Apakah selepas ini, sekiranya rakyat Malaysia hendak berbuat sesuatu perlu merujuk kepada rakyat Indonesia terlebih dahulu ? Sebabnya, kita dapat lihat setiap hari apa yang telah mereka lakukan semakin hari semakin melampau. Mungkin mereka terpikir bahawa semua sesuatu yang ada di Malaysia ini adalah milik Indonesia.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk mengelak perkara yang kita tidak suka daripada terus berlaku maka adalah lebih baik pada masa hadapan iaitu mulai hari ini kita perlu berhati-hati untuk meneroka tempat, membina bangunan, mencipta sesuatu, membeli apa-apa saja dan sebagainya, kerana apa saja yang ada di atas muka bumi ini mungkin semuanya adalah milik rakyat Indonesia.
Disini saya hendak meneliti sesetengah yang telah ada di Malaysia ini samada dikemudian hari nanti ianya akan dipertikai dan diakui lagi oleh rakyat Indonesia sebagai hak milik mereka. Saya nak senaraikan secara serba ringkas dibawah ini tentang sesuatu milik Negara kita pada ketika ini dan apa yang patut rakyat Indonesia harus katakan kepada dunia selepas ini.
Bermula dengan :
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Airport (KLIA) - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak atau LTAK - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Litar lumba Formula One di Sepang Selangor - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putra Jaya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Stadium Putera Bukit Jalil - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Monorail yang gah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Malaysia Super Corridor atau MSC - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP/EPF - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Amanah Saham Nasional atau ASN - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Amanah Saham Bumiputera atau ASB - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Amanah Saham Wawasan atau ASW - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Amanah Saham Sarawak atau ASSAR - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Lembaga Tabung Haji atau LTH - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Projek kereta Nasional Proton - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Universiti Islam Antarabangsa atau UIA - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Angkasawan pertama Negara Datuk Dr Muszaphar Shukor - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pemain Squash nombor satu Dunia, Datuk Nicole Ann David - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pemain Badminton nombor satu Dunia, Datuk Lee Chong Wei - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pesawat Kargo Boeing A320 - Adakah ianya milik Indonesia atau ianya dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pesawat penumpang MAS Boeing 797, 787, 777 dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Kapal Selam pertama Negara Scorpene yang berharga RM3.4 billion - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Gunung Kinabalu di Sabah, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Gua Mulu di Sarawak, gua terbesar di dunia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Pulau bebas cukai : Pulau Langkawi, Pulau Labuan serta Pulau peranginan Pulau Tioman - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Hutan Belum di Perak, Tasek Kenyir di Terengganu, Cameron Highland di Pahang, Lembah Danum di Sabah, Logan Terikan dan Logan Bunut di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Hospital Mata Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur, Hospital pakar Norma di Sarawak, Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi - Adakah semua pusat perubatan ini milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Agama Islam, agama Kristian, agama Hindu, agama Buddha yang dianuti oleh rakyat negara ini - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Baju Teluk Belanga atau baju Melayu, baju kurung, kain pelikat, baju kebaya dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...
Bahan asas untuk makanan dan minuman seperti beras, gula, garam, serbuk perasa atau aji-no-moto, kopi, teh, milo, vico, nestume, nespray, nescafe, susu, ikan mentah, ikan masin, ayam, daging lembu, daging kambing, daging kerbau, itik, sayur kobis, terung, timun, peria, sawi, kacang panjang, tomato, cili, lada, koko, keladi, ubi, keledek, sotong - Adakah semua itu milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...
Akhir sekali saya nak minta mana-mana rakyat Indonesia yang terus tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia, ! adakah...
...kebanyakkan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Indonesia di Malaysia ini seperti mencuri, membunuh, merogol, menyamun, menipu dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau mereka yang melakukan jenayah itu meniru daripada negara asal mereka iaitu Indonesia ? Sila jawab...
...budaya merusuh, berdemonstrasi di jalanan yang semakin berkembang di Malaysia ini sejak tahun 1998 - Adakah ianya milik Indonesia atau di ciplak daripada budaya songsang Indonesia ? Sila jawab...
Soalan ini sengaja saya tujukan khas kepada rakyat Indonesia yang terus-menerus menghina negara Malaysia serta menuduh rakyat Malaysia dengan berbagai-bagai tuduhan. Kepada rakyat Indonesia yang lainnya saya minta maaf. Saya tahu tidak semua rakyat Indonesia yang berpendirian serupa dengan mereka yang telah bertindak diluar batasan manusia seperti yang telah berlaku di Jalan Depnogoro Jawa, Indonesia semalam.
Saya juga tahu bahawa ada rakyat Indonesia yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini. Banyak juga rakyat Indonesia yang tidak suka dengan jalan yang digunakan oleh rakan mereka dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "kebal" sambil memegang buluh runcing untuk menangkap rakyat Malaysia. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia, walau siapapun mereka...hakikatnya kita sudah sangat terluka dengan perbuatan seperti itu, perbuatan masyarakat yang tidak pernah mengenang budi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, September 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
10 ulasan:
Terlalu banyak soalan yang Hilbert tanyakan kepada rakyat Indonesia. Mungkin satu pun tidak akan mereka jawab.
Dalam pada itu, kita selaku rakyat yang sayangkan Malaysia wajar menjawab beberapa persoalan yang penting agar kita sedar akan erti hubungan kita dengan Indonesia.
Bertapa besarkah sebenarnya pergantungan kita kepada sumbangan rakyat Indonesia?
Berdirinya bangunan-bangunan megah di Malaysia sekarang mungkin tidak ada yang tidak menerima sumbangan tenaga orang Indonesia.
Dalam kita mengecam pendatang dari Indonesia dengan mengatakan mereka terlalu ramai, berapa ramaikah agaknya rakyat kita sendiri yang sebenarnya bergantung secara langsung kepada pendatang-pendatang ini. Berapa ramai professional kita yang tidak mampu pergi kerja di pejabat atau kilang kalau semua pendatang Indonesia dihantar pulang.
Yang pastinya, kita sebenarnya saling bergantung antara satu sama lain. Kita sebenarnya rakan seperjuangan. Kalau orang mereka mengamuk di negara mereka, kita balas dengan mengamuk di negara kita, apa akan kesudahannya?
Juga, dalam kita mempertahankan negara kita, jangan sampai lupa PEMILIK MUTLAK segala apa yang ada.
Terima kasih WP, kerna sudi menjenguk anak Sarawak yang seorang ini...
Betul. Tenaga kerja rakyat Indonesia memang banyak telah menyumbang kepada pembangunan dinegara kita. Tanpa tenaga kerja dari Indonesia, usaha syarikat swasta atau kontraktor di negara ini akan agak menjadi lembab dan perlahan. Terima kasih kita ucapkan kepada rakyat Indonesia diatas keringat mereka itu.
Walau bagaimana pun, itu semua bukan bermakna boleh digunakan oleh segelintir daripada mereka untuk membuat berbagai-bagai kutukan, penghinaan terhadap Malaysia ini. Jika kita tahu bahawa rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia saling memerlukan diantara satu dengan yang lain, maka mereka juga harus ada kesedaran tentang perlunya sifat itu kepada diri mereka.
Hormatilah negara kita seadanya. Jangan ada sikap "terdengar guruh dilangit, air di tempayan terus dibuang." ...kita pun ada tanggungjawab untuk menjaga maruah negara kita dari dicabul oleh rakyat negara lain.
Sifat saling menghormati memang sangat penting. Itulah sifat yang bakal membina keharmonian. Itu jugalah maksud saya dalam ulasan saya yang terdahulu.
Kedua-dua negara mempunyai sejarah yang sangat panjang dan sebenarnya tidak mampu untuk bertelagah. Apabila ada segelintir rakyat mana-mana negara bertindak melampau, ianya akan menyebabkan rakyat negara lagi satu marah.
Namun demikian, adalah tidak wajar bagi kita membalas setiap jetitan dengan jeritan. Sekiranya kita balas setiap jeritan dengan jeritan maka akan berlaku pertengkaran yang boleh menyebabkan pergaduhan.
Memandangkan kita saling memerlukan, apalah salahnya kita menunjukkan sikap yang matang dan menggunakan pendekatan berbeza dari mereka. Umpamanya, apabila kita nampak 'fuse' bom sedang terbakar. Kita ada pilihan samaada mahu mematikan atau 'defuse' bom tersebut atau menyimbah minyak supaya bom lebih cepat meletup dan kerosakan yang berlaku lebih besar.
Kalau mereka menggunakan pendekatan yang tidak berhemah, tidak wajar kita ikut.
dunia milik orang yang menempatinya pak cik
tapi budaya kami selalu kau klaim sepihak dan dipatenkan tanpa konfirmasi dulu apa itu yang dinamakan serumpun kau siksa tki kami kalau memang tak butuh jangan ambil dari indonesia
coba jawab kenapa sabha dan serawak ingin merdeka setelah pecahnya singapure dan brunai coba pikir
Ye betul tu WP,
Tapi takkan selamanya kita harus berdiam diri..kitapun ada suara juga untuk memperhahankan kebenaran bagi pihak kita. Tapi dalam Malaysia agak sukar juga hendak melihat rakyat bersatu sepenuhnya untuk mempertahankan negara dari terus dihina...kerana ada juga rakyat termasuk pemimpin negara kita yang asalnya datang dari Indonesia. Seperti Anwar Ibrahim asal dari Aceh.
Salam NKRI, sebenarnya anda silap...jika Malaysia ambil TKI secara yang sah lengkap dengan segala dokumen seramai 500 orang..tetapi yang illegalnya datang secara haram ke Malaysia seramai 5000 orang..jadi bagaimana??? Mereka sendiri yang hendak sangat masuk ke Malaysia mencari kerja walaupun tidak diminta...jadi bagaimana itu???
Yang TKI haram ini pula selalu buat hal dekat Malaysia..seperti mencuri, merompak, menyamun, menipu...nak buat macammana lagi...takkanlah kerajaan Malaysia nak biarkan saja...
Bukan pula saya mencadangkan untuk kita berdiam diri. Saya sekadar menyatakan orang yang sedang marah jangan dimarahi. Anak kecil yang sedang menangis jangan diherdik disuruh diam.
Gunakan pendekatan yang menyejukkan suasana dan bukan memanaskan lagi. Kita di Malaysia kan bijak dan pandai. Pastinya kita berupaya mencari lalu menggunakan cara yang menyelesaikan dan bukan menambahkan masaalah.
Kesukaran rakyat Malaysia untuk bersatu tidak ada kena mengena sama sekali dengan asal usul rakyat dan pemimpin Malaysia. Kegagalan penyatuan rakyat sekiranya berlaku, merupakan kegagalan pemimpin yang menerajui rakyat.
Jika dilihat dari sudut asal usul rakyat Malaysia, berapa pula peratusan rakyat yang bukan penduduk asal Malaysia. Peratus yang mendatang jauh lebih besar dari penduduk asal. Kemajuan Malaysia secara keseluruhannya memang telah bergantung dengan orang mendatang, sejak dari awal tamadun negara kita.
Kehadiran kaum pendatang yang mengakibatkan penduduk berbilang kaum juga bukan satu perkara yang unik untuk Malaysia sahaja. Mana-mana negara sekalipun berada dalam keadaan sama. Kalaupun ada negara yang penduduknya terdiri dari satu kaum, bilangan negara sedemikian sangat kecil.
Kita lihat bagaimana Peru dapat menerima Presiden yang berasal dari Jepun? Bagaimana pula Amerika sekarang yang dipimpin oleh Presiden yang keluarganya berasal dari Kenya?
Di France, dari bandar utara Lilie sehingga bandar selatan Marsaille, terdapat penduduk yang berasal dari benua Arab dalam bilangan yang besar. Ramai juga penduduk yang berasal dari Rusia. Begitu juga di German.
Belanda mempunyai ahli masyarakat yang berasal dari Malaysia dan Indonesia, dalam bilangan yang ramai. Begitu juga Afrika Selatan yang mempunyai perkampungan Melayu.
Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia tidaklah istimewa sangat sifatnya kerana sifat tersebut memang sifat hampir semua negara di dunia ini. Apa yang wajar ada hanyalah barisan kepimpinan negara yang dapat meyakinkan 'kebanyakan' rakyat untuk bersatu demi menjaga maruah negara.
Hilbert memberikan contoh bagaimana lebih ramai TKI masuk ke Malaysia tanpa diminta. Kalau benar ini yang berlaku, saya kira hanya sekali sahaja mereka datang dan itupun untuk satu jangkamasa yang pendek. Mereka akan balik sekiranya kita tidak memberikan mereka pekerjaan.
Setelah balik ke kampung mereka, mereka akan memberitahu orang kampung mereka untuk tidak datang ke Malaysia kerana di Malaysia tiada pekerjaan. Tiada peluang mencari pendapatan.
Namun yang nyata, mereka terus berduyun-duyun datang. Ramai yang kena tangkap, dihantar balik, namun setelah beberapa bulan mereka kembali.
Mencuri, merompak, menyamun, menipu memang banyak dilakukan oleh TKI tanpa permit. Namun peratusan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh orang Malaysia sendiri sebenarnya jauh lebih tinggi. Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, keseluruhan peratusan jenayah yang melibatkan 'pendatang' tidak sampaipun 20%. Yang 20% ini termasuk pendatang-pendatang dari semua negara termasuk Indonesia. Ini bermakna peratusan yang melibatkan TKI sebenarnya lebih rendah.
Walau sekecil manapun, tidak bermakna kerajaan Malaysia wajar berdiam tanpa bertindak. Sekarang inipun memang ada tindakan diambil. Yang paling penting, semua tindakan, samaada dari pihak berwajib mahupun rakyat Malaysia, biarlah berhemah.
gini mz hilbert oke mungkin banyak yg ilegal tapi tau tidak fakta. yg ilegal itu banyak datang oknum dari malaysia yg datang ke indonesia membuka perusahaan jasa pengiriman keluar negeri terutama khusu kemalaysia tanpa byar apapun yg mendaftar itu pun orang "desa" yg dibujuk oknum2 tersebut tapi mereka disana langsung dikirim ke pelacuran trs di blog ataupun forum kalian serinhg bilang "wah ramai indon jadi pelacur" jadi kuli tanpa dibayar 1 tahun pun ada karena diti[u oknum malaysia yg sudah menyipakan tempat khusus bagi ilegal kalau maua ilegal tak ada hapus semua biro penampungan kau itu. malaysia jujur saja daripada ke malaysia banyak yg ke singapure and japan atau korea lebih menjanjikan 10X lipat jadi jangan sombong bilang demi 350 rm rela jadi pembantu dimalaysia terutama indon itu yg kalian sebut serumpun okelah kalian pikir semua rakyat indonesia miskin lihat fakta indonesia masuk g20. kalian bilang 2 juta rakyat indonesia miskin okelah ffair dengan 250 juta penduduk itu berapa persen itung 1 persen kalian cuma 20 juta ada 500.000 yg dibawah garis kemiskinan itu coba berapa persen. negara indonesia negara kepulauan terbesar didunia jangan salaha karena terhalang laut maka pembangunan kami agak terhanmbat tapi lihat sbntar lagi karena semua infastruktur mulai dibangun penuh seperti jembatan dari madura ke jawa bahkan ada projek jembatan dari jawa ke sumatra lihat nanti bnaga lah terus pangil kami indon. anda kami pangil maling tidak mau kan sama. kalian bilang indon merdeka dikasih belanda coba pikir berapa ratus ribu orabnng dengan semngat tinggi merebut dari belanda dengan semangat dan bambu runcing pun belanda kabur. tapi kaliann membangakan malaysia dengan otak saja sudah merdeka dari english dengan mudah. baca google dan wikipedia agar lenbih fair
malaysia dibentuk oleh english dengan tujuan memperkuat kekuasaan di semenanjung malaya dan menghentikan progres negara yg baru merdeka di asia seperti indonesia dan itupun dengan ide ENGLISH dan upacara pun dipimpin english dan sekutu karena itu soekarno mangkonsepkan gnyang malaysia bukan perang dengan melayu tapi menhentikan kolonoalisme english dan membebaskan sabah dan serawak singapue dan brunai
oke sila pikir sendiri
Salam Mr. Wong Pencen...
Setelah isu tuduhan yang tidak berasas oleh segelintir rakyat Indonesia(saya tidak sebut semua rakyat Indonesia dan saya juga tidak mahu menyebut Kerajaan Indonesia kerana tidak semua rakyat Indonesia bersikap sedemikian) yang semakin reda, jadi kita harap mereka jangan lagi buat hal seperti membakar bendera kita Jalur Gemilang dan merosakkan apa jua kepentingan Malaysia di Indonesia..jika ada sesuatu perkara yang mereka rasakan tidak kena dilain hari, haruslah perkara itu dibawa berbincang bersama sesuai dengan semangat bangsa serumpun.
Walaupun sehingga kini hati saya sangat terluka dengan tindakan pihak-pihak tertentu di Indonesia yang membakar Jalur Gemilang, seolah-olah mereka berpesta ketika itu melakukan perbuatan terkutuk itu, namun saya tidak pernah terpengaruh atas perbuatan mereka itu untuk berbuat perkara sama seperti apa yang telah mereka lakukan, saya masih waras.
Sejak dari dulu lagi saya memang mempunyai banyak rakan-rakan dari Indonesia, ada yang berasal dari Sulawesi, Flores, Timor Timur, Kalimantan Barat dan Timur, Pulau Lombok, Jawa dan sebagainya. Dan mereka ini adalah sebahagian daripada rakan saya. Sehingga ke saat ini pun mereka ini dengan saya punya hubungan yang sangat akrab walaupun mereka sedar dengan perkembangan semasa antara Malaysia dengan Indonesia sejak akhir-akhir ini.
Kepada NKRI,..salam Ramadhan.
Kes rakyat Indonesia yang pernah menjadi mangsa tipu oleh agensi-agensi pekerjaan haram atau "tekong" yang membawa mereka ke Malaysia memang benar ada terjadi. Kes seperti itu akan berlaku apabila adanya kerjasama antara sindiket atau agensi haram yang ada di Malaysia dengan sindiket dari Indonesia sendiri.
Mengenai Sarawak dan Sabah, saya rasa saudara NKRI silap atau juga terlupa. Apa yang berlaku sebenarnya juga berlaku di Indonesia. Kebanyakkan sumber kekayaan dari wilayah lain di Indonesia telah disedut dan dibawa ke wilayah Jawa atau ke Jakarta, maka itulah kita lihat mengapa pembangunan pesat hanya bertumpu di wilayah Jawa atau Jakarta saja manakala wilayah lain terus mundur.
Di Sarawak serta Sabah, kami sebagai rakyat memang sangat selesa setelah menjadi sebahagian daripada warganegara Malaysia. Tiada timbul lagi soal Inggeris yang membentuk pentadbiran negara ini. Mungkin ada orang berpandangan serupa itu kerana gagal untuk menerima hakikat bahawa Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang telah mendahului negara tertentu maju didalam berbagai bidang.
oke fine met ramadhan
didunia tak ada yg sempurna maaf telah marah2 diblog ini saya buat blog itu juga dendam dengn blog2 yg sengaja menyudutkan indo maka kami membalas dengan cara yg sama
oke coba kalian henti pangil indon di indonesia sebutan indon lebih buruk dari apapun.
soal yg bakar bender mlysia itu krena pemerintah kalian yg tidak tegas. soal tki berapa yangdisiksa tidak digaji sampai 2 tahun dengan pasport dibawa majikan dan setelah dua tahun diintermit lalu tak byar gaji mereka.
budaya oke barongan kalian sebut budaya nusantara tapi kan aslinya dari reog ponorogo dan dunia pun tau tapi kalau kalian buat acara tak apa tapi jangan langsung kjlaim barongan seni malaysia dan langsung mau dipatenkan coba pikir sma seperti barongsai dari china silahkan buat acara tapi kalau kalain mau klaim dan patenkan apa mau ditertawakan dunia.
Selamat berpuasa NKRI,
Saya faham maksud saudara NKRI, namun itulah yang dibimbangi sebenar oleh kerajaan Malaysia juga oleh kerajaan Indonesia.
Jika semua TKI Indonesia datang untuk bekerja secara sah ke Malaysia, maka sekiranya mereka ditindas atau ditipu oleh majikan ditempat mereka bekerja maka tentu sekali mudah bagi pihak berkuasa di Malaysia untuk mengambil apa juga tindakan sewajarnya kepada majikan berkenaan.
Tetapi sekiranya mereka datang secara illegal atau tidak sah maka sudah tentu sekali sangat sukar bagi pihak berkuasa untuk bertindak, tambahan pulak apabila mereka telah menjadi mangsa penipuan, mereka hendak mengadu kepada siapa?.. hendak mengadu terus kepada polis tentu akan menyusahkan diri mereka sendiri.
Untuk makluman saudara NKRI, saya sendiri ini juga ada ramai kenalan dan rakan yang datang dari Indonesia yang tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah...tetapi oleh kerana saya punya perasaan berperikemanusiaan maka saya layan mereka dengan seadanya jauh sekali untuk saya untuk saya membuat sesuatu tindakan. Kerana apa???...kerana mereka iaitu rakyat Indonesia bagi saya tidak jauh bezanya dengan rakyat Malaysia baik dari segi rupa, bahasa, budaya dan semuanya seakan serupa cuma kita dipisahkan hanya oleh garis sempadan antara kedua-dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Saudara NKRI, selamat menyambut Hari Lebaran 1 Syawal yang bakal menjelma atau di Malaysia selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan sampaikan salam Aidil Fitri saya kepada rakan-rakan di Indonesia...di tempat saya bertugas sekarang pun ramai rakan-rakan warga Indonesia yang akan merayakannya disini, itu bagi mereka yang tidak pulang ke Indonesia dan setiap tahun saya pasti akan mengunjungi rumah terbuka mereka...walaupun saya bukan beragama Islam namun demi ikatan tali persahabatan maka itulah saja yang mampu saya buat...
Salam Aidil Fitri...
Catat Ulasan