Bagi orang luar terutamanya dan juga mungkin ada sebahagian daripada rakyat di negeri Sarawak ini sendiri yang belum pernah lagi datang ke penempatan kaum Penan di sekitar kawasan hulu Sungai Tutoh, termasuk di sekitar kawasan Long Seridan, Long Balau, Long Napir, Sungai Magoh, Sungai Kubaan, Batu Lawi dan lain-lain lagi tempat dipersekitaran Ulu Baram, akan menganggap apa yang dilaporkan oleh media asing mengenai permasalahan kaum Penan di sana sebagai betul dan benar.
Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh media-media asing seperti itu akan diperkuatkan lagi oleh dakwaan-dakwaan liar oleh segelintir NGO-NGO tempatan juga luar negara dan bila ini berlaku maka dengan mudah pikiran mereka yang belum pernah melihat sendiri akan semua permasalahan kaum Penan untuk menerima bulat-bulat dakwaan bahawa masyarakat Penan ditindas, gadis dan wanita Penan dirogol, tanah hak adat kaum Penan dirampas dan sebagainya asalkan yang ada kaitan dengan masyarakat Penan.
Sebagai seorang yang pernah datang sendiri, tinggal agak lama dekat dengan kawasan yang mereka duduki, melihat dengan mata kepala saya sendiri akan cara kehidupan seharian mereka dihutan yang berbukit-bukau, bergunung-ganang, apa kegiatan harian mereka, apa makanan utama mereka, apa pendapat mereka tentang urusan kehidupan, apa pendapat mereka tentang hutan dan sebagainya lagi maka saya mendapati terdapat laporan mengenainya yang dibuat dalam akhbar bercanggah dengan perkara yang sebenarnya berlaku.
Mungkin ada yang tidak percaya bila dikatakan bahawa sebenarnya masyarakat Penan terutamanya dikawasan yang telah saya sebut sebagaimana yang diatas mempunyai puak atau kumpulan masing-masing didalam hutan dan sudah semestinya tiada keserasian dalam berbagai perkara diantara sesama mereka yang nyata telah berpuak-puak itu.
Didalam hutan mereka ada dua kumpulan yang agak besar yang mewakili kumpulan yang tertentu. Yang pasti satu kumpulan yang mereka gelar sebagai "Penan Batu" manakala yang satu lagi mereka namakan sebagai "Penan Hutan." Penan Batu merujuk kepada mereka yang sudah agak maju sedikit seperti dapat menerima perubahan yang telah dibawa oleh kerajaan Negeri Sarawak sementara Penan Hutan yang masih berdegil dan tetap mahu terus hidup dengan cara lama mereka dan kumpulan inilah golongan yang mudah menerima hasutan daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan seperti aktivis dari Switzerland Bruno Manser agar menolak segala apa saja bentuk bantuan daripada kerajaan.
Diantara kedua-dua kumpulan ini juga sering bertelagah mengenai kawasan hutan yang telah ditemui dan juga yang baru ditemui. Penan Hutan adalah kumpulan yang masih mengamalkan cara hidup yang suka berpindah-randah iaitu tidak tetap disatu-satu kawasan. Mereka hanya akan menetap disesuatu kawasan itu untuk tempoh sementara itupun bergantung kepada keadaan seperti berapa lama binatang atau haiwan buruan mereka masih terdapat ada disitu dan juga setakat bila buah-buahan disekitar kawasan yang mereka duduki itu masih mengeluarkan buah untuk dijadikan sebagai sumber makanan sampingan mereka.
Kerajaan Sarawak sejak dahulu lagi telah berusaha tanpa jemu untuk membawa masyarakat Penan ini tidak mengira mereka datang dari kumpulan mana, keluar dari masalah yang sedang menghimpit kehidupan mereka dengan memperkenalkan berbagai-bagai rancangan masa depan demi untuk menjamin masa depan generasi muda Penan agar tidak terus dilihat seperti terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan Negeri.
Malangnya apabila setiap hasrat murni kerajaan Negeri itu akan sentiasa mendapat tentangan daripada masyarakat itu sendiri iaitu setelah mereka termakan dengan hasutan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang berselindung disebalik pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pencinta Alam Sekitar, Pertubuhan Hak asasi Manusia dan sebagainya supaya jangan sesekali apa jua bentuk bantuan yang akan diberi oleh Kerajaan..
Apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan kaum Penan, maka cerita itu akan diterbalikkan semula oleh pihak-pihak tersebut tadi dengan mendakwa kerajaan Negeri tidak pernah ambil peduli berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh kaum Penan. Berita yang seumpama itulah yang dengan mudah dan cepat disalur keluar dan akan diterbit oleh media-media asing luar negara bagi menggambarkan betapa teruknya layanan terhadap kaum Penan oleh kerajaan Sarawak dan juga Malaysia. Maka, bagi yang tidak tahu hujung pangkal mengenai Isu Penan ini akan mengiya atau mengakui semua berita yang mereka baca adalah benar.
Kenyataannya selama ini ialah, betapa sukarnya bagi kerajaan negeri Sarawak untuk mengubah cara hidup, cara berpikir kaum Penan disitu agar sama-sama mampu melangkah ke depan seiring dengan langkah kaum Bumiputera lainnya yang ada di Sarawak didalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. Walaupun banyak rintangan yang terpaksa kerajaan Sarawak hadapi didalam usaha demi untuk melihat masyarakat Penan tidak akan terus ketinggalan jauh kebelakang daripada kaum lain di negeri ini, maka usaha itu sentiasa terus digerakan tanpa rasa jemu dengan mengada dan menyusun program khas untuk masyarakat tersebut.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, September 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan