Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 20, 2009

Kenapa hanya Malaysia - kenapa tidak negara lain ?

Dalam waktu negara kita Malaysia terus menerima berbagai tuduhan, berbagai kecaman dan berbagai-bagai lagi bentuk penghinaan daripada segelintir rakyat Indonesia yang tindakan mereka saya lihat lebih terarah atau cenderung kepada tindakan pengganas, telah timbul bermacam-macam tandatanya pada diri saya tentang kewajarannya sikap rakyat Indonesia ini terhadap negara kita.

Mereka terus menuduh negara kita sebagai pencuri/maling, perompak/perampok, rasuah/korup dan sebagainya. Walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh pihak Malaysia untuk menjelaskan kepada sesetengah rakyat Indonesia berkenaan dengan kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berbangkit tetapi malangnya mereka terus menutup hati, mata dan pikiran seolah-olah mereka ingin menggambarkan kepada dunia bahawa bangsa Indonesia adalah betul segalanya dan sentiasa benar.

Yang menjadi tandatanya kepada diri saya sekarang ini ialah, jika benar dan betul bagi segelintir rakyat Indonesia bahawa rakyat Malaysia ini memang sepertimana yang telah mereka dakwakan tetapi kenapa pula negara ini terus menjadi pilihan utama rakyat Indonesia sebagai tempat untuk mencari kerja serta mencari rezeki.

Kenapa majoriti rakyat Indonesia tidak pergi saja ke Thailand, Myanmar, Philipine/Filipina, Vietnam, Kemboja, China, India, Singapura, Brunei Darusallam, Taiwan, Pakistan, Banghladesh, Sri Lanka, Afrika dan lain-lain lagi untuk mendapatkan pekerjaan tetapi kenapa mereka terus memilih negara Malaysia ? Apa istimewanya Malaysia ?

Perlu diingatkan juga rakyat Indonesia terutamanya mereka yang telah menghina Malaysia ini, bukan saja setakat rakyat Indonesia saja yang mencari kerja di negara ini malah rakyat dari banyak negara juga seperti Nepal, Banghladesh, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Thailand, China, India dan lain-lain lagi. Persoalannya, kenapakah mereka ini tidak mahu pergi mencari kerja di Indonesia ? Kenapa Malaysia juga yang mereka pilih ? Apa kelebihannya Malaysia jika dibandingkan Indonesia ?

Saya juga terpikir tentang pekerja Indonesia yang masuk secara haram ke Malaysia ini untuk bekerja didalam berbagai bidang. Jumlah kumpulan ini kurang separuh daripada jumlah pekerja(TKI) Indonesia yang mempunyai segala dokumen perjalanan kerja yang sah, maknanya jika yang sah berjumlah 1 juta maka yang haram ertinya 500,000 orang. Kehadiran ramai warga Indonesia yang tanpa memiliki sebarang dokumen ke Malaysia untuk mencari rezeki sejak dari dahulu lagi sehingga sekarang adalah sesuatu perkara yang biasa.

Sekarang, perkara ini tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa lagi tetapi adalah sesuatu perkara yang luar biasa sekali apabila Malaysia telah dicop oleh sesetengah rakyat Indonesia dengan berbagai gelaran yang mengaibkan tetapi pada masa yang sama juga beratus-ratus rakyat mereka masih lagi memerah keringat mencari rezeki di negara ini demi untuk menyambung hayat mereka sendiri serta untuk dikirimkan keluarga mereka yang ada di Indonesia.

Kita juga dapat lihat ketika operasi yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia yang menghantar balik para pekerja Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, ada diantaranya bertindak berani dengan terjun dari atas kapal dan berenang balik ke daratan di Malaysia kerana tidak mahu dihantar balik ke Indonesia.

Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan saya dari kalangan mereka pekerja-pekerja Indonesia tentang banyak perkara. Persoalan yang sering saya tanyakan kepada mereka ialah, benarkah di Indonesia sangat susah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Jawapan mereka semuanya sama saja, iaitu memang benar. Tambah mereka lagi, walau setinggi manapun sekolah mereka tetapi jika tiada duit untuk me"rasuah"kan para pegawai yang menemuduga(interview) jangan haraplah mereka akan diterima bekerja.

Saya pernah kenal dengan satu orang pekerja Indonesia yang berasal dari daerah Jawa, beliau merupakan seorang lepasan universiti(Universitas) di Indonesia. Beliau di negara ini bekerja hanya sebagai buruh biasa yang makan gaji hanya sekitar RM8 sehari tidak termasuk upah kerja lebih masa yang beliau ambil. Rakyat Indonesia ini kerja agak lama juga di Malaysia iaitu lebih sepuluh tahun. Dalam jangka masa yang begitu lama, setelah beliau berjaya mengumpulkan wang yang cukup iaitu wang lebih dari yang dikirimkan kepada keluarganya dan selepas itu beliau pulang ke Indonesia dan sekarang beliau telah mendapat pekerjaan sebagai pengurus atau "manager" di sebuah syarikat besar disana.

Semasa beliau menceritakan kepada saya tentang perkara itu dan selepas beliau balik semula ke Indonesia dan telah mendapat kerja yang lebih baik sesuai dengan kelulusan yang ada pada beliau, maka saya percaya akan kata-kata beliau dulu bahawa jika rakyat Indonesia hendak memohon pekerjaan yang bagus di negara sendiri haruslah membawa atau menyediakan wang yang banyak sebagai imbuhan kepada pegawai yang menemubual ketika sessi temuduga seandainya mahu diterima.

Oleh itu beliau juga memberitahu kepada saya, adalah menjadi kemestian kepada setiap warga Indonesia yang serba kekurangan untuk datang ke Malaysia mencari kerja terlebih dahulu bagi mengumpulkan sebeberapa banyak wang sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada diri mereka. Diploma, Ijazah atau apapun jua tidak akan menjamin bahawa permohonan kerja yang mereka pohon akan diterima melainkan jika ada wang diselitkan bersama sebagai syarat atau dalam erti kata lainnya untuk dirasuahkan.

Begitulah secebis cerita berkenaan dengan kisah rasuah/korup yang sering dikaitkan oleh segelintir rakyat Indonesia kepada negara serta rakyat Malaysia. Rakyat Indonesia sepatutnya lebih dulu tahu bahawa gejala rasuah juga hidup bebas di negara Indonesia bukan hanya di negara lain. Mereka juga perlu ingat bahawa gejala rasuah memang berlaku dimana-mana sahaja di semua negara.

Kepada mana-mana rakyat Indonesia yang masih merasakan diri mereka tetap betul dan tuduhan mereka terhadap Malaysia semuanya adalah benar jadi saya berharap, jika benar mereka ini bertanggungjawab terhadap maju mundurnya masa hadapan rakyat Indonesia keseluruhannya maka buatlah sesuatu yang berfaedah untuk negara anda, bantu negara anda mewujudkan apa-apa juga pekerjaan disana untuk diberikan kepada rakyat Indonesia supaya mereka tidak akan datang ke Malaysia ini lagi mencari kerja.

Jangan hanya pandai buat tuduhan yang liar dan yang keterlaluan terhadap Malaysia. Sedarlah sedikit, bahawa tidak ada gunanya bertindak seperti budak-budak atau kanak-kanak yang kurang akalnya, apabila marahkan sesuatu perkara maka mulalah mengamuk, membakar, merusuh dan merajuk. Bertindaklah secara matang dan bijaksana dan bukannya bertindak ikut perasaan. Bodohlah namanya jika akal akan dikuasai oleh perasaan.

2 ulasan:

Assaad berkata...

Salam.

Janganlah Tuan gusar dengan keadaan itu. Sebenarnya Malaysia adalah Negara yang berdaulat dan bertuah. Cuma kalau tidak di tangani betul-betul ada anasir samaada dari pehak asing atau dalaman yang cuba mengacau bilaukan keadaan yang tenang dan nyaman ini.

Anasir-anasir luar ini kekadang telah membayar orang dalaman smaada orang-orang Malaysia yang berpengaruh atau rakyat Malaysia yang miskin dengan kemiskinannya. Tujuan mereka hanya satu ia itu menghancurkan Malaysia atau cuba Malaysia di jadikan di bawah telunjuk mereka.

Malaysia juga seperti Indonesia, telah banyak berlaku demontrasi Jalanan yang banyak merugikan kedua-dua rakyat atau kesetabilan negara itu. Mereka lebih berfikiran secara agresif dengan laungan kemarahan tanpa dengan sebab-sebab yang nyata atau berfakta.

Saya shorkan Rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi yang Melayu supaya lebih bekerja kuat. Kuatkan dalam menimba Ilmu pengetahuan dan kuatkan ekonomi bangsa Melayu. Berdirilah sama tinggi dengan lain-lain bangsa di Malaysia, seperti Cina, India dan lain-lain. Saya dapati orang Melayu agak ketinggalan sedikit dengan lain-lain kaum atau bangsa di Malaysia.

Orang Melayu harus bersatu-padu supaya mereka tidak ketinggalan di dalam bidang pelajaran dan juga perekonomian. Jangan ada perasaan benci sesama kaum-kaum di Malaysia. Hiduplah dengan cara aman dan bertimbang rasa. Insya-Allah masa mendatang Malaysia akan maju, terkenal, terbilang di seluruh alam maya ini.

Berhikmahlah dalam memblog atau berforum. Supaya bangsa Cina , India dan lain-lain juga tidak merasa terpencil.

Malaysia telah banyak di datangi oleh banyak pendatang samaada yang sah atau yang haram kerana Malaysia adalah gunong Emas bagi mereka. Jadi rakyat Malaysia harus sedar dan jangan lepaskan peluang yang ada ini. Makmurlah malaysia, makmurlah Rakyatnya.


Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://saatjais.wordpress.com

NKRI berkata...

saya bashas diblog saya makasih

Arkib Blog