australia terhadap Indonesia dan juga setakat mana penafian yang telah dibuat oleh pihak Indonesia itu mempunyai asas.

Maka begitulah jadinya apabila suka sangat menuding jari dan sering menyalahkan pihak lain, apabila diri sendiri telah dituduh terlibat dengan sesuatu kejadian seperti itu mengapa pula bertegas untuk menafikannya dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh terlebih dulu untuk menangkis tuduhan yang dihadapi.

Perlu juga mereka sedar, walaupun kes itu dikatakan sebagai telah ditutup tetapi jika ada pihak yang lain lagi berhajat untuk mengkaji kes itu samada ianya boleh dibicarakan semula atau tidak adalah tidak menjadi satu kesalahan kerana memang sudah menjadi tanggungjawab mereka yang pernah terlibat untuk mencari keadilan.

Lantaran itu saya berpendapat, jika dengan Malaysia ada sesetengah rakyat di Indonesia sanggup mengamalkan sikap "berpatah arang berkerat rotan"[bersikap tidak mahu memaafkan] hanya disebabkan isu yang remeh-temeh ataupun isu-isu murahan tetapi kenapa apabila ada pergeseran dengan negara-negara lain berhubung dengan sesuatu isu yang lebih besar seperti dengan isu Balibo Five itu mereka seolah-olah bersikap "ditelan mati emak, diluah mati bapa." ? [bersikap serbasalah]. ...kenapa ?

Ahad, September 20, 2009

Kenapa hanya Malaysia - kenapa tidak negara lain ?

Dalam waktu negara kita Malaysia terus menerima berbagai tuduhan, berbagai kecaman dan berbagai-bagai lagi bentuk penghinaan daripada segelintir rakyat Indonesia yang tindakan mereka saya lihat lebih terarah atau cenderung kepada tindakan pengganas, telah timbul bermacam-macam tandatanya pada diri saya tentang kewajarannya sikap rakyat Indonesia ini terhadap negara kita.

Mereka terus menuduh negara kita sebagai pencuri/maling, perompak/perampok, rasuah/korup dan sebagainya. Walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh pihak Malaysia untuk menjelaskan kepada sesetengah rakyat Indonesia berkenaan dengan kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berbangkit tetapi malangnya mereka terus menutup hati, mata dan pikiran seolah-olah mereka ingin menggambarkan kepada dunia bahawa bangsa Indonesia adalah betul segalanya dan sentiasa benar.

Yang menjadi tandatanya kepada diri saya sekarang ini ialah, jika benar dan betul bagi segelintir rakyat Indonesia bahawa rakyat Malaysia ini memang sepertimana yang telah mereka dakwakan tetapi kenapa pula negara ini terus menjadi pilihan utama rakyat Indonesia sebagai tempat untuk mencari kerja serta mencari rezeki.

Kenapa majoriti rakyat Indonesia tidak pergi saja ke Thailand, Myanmar, Philipine/Filipina, Vietnam, Kemboja, China, India, Singapura, Brunei Darusallam, Taiwan, Pakistan, Banghladesh, Sri Lanka, Afrika dan lain-lain lagi untuk mendapatkan pekerjaan tetapi kenapa mereka terus memilih negara Malaysia ? Apa istimewanya Malaysia ?

Perlu diingatkan juga rakyat Indonesia terutamanya mereka yang telah menghina Malaysia ini, bukan saja setakat rakyat Indonesia saja yang mencari kerja di negara ini malah rakyat dari banyak negara juga seperti Nepal, Banghladesh, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Thailand, China, India dan lain-lain lagi. Persoalannya, kenapakah mereka ini tidak mahu pergi mencari kerja di Indonesia ? Kenapa Malaysia juga yang mereka pilih ? Apa kelebihannya Malaysia jika dibandingkan Indonesia ?

Saya juga terpikir tentang pekerja Indonesia yang masuk secara haram ke Malaysia ini untuk bekerja didalam berbagai bidang. Jumlah kumpulan ini kurang separuh daripada jumlah pekerja(TKI) Indonesia yang mempunyai segala dokumen perjalanan kerja yang sah, maknanya jika yang sah berjumlah 1 juta maka yang haram ertinya 500,000 orang. Kehadiran ramai warga Indonesia yang tanpa memiliki sebarang dokumen ke Malaysia untuk mencari rezeki sejak dari dahulu lagi sehingga sekarang adalah sesuatu perkara yang biasa.

Sekarang, perkara ini tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa lagi tetapi adalah sesuatu perkara yang luar biasa sekali apabila Malaysia telah dicop oleh sesetengah rakyat Indonesia dengan berbagai gelaran yang mengaibkan tetapi pada masa yang sama juga beratus-ratus rakyat mereka masih lagi memerah keringat mencari rezeki di negara ini demi untuk menyambung hayat mereka sendiri serta untuk dikirimkan keluarga mereka yang ada di Indonesia.

Kita juga dapat lihat ketika operasi yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia yang menghantar balik para pekerja Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, ada diantaranya bertindak berani dengan terjun dari atas kapal dan berenang balik ke daratan di Malaysia kerana tidak mahu dihantar balik ke Indonesia.

Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan saya dari kalangan mereka pekerja-pekerja Indonesia tentang banyak perkara. Persoalan yang sering saya tanyakan kepada mereka ialah, benarkah di Indonesia sangat susah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Jawapan mereka semuanya sama saja, iaitu memang benar. Tambah mereka lagi, walau setinggi manapun sekolah mereka tetapi jika tiada duit untuk me"rasuah"kan para pegawai yang menemuduga(interview) jangan haraplah mereka akan diterima bekerja.

Saya pernah kenal dengan satu orang pekerja Indonesia yang berasal dari daerah Jawa, beliau merupakan seorang lepasan universiti(Universitas) di Indonesia. Beliau di negara ini bekerja hanya sebagai buruh biasa yang makan gaji hanya sekitar RM8 sehari tidak termasuk upah kerja lebih masa yang beliau ambil. Rakyat Indonesia ini kerja agak lama juga di Malaysia iaitu lebih sepuluh tahun. Dalam jangka masa yang begitu lama, setelah beliau berjaya mengumpulkan wang yang cukup iaitu wang lebih dari yang dikirimkan kepada keluarganya dan selepas itu beliau pulang ke Indonesia dan sekarang beliau telah mendapat pekerjaan sebagai pengurus atau "manager" di sebuah syarikat besar disana.

Semasa beliau menceritakan kepada saya tentang perkara itu dan selepas beliau balik semula ke Indonesia dan telah mendapat kerja yang lebih baik sesuai dengan kelulusan yang ada pada beliau, maka saya percaya akan kata-kata beliau dulu bahawa jika rakyat Indonesia hendak memohon pekerjaan yang bagus di negara sendiri haruslah membawa atau menyediakan wang yang banyak sebagai imbuhan kepada pegawai yang menemubual ketika sessi temuduga seandainya mahu diterima.

Oleh itu beliau juga memberitahu kepada saya, adalah menjadi kemestian kepada setiap warga Indonesia yang serba kekurangan untuk datang ke Malaysia mencari kerja terlebih dahulu bagi mengumpulkan sebeberapa banyak wang sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada diri mereka. Diploma, Ijazah atau apapun jua tidak akan menjamin bahawa permohonan kerja yang mereka pohon akan diterima melainkan jika ada wang diselitkan bersama sebagai syarat atau dalam erti kata lainnya untuk dirasuahkan.

Begitulah secebis cerita berkenaan dengan kisah rasuah/korup yang sering dikaitkan oleh segelintir rakyat Indonesia kepada negara serta rakyat Malaysia. Rakyat Indonesia sepatutnya lebih dulu tahu bahawa gejala rasuah juga hidup bebas di negara Indonesia bukan hanya di negara lain. Mereka juga perlu ingat bahawa gejala rasuah memang berlaku dimana-mana sahaja di semua negara.

Kepada mana-mana rakyat Indonesia yang masih merasakan diri mereka tetap betul dan tuduhan mereka terhadap Malaysia semuanya adalah benar jadi saya berharap, jika benar mereka ini bertanggungjawab terhadap maju mundurnya masa hadapan rakyat Indonesia keseluruhannya maka buatlah sesuatu yang berfaedah untuk negara anda, bantu negara anda mewujudkan apa-apa juga pekerjaan disana untuk diberikan kepada rakyat Indonesia supaya mereka tidak akan datang ke Malaysia ini lagi mencari kerja.

Jangan hanya pandai buat tuduhan yang liar dan yang keterlaluan terhadap Malaysia. Sedarlah sedikit, bahawa tidak ada gunanya bertindak seperti budak-budak atau kanak-kanak yang kurang akalnya, apabila marahkan sesuatu perkara maka mulalah mengamuk, membakar, merusuh dan merajuk. Bertindaklah secara matang dan bijaksana dan bukannya bertindak ikut perasaan. Bodohlah namanya jika akal akan dikuasai oleh perasaan.

Sabtu, September 19, 2009

Gempa Bumi terus melanda wilayah Indonesia - MENGAPA ?

Dalam masa sebulan saja, Indonesia telah beberapa kali telah dilanda oleh GEMPA BUMI. Gempa Bumi pertama pada awal bulan September berlaku tidak lama selepas segelintir daripada rakyatnya yang telah membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang kerana menyangka atau menuduh Malaysia sebagai "pencuri." Satu tuduhan yang sangat berat untuk diterima oleh Malaysia.

Selepas itu, wilayah Indonesia terus mengalami gegaran demi gegaran akibat daripada gempa bumi yang seperti mahu sebahagian daripada rakyat Indonesia supaya belajar untuk mengakui kesilapan mereka namun apa yang berlaku, bukannya mereka mahu berubah menjadi baik malah terus menerus mencipta berbagai tuduhan liar terhadap Malaysia.

Sepatutnya rakyat Indonesia yang telah membuat angkara sebelumnya harus belajar dari kesilapan mereka dengan melihat semula akan tindakan mereka sebelum ini adakah ianya betul atau menepati apa yang telah dituntut oleh agama. Gempa Bumi pertama itu seharusnya sudah memadai untuk diambil oleh mereka sebagai satu kesedaran bahawa cara mereka yang suka menuduh, memfitnah, menghina, membakar bendera dan sebagainya adalah satu kesilapan yang paling besar dalam hubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Gempa bumi terbaru yang berlaku dekat pulau peranginan iaitu Bali awal pagi tadi sepatutnya akan menyedarkan sebahagian rakyat Indonesia supaya tidak keterlaluan dalam bertindak sehingga kadang kala hanya merugikan pihak mereka saja.

Saya secara peribadi melihat apa yang sedang dihadapi oleh Indonesia sekarang ini iaitu gempa bumi yang berturut-turut adalah satu pentunjuk daripada Tuhan kepada sebahagian rakyat Indonesia supaya mereka perlu sedar bahawa cara mereka itu adalah salah dan sementara ruang untuk mereka berubah masih ada maka eloklah untuk menggunakan saluran yang betul.

Yang keduanya saya rasa bencana seperti gempa bumi itu sering berlaku dalam wilayah Indonesia adalah disebabkan perbuatan mereka membakar bendera Malaysia baru-baru ini. Mungkin mereka sangat berbangga apabila telah berjaya membakar bendera Malaysia namun mereka tidak sedar bahawa setiap sesuatu benda itu punya semangat tertentu.

Contohnya Jalur Gemilang, apabila bendera telah dibakar dengan rakusnya oleh sesetengah rakyat Indonesia, sudah tentulah semangat yang ada pada bendera tersebut akan terbang berkeliaran maka semangat itulah yang menjelma sebagai gempa bumi dan terus menyerang mana-mana wilayah di Indonesia.

Salam Aidilfitri daripada Anak Merdeka.

Ucapan Selamat Menyambut 1 Syawal 1430 Hijriah kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam serta Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan harapan semoga hari raya yang disambut pada tahun akan membawa seribu erti kepada hubungan diantara sesama kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat yang berbilang kaum, tradisi, kepercayaan, budaya dan agama.

Juga kepada semua rakan-rakan sekerja saya yang merayakan Aidilfitri, sanak-saudara saya yang beragama Islam termasuk adik saya serta suami, sepupu, bapa saudara serta mak saudara saya yang beragama Islam serta jiran-jiran yang turut merayakan Hari Yang Mulia ini, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Hati-hati ketika memandu dijalanraya, semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing dan juga semoga akan selamat kembali dari berhari raya.
Tidak dilupa juga kepada rakan-rakan maya[bloggers] yang kebanyakkannya beragama Islam seperti Kumbang, AIDC, Panglima Perang Cyber, Cucu Tok Selampit, Yang Gambi, Revolusi Pedang Srikandi, Pisau Net, Anti-PKR-Sarawak, Sayang Sarawak, Kelebar Malam, Gerakkan Anti PKR/GAP, Penghuni Gua, SuratDalamBotol, Ustaz Said, Datu Sulaiman, Afzainizam Ismail(firestartingautomobile), Rajah Mas(apai ngelai/mamak), Aditya di Mujahidin09(Indonesia), AmirHamzah64 dan lain-lain lagi..., kepada anda semua ingin saya sampaikan ucapan Salam Lebaran, Selamat Hari Raya Puasa, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Jumaat, September 18, 2009

Noordin Mat Top tumpas kali kedua ?

Adakah pasti dan sudah sah bahawa indidvidu yang telah tumpas dalam serbuan polis Indonesia di Solo, Jawa Tengah semalam adalah Noordin Mat Top ?

Apakah polis Indonesia tidak melakukan kesilapan untuk kali kedua ?

Mungkin oleh kerana keghairahan yang terlalu kuat untuk menewaskan Noordin, maka tanpa usul periksa dengan lebih teliti dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan, pihak berkuasa Indonesia terus mengakui bahawa salah seorang daripada mereka terkorban semalam adalah Noordin.

Diharap pihak berkuasa di Indonesia tidak akan membuat kesilapan berturut-turut. Bila membaca laporan berita yang terbaru, bahawa Noordin mati bukan kerana terkena tembakan daripada pihak polis tetapi Noordin telah meletupkan diri beliau sendiri dengan bom yang dililitkan ditubuh beliau.

Dalam kejadian itu mayat Noordin dikatakan hancur berkecai manakala bahagian kepala beliau dikatakan telah terpisah dari badan. Jadi persoalannya, bagaimana pihak berkuasa Indonesia dengan segera boleh mengesahkan bahawa yang tewas itu sebagai Noordin sedang ujian DNA belum lagi dibuat ?

Dan juga bagaimana mereka mampu mengecam wajah Noordin jika berpandukan laporan yang terbaru itu yang mayat Noordin berkecai akibat ledakkan bom yang beliau pasang pada tubuh dia ? ...Juga bagaimana pihak berkuasa Indonesia tahu atau boleh menyatakan yang Noordin telah melilitkan bom disekeliling tubuh beliau dan selepas itu meletupkan dirinya sedangkan sebelum itu mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya menembak mati suspek serta rakan-rakannya ?

Khamis, September 17, 2009

DAP nak bawa Penan terbang dengan roket...

Dengar khabarnya, Setiausaha Agung DAP Encik Lim Guan Eng bercadang hendak mengeluarkan "duit" sebanyak RM30,000.00 untuk diberikan kepada "wanita" Penan di Sarawak. Kononnya untuk diagih-agihkan kepada "wanita" Penan yang teraniaya bagi membantu mereka untuk tujuan yang agak kurang jelas atau dalam erti kata lain tidak pasti untuk tujuan apa sebenarnya sumbangan itu dihulurkan.
Yang menjadi persoalannya, adakah wang yang berjumlah RM30,000.00 itu hanya untuk "wanita" Penan ? Yang "lelaki" Penan itu pulak bagaimana En. Lim Guan Eng ? Takkanlah nak bantu yang "wanita" nya saja. Bantulah sama-sama yang "wanita" dan "lelaki" mereka juga. Itupun kalau betul-betul hendak membantu secara jujur, ikhlas, telus dan bebas tanpa rasuah.
Tetapi En. Lim Guan Eng mesti perlu kena ingat selalu, bahawa Kerajaan Sarawak selama itu telah banyak memberi bantuan kepada masyarakat Penan tanpa memilih hanya berdasarkan kepada jantina mereka, tetapi keseluruhan masyarakat itu diberi bantuan dalam berbagai bentuk tanpa mengira mereka itu "wanita ataupun lelaki".
Bagi sayalah, daripada DAP terutamanya En. Lim Guan Eng sibuk-sibuk untuk memberi duit itu kepada "wanita"Penan di Sarawak, maka lebih baik duit itu DAP atau dia bagi kepada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang telah mereka tindas dan usir dari penempatan asal mereka. Betapa siksa dan merananya hidup penduduk Kampung Buah Pala yang rumah kediaman mereka telah diroboh dan ranap depan mata kepala mereka sendiri. Kediaman mereka sudah hancur musnah. Tiada tempat berteduh dan terpaksa menumpang dirumah-rumah jiran.
Dalam isu masyarakat Penan ini tidak payahlah DAP nak tunjuk pandai, nak tunjuk merekalah yang perihatin. Lebih baik selesaikan dulu isu-isu yang masih banyak tertangguh yang memerlukan usaha sebenar mereka jangan hanya pandai berjanji kepada rakyat.
Isu Penan ini biarkan saja kerajaan Sarawak yang menguruskannya, Sarawak banyak pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk YB-YB, Residen bahagian Miri serta yang lainnya daripada masyarakat kaum Orang Ulu didalamnya yang lebih faham akan masalah ini. Jadi En. Lim Guan Eng tak payahlah nak menyibuk "pergi jahane lah dengan DAP."
Mengenai 14 orang Penan yang kena tahan polis bersama dengan Penasihat PKR Sarawak YB Dominique Ng, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena disitu. Bila saya lihat gambar mereka yang terbabit, ternyata ada diantara mereka bukan berwajah Penan, tak ubah seperti wajah PATI yang sesat dari sepanjang sempadan Kalimantan Indonesia dengan Sarawak.
Mereka yang terlibat dengan demonstrasi di perkarangan Bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam telah ditahan dan mungkin akan dibebaskan selepas semua keterangan mereka selesai diambil oleh pihak polis.
Demonstrasi itu diadakan bagi menyatakan rasa tidak bersetuju "kononnya" kaum Penan dengan projek membina Empangan Hidroelektrik Murum. Demonstrasi itu pada mulanya dikatakan terkawal tetapi bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan itu gagal untuk menemui Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib Mahmud.
Itulah dan inilah budaya PKR/DAP/PAS telah mula merebak ke Sarawak. Budaya merusuh, berteriak, membaling, berlari-lari, berguling-guling diatas jalanraya. Apakah rakyat Sarawak setuju atau tidak budaya seperti ini berkembang di negeri kita ? Jika tidak mahu, usah biarkan diri kita menjadi kuda-kuda tunggangan PKR/DAP/PAS.
Oleh itu, "Jauhilah PKR/DAP/PAS" - Awas !!!... Cegah sebelum parah. Ingat sebelum kena. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Peliharalah keharmonian sesama kita di Sarawak ini...jangan biarkan masa depan negeri Sarawak tergadai.

Rabu, September 16, 2009

FAS : Masa depan yang semakin malap...

Kini harapan seluruh peminat pasukan bolasepak Sarawak telah semakin hancur lebur. Persatuan Bolasepak Sarawak atau FAS yang disandarkan segala harapan kepadanya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari menyertai sebarang perlawanan ada Liga Malaysia pada musim depan sehinggalah pada tahun 2012.

Keputusan itu terpaksa dibuat berikutan dengan kemelut atau masalah kewangan yang semakin meruncing seolah-olah seperti tiada lagi kesudahannya. Masalah kewangan yang dihadapi oleh FAS bukanlah perkara baru tetapi ianya mula dirasai setelah pengunduran Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Mohd. Taha Ariffin selaku Presiden FAS ketika itu.

Ketika FAS masih lagi diterajui oleh Allahyarham ketika itu, banyak pencapaian yang membanggakan telah dicipta oleh pasukan bolasepak Sarawak. Namun semua itu telah menjadi sebagai satu kenangan manis buat seluruh peminat bolasepak negeri.

Apakah selepas ini iaitu selepas berehat selama 2 tahun, FAS mampu lagi untuk kembali melakar berbagai kemenangan buat Sarawak agar ianya suatu hari nanti juga akan dijadikan sebagai satu kenangan yang paling manis lagi buat generasi baru Sarawak pada masa depan ?

...atau adakah tiada lagi masa depan yang cerah buat pasukan bolasepak negeri Sarawak selepas itu dan apakah semuanya itu memberi petunjuk awal bahawa dunia sukan bolasepak Sarawak bakal akan berkubur buat selamanya ? ...hmmmzzz

Selamat Ulang Tahun Pertama 16 September.

16 September setiap tahun akan dikenang sebagai tarikh penuh dengan debaran dab! dub! dab! dub! dab! dub!... oleh seluruh masyarakat di seluruh negara termasuklah diri saya.

Tarikh itu tetap akan dikenang sebagai satu tarikh yang penuh bermakna yang telah membawa berbagai kisah suka duka pahit manis perjuangan bekas pejuang negara untuk menubuhkan satu negara yang dinamakan sebagai Malaysia.

Memang tidak dapat dilupakan juga pada tarikh 16 September setiap tahun akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai satu lagi tarikh yang penuh dengan segala angan-angan sesetengah orang yang tak akan kesampaian...

Selamat menyambut 16 September...bagilah kek yang yang telah dipotong kecil-kecil itu satu persatu dan terus saja "suap" ke mulut mana-mana tetamu yang ada hadir ke majlis itu hehehe...

Selasa, September 15, 2009

Penan : Antara persepsi dan realiti...

Bagi orang luar terutamanya dan juga mungkin ada sebahagian daripada rakyat di negeri Sarawak ini sendiri yang belum pernah lagi datang ke penempatan kaum Penan di sekitar kawasan hulu Sungai Tutoh, termasuk di sekitar kawasan Long Seridan, Long Balau, Long Napir, Sungai Magoh, Sungai Kubaan, Batu Lawi dan lain-lain lagi tempat dipersekitaran Ulu Baram, akan menganggap apa yang dilaporkan oleh media asing mengenai permasalahan kaum Penan di sana sebagai betul dan benar.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh media-media asing seperti itu akan diperkuatkan lagi oleh dakwaan-dakwaan liar oleh segelintir NGO-NGO tempatan juga luar negara dan bila ini berlaku maka dengan mudah pikiran mereka yang belum pernah melihat sendiri akan semua permasalahan kaum Penan untuk menerima bulat-bulat dakwaan bahawa masyarakat Penan ditindas, gadis dan wanita Penan dirogol, tanah hak adat kaum Penan dirampas dan sebagainya asalkan yang ada kaitan dengan masyarakat Penan.

Sebagai seorang yang pernah datang sendiri, tinggal agak lama dekat dengan kawasan yang mereka duduki, melihat dengan mata kepala saya sendiri akan cara kehidupan seharian mereka dihutan yang berbukit-bukau, bergunung-ganang, apa kegiatan harian mereka, apa makanan utama mereka, apa pendapat mereka tentang urusan kehidupan, apa pendapat mereka tentang hutan dan sebagainya lagi maka saya mendapati terdapat laporan mengenainya yang dibuat dalam akhbar bercanggah dengan perkara yang sebenarnya berlaku.

Mungkin ada yang tidak percaya bila dikatakan bahawa sebenarnya masyarakat Penan terutamanya dikawasan yang telah saya sebut sebagaimana yang diatas mempunyai puak atau kumpulan masing-masing didalam hutan dan sudah semestinya tiada keserasian dalam berbagai perkara diantara sesama mereka yang nyata telah berpuak-puak itu.

Didalam hutan mereka ada dua kumpulan yang agak besar yang mewakili kumpulan yang tertentu. Yang pasti satu kumpulan yang mereka gelar sebagai "Penan Batu" manakala yang satu lagi mereka namakan sebagai "Penan Hutan." Penan Batu merujuk kepada mereka yang sudah agak maju sedikit seperti dapat menerima perubahan yang telah dibawa oleh kerajaan Negeri Sarawak sementara Penan Hutan yang masih berdegil dan tetap mahu terus hidup dengan cara lama mereka dan kumpulan inilah golongan yang mudah menerima hasutan daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan seperti aktivis dari Switzerland Bruno Manser agar menolak segala apa saja bentuk bantuan daripada kerajaan.

Diantara kedua-dua kumpulan ini juga sering bertelagah mengenai kawasan hutan yang telah ditemui dan juga yang baru ditemui. Penan Hutan adalah kumpulan yang masih mengamalkan cara hidup yang suka berpindah-randah iaitu tidak tetap disatu-satu kawasan. Mereka hanya akan menetap disesuatu kawasan itu untuk tempoh sementara itupun bergantung kepada keadaan seperti berapa lama binatang atau haiwan buruan mereka masih terdapat ada disitu dan juga setakat bila buah-buahan disekitar kawasan yang mereka duduki itu masih mengeluarkan buah untuk dijadikan sebagai sumber makanan sampingan mereka.

Kerajaan Sarawak sejak dahulu lagi telah berusaha tanpa jemu untuk membawa masyarakat Penan ini tidak mengira mereka datang dari kumpulan mana, keluar dari masalah yang sedang menghimpit kehidupan mereka dengan memperkenalkan berbagai-bagai rancangan masa depan demi untuk menjamin masa depan generasi muda Penan agar tidak terus dilihat seperti terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan Negeri.

Malangnya apabila setiap hasrat murni kerajaan Negeri itu akan sentiasa mendapat tentangan daripada masyarakat itu sendiri iaitu setelah mereka termakan dengan hasutan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang berselindung disebalik pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pencinta Alam Sekitar, Pertubuhan Hak asasi Manusia dan sebagainya supaya jangan sesekali apa jua bentuk bantuan yang akan diberi oleh Kerajaan..

Apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan kaum Penan, maka cerita itu akan diterbalikkan semula oleh pihak-pihak tersebut tadi dengan mendakwa kerajaan Negeri tidak pernah ambil peduli berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh kaum Penan. Berita yang seumpama itulah yang dengan mudah dan cepat disalur keluar dan akan diterbit oleh media-media asing luar negara bagi menggambarkan betapa teruknya layanan terhadap kaum Penan oleh kerajaan Sarawak dan juga Malaysia. Maka, bagi yang tidak tahu hujung pangkal mengenai Isu Penan ini akan mengiya atau mengakui semua berita yang mereka baca adalah benar.

Kenyataannya selama ini ialah, betapa sukarnya bagi kerajaan negeri Sarawak untuk mengubah cara hidup, cara berpikir kaum Penan disitu agar sama-sama mampu melangkah ke depan seiring dengan langkah kaum Bumiputera lainnya yang ada di Sarawak didalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. Walaupun banyak rintangan yang terpaksa kerajaan Sarawak hadapi didalam usaha demi untuk melihat masyarakat Penan tidak akan terus ketinggalan jauh kebelakang daripada kaum lain di negeri ini, maka usaha itu sentiasa terus digerakan tanpa rasa jemu dengan mengada dan menyusun program khas untuk masyarakat tersebut.

Isnin, September 14, 2009

IRI dan PKR : Ular berkepala dua mahu tawan Sarawak ?

Tarikh 16 September akan datang lagi. Dahulu pun ada, sekarang pun masih ada, akan datang pun pasti ada...dan sudah semesti akan ada untuk tahun-tahun seterusnya. Tetapi apakah impian yang ditetapkan pada tarikh itu akan tercapai ataupun akan hanya menjadi impian tinggal impian.

Anwar Ibrahim serta PKR khususnya dan Pakatan Pembangkang amnya untuk kali kedua ini iaitu setelah gagal dengan projek pertama mereka 16 September 2008 lalu yang dinamakan sebagai "Dari Permatang Pauh ke Putra Jaya" telah diketahui bahawa mereka akan cuba sekali lagi berusaha namun kali ini sasaran mereka adalah negeri Sarawak.

Adakah projek mereka selepas 16 September 2009 ini akan dinamakan sebagai "Dari Permatang Pauh ke Sarawak" ? ...ishhh..pelik juga bunyinya.

Jika dulu, untuk menawan puncak Putra Jaya mereka membuat cerita karut, usaha yang sangat terdesak iaitu mengatakan akan ada 31 ahli Parlimen daripada BN akan lompat parti dan ikut DAP/PKR/PAS untuk membentuk kerajaan baru tetapi apa yang terjadi cuma dua orang saja yang bertindak keluar dari BN iaitu dari SAPP dua-duanya dari Sabah, itupun bukan lompat parti cuma keluar dari BN saja dan sebagai ahli Parlimen bebas saja.

Projek itu gagal kerana tidak mengikut amalan demokrasi serta melanggar prinsip demokrasi yang sebenarnya. Jika berlakupun ianya tidak akan dianggap sebagai kerajaan yang sah kerana tindakan seperti itu sebenarnya telah menafikan kuasa majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara ini. Itu dulu.

Dan kini, untuk meneruskan hasrat mereka bagi membentuk sebuah kerajaan yang baru di Malaysia ini sebelum PRU - 13 nanti, jadi sebagai permulaannya tumpuan mereka sekarang sedang terarah ke negeri Sarawak.

Apa yang lebih menarik ialah apabila telah disedari bahawa PKR khususnya Anwar Ibrahim telah mendapat bantuan atau sokongan daripada sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikenali sebagai International Republican Institute atau ringkasnya IRI bagi menghadapi pilihanraya umum negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun hadapan.

Difahamkan juga bahawa IRI DI Sarawak yang diketuai oleh warga asing yang bernama John Fluharty sedang giat menjalankan berbagai aktiviti di negeri ini yang berkaitan dengan misi PKR untuk merampas negeri Sarawak daripada kearajaan BN. Maklumat lanjut berkenaan dengan perkara ini boleh di dapati daripada blog Kumbang di http://analisisringan.blogspot.com .

Pandangan awal saya mengenai perkara ini ialah, kedua-duanya iaitu IRI dan PKR memang ada niat tersendiri atau ada niat mereka masing-masing berhubung dengan negeri Sarawak ini disebalik kerjasama yang mereka jalinkan bersama. IRI seperti mempunyai niat tersembunyi serta halus yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk dicapai iaitu mahu memisahkan Sarawak dari Malaysia manakala PKR dan Anwar mempunyai niat yang sangat jelas iaitu memang mahu menawan negeri Sarawak supaya hasrat dia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.

Jadi sekiranya tiada kerjasama diadakan diantara kedua-duanya iaitu antara PKR dan IRI, maka mungkin mereka berpendapat adalah sangat sukar sekali misi yang telah mereka aturkan sejak sekian lama hendak disempurnakan, oleh itu mahu tidak mahu mereka terpaksa berbuat sesuatu demi semuanya.

Ada satu perkara yang sangat mudah untuk kita meneka kenapa IRI sanggup bekerjasama dengan PKR bagi membantu Anwar Ibrahim demi mencapai kemenangan di Sarawak adalah kerana mereka iaitu IRI menjangkakan bahawa jika Anwar menang dan berjaya menawan Sarawak, dan sudah tentu harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai dan sekiranya semua itu terhasil bermakna rancangan jahat IRI akan lebih mudah untuk diteruskan. Apa dia???

Iya, akan lebih mudah. Mana tidaknya, apabila Anwar telah menjadi Perdana Menteri bererti segala kata putus ada pada dia. Dia nak pinjam wang daripada IMF ke, dari Bank Dunia ke, atau dari mana-mana Institusi kewangan di seluruh dunia semua dia yang akan sign atau tandatangan. Dan apabila tandatangan telah diturunkan, bermakna secara otomatik negara kita telah berhutang. Jadi apabila berhutang tentu ada satu benda yang dicagarkan.

IRI atau International Republican Institute ini memang pandai, namanya sudah kita tahu...pandai menipu. IRI sudah melihat semua ini berdasarkan kepentingan pihak mereka lebih dulu daripada Anwar. Apa yang akan berlaku nanti ialah, Anwar tidak menyedari bahawa beliaulah yang sebenar diperalatkan oleh IRI yang mempunyai muslihat serta impian yang lebih besar terhadap Sarawak dan bukannya Anwar yang memperalatkan IRI.

Dan, sesuatu mala petaka akan terjadi kepada rakyat Sarawak jika terus memberi kerjasama kepada PKR atau Anwar ialah, kita akan dijajah semula malah akan lebih teruk lagi berbanding ketika dijajah oleh Kerajaan British dulu. Mengapa???

...jawapannya tidak sukar sangat, sepertimana yang telah saya katakan tadi, apabila kita ada membuat sesuatu pinjaman terutamanya dalam bentuk wang atau sebagainya, tentu sekali ada barang yang harus kita cagarkan, jadi apabila kita gagal untuk melunaskan pinjaman tersebut maka barang yang kita cagar itulah yang akan menjadi gantinya.

Jadi, relakah kita sebagai rakyat Sarawak melihat negeri kita ini untuk dijadikan sebagai barang pertukaran ??? Atau relakah kita, negeri kita beserta dengan kita-kita sekali akan di jadikan sebagai bahan tebusan kepada kepada sesuatu pinjaman tidak terbayar yang telah dilakukan oleh orang lain???

...Jadi, jika kita semua tidak rela perkara sedemikian akan tertimpa keatas negeri kita, maka lebih baik mulai saat ini...kita sebagai rakyat Sarawak, jauhilah PKR, DAP, PAS... tinggalkan ideologi karut mereka dan terus pertahankan apa yang kita ada pada hari ini dan juga pertahankan Barisan Nasional demi masa depan yang lebih terjamin !!!

Ahad, September 13, 2009

Sengketa tidak selesai tanpa permohonan maaf.

Kita semua perlu sedar bahawa tiada satupun pertelingkahan yang berlaku diantara satu pihak dengan pihak yang lain boleh dianggap sebagai telah selesai hanya kerana apabila sesuatu isu itu telah reda dan semakin dilupakan tanpa adanya permohonan maaf daripada pihak yang memulakan sengketa terhadap pihak yang telah dituduh mereka dengan perkara penyebab yang tidak berasas sama sekali.

Begitu juga dengan krisis yang terbaru diantara rakyat Indonesia dengan Kerajaan serta juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, dimana masalah timbul setelah rakyat Indonesia menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian "pendet" iaitu salah satu tarian tradisi masyarakat Hindu di Bali. Setelah menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian tersebut, mereka menuduh pulak lagu 'Negaraku' telah ditiru daripada sebuah lagu lama ciptaan seorang pencipta lagu dinegara mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka terus berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menggali sesuatu benda yang ada di Indonesia jika ada persamaan dengan benda yang ada di Malaysia seperti dari segi reka bentuknya, termasuk warna, ciri-ciri sesuatu benda itu dan sebagainya. Misalnya bendera UMNO dikatakan telah ditiru dari bendera Indonesia, bangunan berkembar Petronas dikatakan ditiru dari binaan Borobudor dan mungkin selepas ini akan ada bermacam-macam lagi tuduhan liar yang akan mereka lemparkan terhadap Malaysia.

Apakah dengan kunjungan Presiden Indonesia, Tuan Susilo Bambang Yudhoyuno dalam masa yang dikatakan terdekat ini ke Malaysia diyakini akan mampu menyelesaikan kemelut ini? Saya fikir ianya mungkin tidak akan terjadi sebagaimana yang diharapkan, malah jika silap langkah kemungkinan akan meledakkan kembali api kebencian yang masih sedia meluap-luap pada diri sesetengah daripada rakyatnya terhadap negara serta rakyat Malaysia dan pasti isu itu akan menjadi lebih rumit lagi.

Dengan memiliki sikap angkuh, sombong dan malu untuk menerima hakikat yang sebenarnya serta sikap lupa diri yang masih menebal pada jiwa dan diri sesetengah rakyat Indonesia, maka saya berpendapat memang sangat sukar bagi kita untuk membawa mereka bersama kembali berdamai secara kekal atau mutlak. Selagi sikap yang merugikan itu masih terus bersarang didalam jiwa mereka maka selagi itulah harapan kita untuk melihat persefahaman sejati supaya ianya akan wujud dikalangan rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia adalah memang mustahil akan tercapai.

Untuk kita mendesak mereka agar memohon maaf diatas semua perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Negara kita yang ternyata telah meremukkan hati kita sebagaimana hancurnya bendera kita setelah dibakar oleh mereka adalah sesuatu yang sangat mustahil sekali untuk mereka turuti. Semuanya kita boleh lihat, walaupun berkali-kali usaha telah dijalankan oleh semua pihak bagi menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku termasuk permohonan maaf oleh pihak "Channel Discovery" dari Singapura terhadap kerajaan Indonesia, iaitu pihak yang menjadi punca sebenarnya isu itu, namun segalanya tidak mampu juga untuk menenangkan mereka, semua usaha itu dilihat umpama mencurah air ke daun keladi, semuanya sia-sia belaka.

Sekiranya lawatan Presiden Susilo itu nanti dilihat dapat untuk menyelesaikan krisis itu, tetapi jika tidak disertai dengan satu permohonan maaf khusus secara bertulis dalam bentuk surat terbuka oleh pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dengan aktiviti membakar Jalur Gemilang baru-baru ini, juga pihak yang telah menceroboh pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta serta pihak yang telah menganjurkan kempen "sweep org Malaysia" atau "ganyang Malaysia" sudah tentu sekali lawatan itu dilihat hanyalah sebagai satu usaha untuk meredakan saja dan bukannya usaha untuk menamatkan masalah tersebut daripada terus menghantui hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Rakyat Malaysia keseluruhannya dan juga sesetengah daripada rakyat Indonesia yang masih sukakan perdamaian tidak boleh terus bergantung harap sepenuhnya hanya kepada kepada pemimpin masing-masing untuk mencapai kata sepakat didalam soal menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit melainkan rakyat itu sendirilah yang punya rasa tanggungjawab yang lebih untuk merealisasikan apa yang telah dipersetujui agar dapat dicapai dan terus berkekalan.

Yang terus menjadi masalah dalam usaha untuk ke arah itu nanti tentu sekali datangnya daripada sesetengah rakyat Indonesia itu sendiri. Tentu sangat sukar bagi mereka untuk mengaku akan kesilapan serta tuduhan palsu yang pernah mereka sendiri telah lakukan dan lemparkan sebelum ini terhadap Malaysia serta rakyatnya. Bagi mereka walaupun sudah tahu tindakan mereka telah silap, namun mereka berpendapat jika memohon maaf kepada rakyat Malaysia bermakna mereka telah tewas dan bagi mengelak perkara itu berlaku serta untuk mengelak rakyat Indonesia akan dilabel sebagai yang sedemikian maka jalan yang harus dan terpaksa mereka pilih ialah teruskan saja permusuhan dengan rakyat Malaysia walaupun sedar bahawa perjuangan mereka sebenarnya berbekalkan kesilapan.

Oleh itu, demi untuk kelangsungan hubungan harmoni dan mesra di antara Malaysia dengan Indonesia, bagi saya adalah tidak salah bagi sesetengah daripada rakyat Indonesia untuk mengorbankan sedikit sikap yang suka menyalahkan orang lain jika berlakunya sesuatu hal serta suka bermegah-megah dengan kejayaan lampau serta tidak bersedia untuk menerima hakikat yang setiap negara walaupun dahulunya mereka anggap sebagai seekor semut tetapi kini telah mampu berubah menjadi seekor harimau.

Berubahlah daripada sikap atau tabiat yang suka melayan emosi yang berlebihan kepada sifat yang inginkan kesederhanaan dalam semua perkara. Untuk maju, terus saja lihat kedepan dan jangan sering memikirkan bagaimana cara untuk kembali melangkah semula ke belakang. Yang lalu biarlah berlalu, biar ianya menjadi sejarah. Ingatlah kata Tan Sri P.Ramlee, "barang yang lepas hai janganlah dikenang, jika dikenang merana badan."

Sabtu, September 12, 2009

? Belum lagi dirogol...

Yang peliknya, ADUN Batu 3, YV Roadziah Ismail telahpun membuat satu laporan polis terhadap mereka-mereka yang didakwanya mengugut "akan" merogol beliau atas sebab yang kurang jelas tapi terang.

Menurut beliau kejadian itu berlaku ketika sessi dialog dengan penduduk Melayu dari seksyen 23 di Shah Alam pada 5hb September baru-baru ini. Tambah beliau lagi ada yang menggelarkan beliau lebih teruk dari pelacur. HAH!!!??? hehehe... hebat, hebat, hebat...

Jangan marahlah wahai YV Roadziah Ismail, sebab saya rasa itu semua kata-kata kiasan yang digunakan oleh penduduk disitu. Kalau tak percaya boleh tanya dengan Muraisyidul PAS Nik Aziz Nik Mat yang memang pakar dalam soal kias-mengkias ini. Dulu dia kata "pergi jahane dengan UMNO", lepas tu bila ditanya oleh wartawan apa maksud beliau, dia jawab perkataan itu cuma kiasan saja, haaa ingat tu... simpan baik-baik kata kiasan Nik Aziz tu dalam poket.

Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah apabila kejadian itu telah menjadi kes polis, maknanya telah menjadi satu kes jenayah yang tak terancang tapi kebetulan sahaja. Persoalannya ialah, bagaimana sekiranya nanti setelah polis membuat siasatan dan menyoal kesemua mereka atau penduduk seksyen 23 yang hadir pada sessi dialog itu dan tanpa diduga kesemua mereka ini terutamanya dari kalangan kaum Melayu berpakat untuk mengaku kesemua mereka bertanggungjawab mengugut dengan kata-kata sedemikian terhadap YV Roadziah sebagaimana yang telah didakwa oleh beliau ?

Bukankah nanti akan menimbulkan masalah yang besar pulak apabila jumlah yang begitu ramai akan didakwa, tidak peningkah kepala para majistret atau hakim serta polis memikirkan dimana mereka nak letak jumlah yang sebegitu banyak, takkan nak tempatkan mereka dalam satu tempat, sempit tu.

Tapi yang paling menariknya ialah kesemua mereka yang didakwa oleh YV Roadziah ini tidak dikenal pasti identiti mereka, tidak pasti juga berapa orang mereka yang akan menjadi bakal perogol dia hehehe...hancur,,,, ...jadi nak buat macamana? Takkanlah nak tuduh orang sembarangan.

Yang luar biasanya kes ini pulak ialah, mereka yang dituduh mengugut untuk merogol dia tidak pulak kita dengar berita yang mereka itu telah lari ke Pejabat Kedutaan Turki untuk mengelakkan diri dari kena bunuh seseorang sepertimana yang telah dilakukan oleh PENAsihat PKR seketika waktu dulu.

Dan... yang pasti akan menarik dalam kes ini nanti ialah, untuk membukti setiap kesalahan pihak polis tentunya akan membuat siasatan dari berbagai penjuru, atas bawah, kiri kanan, depan belakang, sana sini, itu ini, panjang pendek, besar panjang dan bermacam-macam lagi. Dan yang semestinya sebaga pelengkap ialah DNA. DNA yang terdiri daripada rambut, darah, kuku, air liur, air money, air mata mungkin tidaklah.

Jadi jika nak ambil sampel DNA, sampel daripada siapa yang hendak di perolehi. DNA lembu ? Hisssh... payah, payah... haaa itulah, kalau kes yang benar-benar telah berlaku, ianya akan memudahkan kerja polis, tetapi perkara yang belum terjadi lagi sememangnya susahlah untuk diambil tindakan. Sekiranya diambil juga tindakan terhadap mereka yang telah didakwa itu hanya berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh YV Roadziah tanpa siatan rapi dan teliti, maka saya berpendapat insiden 12 orang yang telah didakwa secara terburu-buru dibawah akta hasutan baru-baru ini akan berulang lagi.

Jadi jika berlaku lagi keadaan seperti ini, bagaimana keadilan yang diperjuangkan oleh semua orang politik dapat ditegakkan. Apakah slogan " keadilan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja"(meminjam kata-kata rakan kita Kumbang) akan dapat direalisasi dengan cara begitu?

Persoalan terakhir untuk kes ugutan terhadap YV Roadziah Ismail ini, apakah ada pihak dari PKR, DAP atau PAS mencadangkan agar satu lagi Suruhan Jaya Siasatan DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat kes ini sebagaimana yang telah dibuat untuk kes berkepentingan mendiang Teoh Beng Hock ?

S. Samy Vellu : Antara pemimpin yang paling saya kagumi.

Selain daripada YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Dr Lim Kheng Yaik, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Syed Hamid Albar, justeru bekas Menteri Kerja Raya yang juga bekas Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu adalah antara mereka yang paling saya kagumi sehingga ke saat ini.

Penilaian yang saya buat adalah berdasarkan kemampuan tinggi serta luar biasa daripada mereka ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sentuhan mereka yang tersendiri dan berwibawa ketika masih berkhidmat didalam pentadbiran negara tetap meninggalkan kesan yang sangat nyata sehingga kini dihati rakyat.

Jumaat, September 11, 2009

Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis...

Gambar di atas ini memang semua orang tahu iaitu sebatang jalanraya yang telah mengalami hakisan tebing yang agak teruk. Keadaan ini memerlukan usaha yang giat untuk memperbaikinya. Jika jalan ini tidak dibaiki dengan seberapa segera bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah kepada para penggunanya terutamanya penduduk disekitar kawasan itu.

Apabila saya merenung lama keadaan yang jalan yang terhakis begini, saya terus teringat dengan nasib kaum Bumiputera di Negara ini. Apakah nasib kaum Bumiputera di Malaysia akan menerima nasib yang serupa dengan keadaan jalan ini pada masa depan jika ianya juga dibaiki dengan segera ? Saya berpikiran sebegini sebab sejak akhir-akhir ini, perkembangan yang telah berlaku didalam negara kita seakan-akan memerlukan usaha yang bersepadu serta lebih gigih lagi dalam soal mempertahan hak-hak kaum Bumiputera yang kita miliki selama ini.

Masyarakat Melayu iaitu bangsa yang terbesar sekali jumlahnya dikalangan kaum dalam kelompok Bumiputera yang lainnya dan mereka sebagai majoriti seringkali kita mendapati hak-hak mereka ini cuba untuk disentuh dan dipersoalkan oleh kaum Cina dan India dari parti DAP dan PKR sendiri atau juga dari pertubuhan-pertubuhan yang tertentu.

Jika hak-hak kaum Melayu sudah mampu untuk dipertikaikan oleh masyarakat Cina dan India tanpa rasa segan silu, bagaimana pula dengan hak-hak kaum Bumiputera lainnya seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Kayan, Bisaya, Sebup, Kiput, Kejaman, Ukit, Jekitan, Berawan, Murut dan lain-lain lagi di Sarawak serta kaum Kadazan, Bajau, Rungus, Murut dan lainnya di Sabah ?

Sebenarnya masyarakat kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah sangat memerlukan kekuatan berterusan kaum Melayu di Negara ini dalam semua perkara seperti kuasa, ekonomi serta budaya supaya dapat terus bertahan di kedudukan yang ada sekarang. Maknanya, jika kuasa orang Melayu di Negara ini lemah dan mudah untuk dipijak oleh kaum bukan Bumiputera, maka dimana lagi tempat untuk kaum Bumiputera yang lainnya menyandarkan harapan agar hak-hak keistimewaan mereka sebagai Bumiputera terus berkekalan ?

Pandangan saya mengenai perkara ini sangat terbuka kerana hakikatnya adalah memang sedemikian. Perpaduan bangsa Melayu adalah sangat penting kepada semua kaum Bumiputera lainnya yang jumlahnya kecil ataupun minoriti di Negara ini, oleh itu ketuanan Melayu di Malaysia ini adalah sangat perlu dan harus berterusan demi untuk menjaminkan kesejahteraan kaum Bumiputera yang lainnya akan kekal.

Dalam soal perpaduan Melayu saya berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab kaum Bumiputera yang lainnya juga untuk menjayakannya. Jika mahu hak-hak mereka sebagai kaum Bumiputera minoriti terus kekal terpelihara, maka adalah wajib bagi mereka untuk bersama-sama berusaha agar perpecahan dikalangan bangsa Melayu pada ketika ini dapat disatukan kembali, biarpun mungkin akan memakan masa yang agak lama. Tetapi jika peribahasa "dimana ada kemahuan maka disitu ada jalan" dijadikan sebagai panduan, maka saya yakin sangat ianya akan berjaya juga pada akhirnya.

Mungkin ada yang bertanya, "bagaimana caranya kita nak membantu supaya orang Melayu kembali bersatu?"...jawapanya mudah saja...tolak pemimpin PAS, tolak pemimpin PKR dan tolak DAP...jangan pandang belakang ! ...terus lihat ke depan, sokong UMNO...kaum Melayu dan Islam ada disitu.

Berbalik kepada tajuk artikel "Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis"...saya sengaja memilih tajuk itu sebab bagi saya tajuk ini bersesuaian dengan masalah yang sedang berlaku terhadap penduduk Melayu di Seksyen 23 Shah Alam Selangor.

Bagi saya mungkin apa yang telah dialami oleh penduduk disitu sehingga mereka terpaksa diheret ke mahkamah atas tuduhan yang tidak masuk akal bagi saya iaitu "menghasut" serta "menghina atau menyinggung perasaan orang lain" adalah satu tanda permulaan bahawa nasib kita sebagai kaum Bumiputera didalam mempertahankan apa saja hak-hak yang kita miliki akan berdepan dengan tindakan yang serupa dengan nasib penduduk di Seksyen 23 itu suatu masa kelak.

Dalam kes itu saja saya telah melihat bagaimana tergesa-gesanya tindakan telah diambil tanpa memikirkan kesannya terhadap keyakinan masyarakat Bumiputera terhadap keadilan di negara ini. Pasti ada diantaranya yang akan bertanya, "bagaimana lagi caranya untuk kami mempertahankan apa yang kami ada? ..kami bangkit, kami bersuara, apa yang kami buat semuanya salah...harus bagaimana ?

Sebelum inipun kita selalu melihat perkara yang sama timbul dan memang sengaja dibuat oleh masyarakat bukan Bumiputera dengan tujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang negara tanpa mereka peduli bagaimana tergurisnya hati dan perasaan orang Melayu serta Bumiputera lain diatas perbuatan mereka itu, tetapi tiada sama sekali tindakan setegas yang telah dikenakan ke atas penduduk Melayu seksyen 23 itu oleh pihak yang sama.

Sukar untuk saya membayangkan jika suatu hari nanti jika perkara seperti ini terus akan berulang juga, apakah senjata yang sepatutnya diguna untuk melindungi diri kita dari segala malapetaka, bencana atau dari segala kemungkinan akan memakan diri kita sendiri ? Wajarkah bagi kita untuk berdiam diri sahaja apabila melihat keadaan seperti ini daripada terus berleluasa ?

Oleh itu saya sangat berharap akan ada tindakan yang adil, samarata atau seimbang dikenakan kepada semua rakyat Malaysia tanpa pilih kasih jika benar mereka ada melakukan apa-apa juga kesalahan. Jangan hanya berani bertindak terhadap masyarakat yang punya budi pekerti seperti berbudi bahasa, yang punya nilai sopan-santun yang tinggi serta bersifat lemah lembut TETAPI takut hendak bertindak terhadap masyarakat yang tidak kenal tentang sejarah negara, yang mengamalkan cara hidup "gua... gua..., lu... lu...

Khamis, September 10, 2009

Adakah Ahli-ahli Parlimen akan gubal akta baru untuk lindungi "lembu" ?

Cuba anda bayangkan jika kerajaan khususnya Ahli-ahli Parlimen bercadang untuk mewujudkan satu lagi undang-undang khas bagi membela nasib lembu atau juga jika mereka berhasrat untuk menggubal akta yang sedia ada seperti akta haiwan terlindung.

Bayangkanlah jika suatu hari nanti haiwan ini akan disenaraikan dalam spesis haiwan yang terlindung sepenuhnya. Maknanya, tidak boleh lagi untuk di sembelih, tidak boleh lagi dicucuk hidungnya, tidak boleh dikurung didalam kandang, tidak boleh dijual, tidak boleh lagi dijadikan sebagai haiwan korban bagi umat Islam dan kesimpulannya ialah tidak lagi boleh untuk dimakan.

Saya sekadar cuba membayangkan keadaan ini jika ianya akan berlaku, adakah semua ternakan ini akan dilarang untuk dimiliki oleh orang perseorangan? Adakah ladang-ladang lembu yang sedia ada dalam negara ini akan ditutup? Kepada sesiapa yang masih lagi berdegil dengan tidak menghiraukan larangan sedemikian, apakah pula hukuman yang bakal dihadapinya?

Saya baru saja tahu bahawa ada rupanya undang-undang yang telah termaktub didalam sistem perundangan Negara kita ini yang melarang perbuatan menyentuh kepala lembu atau memijaknya. Betul, saya baru dapat tahu berkenaan dengan perkara ini. Tetapi sayangnya, undang-undang yang melarang sesiapa saja daripada menggantung atau melempar kepala babi kedalam surau tempat orang Islam beribadat belum lagi diwujud. Kenapa pula begitu...?

Rabu, September 09, 2009

Adakah Dunia ini milik mutlak Indonesia ?

Apakah selepas ini, sekiranya rakyat Malaysia hendak berbuat sesuatu perlu merujuk kepada rakyat Indonesia terlebih dahulu ? Sebabnya, kita dapat lihat setiap hari apa yang telah mereka lakukan semakin hari semakin melampau. Mungkin mereka terpikir bahawa semua sesuatu yang ada di Malaysia ini adalah milik Indonesia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk mengelak perkara yang kita tidak suka daripada terus berlaku maka adalah lebih baik pada masa hadapan iaitu mulai hari ini kita perlu berhati-hati untuk meneroka tempat, membina bangunan, mencipta sesuatu, membeli apa-apa saja dan sebagainya, kerana apa saja yang ada di atas muka bumi ini mungkin semuanya adalah milik rakyat Indonesia.

Disini saya hendak meneliti sesetengah yang telah ada di Malaysia ini samada dikemudian hari nanti ianya akan dipertikai dan diakui lagi oleh rakyat Indonesia sebagai hak milik mereka. Saya nak senaraikan secara serba ringkas dibawah ini tentang sesuatu milik Negara kita pada ketika ini dan apa yang patut rakyat Indonesia harus katakan kepada dunia selepas ini.

Bermula dengan :

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Airport (KLIA) - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak atau LTAK - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Miri di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Litar lumba Formula One di Sepang Selangor - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putra Jaya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Stadium Putera Bukit Jalil - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Monorail yang gah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Malaysia Super Corridor atau MSC - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP/EPF - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Nasional atau ASN - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Bumiputera atau ASB - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Wawasan atau ASW - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Sarawak atau ASSAR - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lembaga Tabung Haji atau LTH - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Projek kereta Nasional Proton - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Universiti Islam Antarabangsa atau UIA - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Angkasawan pertama Negara Datuk Dr Muszaphar Shukor - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pemain Squash nombor satu Dunia, Datuk Nicole Ann David - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pemain Badminton nombor satu Dunia, Datuk Lee Chong Wei - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pesawat Kargo Boeing A320 - Adakah ianya milik Indonesia atau ianya dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pesawat penumpang MAS Boeing 797, 787, 777 dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Kapal Selam pertama Negara Scorpene yang berharga RM3.4 billion - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Gunung Kinabalu di Sabah, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Gua Mulu di Sarawak, gua terbesar di dunia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pulau bebas cukai : Pulau Langkawi, Pulau Labuan serta Pulau peranginan Pulau Tioman - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Hutan Belum di Perak, Tasek Kenyir di Terengganu, Cameron Highland di Pahang, Lembah Danum di Sabah, Logan Terikan dan Logan Bunut di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Hospital Mata Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur, Hospital pakar Norma di Sarawak, Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi - Adakah semua pusat perubatan ini milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Agama Islam, agama Kristian, agama Hindu, agama Buddha yang dianuti oleh rakyat negara ini - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Baju Teluk Belanga atau baju Melayu, baju kurung, kain pelikat, baju kebaya dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Bahan asas untuk makanan dan minuman seperti beras, gula, garam, serbuk perasa atau aji-no-moto, kopi, teh, milo, vico, nestume, nespray, nescafe, susu, ikan mentah, ikan masin, ayam, daging lembu, daging kambing, daging kerbau, itik, sayur kobis, terung, timun, peria, sawi, kacang panjang, tomato, cili, lada, koko, keladi, ubi, keledek, sotong - Adakah semua itu milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Akhir sekali saya nak minta mana-mana rakyat Indonesia yang terus tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia, ! adakah...

...kebanyakkan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Indonesia di Malaysia ini seperti mencuri, membunuh, merogol, menyamun, menipu dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau mereka yang melakukan jenayah itu meniru daripada negara asal mereka iaitu Indonesia ? Sila jawab...

...budaya merusuh, berdemonstrasi di jalanan yang semakin berkembang di Malaysia ini sejak tahun 1998 - Adakah ianya milik Indonesia atau di ciplak daripada budaya songsang Indonesia ? Sila jawab...

Soalan ini sengaja saya tujukan khas kepada rakyat Indonesia yang terus-menerus menghina negara Malaysia serta menuduh rakyat Malaysia dengan berbagai-bagai tuduhan. Kepada rakyat Indonesia yang lainnya saya minta maaf. Saya tahu tidak semua rakyat Indonesia yang berpendirian serupa dengan mereka yang telah bertindak diluar batasan manusia seperti yang telah berlaku di Jalan Depnogoro Jawa, Indonesia semalam.

Saya juga tahu bahawa ada rakyat Indonesia yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini. Banyak juga rakyat Indonesia yang tidak suka dengan jalan yang digunakan oleh rakan mereka dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "kebal" sambil memegang buluh runcing untuk menangkap rakyat Malaysia. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia, walau siapapun mereka...hakikatnya kita sudah sangat terluka dengan perbuatan seperti itu, perbuatan masyarakat yang tidak pernah mengenang budi.

Selasa, September 08, 2009

Kuil DiDahulukan + Kepala Lembu DiUtamakan - Mengapa?

Gambar diatas hanyalah sebagai gambar hiasan semata-mata tetapi memang ada kaitan dengan cerita dan kisah pilu penduduk-penduduk Melayu di Seksyen 23 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, iaitu berkenaan dengan kisah pemindahan Kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23. Cuma gambar Kuil itu saja yang tidak ada kaitan langsung dengan Kuil di Seksyen 19. Hanya sebagai penghias kepada artikel ini saja.

Sebenarnya saya bertambah menjadi semakin hairan. Bertambah menjadi bingung. Bertambah menjadi pening-pening. Ada juga rasa nak termuntah-muntah. Tapi jangan salah sangka, bukan disebabkan terkena jangkitan wabak H1N1. Ye lah, kerana sering terpikirkan akan nasib yang telah, sedang dan yang akan menimpa penduduk di Seksyen 23 Shah Alam yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam serta tindakan menyusul yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka. Tidak berat sebelah ke ? Saya lihat macam tak seimbang saja...

Pada asalnya kalau tak salah saya, penduduk disitu sebenarnya membantah hasrat kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dari Pakatan Haram yang mahu memindahkan tapak kuil yang sedia ada di seksyen 19 ke seksyen 23 atas desakan pihak-pihak tertentu. Berbagai usaha yang telah mereka buat untuk menemui Menteri Besar bagi membincangkan masalah itu namun tiada juga berhasil berikutan keengganan kerajaan negeri melayan keluh kesah penduduk disitu.

Sehinggalah terjadinya peristiwa tunjuk perasaan secara aman dengan membawa kepala lembu serta meletakkannya di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sambil mereka memijak-mijak kepala lembu itu yang memang dah tak boleh buat apa-apa dah, siapa-siapa saja nak cucuk hidung lembu itupun haiwan tu tak akan marah punya...macam MB Selangor juga tu.

Saya hanya melihat niat atau tujuan asal mereka membawa kepala lembu itu memang dituju khas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menunjukkan kemarahan mereka terhadap cara pentadbirannya di Selangor yang lebih memihak kepada kaum bukan Melayu manakala kaum sendiri merasa mereka semakin tersisih kebajikan mereka oleh kerajaan Pakatan Haram itu.

Oleh itu, saya sangat hairan bagaimana mereka boleh ditahan, ditangkap dan akan didakwa dibawah akta hasutan. Jadi dalam hal ini, mengapa ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Saya langsung tidak melihat tujuan mereka penduduk seksyen 23 yang memijak kepala lembu itu sebagai boleh digambarkan sebagai menghina kepercayaan orang-orang Hindu. Semua pihak harus rasional, tidak usah mengelabah.

Dalam masa yang tegang sebegitu, memang akan berlaku sesuatu yang akan menyebabkan mana-mana pihak yang akan terlupa tentang sesuatu perkara yang mungkin bagi pihak lain adalah sensitif manakala bagi pihak yang satu lagi ini adalah perkara yang biasa saja.

Lembu bagi kaum India atau orang Hindu setahu saya ialah hanya sebagai haiwan yang tidak boleh dimakan kerana mereka telah menganggap haiwan tersebut sebagai haiwan suci. Pengiktirafan mereka tentang lembu sebagai yang sedemikian adalah disebabkan sumber utama minuman mereka adalah datang dari susu lembu, jadi merekapun percaya yang lembu itu boleh diibaratkan sebagai ibu atau emak. Jadi bererti, adalah dilarang untuk makan ataupun membunuh haiwan itu.

Tetapi lembu bagi kaum atau bangsa lain di muka bumi ini adalah sama saja dengan haiwan-haiwan pedaging yang lainnya seperti kerbau, kambing, biri-biri, rusa, pelanduk, kijang, unta, ayam, itik dan lain-lain lagi yang boleh disembelih, dilapah dagingnya, dipanggang, dimasak, disalai, dimakan, dibuat sup tulangnya dan bermacam-macam lagi. Oleh itu mereka ini tidak pernah terpikir yang haiwan ini sebagai apa-apa hanyalah sebagai haiwan biasa saja.

Bila saya mendengar alasan yang telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengulas mengenai perkembangan semasa iaitu tindakan yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang terlibat didalam perhimpunan haram atau tunjuk perasaan itu seperti tidak boleh diterima akal. Perbandingan diantara tindakan yang tidak diambil dan yang diambil terhadap pihak-pihak tertentu yang melemparkan kepala babi kedalam surau satu ketika dulu dengan insiden terbaru ini iaitu tindakan memijak kepala lembu oleh penduduk Melayu dari seksyen 23 itu telah dinyatakan.

Untuk kes mereka yang telah melemparkan kepala babi kedalam surau satu masa dahulu beliau menjelaskan bahawa tindakan tidak dapat diambil kerana tiada terdapat bukti atau tidak tahu siapa yang melakukannya. Manakala untuk kes yang memijak kepala lembu ini, tindakan dapat diambil ialah kerana semua bukti ada, rakaman video dan sebagainya cukup untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Jadi sebagai rakyat biasa ini, saya inginlah untuk bertanya dengan Datuk Seri Hisham selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan dalam Negara.., sebelum nak tahan, tangkap dan dakwa rakyat biasa yang teraniaya seperti yang telah berlaku sekarang di seksyen 23 Shah Alam, apakah ada siasatan awal telah digerakkan bagi menyiasat punca segalanya mengapa rakyat biasa ini bertindak sedemikian rupa???

Siasatlah puncanya, carilah petunjuk. Carilah siapa yang sebenarnya yang menjadi punca keretakan hubungan kaum di Selangor dan dimana saja didalam negara sekarang. Walaupun saya tahu dan faham bahawa Kementerian Dalam Negeri memang tidak usah dan tidak perlu untuk bersuluh lagi didalam soal ini sebab punca semuanya memang terang dan jelas, namun oleh kerana yang membuat angkara itu adalah orang-orang politik maka tempias dari tindakan yang dikenakan tetap rakyat biasa juga yang terima padahnya. Rakyat biasa juga yang terus menjadi mangsa.

Kepala Lembu : Apakah nasib penduduk Melayu di Seksyen 23 akan terbela?

Isu kepala lembu yang terpaksa dihadapi secara bersendirian oleh penduduk kaum Melayu di seksyen 23 Shah Alam nampaknya semakin sukar. Apakah tiada jalan penyelesaian yang terbaik? Yang terbaru, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka-mereka yang telah terlibat didalam demonstrasi itu akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh yang terdekat ini.

Saya mulanya tidak pernah terpikir yang demonstrasi mengarak kepala lembu itu akan diambil tindakan undang-undang ketat seperti itu, cuma pada pendapat saya oleh kerana tujuan sebenarnya penduduk disitu berbuat sedemikian hanyalah untuk menggambarkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka mengganggap beliau sebagai lembu yang kena cucuk hidung, itu saja.

Pada pandangan saya memang begitulah. Sebabnya ialah lembu bagi masyarakat lain terutamanya kaum Melayu adalah sejenis binatang yang dungu, suka dicucuk hidung, ikut saja kemana arah jalan yang ditarik oleh pengembalanya. Lembu juga adalah binatang peliharaan yang dagingnya halal dan tidak ditegah untuk dimakan..jadi apa salahnya amalan memberi sedekah kepala lembu itu kepada Tan Sri Khalid untuk dibuat sup sempena bulan puasa ini?

Tetapi, ada satu peristiwa dahulu masih saya ingat juga...iaitu berkenaan dengan peristiwa perbuatan kaum tertentu yang menggantung kepala babi didepan sebuah surau dalam Negeri Melaka. Mereka yang berbuat begitu kerna membantah operasi meroboh ladang-ladang babi haram disekitar Melaka pada ketika itu. Perbuatan mereka itu juga telah dengan jelas menyinggung, melukakan hati serta menghina umat Islam dan kaum Melayu keseluruhannya.

Mengenai tindakan undang-undang terhadap pelaku perbuatan itu saya tak ingat lagi, samada pernah diambil tindakan kah ataupun didiamkan saja. Tapi apa yang sangat menghairankan saya ialah, kenapa seandainya orang Melayu bertindak setelah diri serta agama mereka sering dicabar dengan berbagai cara..maka tindakan undang-undang segera menyusul, tetapi jika kaum lain yang berbuat sedemikian terutamanya Cina dan India...mengapa tindakan begitu susah sekali untuk dikenakan terhadap mereka? Huh!...

Arkib Blog