Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 08, 2009

Kepala Lembu : Apakah nasib penduduk Melayu di Seksyen 23 akan terbela?

Isu kepala lembu yang terpaksa dihadapi secara bersendirian oleh penduduk kaum Melayu di seksyen 23 Shah Alam nampaknya semakin sukar. Apakah tiada jalan penyelesaian yang terbaik? Yang terbaru, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka-mereka yang telah terlibat didalam demonstrasi itu akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh yang terdekat ini.

Saya mulanya tidak pernah terpikir yang demonstrasi mengarak kepala lembu itu akan diambil tindakan undang-undang ketat seperti itu, cuma pada pendapat saya oleh kerana tujuan sebenarnya penduduk disitu berbuat sedemikian hanyalah untuk menggambarkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka mengganggap beliau sebagai lembu yang kena cucuk hidung, itu saja.

Pada pandangan saya memang begitulah. Sebabnya ialah lembu bagi masyarakat lain terutamanya kaum Melayu adalah sejenis binatang yang dungu, suka dicucuk hidung, ikut saja kemana arah jalan yang ditarik oleh pengembalanya. Lembu juga adalah binatang peliharaan yang dagingnya halal dan tidak ditegah untuk dimakan..jadi apa salahnya amalan memberi sedekah kepala lembu itu kepada Tan Sri Khalid untuk dibuat sup sempena bulan puasa ini?

Tetapi, ada satu peristiwa dahulu masih saya ingat juga...iaitu berkenaan dengan peristiwa perbuatan kaum tertentu yang menggantung kepala babi didepan sebuah surau dalam Negeri Melaka. Mereka yang berbuat begitu kerna membantah operasi meroboh ladang-ladang babi haram disekitar Melaka pada ketika itu. Perbuatan mereka itu juga telah dengan jelas menyinggung, melukakan hati serta menghina umat Islam dan kaum Melayu keseluruhannya.

Mengenai tindakan undang-undang terhadap pelaku perbuatan itu saya tak ingat lagi, samada pernah diambil tindakan kah ataupun didiamkan saja. Tapi apa yang sangat menghairankan saya ialah, kenapa seandainya orang Melayu bertindak setelah diri serta agama mereka sering dicabar dengan berbagai cara..maka tindakan undang-undang segera menyusul, tetapi jika kaum lain yang berbuat sedemikian terutamanya Cina dan India...mengapa tindakan begitu susah sekali untuk dikenakan terhadap mereka? Huh!...

3 ulasan:

KUNYiiL berkata...

apa nak buat bertindak menggunakan otak lembu... wukakaka...

Jeffry berkata...

SLM BRO..HMM YG BUAT TU PUN DI KALANGAN JUAK2 DIORANG JUGAK. CUMA SIMPATI KT DIORANG NI YG BTUL2 ADE SMANGAT NAK MEMPERTAHANKAN TMPT DIORANG SENDIRI TAPI DI PERLEKEH OLEH SI MENTERI BESAR "BUAH" YG X PEKA TAPI PEKAK! KEHKEHEH

hilbert berkata...

Salam juga...terima kasih.

cuma yang saya persoalkan ialah cara pihak yang berwajib melaksanakan undang-undang...kenapa ada dasar "pilih kasih".

Arkib Blog